ZAID IBRAHIM KUTUK RPK. JADI PENYIBUK PULAK

>> 03 January 2012


Zaid menyatakan bahawa RPK berada di pihak yang salah kerana tidak bersama pembangkang lagi. Hal ini dinyatakan melalui laman rasmi Parti KITA. Kenyataan kontroversi RPK tempoh hari amat menarik perhatian banyak pihak dan ramai pemimpin-pemimpin pembangkang meroyan kerana tidak dapat menerima hakikat sebenar.

Tidak sekadar itu, ada yang menuduh RPK kini bekerja untuk UMNO! Agak menggelikan hati melihat keletah pembangkang kerana tujuan RPK menyatakan perkara tersebut supaya penyokong pembangkang sedar bahawa itulah hakikat yang perlu diterima tetapi sayangnya pembangkang terlebih minum air kaki Anwar Ibrahim dan fakta tidak dapat diterima dengan baik.

Walau apa pun, RPK tidak bekerja dengan BN dan itu sesuatu yang pasti. Ini kerana RPK telah pun beberapa kali menyatakan taat setianya kepada pembangkang dalam beberapa penulisannya. Dan semestinya BN pun tidak teringin dengan RPK yang amat terkenal sebagai lalang dan kaki kelentong. Jadi, selamat bergasak sesama sendiri wahai pembangkang.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP