SI KAFIR HARBI BERJANJI UNTUK MENJAGA HAK MELAYU ISLAM. JANJI ATAU PENIPUAN?!

>> 21 January 2012


Si kafir harbi tak sedar diri, Lim Kit Siang menyatakan betapa DAP akan mempertahankan hak Melayu Islam sekiranya UMNO kalah. Agak kelakar kerana kenyataan ini dikeluarkan si kafir harbi yang mendalangi 13 Mei seperti didakwa ahli Parlimen BN di Dewan Rakyat pada tahun lepas.


Tambahan pula si kafir harbi ini jugalah yang mempertikaikan betapa ibadah korban umat Islam sebagai upacara kuno menzalimi haiwan. Dan si kafir harbi ini jugalah yang menolak hudud dan menyatakan Malaysia bukan negara Islam. Si kafir harbi ini jugalah yang memperjuangkan Malaysian Malaysia yang diketahui akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu.

Memang banyak lagi tingkah kafir harbi ini yang sentiasa mencari jalan menghancurkan Melayu Islam. Dan kini, parti si kafir harbi ini iaitu DAP berkata akan mempertahankan hak orang Melayu Islam?! Memang kelakar sama sekali. Sedangkan di negeri Pulau Pinang yang diperintah DAP pun dapat kita lihat bagaimana Melayu Islam ditindas. Inikan pula memerintah Malaysia?

Kenyataan si kafir harbi ini juga secara jelas menunjukkan betapa PAS sebagai parti yang tidak berguna dalam Pakatan Rakyat. Sepatutnya PAS yang mengeluarkan kenyataan ini mempertahankan Melayu Islam, bukannya DAP! Adakah PAS sanggup meletakkan kepercayaan mereka kepada kafir harbi untuk menjaga kesejahteraan Melayu Islam? Ini samalah seperti mengamanahkan wang di tangan pencuri.

Tetapi apakan daya, PAS lebih sanggup menggadai agama sendiri demi kuasa. Segala konsep perjuangan Islam sanggup ditukar demi kesejahteraan kafir harbi sedangkan umat Islam merintih sendiri. Jadi, perjuangan UMNO ganti PAS hanyalah impian tetapi kenyataannya DAP ganti PAS!

2 comments:

Anonymous,  January 21, 2012 at 9:21 PM  
This comment has been removed by the author.
Anonymous,  January 22, 2012 at 1:16 AM  

Mari kita gelakkan cina kafir kutuk ni hahaha..nak menjaga hak melayu islam konon..!! gelak lagi hahah

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP