MB SELANGOR TIPU RAKYAT DI SUNWAY

>> 31 August 2012



Read more...

PKR DAN DAP BERGADUH DI PAHANG


KUANTAN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang memberi amaran kepada DAP yang juga sekutu mereka dalam pakatan pembangkang agar lebih berdisiplin dalam isu pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, walaupun tidak salah bagi DAP untuk meminta kerusi tambahan, ia mesti dilakukan melalui saluran yang betul dan dengan persetujuan bersama.

Baru-baru ini, DAP membayangkan bahawa parti itu berharap untuk bertanding di Damak iaitu kerusi yang diperuntukkan kepada PKR pada pilihan raya umum akan datang.

Sebagai tindak balas, Fauzi berkata: "Kita juga mahu bertanding di kerusi yang diperuntukkan kepada DAP tetapi sebagai menghormati antara satu sama lain, kita mesti mematuhi keputusan kepimpinan pusat.

"DAP boleh meminta untuk tukar kerusi seperti memberi kerusi Tanah Rata dalam pertukaran untuk Damak.

"Kami bersedia untuk menukar tetapi tidak memberikan begitu sahaja kerusi yang diperuntukkan."

Fauzi yang juga bekas timbalan menteri dan bekas Ahli Parlimen Kuantan berkata, Pakatan Rakyat bukannya gabungan parti milik individu tertentu seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Lim Guan Eng.

Tegas beliau, semua keputusan penting termasuk peruntukan kerusi, mesti dipersetujui oleh semua pemimpin gabungan itu.

Pada pilihan raya umum 2008, PKR bertanding di enam kerusi Parlimen dan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala DAP di dua kerusi parlimen dan tujuh kerusi DUN.

Jelas Fauzi PKR sudah muktamadkan calon-calon yang berpotensi di semua kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu. - The Star

Read more...

SIKAP LEPAS TANGAN PEMIMPIN KITA


Bolehkah seorang menteri menyatakan perasaan seperti ini sedangkan perkara yang berlaku amat menggusarkan hati rakyat? Malah ianya turut melanggar undang-undang dan perlembagaan negara.

Gambar pemimpin dipijak



Jalur Gemilang dihina


Adakah Menteri KDN berpuas hati dengan penghinaan sedemikian rupa oleh puak-puak pengacau ini? Dimana tindakan yang wajar dari seorang menteri?

Read more...

HARI MULIA NEGARAKU MERDEKA!

>> 30 August 2012



Read more...

PASUKAN AMBIGA GAGAL, PENONTON MENJADI SAKSI


Jika menyingkap kembali kepada janji-janji lama Ambiga, masih diingati bahawa BERSIH 3.0 merupakan yang terakhir. Dalam pada itu berbeza pula pada malam ini apabila kumpulan-kumpulan Ambiga cuba mengadakan sebuah lagi perhimpunan haram dinamakan "Janji Bersih".

Kali ini Pak Samad akan mengetuai bersama anggota-anggota penganjur BERSIh yang lalu. Cuma bezanya, kali ini Ambiga tidak turut serta. Tetapi barisannya tetap sama seperti Maria Chin, Marina Mahathir dan lain-lain.

Pihak PDRM sudah mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan tersebut adalah haram kerana gagal memenuhi syarat-syarat untuk mengadakan perhimpunan aman. Pihak penganjur pula nampaknya degil dan masih tiada tanda-tanda akan mengundur dari mengadakan perhimpunan.

Taktik dan penonton

Kali ini seperti biasa perhimpunan akan diadakan di tengah-tengah khalayak ramai. Tujuannya cukup mudah. Supaya orang ramai dapat menyaksikan sendiri agenda mereka.

Pastinya kekecohan akan tercetus malam ini. Puak-puak Janji Bersih akan menggunakan taktik yang sama dengan mengadakan provokasi terhadap polis supaya pihak polis akan mengambil tindakan. Dalam pada itu media-media pembangkang dan antarabangsa dijemput untuk menonton adegan berskrip ini.

Setelah pihak polis mengambil tindakan dalam usaha meleraikan pihak perusuh, akan berlakulah pelbagai adegan ganas. Dalam situasi ini, pihak media akan merakam aksi-aksi yang tidak adil. Lalu segala kesalahan hanya diletakkan pada satu pihak sahaja.

Kemudiannnya penonton dan orang awam akan dijadikan juri atas kesalahan yang sudah diketahui berat sebelah. Adilkah perkara ini bagi pihak berkuasa?

Ini bukanlah kali pertama taktik ini digunapakai dalam mengadakan provokasi terhadap polis. Taktik ini sendiri pernah diadakan di beberapa negara lain. J. Edgar Hoover selaku bekas pengarah FBI pernah mengakui menggunapakai taktik yang serupa semasa rusuhan di Havana di era John F. Kennedy di dalam operasi bernama Bay of Pigs. Perkara ini boleh dibaca di dalam surat media yang dikeluarkan oleh unit risikan Amerika pada tahun 2009.

Mencegah dan kacau-bilau

Dalam keadaan ini, taktik terbaik yang boleh dilakukan adalah melalui pencegahan. Apabila kenyataan polis untuk mengharamkan perhimpunan ini dikeluarkan, pihak polis juga perlu bertindak segera dengan menangkap pihak penganjur. Tujuannya supaya aktiviti ini terus dilumpuhkan.

Objektif mereka cukup jelas untuk menganjurkan satu perhimpunan haram. Jadi apabila perkataan haram itu sendiri digunapakai, segala perkara berkaitan aktiviti tersebut perlu dihentikan.

Keadaan ini dapat membantu mengelakkan keadaan kacau-bilau yang berterusan. Kita boleh mengambil pengajaran dari peristiwa BERSIH 2.0 dan 3.0. Lihatlah sendiri walaupun peristiwa itu sudah berlalu hampir beberapa bulan, namun pihak polis masih dipersalahkan kerana tidak mencegah dengan baik dan penggunaan kekerasan oleh media-media pembangkang.

Jadi seharusnya pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri lebih berhati-hati dalam bertindak terhadap mereka ini kerana mereka mahir memanipulasi undang-undang dan menggunakan platform hak asasi manusia untuk tujuan dan kepentingan yang salah.

Jadi, penggunaan taktik mencegah lebih baik dari mengubati dilihat pilihan yang lebih baik berbanding mengawal keadaan semasa rusuhan sedang berlaku.

*Diolah dari kata-kata seorang orang kuat BERSIH 3.0.

Read more...

HAJI HADI TOLONG JANGAN JADI HAJI FITNAH!


Kenyataan media Haji Hadi pada bulan lepas dalam artikel bertajuk DAP Menentang Hudud, UMNO Menolaknya,
Hudud ditolak oleh UMNO 
Kemudian daripada itu, kerajaan Kelantan mendapat surat amaran daripada Kerajaan Pusat pimpinan UMNO. Kerajaan Terengganu dan Kelantan didakwa dimahkamah oleh pemimpin UMNO kerana undang-undang tersebut. Berikutnya berlaku kempen menakutkan pelabur dan rompakan royalti Petroleum daripada Terengganu melalui usul perwakilan Umno Terengganu dalam Perhimpunan UMNO tahun 2000 dan dinafikan hak Kelantan.Tetapi tidak dilakukan kepada Sabah dibawah PBS dan Singapura ketika dalam Malaysia. Di mana salahnya PAS?

Inilah dia dua sikap yang berbeza. DAP ditonjolkan sebagai parti yang menentang hudud oleh media arus perdana kawalan Kerajaan BN, dalam masa yang sama hakikatnya ialah UMNO yang berkuasa memimpin kerajaan pusat itu pula juga menolak Hudud dengan rentetan seperti yang saya tulis di atas. DAP menolak hudud dengan menampilkan hujah mereka, manakala MCA pula menolak hudud dengan tempikan tuduhan UMNO hilang akal.

Hakikatnya ialah tema “Hudud” ini telah dan kembali lagi menjadi kitaran isu musim pilihanraya oleh UMNO untuk melaga-lagakan rakyat, tanpa rasa bertanggungjawab terhadap panduan agama Islam yang murni. Sedangkan merekalah yang sebenarnya sekian lama menolak hukum hudud ini! 
Sekian untuk pusingan pertama, sila tunggu pusingan berikut kalau ada silat gayungnya.
Haji Hadi dengan jelas menyatakan fitnah bahawa UMNO menolak Hudud dan menpergunakan isu Hudud untuk kepentingan PRU. Untuk pengetahuan, UMNO sama sekali tidak pernah menolak Hudud dalam mana-mana kenyataan yang dikeluarkan pemimpin UMNO.

Malah TPM pernah menyatakan bahawa Kerajaan akan bersedia melaksanakan Hudud pada masa akan datang dan akan memikirkan perkara tersebut. Kenyataan ini telah pun dijelaskan dengan mudah bahawa Hudud bukanlah satu pertimbangan mudah untuk dilaksanakan.

Realitinya Kerajaan Pusat menolak Hudud PAS dan bukan Hudud Allah. Ini sudah dinyatakan sendiri oleh Tun Mahathir beberapa hari lepas. Tun Mahathir turut menegaskan dua keadaan jika Hudud PAS dilaksanakan iaitu sekiranya dua orang mencuri, si Islam di potong tangan sebaliknya si kafit hanya dipenjara, Jadi adakah Hudud PAS ini mempu menterjemahkan keadilan?

Hudud PAS bukanlah sesuatu dasar perlaksanaan yang tepat kerana ianya sama sekali jauh dari ciri-ciri Islam. Malah ianya tidak mampu membawa keadilan sejagat sedangkan Islam menerapkan nilai-nilai keadilan  dalam kepimpinan sesebuah negara.

Malah untuk pengetahuan Hudud PAS pernah dilaksanakan di negara-negara seperti Bangladesh, Afghanistan dan Pakistan dan ianya terbukti gagal sama sekali. Lihat sahaja keadaan negara-negara tersebut ketika ini. Adakah keadilan mampu dibuktikan oleh negara-negara tersebut dengan mengamalkan Hudud ke atas orang Islam sahaja?

Ustaz Kazim Elias juga pernah menyatakan perkara ini semasa berceramah di rumah MB Perak.



Realitinya, PAS sendiri yang menolak Hudud dengan menyatakan persetujuan dengan DAP bernama "bersetuju untuk tidak bersetuju"! Jadi masihlah perlu pemimpin-pemimpin PAS menuding jari kepada UMNO ke atas kegagalan mereka sendiri?

Dalam pada itu, isu Hudud pertama kalinya dibangkitkan sendiri oleh Nik Aziz dan bukannya mana-mana pemimpin UMNO seperti yang didakwa Haji Hadi. Seperti yang pernah dinyatakan akhbar, Nik Aziz sendiri yang mengeluarkan kenyataan akan tetap melaksanakan hudud tanpa mengira pandangan Karpal Singh.


Jadi adakah dengan ini Haji Hadi mampu menangkis fakta bahawa isu Hudud dicetuskan oleh pemimpin UMNO? Bukankah sepatutnya Haji Hadi menyalahkan Nik Aziz kerana membawa perkara ini pada permulaan?

Haji Hadi sepatutnya lebih banyak berfikir sebelum berkata-kata kerana terbukti terlalu banyak fitnah yang dikatakan dari fakta. Malah ianya sama sekali tidak mencermin kata-kata yang keluar dari mlutu ulama' dengan fitnah sebegini. Jadi mungkin selepas ini Karpal boleh menyeru Haji Hadi supaya bertaubat.

Read more...

SAMBUTAN RUMAH TERBUKA VERSI PUAK KHAWARIJ


Ini sambutan rumah terbuka atau joget lambak? Siap jemput artis lagi buat persembahan. Apakah Pakatan Rakyat sudah tiada modal berkempen sehinggakan politik dan hiburan sudah duduk sebakul?

Read more...

KEMARUK POLITIK PAS MEMBONEKAKAN PENOREH

>> 29 August 2012


Hapkrakah begitu lantang memperkatakan mengenai isu harga getah yang cuba dipolitikkan oleh PAS. Malah di dalam Haprakah juga seorang penoreh begitu lantang untuk mencabar kerajaan dan media massa mendedahkan harga semasa getah yang dilihat semakin merudum.

Isu ini mudah. Harga getah bukanlah tertakluk kepada pasaran Malaysia sahaja sebaliknya ianya melibatkan pasaran dunia. Jadi harga getah bukan hanya jatuh di Malaysia sebaliknya negara pengeluar lain seperti Brazil, China dan Indonesia turut mengalami keadaan yang sama. Jadi mengapa perlu menyalahkan BN sedangkan ianya diluar kuasa kerajaan sedia ada?

Keadaan harga yang tidak stabil ini juga disebabkan keadaan harga minyak dunia yang tidak stabil. Malah ianya timbul dari keadaan spekulasi negara pengeluar minyak dunia yang cuba menaikkan harga minyak seperti di Iran dan Arab Saudi. Adakah mekanisma ekonomi dunia ini di bawah kuasa kerajaan BN?

Mengenai isu harga semasa getah pula, selama lebih puluhan tahun kerajaan memperkenalkan harga harian. Malah berdasarkan kepada keadaan semasa, harga getah berubah sebanyak tiga kali dalam sehari bergantung kepada jualan dan pembelian.

Malah jika dilawati laman web Risda dan LGM, anda akan memperolehi harga getah harian. Di dalam akhbar juga anda boleh melihat harga getah harian di ruangan ekonomi. Jadi, di mana yang cuba diputarbelitkan penoreh yang ditemuramah Haprakah bahawa kerajaan cuba menyorokkan harga getah sebenar?

Persoalannya, benarkah Haprakah menemuramah penoreh atau sekadar mereka-reka sendiri kisah yang tidak diketahui kebenarannya?

Read more...

BLOGGER PEMBANGKANG KATA PAKATAN RAKYAT MESTI MENOLAK AL-QURAN


DALAM banyak perkara yang disebut tentang polemik hudud yang sedang hangat dibincangkan sekarang, banyak pihak (kalau tidak semua) yang mengaitkannya dengan Al-Quran yang merupakan rujukan utama orang Islam kerana disitulah katanya terletak kewajiban melaksanakan hudud.

Penulis bukan mahu mempersoalkan Al-Quran disini, cuma pada pandangan penulis Pakatan Rakyat tidak memerlukan Al-Quran untuk menentukan polisi pemerintahan negara ini.

Apatah lagi bila sudah disahkan bahawa hudud bukan sebahagian polisi atau agenda Pakatan Rakyat.

Sebagai sebuah komponen dengan penyokong yang terdiri dari pelbagai latarbelakang agama dan keturunan, Pakatan Rakyat mempunyai segala rujukan yang diperlukan untuk menjadikan negara ini jauh lebih sempurna dari pemerintahan Barisan Nasional sekarang, tidak semestinya Al-Quran sahaja.

Pakatan Rakyat juga sudah mempunyai Buku Jingga – rujukan yang jauh lebih lengkap dan tersusun untuk mencorakkan pemerintahan negara ini nanti disamping manifesto pilihanraya yang akan melengkapkan lagi perjuangan untuk membela nasib rakyat.

Rakyat juga mudah meneliti segala perancangan Pakatan Rakyat melalui buku Jingga dibanding dengan Al-
Quran yang hanya difahami segelintir orang, walaupun dikalangan orang Islam – sekurang-kurangnya yang penulis kenal.

Selain dari itu jangan dilupa, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri juga mempunyai pengalaman yang diperlukan untuk memimpin negara ini mengikut acuannya sendiri.

Terpulang kepada beliau untuk merujuk kepada kitab mana satu sepanjang menjalankan fungsinya sebagai Perdana Menteri (termasuk Al-Quran) tapi ianya bukanlah satu perkara yang perlu diheboh-hebohkan, apatah lagi dijadikan dasar kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat nanti.

Yang nyata, penggunaan Al-Quran dalam polisi pentadbiran negara hanya akan menakutkan parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat seperti DAP yang mempunyai sokongan kuat dari kaum bukan Melayu.

Jangan salah anggap, ini tidak ada kaitan dengan Al-Quran sebagai kitab rujukan orang Islam zaman berzaman, tapi kerana persepsi dan pandangan negara-negara barat yang negatif terhadap Al-Quran yang sering dikaitkan dengan keganasan dan sebagainya telah menjadi punca yang mencetus kepada ketakutan itu.

Selain buku Jingga, adalah lebih baik jika Pakatan Rakyat merujuk kepada standard yang diguna pakai di peringkat global iaitu prinsip-prinsip asas hak asasi manusia seperti kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan beragama dan seumpama dengannya.

Bebas dalam erti kata sepenuhnya, bukan bunyi saja bebas tapi ada banyak sekatan yang menjadikan kebebasan itu tidak lebih dari hiasan semata-mata, orang kata ‘jangan tidak’ sahaja.

Penulis yakin, negara ini akan lebih berjaya dan makmur serta dipandang tinggi negara luar jika kita berpegang teguh kepada prinsip hak asasi manusia yang selama ini tidak begitu diberi perhatian oleh kerajaan Barisan Nasional sekarang.

Ini hanya sebagai permulaan, jika dimasa depan iaitu setelah Al-Quran ditafsir semula sesuai dengan peredaran zaman, mungkin Pakatan Rakyat boleh memikir untuk menceduk idea-idea yang boleh digunakan untuk memajukan lagi negara ini.

Buat jangka masa yang terdekat, prinsip hak asasi manusia sahaja sudah cukup. - Suara Pakatan Rakyat

Read more...

KALAU KITA MENANG... (BAK KATA ANWAR)

>> 28 August 2012


Kalau kita menang...

1. kita akan hapuskan dasar monopoli dan kroni yang dilakukan UMNO.
2. kita akan pastikan perlembagaan dipatuhi.
3. kita akan berikan pendidikan percuma di peringkat universiti.
4. kita akan laksanakan segala janji dalam Buku Jingga dalam 100 hari.
5. kita akan bantu rakyat-rakyat yang miskin dari kerakusan pemimpin-pemimpin UMNO.
6. kita akan pastikan semua rakyat mampu hidup selesa.
7. kita akan berikan skim gaji yang lebih tinggi.
8. kita akan pecahkan sistem lapuk UMNO.
9. kita akan laksanakan demokrasi yang tulen berbanding penindasan yang dilakukan UMNO
10. bla bla bla...
11. bla bla bla... zzzzzzz...

Realitinya, sudah lebih 4 tahun menang, manifesto yang dilancarkan Pakatan Rakyat pada 2008 untuk negeri yang berjaya dimenangi Pakatan pun masih gagal dilaksanakan. Paling memalukan, sudah lebih 20 tahun PAS memerintah Kelantan, segala manifesto PAS Kelantan sememangnya terbukti sebagai satu medium untuk menipu rakyat kerana tidak sampai 20 peratus berjaya dilaksanakan dalam tempoh tersebut.

Adakah anda mahu mempercayai orang yang hanya pandai berjanji tetapi tidak menepati segala janji-janjinya?

Read more...

NIK AZIZ ADALAH SEORANG YANG GAGAL!


Ini adalah pesanan yang diambil dari sebuah blog pro PAS. Nasihat ini dikatakan oleh Nik Aziz supaya mengingati mati dari mengejar keduniaan. Masalahnya, Nik Aziz sendiri pun masih mengejar keduniaan dengan masih memegang jawatan MB Kelantan walaupun sudah berpuluh tahun. Tambahan pula Nik Aziz sering keluar masuk hospital kerana uzur. Malah masih diingat kata-kata bahawa "sekiranya Mahathir bersara, esok saya letak jawatan". Tetapi adakah Nik Aziz letak jawatan setelah sekian lama Tun Mahathir bersara?

Persoalannya yang paling utama, mesej nasihat Nik Aziz ini sepatutnya ditujukan kepada siapa? Pembaca atau Nik Aziz sendiri?

Read more...

PAS KETANDUSAN ISU



Read more...

PENGANJUR JANJI BERSIH ADALAH AKTIVIS TIADA KELAS

>> 27 August 2012



Bukan main penjilat Anwar Ibrahim ini menghentam PDRM kerana mendakwa sengaja melengah-lengahkan jawapan kepada permohonan untuk mengadakan perhimpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka. Hakikatnya, pihak polis sama sekali tidak perlu mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana permohonan penganjur Janji Bersih sememangnya tidak akan dilayan. Ini kerana permohonan tersebut melanggar Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2011 yang mensyaratkan penganjur memberi notis 10 hari sebelum perhimpunan diadakan kepada polis.

Tetapi agak menghairankan kerana penganjur sendiri yang kebanyakannya terdiri dari peguam-peguam handalan gagal untuk memahami akta tersebut. Jadi selepas ini tidak perlu dipersalahkan mana-mana pihak kerana realitinya kegagalan menganjurkan demo Janji Bersih adalah kerana kegagalan pihak penganjur sendiri. Malaysiakini pula tidak perlu menegakkan benang yang basah kerana telah terbukti siapakah yang tidak memahami perlembagaan.

Read more...

USTAZ KAMAL SAIDIN JAWAB TUDUHAN NIK AZIZ



Read more...

HAKIKATNYA, ISLAM DIHINA DI INDONESIA




Inilah realiti umat Islam di negara jiran. Perkataan Islam itu sendiri menjadi permainan sang kafir untuk merendah-rendahkan martabat Islam. Malah pemurtadan Islam menjadi perkara biasa. Mungkinkah perkara ini akan terjadi di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat memerintah?

Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: 
"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut." 
Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?" 
Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."
Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?" 
Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

Read more...

TIADA SUARA UNTUK ULAMA' DALAM PAS

Sememangnya semakin jelas siapakah kuasa-kuasa utama dalam menentukan hala tuju untuk sesuatu parti politik dalam PAS. Terbaru sudah ada suara-suara Anwarinas di dalam PAS yang meminta agar Ustaz Nasha dipecat dari PAS kerana kenyataan menghina Karpal dan kepimpinan PAS berkaitan dengan hudud.

Sejak kebelakangan ini, suara ulama' sering dinafikan di dalam PAS. Malah ulama sedia ada sering dilihat sekadar menjadi boneka kepada DAP dan PKR. Dalam sesuatu isu, segala keputusan sudah dapat diramal kerana ianya hanya menurut kepada skrip DAP dan PKR dan PAS pula hanya berlagak sebagai pelakon untuk menjahanamkan parti sendiri. Jadi, tahniah kepada DAP dan PKR kerana mampu membuatkan PAS benar-benar seperti anjing suruhan di dalam Pakatan Rakyat.

Sekiranya pemecatan Ustaz Nasha terjadi, maka DAP pastinya parti yang paling melompat bergembira menerima perkara tersebut kerana ianya adalah simbolik kepada mereka untuk menghancurkan Islam di Malaysia. Bagi PAS pula, seperti biasa, mereka akan terus-menerus mengatakan perkara tersebut adalah keperluan di dalam Pakatan Rakyat walaupun realitinya ianya hanyalah keperluan kepada DAP dan PKR.

Tambah membingungkan apabila ulama'-ulama ' di dalam PAS yang mendapat jawatan tinggi pula sekadar mampu mengiyakan segala kemungkaran yang dilakukan DAP dan PKR. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Haji Hadi Awang. Sejak kebelakangan ini lebih banyak fitnah dari fakta yang keluar dari mulut pemimpin bertaraf ulama' ini. Jadi, adakah ini yang dikatakan pemimpin Islam yang zuhud sehinggakan fitnah dan fakta tidak mampu dibezakan?

Mungkin PAS terlupa bahawa Islam itu sendiri mengagungkan para ilmuwan seperti golongan ahli sufi dan para ulama' untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Jadi adakah dengan pemecatan Ustaz Nasha PAS akan lebih Islamik?

Secara jujurnya, sekiranya pemecatan Ustaz Nasha terjadi, PAS berjaya membuktikan bahawa mereka lebih teruk dari parti kafir harbi DAP dan parti munafik PKR kerana gagal menyatukan ahli mereka sesama sendiri kerana perjuangan yang kabur.

Read more...

PAS MEMAINKAN SENTIMEN BENCI KERAJAAN PERSEKUTUAN, SAYANGI ANWAR IBRAHIM

>> 26 August 2012


Dalam satu kenyataan Haprakah, seorang pemimpin PAS dengan lantang menyeru rakyat Kelantan agar menyokong dasar kerajaan negeri yang sedia ada. Kerajaan negeri sedia ada yang dimaksudkan ialah Kelantan yang sudah ditadbir PAS puluhan tahun.

Dalam pada masa yang sama berbagai kata-kata manis berbaur pujukan turut dinyatakan demi menjamin masa depan PAS Kelantan yang dilihat semakin lama semakin goyah.

Untuk sekian kalinya kita terfikir sejenak betapa dua ideologi yang cuba diterapkan PAS dalam mana-mana pentadbiran mereka di Malaysia. Pertamanya dilarang sama sekali lawan PAS dalam bentuk apa sahaja pun. Segala usul dan dasar yang dibentang PAS harus disokong walaupun dilihat sama sekali tidak realistik seperti Projek Kambing Jamnapari dan Skim Ladang Rakyat Kelantan. Sesiapa yang melawan akan menerima hukuman seperti beberapa ahli dan pemimpin PAS yang dipecat.

Keduanya, segala bentuk idea dan dasar kerajaan BN harus ditolak walaupun amat diperlukan rakyat seperti BR1M. KR1M. Skim Rumah Pertamaku dan lain-lain lagi. Mengapa perlu ada dua tahap berbeza dalam penerimaan dasar yang cuba diterapkan PAS Kelantan kepada rakyat?


Dalam pada itu segala kegoyahan PAS Kelantan semakin hari semakin meruncing sehinggakan ada kedengaran khabar angin bahawa Kelantan akan bertukar kerajaan. Adakah kenyataan pemimpin PAS Kelantan ini dalam usaha menagih simpati suppaya rakyat masih menyokong PAS walaupun dilihat sudah hilang perjuangan Islam yang dibawa mereka?

Dalam konteks pentadbiran Islam PAS di Kelantan, masjid yang mampu dibina tidak sampai lima buah manakala tokong cukup banyak dan besar. Patung berhala terdapat pelbagai bentuk. Baring, mengiring, terlentang, duduk dan berdiri semuanya ada. Inikah yang dimaksudkan "Membangun Bersama Islam"?

Dalam pada itu pemimpin PAS tidak layak sama sekali untuk menyeru rakyat Kelantan untuk menyokong dasar kerajaan negeri kerana mereka sama sekali pun tidak pernah menyokong dasar Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran BN. Lihat sahaja bentuk tentangan PAS seperti demo, ceramah mengutuk dan doa pecah perut. Inikah contoh yang baik yang mahu ditunjukkan para pemakai serban PAS kepada rakyat Kelantan?

Amat menyedihkan sekiranya hak rakyat memilih untuk meyokong atau menolak dasar kerajaan juga cuba dipengaruhi oleh PAS. Dalam pada itu PAS harus sedar bahawa mereka bukanlah raja di Kelantan dan dalam bila-bila masa mereka akan dihukum rakyat Kelantan sendiri.

Read more...

SAYA DIPECAT, BUKAN LETAK JAWATAN!

>> 24 August 2012



Read more...

NIK AZIZ GILA MEMPERJUANGKAN HUKUM HUDUD PALSU


Nik Aziz hari ini menyelar sikap pemimpin UMNO yang masih tidak mahu melaksanakan hukum hudud. Dalam pada masa yang sama Nik Aziz juga terlupa siapakah yang berpakat dengan parti kafir harbi iaitu DAP dalam kerjasama yang dipanggil "bersetuju untuk tidak bersetuju".

Dalam pada itu juga Nik Aziz sering kali menyifatkan bahawa draf hukum hudud PAS adalah soheh untuk diperakui oleh umat Islam di seluruh Malaysia.

PAS seringkali menyalahkan UMNO menolak hukum hudud apabila draf hukum hudud Kelantan yang dibentangkan 19 tahun lepas ditolak mentah-mentah oleh kerajaan persekutuan. Dalam pada itu juga ada pemimpin PAS dengan sinis mengkafirkan orang UMNO kerana perkara ini.

Untuk pengetahuan, draf hukum hudud yang dibentangkan kerajaan PAS Kelantan amat bertentangan dengan hukum hudud Islam yang sebenar. Ini kerana antara perkara yang menjadi pertikaian dalam draf hukum hudud PAS ialah:

Hukuman hudud akan jatuh kepada pesalah berumur 18 tahun ke atas sedangkan hukum Islam menyatakan bahawa hukum hudud akan dilaksanakan kepada pesalah yang sudah akil baligh.

Terlalu banyak hukuman yang tidak dikaji dengan teliti seperti kesalahan mencuri. Draf hukum hudud PAS sama sekali tidak menyatakan jumlah tepat untuk dijatuhkan hukuman potong tangan sedangkan di dalam Islam terdapat jumlah yang tepat dan tempoh pengampunan.

Hukum hudud PAS Kelantan juga tidak sama sekali dibenarkan atau dilaksanakan ke atas orang kafir di Kelantan di mana terdapat ketidakadilan dan ketidaksamaan hukuman kepada pesalah beragama Islam dan bukan Islam. Sistem ini terbukti sama sekali gagal seperti yang pernah dilakukan di Bangladesh dan Afghanistan kerana ianya menggalakkan jurang di antara kafir dan orang Islam dalam konteks kesalahan dan penerimaan hukuman.

Jadi dengan alasan seperti inikah yang mahu dikatakan orang UMNO sama sekali menolak hudud? Dalam pada itu jangan terlupa bahawa kerajaan persekutuan yang digelar kafir oleh penganut agama PAS inilah yang sentiasa membantu dalam memajukan umat Islam seperti perbankan Islam, bantuan kepada sekolah agama rakyat, pembinaan masjid dan surau di setiap kawasan dan lain-lain lagi.

Jadi ada baiknya Nik Aziz memikirkan kembali hukum hudud yang bagaimanakah mahu dilaksakan di Kelantan? Adakah hukum hudud itu mampu memartabatkan Islam atau pun sekadar menjadi beban kepada umat Islam di Malaysia?

Read more...

NASRUDIN TANTAWI MUNGKIN TERLUPA...

>> 22 August 2012


Tidak sampai sehari Nasrudin Tantawi mengeluarkan kenyataan konon-kononnya betapa melampaunya Karpal Singh dalam mengeluarkan kenyataan menentang hukum hudud. Dalam pada itu beberapa kaki pelupa seperti Nasrudin Tantawi juga turut bangkit menghentam Karpal dalam masa yang sama.

Di sini apa yang ingin dibangkitkan betapa keikhlasan PAS dalam memperjuangkan hukum hudud hanya indah khabar dari rupa. Seperti yang diketahui, kerjasama PAS dan DAP ditemukan berasaskan salah satu faktor iaitu "bersetuju untuk tidak bersetuju".

Dalam pada itu juga sebelum ini juga Nasrudin Tantawi turut sama bersama beberapa Pak Turut DAP dalam menegakkan konsep tersebut dengan menghentam mana-mana suara ahli PAS yang masih enggan menegakkan perjanjian tersebut.

Ini adalah perkara yang amat menghairankan kerana dalam masa tidak sampai 2 bulan perjuangan PAS sudah berubah-ubah. Malah dalam masa 4 tahun ini juga jangan dilupakan sudah berapa kali konsep perjuangan PAS berubah-ubah mengikut kehendak pemimpin DAP dan PKR. Jadi permainan tarik tali ini menunjukkan dengan jelas betapa perjuangan PAS boleh digadai dengan hanya kata-kata dan jaminan beberapa pemimpin kaki kelentong Pakatan Rakyat sahaja.

Jika dikaji kembali juga, ini bukanlah kali pertama Karpal mengeluarkan kenyataan menghina hudud dan perjuangan PAS. Dalam pada itu juga TIDAK PERNAH SAMA SEKALI KARPAL DAN MANA-MANA PEMIMPIN DAP MEMINTA MAAF. Jadi, inikah "keikhlasan" yang cuba ditunjukkan PAS dalam Pakatan Rakyat?

Read more...

TRAILER FILEM TANDA PUTERA

>> 19 August 2012



Read more...

USTZA NASHA SEDIA JUMPA KARPAL DI MAHKAMAH


Ustaz Nasha sudah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa kesediaan dirinya untuk disaman Karpal untuk menegakkan negara Islam. Seperti diketahui Karpal yang juga selaku Pengerusi DAP telah sekian lama tidak mengiktiraf perlaksanaan negara Islam di negara ini.

Kemelut DAP dan PAS berterusan sehingga ke saat ini. PAS pula tidak sedar bahawa perpecahan dalaman parti semakin runcing dengan sebahagian menjadi pak angguk Karpal dengan mengeluarkan kenyataan "bersetuju untuk tidak bersetuju" manakala sebahagian lagi terus-menerus menolak pendirian DAP. Malah ada juga sebahagian lain yang menyokong perpaduan UMNO-PAS dalam usaha menyatukan umat Islam untuk menegakkan negara Islam.

Perpecahan PAS ini masih lagi gagal dikesan pemimpin tertinggi. Malah suara ulama' juga kian kelam ditelenggami golongan Anwarinas yang berleluasa di dalam PAS.

Inilah realiti PAS pada hari ini. Ketika mereka berpuak-puak, DAP pula terus-menerus bersatu-padu untuk menghancurkan segala agenda umat Islam di Malaysia.

Kenyataan Ustaz Nasha ini dilihat amat berani dan melangkaui persetujuan pemimpin tertinggi PAS yang masih mengamalkan konsep "bersetuju untuk tidak bersetuju". Tetapi jangan pula terkejut di masa hadapan apabila akan ada golongan Anwarinas bersuara mempertahankan Karpal pula.

Perlu dijelaskan bahawa PAS sudah pun menggadaikan perjuangan parti kepada DAP atas nama Pakatan Rakyat. Jadi, sudah sampai masanya penyokong PAS sedar bahawa PAS hanya tinggal nama sahaja. Perjuangan PAS sudah lama berkubur.

Read more...

SALAM AIDILFITRI DARI TAUKE IKAN DAN KELUARGA

>> 18 August 2012


Tauke Ikan dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Dengan tulus ikhlas, maaf zahir dan batin.

Read more...

BAGAIMANA KREDIBILITI SANG HAJI PAKATAN RAKYAT?


Sia-sia sahajalah si Zunar mengerjakan haji sekiranya masih tidak mampu mengubah perangai seperti apa yang tertulis di kartun ini. Ketika Zunar beriya-iya memburuk-burukkan PM dengan Altantuya, pernahkah Zunar ini terfikir bahawa isu perkaitan antara PM dan Altantuya tidak pernah dibuktikan?

PM pernah bersumpah laknat untuk membuktikan dirinya tiada kaitan dengan Altantuya. Mampukah mana-mana pihak yang sebaris dengan Zunar bersumpah laknat bahawa sememangnya terdapat bukti bahawa PM ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya? Jika berani sila tampil dan buat secara di khalayak dan bukannya sekadar kutuk-mengutuk taraf manusia tidak bertamadun seperti Zunar ini.

Read more...

PEMERINTAHAN KUKU BESI OLEH KHALID GAGAP DAN PARA GESTAPO BELAAN DAP SEMAKIN JELAS

>> 16 August 2012


Kenyataan Khalid Gagap di Sinar Harian
“Syabas tidak lagi dibenarkan membuat kenyataan akhbar mengenai operasi air ini melainkan mendapat persetujuan Kerajaan Negeri sebab mengikut perjanjian, Syabas ialah operator pengendalian air kepada Kerajaan Negeri."

Kenyataan Khalid Gagap ini jelas menghalang pihak Syabas dari mengeluarkan mana-mana kenyataan kepada media. Dalam masa yang sama rakyat Negeri Selangor berhak mendengar dari Syabas sebarang kenyataan kerana mereka adalahah penerima bekalan air dari Syabas sendiri.

Dalam pada itu, Gestapo DAP dalam Kerajaan Negeri Selangor pula sewenang-wenangnya menghentam Syabas. Adilkah perkara ini?

Syabas dipaksa dan diperlakukan seperti robot dimana hak-hak mereka untuk bersuara sama sekali dinafikan sebaliknya pihak Kerajaan Negeri Selangor pula boleh sesuka hati berkata apa sahaja mengenai Syabas.

Ini adalah satu bentuk penindasan kepada syarikat anak negeri seperti Syabas. Ini kerana seperti diketahui Syabas gagal menghalang rakyat dari menghidu kebodohan pemimpin Selangor dalam skandal air ini. Syabas pula dilihat mampu mengeluarkan kenyataan benar beserta fakta. Sedang pemimpin Selangor menyalahkan Syabas, semakin besar kebodohan mereka dirungkaikan oleh Syabas sendiri.

Jadi inilah yang dimahukan oleh Khalid Gagap dan Gestapo belaan DAP dalam kepimpinan negeri. Tujuan mereka menghalang Syabas dari mengeluarkan kenyataan seupaya kebodohan mereka tidak lagi dibongkarkan oleh Syabas. Tetapi mereka terlupa bahawa Syabas itu sendiri mewakili rakyat negeri Selangor. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Fakta terbaru kebodohan rejim Khalid Gagap mengenai isu air
1. Dulu mereka yang menolak Suruhanjaya yang dibentang di Parlimen, kini mereka yang terkinja-kinja membawa Suruhanjaya tersebut untuk menyelesaikan masalah loji rawatan di Selangor. Bukankah lebih menyenangkang dan tidak membazir masa jika Khalid Gagap awal-awal menerima cadangan Parlimen membawa masuk Suruhanjaya dilantik kerajaan pusat menyelesaikan masalah air Selangor? Kenapa perlu menunggu sekian lama sehingga rakyat terputus bekalan air baru hendak menerima nasihat orang lain?
2. Xavier Jayakumar kata jika dilaksanakan Loji Langat 2 Kerajaan Negeri tidak mampu membekalkan air percuma kepada rakyat kerana kos penyelenggaraan yang tinggi. Kebodohan Xavier Jayakumar ini sukar dirawat kerana realitinya apa gunanya air percuma jika air pun tiada? Lebih baik jika air dibayar tetapi bekalannya tidak putus seperti sekarang ini.

Read more...

APABILA ULAMA' PAS BUKA MULUT, PARASIT PAS YANG MELOMPAT


Kenyataan Ustaz Nasharudim Mat Isa kepada kepimpinan PAS beberapa hari lepas benar-benar menggemparkan parasit-parasit PAS. Dalam pada itu sudah kedengaran dari blog dan Haprakah artikel menghentam ustaz Nasha secara terbuka.

Ini kisah dua muka yang amat berbeza. Mereka tidak menyukai Ustaz Nasha mengeluarkan kenyataan menghentam kepimpinan secara terbuka sebaliknya mereka pula boleh mengeluarkan kenyataan menghentam secara terbuka. Di mana keadilan bersuara dalam situasi Ustaz Nasha? Bukankah perkara ini mirip kepada isu pemecatan Dr. Hasan Ali di mana hanya satu pihak sahaja dibenarkan bersuara?

Dalam pada itu jika dilihat kembali orang-orang PAS yang benar-benar marah dan mengeluarkan kenyataan keras dan tegas terhadap Ustaz Nasha kesemuanya bolehlah dikategorikan sebagai parasit PAS seperti yang dimaksudkan oleh Dr. Hasan Ali. Mereka inilah yang lebih sudu dari kuah. Kenyataan Ustaz Nasha belum pun dikaji, sudah melompat-lompat beruk-beruk parasit ini kepanasan seolah-olah mereka yang termakan cili.

Seperti diketahui juga Ustaz Nasha sahajalah daripada sayap ulama' PAS yang mampu bersuara kerana benar. Jika hendak diharapkan kepada yang lain, kesemuanya sudah hilang kejantanan. Inilah yang dikatakan politik yang sihat tetapi puak-puak parasit melihat perkara itu sebagai batu penghalang kepada mereka untuk mendominasi PAS secara total.

Jika kita memerhati dan melihat kembali secara teliti, anda dapat perasan juga sebenarnya golongan-golongan yang melompat ini juga adalah dari kategori Anwarinas yang tegar. Mereka ini sanggup menolak kata-kata dari ulama' tapi sanggup menerima kata-kata manusia munafik bernama Anwar Ibrahim.

Jadi sememang benarlah telahan Dr. Hasan Ali bahawa ulama' di dalam PAS sudah huilang lidah untuk bersuara. Kini suara-suara parasit dan Anwarinas menguasai segalanya sehinggakan kebatilan dan kebenaran tidak mampu dibezakan lagi.

Ini amat berbeza dengan UMNO di mana kepimpinan di waktu ini lebih terbuka dan matang. Kepimpinan di peringkat atas sedia menerima kritikan dan mendengar masalah. Cara bagaimana hendak disampaikan tidak penting cuma yang penting jalan penyelesaian yang perlu dicari. Cuma agak memalukan apabila kepimpinan atasan sedia mengamalkan perkara tersebut, terdapat puak-puak bawahan di peringkat kecil yang ada mengamalkan mentaliti ortodoks PAS "leader always right". Tak perlulah disebutkan siapa untuk mengelakkan pertikaman lidah.

Read more...

PANDANGAN DR. RIDHUAN TEE MENGENAI ROYALTI MINYAK KELANTAN

>> 15 August 2012

Saya merasa amat bersyukur dan menarik nafas lega di atas keprihatinan dan kelembutan Perdana Menteri membentuk jawatan kuasa mengkaji pembayaran royalti minyak kepada kerajaan (raktyat) negeri Kelantan. Sama ada Kelantan layak mendapatkannya, masa akan menentukan. Apa yang penting langkah pertama telahpun bermula.

Langkah ini perlu disambut dengan baik. Buang yang keruh, ambillah yang jernih. Lupakanlah masa lalu, kerana ia tidak akan berulang pada masa kini. Apa yang penting, jadikan masa lalu sebagai iktibar untuk melayari kehidupan hari ini.

Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang digubal sewaktu Tun Razak menjadi Perdana Menteri, antara lain menetapkan bahawa Petronas perlu membayar nilai lima peratus setiap tahun daripada hasil petroleum yang diperolehi daripada negeri berkenaan. Akta berkenaan menetapkan bahawa perairan negeri merupakan kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri.

Jika Kelantan memang mempunyai hak tersebut, berikanlah hak itu. Lagipun orang Kelantan itu juga adalah saudara kita semua, walaupun berlainan ideologi. Ingatlah, kita boleh paksa kuda ke tebing, tetapi kita tidak boleh paksa kuda minum air. Janganlah disiksa rakyat Kelantan, hanya kerana mereka memilih PAS.

Sepatutnya, kita mengkaji kenapa rakyat Kelantan memilih PAS, bukan yang lain. Lagipun PAS bukanlah satu ancaman kepada UMNO. PAS hanya memerintah dua buah negeri (Kedah). Apa yang lebih ditakuti adalah kepada ultra kiasu. Walaupun mereka memerintah satu negeri, tetapi satu negeri sudah melambangkan 10 negeri. Begitulah hebatnya ultra kiasu berstrategi. Hujahnya mudah, ultra kiasu terdapat di luar dan di dalam.

Tidak seperti kita, walau memegang di banyak negeri, tetapi kedudukan kita tidak kuat. Kekuatan kita bergantung kepada simpati orang lain. Bayangkan jika kita siksa rakyat Kelantan, Kedah, atau mungkin juga Selangor. Kekuatan umat Islam akan menjadi semakin bertambah sedikit. Ini menjadikan kita semakin bergantung kepada orang lain, yang bersekongkol dengan ultra kiasu. Sudah tentu mereka akan mengambil peluang keemasan ini untuk mendapatkan apa yang belum dapat dan menambah apa yang telah didapati. Apabila semua telah didapati, kita akan dilupakan, percayalah. Itulah sifat kafir harbi.

Saya selalu mengibaratkan antara UMNO dan PAS ibarat carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga. Perbezaan antara kedua parti ini tidak banyak. Isunya Cuma untuk mendaulatkan Islam, walaupun sebahagiannya telah terdaulat. PAS rela dibubarkan jika UMNO mendaulatkan Islam, yakni melaksanakan Islam sebagai cara hidup.

PAS sudah jauh berbeza berbanding sebelumnya. Dahulunya boleh dikatakan semua haram. Bertepuk tangan dalam majlis, bertentang muka dengan wanita, nyanyian, muzik dan lain-lain semuanya haram. Hari ini PAS mula terbuka. PAS semakin moderat. Kadangkala, PAS bertepuk tangan lebih kuat dari UMNO, tidak lagi malu bersemuka dengan wanita, terhibur dengan lagu-lagu Aishah dan Dayangku Intan, menerima muzik moden dan sebagainya. Terbaharu, suara wanita tidak lagi aurat dalam menyertai tilawah al-Quran.

Saya melihat ini sebagai perkembangan menarik. Interpretasi PAS terhadap Islam semakin luas dan terbuka. Dahulu agenda negara Islam dan hudud adalah satu kemestian. Sesiapa yang menolaknya kafir belaka. Hari ini sudah tidak lagi, agenda tersebut berada dalam hati, agenda yang lebih besar adalah negara berkebajikan. Apapun yang dimahukan oleh PAS, saya sudah tidak kisah, selagi PAS tidak menghalalkan yang haram. Apa yang penting, PAS tidak boleh bekerjasama dengan ultra kiasu. Ini kerana ultra kiasu adalah kafir harbi. Mereka secara terang menolak Islam.

Saya tidak nafikan parti komponen Barisan Nasional juga menolak Islam. Sebab itu saya tidak mengharapkan mereka. Saya lebih menganjurkan penyatuan antara UMNO dan PAS, bukan PKR. Walaupun PKR parti majoriti Melayu Islam, ia sukar dipercayai. PKR adalah parti cari makan, tali barut dan parti balas dendam.

Seruan saya kepada PAS, sambutlah saranan Perdana Menteri itu. Berbincanglah secara baik dan berhikmah. UMNO mungkin beranggapan, PAS tidak pandai mentadbirkan wang petroleum tersebut. Pada saya, sama ada PAS pandai menggunakan wang tersebut atau tidak, terpulang kepada mereka. Kembali hak kepada yang berhak. Jangan siksa rakyat Kelantan hanya kerana majoriti memilih PAS.

Kadangkala kita tidak banyak pilihan. Jika terpaksa memilih antara pemimpin yang pandai mentadbir, tetapi durhaka kepada Allah dengan pemimpin yang kurang pandai mentadbir, tetapi taat pada Allah, sudah tentu mengikut keutamaan, adalah memilih mereka yang taat kepada Allah. Walaupun ada sesetengah yang berpandangan sebaliknya. Namun, saya tetap meletakkan mereka yang takut kepada Allah sebagai keutamaan. Ini kerana mereka yang taat kepada Allah, mereka tidak akan tersasar jauh. Tetapi manusia yang durhaka kepada Allah, akan durhaka kepada manusia. Inilah nasib yang telah menimpa Hosni Mubarak, Gaddafi dan sebagainya. 

Saya yakin masih ramai orang dalam UMNO dan PAS yang taat dan masih takutkan Allah. Jangan siksa mereka ini. Jika sesuatu berlaku ke atas umat Islam, adakah kita lebih mempercayai Kelantan atau ultra kiasu untuk membantu?

Ingatan saya kepada PAS, jangan terlalu bersangka buruk mengatakan isu royalti ini adalah gula-gula pilihan raya. Sama ada ia gula-gula atau tidak, sudah tidak penting lagi. Semua ini berlaku dengan izin Allah. Jikapun benarpun ini adalah gula-gula pilihan raya, mungkin Allah mahu satukan kita semua ketika pilihan raya. Lagipun, saya tidak nampak UMNO mampu untuk merampas kembali Kelantan daripada PAS sekalipun royalti diberikan. Itupun kelebihan manisnya gula.

Kelantan akan terus berada dalam genggaman PAS sampai bila-bila jika UMNO terus berdolak dalih dalam mempertahankan hak umat Islam untuk menunaikan haknya kepada Allah. Adalah menjadi hak orang Islam untuk mendapatkan cara hidup mereka agar terlepas daripada siksaan Allah. Kembalikan hak itu. Lagipun orang bukan Islam sudah mendapat hak mereka. Kenapa kita harus takut?


Read more...

AL-KISAH ORANG PKR BEREBUT JADI CALON SAMPAI TUBUH 2 MARKAS



Kemaruk untuk menjadi calon menyebabkan dua pemimpin PKR Kuala Pilah menubuhkan pejabat berasingan. Bagaimana hendak dikatakan parti-parti di dalam Pakatan Rakyat bersatu-padu sedangkan dalam PKR sendiri pun sudah haru-biru berpuak-puak? Ini contoh yang mahu ditunjukkan kepada rakyat?

Baca juga di Prince of Pilah.

Read more...

PEMIMPIN PAS BERI JAMINAN ARTIS PAS AKAN LEBIH TERKENAL

>> 14 August 2012



Pemimpin PAS memberi jaminan bahawa artis PAS akan diberi ruang secukupnya untuk bergerak dalam bidang mereka. Percakapan ini keluar dari mulut pemimpin PAS sendiri. Tetapi agak menghairankan apabila sejak kebelakangan ini pemimpin PAS sudah kurang mengetengahkan suara ulama' mereka sendiri seperti Ustaz Harun Din dan Ustaz Harun Taib.

Tambah membingungkan kenyataan pemimpin PAS ini terlalu banyak tafsiran dan taksiran kerana ianya disampaikan dalam bentuk umum.

Apa yang dilihat dari mata rakyat, artis PAS hanyalah sekadar boneka mengutuk kerajaan dan BN di atas pentas ceramah. Jika dilihat kepada kredibiliti percakapan mereka juga, mereka ini cukup bersyukur selepas menyertai PAS. Penyertaan mereka ke dalam PAS ini digelar "hijrah".

Persoalannya hijrah dalam bentuk bagaimana? Hijrah baru sebulan sudah dijemput ke atas pentas mengutuk kerajaan?! Malah jika masih diingati "Ustaz" Bob Lokman yang baru setahun berhijrah sudah pandai mengkafirkan orang! Hijrah apakah ini?!

Dalam pada itu juga perlu diingat bahawa PAS bukanlah agama. Mengapa perlu diungkapkan perkataan hijrah @ insaf selepas menyertai PAS?

Perlu diingat bahawa orang yang benar-benar berhijrah mencari ulama' untuk menimba ilmu. Bukannya Mat Sabu yang ada isu khalwat dengan isteri orang! Hijrah juga menuntut seseorang kembali kepada agama Islam, bukannya menganut agama PAS!

Saya percaya dalam masa terdekat ini artis-artis ini akan tetap diusung ke sana sini untuk berceramah. Ulama' pula terus terpinggir dan terpaksa mendiamkan diri kerana lidah mereka sudah dipotong DAP dan parasit dalam PAS.

Sudahkah kita lupa kepada Hasan Ali? Orang yang benar-benar memperjuangkan Islam akhirnya ditendang dari PAS tanpa pembelaan sewajarnya sebaliknya kaki menghasut dan penipu bermaharaja lela dan diberikan jawatan yang tinggi dalam parti.

Orang PAS tolonglah fikir apa masa depan parti anda yang konon-kononnya sangat Islam.

Read more...

HASAN ALI: PARASIT PAS TUNDUK KEPADA DAP



Read more...

SUARAM TERBUKTI EJEN FITNAH ANWAR IBRAHIM

>> 13 August 2012


Suaram membuktikan mereka merupakan ejen fitnah Anwar Ibrahim kerana bersungguh-sungguh memperjuangkan isu kematian Altantuya yang dikaitkan dengan PM walaupun terbukti fitnah. Malah dalam beberapa bulan lepas Suaram dengan penuh yakin mengatakan bahawa PM akan dipanggil ke Mahkamah Perancis apabila isu mengenai Scorpene akan dibicarakan.

Kua Kia Soong yang merupakan pengarah Suaram seperti yang diketahui adalah rakan baik kepada Anwar Ibrahim sendiri. Apabila penipuan mengenai isu Scorpenen satu-persatu didedahkan, pengarah Suaram hanya sekadar mampu berdiam diri dan langsung tidak mampu mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai isu tersebut.

Terbaru apabila RPK mendedahkan lagi bahawa isu fitnah PM terhadap kematian Altantuya hanyalah propoganda fitnah pembangkang dan Anwar Ibrahim. Pada masa yang sama Suaram yang juga begitu bersungguh-sungguh menyebar fitnah tersebut juga gagal memberi penjelasan.

RPK mendedahkan bahawa penyiasat persendirian iaitu PI Bala hanyalah boneka yang dibayar Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan PM. Dalam skandal fitnah itu, Suaram dan beberapa individu serta agensi terlibat.

Sehingga ke hari ini apabila perkara tersebut dibongkarkan RPK, masih tiada satu pun penjelasan yang mampu diberikan oleh pihak-pihak yang menuduh PM termasuk Anwar Ibrahim sendiri. Malah agak menghairankan apabila kejantanan Anwar Ibrahim menyaman juga hilang.

Sudah terbukti jelas bahawa PM tiada kaitan dengan pembunuhan Altantuya. Mengapa masih ada pencacai pembangkang mempercayai fitnah tersebut? Adakah mereka tidak mampu berfikir?

Read more...

SENARAI HARGA BARANG KAWALAN UNTUK AIDILFITRI 2012 YANG PERLU ANDA KETAHUI

>> 12 August 2012


1. Ayam hidup (RM5.70)

2. Ayam standard yang disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal (RM6.80)

3. Ayam super yang disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal (RM7.60).

4. Daging lembu tempatan (RM22.00)

5. Daging lembu import-harga maksimum di Sarawak sahaja (RM24.00)

6. Daging kerbau tempatan (RM21.00)

7. Daging kerbau import India (RM13.50).

8. Telur ayam gred A (RM0.35 sen)

9. Telur gred B (RM0.34 sen)

10. Telur gred C (RM0.33 sen)

11. Kubis bulat import-Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing (RM3.20)

12. Cili merah (RM10.00)

13. Tomato (RM4.50).

14. Kelapa parut-harga maksimum di peringkat runcit saja (RM6.00)

15. Kacang tanah import (RM6.50)

16. Bawang merah kecil India (RM5.00)

17. Bawang besar import (RM2.50)

18. Bawang putih China (RM7.50)

19. Ubi kentang import China (RM3.00)

20. Ikan kembung (RM12.00)


Read more...

LAGI USAHA KERAJAAN PUSAT UNTUK RAKYAT PULAU PINANG


BUTTERWORTH: Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan sebanyak RM1.9 juta bagi melaksanakan program membaik pulih rumah nelayan di Pulau Pinang tahun ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, setiap rumah yang dikenali pasti oleh Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk dibaik pulih akan menerima peruntukan antara RM6,000 hingga RM9,000. 

"Sebanyak 700 rumah nelayan dipilih untuk dibaik pulih dan saya difahamkan hampir separuh sudah siap dan sebahagian lagi dijangka siap sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Bantuan ini adalah satu lagi tanda keprihatinan kerajaan kepada golongan nelayan supaya mereka dapat tinggal di rumah yang lebih selesa dan selamat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Baik Pulih Rumah Nelayan di Bagan Ajam, di sini hari ini. - BERNAMA

Read more...

JIKA UMNO PELAMPAU AGAMA, PAS APA PULA?


PAS menyifatkan UMNO sebagai pelampau agama dengan kenyataan yang dikeluarkan Abdullah Sa'amah yang menyifatkan haram mengundi DAP. Dalam pada itu PAS juga bersungguh-sungguh mempertahankan sahabat mereka yang juga merangkap pertubuhan kafir harbi terbesar di Malaysia.

Pada masa yang sama mungkin PAS terlupa bahawa siapakah pelampau agama yang sebenar. Mungkin mereka telah terlupa dengan fatwa-fatwa sesat mereka yang pernah dikeluarkan pemimpin-pemimpin mereka yang terdahulu. Siapakah sebenarnya pelampau agama?




Read more...

PENDEDAHAN FAKTA YANG CUBA DISEMBUNYIKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

>> 11 August 2012



Read more...

AGENDA ANWAR BAWA BALIK CHIN PENG



Read more...

90 KERUSI PEMBANGKANG DALAM BAHAYA


BUKIT MERTAJAM - Pemuda Umno akan memberi tumpuan di 90 kawasan diwakili pembangkang yang diyakini boleh dimenangi Barisan Nasional (BN) jika diberi lebih perhatian kerana kebanyakan penduduk di kawasan itu adalah pengundi atas pagar.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pemilihan 90 kawasan itu dibuat selepas Pemuda Umno menjalankan kaji selidik baru-baru ini, bagi mengenal pasti kawasan yang mampu dimenangi BN.

“Sudah pasti kita melihat kawasan tumpuan tertentu terutama Parlimen yang ada harapan menang dan melalui kaji selidik dijalankan Pemuda Umno, sebanyak 90 kawasan pembangkang dikenal pasti mempunyai peluang cerah untuk BN menang.

"Kawasan itu ditakrifkan sebagai atas pagar dan jika diberi tumpuan yang lebih serta dilipat gandakan usaha, saya percaya BN boleh menang, lagi pun kekalahan di parlimen terbabit pada pilihan raya umum lepas hanya sedikit dan tipis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui pada majlis penyampaian sumbangan Ramadan Pemuda Umno Pulau Pinang. Seramai 350 penerima terdiri daripada warga emas, fakir dan orang kelainan upaya menerima wang tunai dan barangan keperluan.

Khairy berkata, menerusi kaji selidik yang dijalankan itu juga mendapati sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 90 parlimen berkenaan boleh dimenangi BN.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya tidak akan mengabaikan kawasan Parlimen yang dimenangi BN dan akan mempertahankan kerusi tersebut. 

“Pemuda juga memberi perhatian kepada parlimen-parlimen yang memang menjadi kubu kuat kita supaya kerusi di situ dipertahankan dan saya percaya dengan tumpuan khusus di 90 kawasan yang dikenal pasti itu, BN akan mampu memperoleh kemenangan dua pertiga," katanya. - Bernama

Read more...

RAJA PETRA DEDAH KOMPLOT FITNAH PM


KUALA LUMPUR 10 Ogos - Akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu didakwa dirancang pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang.

Perkara itu didedahkan pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin selepas beliau mendedahkan peraranan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa bersama seorang peguam di sebalik akuan bersumpah tersebut bagi memfitnah Najib.

Dalam pendedahan di portal malaysia-today.net itu beliau turut menyebut pembabitan beberapa pemimpin pembangkang dan peguam yang terlibat dalam merancang untuk menghasilkan akuan bersumpah berkenaan termasuk M. Puravalen yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan.

Raja Petra mengakui semua kenyataan yang dibuat Balasubramaniam pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR memang telah dirancang lebih awal agar penyiasat persendirian itu tidak tersalah cakap.

Pada masa sama Raja Petra mengakui Balasubramaniam dibayar untuk membuat akuan bersumpah tersebut dan dakwa beliau, perkara itu memang diketahui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya bertemu Balasubramaniam 2 Julai 2008 iaitu sehari selepas beliau membuat akuan bersumpah. Pertemuan itu berlaku selepas saya dihubungi Sivarasa yang meminta saya pergi ke rumah seorang peguam bagi membincangkan kes pembunuhan Altantuya.

"Kami berbincang bagaimana perkara ini perlu ditangani dan apa yang Balasubramaniam perlu cakap semasa sidang akhbar yang akan dibuat keesokan hari di Ibu Pejabat PKR," dakwanya sebagaimana dipetik dari malaysia-today.net.

Pada 1 Julai 2008, Balasubramaniam mengejutkan negara apabila mengeluarkan akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dalam pembunuhan tersebut tetapi selang dua hari kemudian penyiasat persendirian itu membatalkan akuan bersumpah berkenaan.

Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa Anwar telah mengarahkan seorang tauke Cina membayar kepada Balasubramaniam sebanyak RM20,000 sebulan bagi memastikan penyiasat persendirian tersebut terus menyokong pembangkang.

Katanya, langkah itu diambil selepas Balasubramaniam dikatakan sedang melakukan rundingan rahsia bagi membolehkan beliau mendapat bayaran RM5 juta menyebabkan Anwar bimbang jika penyiasat persendirian tersebut membongkar rahsia mereka.

Dalam pada itu, Sivarasa dan Balasubramaniam gagal dihubungi malam ini untuk mengesahkan dakwaan Raja Petra tersebut. - Utusan Malaysia

Read more...

ADAKAH KEKAYAAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR SEBANYAK RM 1.9 BILLION LESAP?

>> 10 August 2012


Pada penghujung 2011, Khalid Ibrahim dan beberapa exco kerajaan negeri mengumumkan bahawa rizab simpanan Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM 1.9 billion. Dari jumlah itu, dianggarkan RM 700 ke 900 juta adalah dalam bentuk aliran tunai yang berjaya disimpan.

Banyak perdebatan timbul apabila Kerajaan Negeri Selangor semasa pentadbiran BN menegaskan bahawa jumlah yang ditinggalkan kepada kerajaan negeri sedia ada sebanyak RM 1.4 billion. Kerajaan negeri sedia ada sekadar menambah sedikit jumlah sahaja dalam masa 4 tahun.

Tetapi bukan itu persoalannya di waktu ini. Persoalannya, seandainya benar dakwaan MB Selangor iaitu Khalid Gagap bahawa simpanan Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM 1.9 billion, mengapa wang tersebut tidak sama sekali digunakan untuk mengatasi masalah rakyat Negeri Selangor?

Permasalah utama pastinya masalah air. Di waktu ini kerajaan negeri gagal menambah loji rawatan air bersih untuk menampung keperluan rakyat Negeri Selangor. Di waktu ini kerajaan pusat terpaksa campur tangan dengan suntikan dana untuk membantu Selangor mengurus masalah air di negeri itu.

Mengapa wang yang dikatakan berada pada jumlah RM 1.9 billion itu tidak digunakan? Kemanakah perginya wang tersebut?

Tambahan pula Kerajaan Negeri Selangor di waktu ini juga berdepan dengan banyak hutang dengan kontraktor bumiputera yang menguruskan pelbagai projek negeri. Dalam pada itu para kontraktor ini mengeluh kerana pembayaran yang tertunda sehingga lebih tempoh satu tahun. Mengapa wang tersebut masih tidak digunakan untuk melangsaikan hutang kontraktor ini yang juga merangkap rakyat Negeri Selangor sendiri?

Terbaru apabila masalah Unisel seringkali timbul. Antaranya masalah pembayaran gaji kakitangan dan hutang kepada pemaju. Tambah menghairankan apabila Unisel itu sendiri beroperasi tanpa CF. Seperti biasa Khalid Gagap seringkali mengeluarkan kenyataan tidak bermaruah dengan menyalahkan pihak lain. Persoalannya juga sama, mengapa wang tersebut sama sekali tidak digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut?

Perkara pokoknya di sini, bukanlah kita mahu mempertikaikan sebanyak mana wang yang mampu dikumpul tetapi apalah gunanya wang yang banyak tetapi rakyat tidak mendapat apa-apa faedah dari hasil pengumpulan tersebut. Masalah rakyat semakin lama semakin banyak tetapi dalam masa yang sama Kerajaan Negeri Selangor masih seronok membincangkan pelan Selangorku yang merepek dari membincangkan masalah asas rakyat.

Read more...

SEORANG RAKYAT MALAYSIA TERPAKSA KERAT KEMALUAN KERANA PANDELELA MENANG PINGAT


Kesian. Inilah akibat terlalu memandang rendah kemampuan atlit negara. Untuk berita penuh sila KLIK.

Read more...

BAPA PERKAUMAN AKAN JAWAB ATAU BELIT ISU 13 MEI?


Roketkini melaporkan bahawa bapa perkauman Malaysia iaitu Lim Kit Siang akan menjawab isu dan tuduhan mengenai peristiwa 13 Mei yang dilemparkan. Isu itu akan dijawab melalui wawancara. Wawancara?!

Mengapa perlu menjawab dengan sesi wawancara? Mengapa tidak menjawab dengan sidang media terbuka? Ini pastinya kerana Lim Kit Siang cuba mengelakkan diri dari soalan wartawan sekiranya sidang media terbuka diadakan.

Peristiwa 13 Mei sudah pun berlaku lebih 40 tahun. Amat menghairankan mengapa semasa Laporan Mageran dikeluarkan, Lim Kit Siang sendiri tidak mampu mengeluarkan kenyataan. Mengapa baru hari ini terhegeh-hegeh hendak keluar kenyataan?

Jawapannya mudah. Jika 20 tahun lepas Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan mempertahankan diri semasa peristiwa 13 Mei, pastinya kenyataannya terang-terangan dihidu rakyat dan barisan pemimpin kerajaan sebagai pembohongan kerana mereka adalah saksi untuk peristiwa tersebut. Tetapi pada hari ini, hanya segelintir sahaja saksi peristiwa tersebut yang tinggal. Malah dalam kabinet sendiri tidak ada seorang pun pemimpin BN yang menyaksikan peristiwa 13 Mei di Kuala Lumpur. 

Tetapi agak sukar Lim Kit Siang menipu fakta kerana segala kejahatan Lim Kit Siang telah lama dicatat oleh penulis-penulis sejarah. Cuma kita terfikir sampai bilakah Lim Kit Siang mahu menafikan fakta tersebut.

Read more...

TUN M: HANYA UMNO BOLEH SATUKAN ORANG MELAYU


BALING - Hanya Umno sebuah parti terbaik dalam menyatukan orang Melayu di negara ini dan membawa pembangunan kepada rakyat, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, ini kerana, Umno yang mula berpolitik membantu rakyat di negara ini mencapai kemerdekaan dan seterusnya membawa pembangunan manakala parti lain untuk orang Melayu, hanyalah parti serpihan.

"Dulu waktu kita kuat, kita tak mengada-ngada buat benda yang tak baik. Kita bangunkan negara kita sampai dunia iktiraf Malaysia sebagai negara membangun yang cukup maju.

"Ini hasil pentadbiran dilakukan sebuah parti (Barisan Nasional) yang diketuai Umno yang mewakili orang Melayu. Orang Melayu tiada niat tak baik kat kaum lain. Kita tolong mereka dan kita tolong diri kita juga," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Ihsan Ramadan dan Aidilfitri di Masjid Tok Bandar di sini, semalam.

Turut hadir, isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Penyelaras Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Dr Mahathir berkata, kerana itu, orang Melayu perlu bersatu di bawah Umno walaupun parti itu kini dikatakan tidak begitu kuat dalam menyatukan orang Melayu berikutan perpecahan dalam kalangan kaum berkenaan.

"(Kalau nak bersatu) Takkan badan besar masuk serpihan. Yang serpihan yang kena kembali kepada asal. Ada orang nak jadi Perdana Menteri sampai sanggup pecahkan Umno untuk dapat sokongan bagi diri dia. Dia fikir diri dia sahaja dan bukan negara serta rakyat," katanya.

Dr Mahathir berkata perjuangan Umno adalah perjuangan benar kerana itu ketika beliau memimpin Umno, beliau sanggup menerima pemimpin daripada parti serpihan yang mahu kembali kepada Umno. - Bernama

Read more...




  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP