BERSIH 3: MODAL KEMPEN PRU PEMBANGKANG

>> 17 January 2012


Isu BERSIH kembali lagi. Apabila setiap kali PRU, rusuhan ini pun akan diadakan. Ianya seiring dengan kempen poltik pembangkang untuk menyebarkan dakyah mereka yang suka menghuru-harakan negara supaya lebih senang untuk mereka merampas kuasa.

Pembangkang banyak kali menafikan BERSIH tidak bermotif politik tetapi kesemua ahli penganjur ialah pemimpin pembangkang. Jadi, sudah terang lagi bersulu. Ianya hanyalah agenda pembangkang dan bukannya untuk rakyat.

Yang pasti, inilah cara berkempen pembangkang yang paling berkesan. Dengan berbekalkan sedikit pembohongan dari pemimpin-pemimpin pembangkang, maka rakyat yang tolol yang sudah termakan racun penipuan akan berguling-gulinglah dijalan seperti tersampuk syaitan. Jadi ianya hanyalah agenda kempen pembangkang dan tidak lebih dari itu. Jika tidak, masakan mereka menolak mentah-mentah ajakan kerajaan untuk duduk semeja dan berbincang?

Jadi, semakin lama cara politik pembangkang semakin tidak relevan. Mungkin inilah akibatnya jika terlalu mempercayai Anwar Ibrahim. Sedangkan pemerhati politik antarabangsa sudah mula mempertikaikan kredibiliti Anwar sebagai pemimpin, mengapa kita di Malaysia masih boleh menerima? Sampai bila mahu ditipu hidup-hidup?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP