TERLALU SUKARKAH UNTUK PERKASA MEMOHON MAAF?

>> 31 January 2012


Isu angpau putih belum ada kesudahan. Syed Hassan Syed Ali setiausaha agung PERKASA menjelaskan bahawa tujuan angpau warna putih diberikan kepada pengunjung Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran PERKASA kerana ia melambangkan bersih dan suci.

Isu ini telah mula dipolitikkan semejak semalam di mana MCA, DAP dan Gerakan telah mula bersuara menyatakan ketidakpuasan hati mereka dengan warna putih itu. Hal ini bukanlah hal politik tetapi parti politik cina melihat ini sebagai peluang keemasan untuk mereka meyebarkan dakyah.

Ini pandangan saya.

Buat masa ini PERKASA masih tidak mengeluarkan permohonan maaf secara menyeluruh dan terbuka. Saya akui saya sendiri tidak mengetahui sensitiviti masyarakat cina bahawa angpau putih hanya untuk kematian dan begitu juga PERKASA. Melalui permohonan maaf semuanya akan reda. Tidak perlu mengalih-alihkan isu untuk menjadi panjang lebar.

Terbaru PERKASA mengeluarkan kenyataan betapa mereka tidak melanggar konsep 1Malaysia dengan mengatakan warna hidup dan warna mati tidak terdapat dalam konsep tersebut. Tak perlu tambah minyak lagi dalam isu ini. Terlalu sukarkah untuk mengakui kesilapan kita? Bila kita akui bukan bermakna kita tewas sebaliknya itulah orang yang jujur.

Saya mina maaf sekiranya pandangan saya ini bertentangan dengan pandangan lain-lain. Saya cuba memberikan jalan penyelesaian yang mudah.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP