ISMA INGATKAN DAP JANGAN PREJUDIS TERHADAP MELAYU

>> 27 June 2013



Read more...

AKSI MEMALUKAN MP DAP DALAM PARLIMEN



Baru dapat jadi ahli Parlimen sudah tunjuk pandai. Rupa-rupanya peraturan Dewan Rakyat pun tak tahu.  Dengan bahasa kebangsaan yang tunggang-langgang dan tiada adab, adakah ini mencerminkan perilaku pemimpin di Malaysia? Memalukan...

Read more...

DAP MAHU PASAR RAMADHAN DITUTUP

>> 26 June 2013


KUALA LUMPUR: Sikap perkauman DAP semakin terserlah hari ini apabila Ketua Publisiti parti itu, Tony Pua mencadangkan pasar Ramadan juga ditutup kerana didakwanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Katanya, jika benar alasan kerajaan negeri bahawa keputusan untuk menutup pasar malam pelancong Jonker Walk di Kota Melaka kerana mahu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang melampau, maka tindakan yang sama perlu diambil ke atas Pasar Ramadan.

"Saya rasakan kalau-kalau satu pasar malam mahupun pasar tani ataupun pasar Ramadan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas, maka semua pasar-pasar, semua pasar tani di Melaka atau mana-mana negeri perlu dibatalkan secara langsung.

"Kenapa tutup saja di Jonker Walk? Saya rasa semua tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri ini adalah tindakan politik yang langsung tidak mengambil kira keperluan rakyat di Malaysia. Ia hanya mengambil kepentingan politik Umno," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau selain itu turut menggesa penutupan Jonker Walk itu dibatalkan dengan serta merta.

Kemelut itu timbul apabila akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Daily hari Isnin lalu melaporkan Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron sebagai berkata, mesyuarat anggota exco pada 12 Jun lalu memutuskan menutup pasar malam berkenaan demi memenuhi hasrat rakyat.

Bagaimanapun Idris telah menafikan laporan itu. Katanya, keputusan yang diambil pada mesyuarat exco itu adalah untuk membuka semula jalan raya yang ditutup kerana kerajaan negeri menerima banyak rungutan daripada pengguna berhubung kesesakan teruk di sekitar laluan masuk ke bandar raya Melaka berhampiran Jonker Walk setiap hujung minggu.

"Ada pengguna mendakwa untuk sampai ke bandar raya Melaka dari Plaza Tol Ayer Keroh memakan masa sehingga empat jam," katanya.

Perkara itu bertambah kusut apabila sebuah portal mesra pembangkang memetik ADUN Kesidang, Chin Choong Seong bahawa penutupan Jonker Walk adalah 'pembalasan' kepada pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13. - antarapos

Read more...

BN TUBUH MAKMAL POLITIK UNTUK PRU 14

>> 25 June 2013



Read more...

ANGGOTA POLIS CEDERA ANGKARA PENDEMO DI PARLIMEN

>> 24 June 2013



KUALA LUMPUR 24 Jun - Seorang anggota polis dilaporkan tercedera dalam satu kejadian demonstrasi di hadapan pintu masuk Parlimen di sini pagi tadi.

Kejadian berlaku setelah pihak polis sedang mengawal sekumpulan kecil penyokong Blackout 505 yang enggan bersurai dari lokasi tersebut.

Peserta himpunan tersebut mula berkumpul di Parlimen selepas bergerak dari Padang Merbok, Kuala Lumpur bagi menghantar memorandum kepada Perdana Menteri mengenai isu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Identiti anggota polis yang cedera masih belum dikenalpasti.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan seramai 26 peserta demonstrasi ditahan dalam perhimpunan tersebut termasuk beberapa yang lain tampil untuk menyerahkan diri.

Kumpulan tersebut dikatakan akan berkumpul semula di Padang Merbok bagi satu sesi taklimat pada petang ini- klpos

Read more...

PROVOKASI PENYOKONG PUNCA ANGGOTA DBKL DIKASARI

>> 23 June 2013


KUALA LUMPUR 23 Jun - Tindakan provokasi dan kata-kata kesat sekumpulan peserta perhimpunan didapati menjadi punca insiden dua anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikasari di Padang Merbok petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang penguatkuasa DBKL berusia 51 tahun berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, pengadu memaklumkan kejadian tercetus apabila seorang Kadet Inspektor Penguasa (KIP) dan Penguasa DBKL cuba mengambil gambar dan menutup khemah yang mula dipasang setelah mendapat arahan.

"Pengadu dan KIP telah ke khemah yang didirikan dan meminta orang yang bertanggungjawab untuk membuka khemah dan tiba-tiba, sekumpulan lelaki seramai 20 hingga 30 orang mengerumuni pengadu dan KIP," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini malam tadi.

Beliau berkata, kumpulan itu kemudian membuat provokasi dengan menolak pengadu dan KIP serta melontarkan kata-kata kesat.

Pengadu dan KIP itu bagaimanapun berjaya dibawa keluar oleh anggota DBKL dan polis daripada kumpulan berkenaan sebelum insiden lebih teruk berlaku.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 186 kanun keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas, katanya. - BERNAMA

Read more...

BERDEMO ALA SAMSENG PR

>> 22 June 2013



Read more...

BLACKOUT 505 DI AMBANG KEGAGALAN?


Inilah perhimpunan yang paling jauh dari sasaran penganjur. Dalam situasi ini, sasaran jutaan yang dikatakan penganjur jauh meleset sama sekali. Setakat ini berdasarkan kepada keadaan, jumlah peserta hanya dalam lingkungan maksimum 10 ribu sahaja.

Dijadualkan setelah semua peserta yang sedang berarak berkumpul, maka acara menjerit-jerit dan kutuk-mengutuk akan diadakan di padang ini. Kemudiannya seperti kebiasaannya mereka akan bersurai. Di pengakhiran ceritanya, maka terlihatlah satu lagi keburukkan perangai puak pembangkang yang gemar menghuru-harakan negara sendiri. Inikah yang dinamakan patriotik ala pembangkang?

Read more...

SUDAH PUKUL 2, PADANG MERBOK MASIH LENGANG


Bak kata Anwar inilah perhimpunan paling besar dalam sejarah Malaysia. Tapi berdasarkan keadaan, inilah perhimpunan paling jauh dari sasaran penganjur atau pun paling gagal.

Read more...

ANWAR KE LUAR NEGARA UNTUK MEMBURUK-BURUKKAN MALAYSIA

>> 21 June 2013


The opposition is also appealing for support from other governments. Anwar reported that similar interest was shown by Turkey and that the European Union postponed the signing of a Free Trade Agreement with Malaysia until the fraud allegations were investigated. - wsws.org

* Dalam rencana penuh mengenai isu ini banyak diselitkan dengan fakta-fakta yang penuh penipuan untuk menunjukkan konon-kononnya Kerajaan Malaysia terlalu jahat. Anda boleh baca sendiri di rangkaian di atas.

Read more...

MALAYSIA PERLU BERGABUNG DENGAN NEGARA LUAR UNTUK MENGHENTIKAN CAMPUR TANGAN ASING


Sudah dua hari kerajaan Brazil menghadapi protes dari kalangan pertubuhan-pertubuhan berhaluan kiri yang mendesak agar kerajaan memberikan pas percuma pengangkutan kepada rakyat. Pertubuhan-pertubuhan berhaluan kiri ini digerakkan oleh tangan-tangan asing yang mahu menumbangkan kerajaan-kerajaan yang tidak berpaksi kepada mana-mana pihak (blok negara-negara berkecuali) dan menubuhkan sebuah kerajaan boneka yang pro Amerika dalam usaha menyekat pengaruh Russia dan China yang dilihat terlalu berkuasa dalam politik dunia.

Protes di Brazil dengan memakai topeng Guy Fawkes
Pendekatan yang dilakukan oleh Kerajaan Brazil untuk membendung masalah ini agak ekstrim. Polis anti-rusuhan dikerahkan untuk menghentikan protes ini. Sudah puluhan pendemo ditangkap dalam masa kurang 24 jam.

Di Turki juga, protes jalanan turut berlaku sejak beberapa hari lepas yang digerakkan pertubuhan berhaluan kiri terhadap kerajaan. Berbeza dari Brazil, skala pendemo di Turki lebih kecil. Tetapi pendekatan yang dilakukan oleh Kerajaan Turki agak beebeza dari kerajaan Brazil. Kerajaan Turki masih tidak melakukan sebarang tindakan. Kerajaan Turki lebih gemar bermain secara selamat dengan cara "tunggu dan lihat".

Protes di Turki yang tiada bezanya dengan protes di Brazil
Di Malaysia pula sejak beberapa minggu lepas, telah berjalan protes jalanan yang digerakkan Anwar Ibrahim untuk membantah keputusan PRU 13 yang dikatakan tidak adil. Protes ini akan terus dilangsungkan walaupun tidak mendapat kelulusan permit.

Kerajaan Malaysia harus sedar. Realitinya golongan pendemo ini bukanlah terlalu kisah mengenai permit, tapak demo atau rusuhan. Apa yang mahu mereka mahu lakukan hanyalah berdemo dan mencetuskan ketegangan. Jadi tiada gunanya Kerajaan Malaysia bertoleransi lagi dengan golongan-golongan protes jalanan ini kerana mereka telah bertekad untuk berdemo demi menunjukkan kepada dunia konon-kononnya kerajaan sedia ada tidak berlaku adil dan memuaskan pihak penaja mereka dari luar yang mahukan aktiviti protes jalanan ini dijalankan sekurang-kurang 4 kali dalam setahun (sekali untuk setiap musim).

Protes Blackout 505. Cuba cari di mana topeng Guy Fawkes?
Di waktu ini negara-negara yang menghadapi masalah protes dari golongan berhaluan kiri ini terlalu banyak. Malaysia masih lagi dikategorikan sebagai "minor protest" kerana protes jalanan di Malaysia masih gagal memberikan impak yang besar seperti di negara arab. Tetapi sekiranya dibiarkan tidak mustahil kerajaan akan tumbang kerana telah dibuktikan di negara-negara lain.

Jadi, mungkin sudah sampai masanya Malaysia duduk semeja dengan negara-negara yang menghadapi masalah yang sama memikirkan jalan penyelesaian mengenai masalah protes jalanan ini. Sudah sampai masanya kerajaan Malaysia bertindak untuk menghentikan rangkaian antarabangsa ini yang dilihat tidak akan berhenti selagi objektif mereka untuk menumbangkan kerajaan sedia ada tidak tercapai.

Read more...

SUARA RAKYAT TAPI 15 ORANG SAHAJA

>> 20 June 2013



Inilah rupa demo Pakatan Rakyat kalau peserta tak dibayar. Semua pun tak sudi hadir. Yang hadir pun hanya sekadar nak buat kecoh walaupun hanya beberapa kerat.

Read more...

MENCONTOHI ORANG-ORANG YANG SABAR

>> 18 June 2013



Sabar betul polis tu. Harap pembangkang dapat mencontohi sikap polis tu, bukannya sekadar pandai bercakap.

Read more...

PEMIMPIN PAS TAK SOKONG 505 PENGKHIANAT - HUSAM

>> 14 June 2013


KOTA BHARU: Selepas berdiam diri selama beberapa minggu kerana tidak lagi dipilih menjadi Exco kerajaan negeri, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa tampil pada perhimpunan Pakatan Rakyat malam tadi, dengan mendakwa pemimpin PAS yang tidak hadir pada himpunan itu sebagai pengkhianat parti.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan itu berkata, mereka adalah pemimpin yang lupa asal-usul dan bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan tetapi mengkhianati dakwah yang diasaskan oleh pimpinan PAS terdahulu.

Dalam ucapannya, Husam turut menyindir pemimpin PAS yang menjadi Ahli Parlimen supaya tidak hanya 'mengayuh basikal siang dan malam' di luar Parlimen sebaliknya rakyat akan menilai mereka pada persidangan Dewan Rakyat tidak lama lagi.

"Pada saya mana-mana pemimpin yang tidak menyokong perhimpunan ini membawa suara Umno dan Barisan Nasional (BN), saya kena berterus terang di sini. Bayangkan kalau kita tidak kuat kita dianggap angkuh membelakangkan saudara-saudara kita, kalau dalam perang saudara-saudara kita berlumuran darah hasil penipuan tapi kita berdiam diri kerana memang kita pengkhianat.

"Kita harus mencetuskan perubahan politik dalam negara, jangan kerana kita baru menang kerusi Parlimen, mentadbir negeri, kita lupa kepada asal-usul perjuangan kita.

"Kita ada wakil rakyat, dia kayuh basikal siang malam, Parlimen akan bersidang kita nak tengok Ahli Parlimen kita daripada PAS dia kayuh basikal dalam Parlimen nanti, kalau luar Parlimen dia boleh kayuh bukan main hebat, dalam Parlimen kita nak tengok, anda semua akan disaksikan oleh rakyat.

"Kalau pemimpin kita tidak hadir bersama dalam kebangkitan ini mereka telah mengkhianati dakwah yang telah diasaskan oleh pemimpin kita dahulu. Kalau kita berjaya menghimpun orang Cina sehingga berpuluh ribu tetapi pemimpin kita pula tidak ada, ini adalah satu pengkhianatan," katanya ketika berucap pada perhimpunan itu yang dipetik Utusan Malaysia.

Perhimpunan yang dikenali sebagai 'Blackout 505' itu diadakan bagi membantah keputusan pilihan raya umum 5 Mei lalu dengan alasan ia tidak telus dan berlaku penipuan.

Pada sesi di Kelantan, semalam, perhimpunan itu diadakan di Padang Majlis Daerah Ketereh di sini, dan turut dihadiri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob serta beberapa pemimpin PAS dan PKR yang lain.

Himpunan itu yang ditunjangi Anwar bukan sahaja mendapat kritikan daripada rakyat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebaliknya tidak dipersetujui oleh ramai pemimpin PAS terutama Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang lantang menentangnya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat melalui laman facebook pada 20 Mei lalu menganggap himpunan itu sebagai perbuatan yang 'gopoh', justeru mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

Beliau turut menyeru semua pihak supaya mengakui Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu dimenangi oleh BN dan kekalahan kepada pakatan pembangkang telah ditakdirkan Allah.

Selain itu, dalam nada sinis, Nik Abduh turut menyifatkan janji-janji Anwar sekadar janji manis sehingga mengakibatkan ramai penyokong pakatan pembangkang menjadi mangsa 'kencing manis akibat janji manis bergula' Anwar.

Selain Nik Abduh, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam kenyataannya turut meminta rakyat menolak sebarang perhimpunan haram sekiranya didapati boleh membawa masalah, kemusnahan serta mencetuskan huru-hara kepada negara. - antarapos

Read more...

PAS NEGERI SEMBILAN DIARAH SERTAI BLACKOUT 505?


PAS semakin celaru kerana terbahagi kepada dua. Satu kumpulan menyokong perhimpunan haram Blackout 505 manakala satu lagi menentang keras perhimpunan tersebut. Kumpulan Majlis Syura dan PAS Kelantan telah mengeluarkan kenyataan terbuka untuk tidak menyokong perhimpunan Blackout 505 manakala kumpulan Anwarinas dalam PAS mengiyakan sahaja arahan Anwar untuk menjayakan perhimpunan haram ini.

PAS Negeri Sembilan diambang dilema apabila Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan terikat diantara dua arahan. Satu arahan Majlis Syura yang tidak mahukan ahli PAS menyertai manakala satu lagi arahan dari Anwar selaku ketua pembangkang untuk menyokong segala program yang diadakan Pakatan Rakyat.

Semasa Blackout 505 di Seremban, ahli-ahli PAS Negeri Sembilan hadir atas arahan daripada beberapa individu yang bukan ahli PAS. Tetapi ada juga ahli PAS yang mendakwa Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan mengeluarkan arahan tidak rasmi untuk menyertai perhimpunan tersebut. Arahan tidak rasmi yang dimaksudkan ialah arahan yang dikeluarkan secara tidak terbuka. Sehingga kini, masih tidak dapat dipastikan apakah arahan tidak rasmi ini benar-benar wujud atau sekadar tipu helah yang diwujudkan untuk menendang Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang juga seorang puak Anwarinas.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sebagai VIP di Blackout 505 di Seremban
Berdasarkan kepada keadaan, PAS Negeri Sembilan mempunyai alasan yang kukuh untuk menyertai Blackout 505. Ini kerana PAS tewas di semua kerusi yang ditandingi di Negeri Sembilan. Jadi dengan cara menyetai Balckout 505 akan dapat meluahkan kekecewaan mereka yang konon-kononnya kemenangan BN adalah berdasarkan kepada penipuan.

Sehingga ke hari ini masih tiada arahan rasmi dikeluarkan PAS Negeri Sembilan samada perlu menyertai atau tidak menyertai Blackout 505. Tetapi berdasarkan kepada pemerhatian, agak ramai juga ahli-ahli PAS Negeri Sembilan menyertai Blackout 505 yang diadakan di Seremban tempoh hari. Cuma ingin dipastikan, apakah pendirian PAS Negeri Sembilan mengenai Blackout 505?

Read more...

SUDAH-SUDAHLAH FAMA MENGUGUT PENIAGA MELAYU

>> 13 June 2013


Pada dua tahun lepas, JPM dengan kerjasama Menteri Industri Asas Tani telah bekerjasama untuk menubuhkan Pasar Tani kekal di setiap negeri. Peruntukan perbelanjaan akan dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan dan disalurkan ke FAMA negeri untuk menjayakan perkara tersebut. FAMA negeri pula akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam memilih kawasan yang sesuai dan peniaga-peniaga yang berminat.

Pada awal tahun ini, Pasar Tani kekal yang dinamakan Pasar Komuniti dan Karavan (PAKAR) telah beroperasi di km 12 Jalan Seremban-Kuala Pilah, Paroi, Seremban. Kos perbelanjaan dianggarkan bernilai RM 5.8 juta berdasarkan kepada laporan FAMA negeri.

Tetapi PAKAR di Negeri Sembilan langsung tidak mendapat sambutan yang dijangkakan kerana beberapa faktor. Antaranya promosi yang dilakukan oleh FAMA negeri dilakukan sambil lewa dan kedudukan PAKAR yang terlalu jauh dari kawasan tempat tinggal.

Semakin hari semakin ramai peniaga-peniaga menghentikan perniagaan di PAKAR kerana tiada pembeli. Ini menyebabkan perniagaan mereka mengalami kerugian setiap hari. Dari lebih 80 peniaga, yang tinggal hanya beberapa belas orang. Ini kerana perniagaa tersebut tidak mampu memberikan keuntungan.

Jadi FAMA mengambil inisiatif baru untuk memeriahkan FAMA. Cara yang digunakan ialah dengan mengugut peniaga-peniaga FAMA Seremban untuk berniaga di PAKAR.

Pada pertengahan bulan April, Pengarah FAMA Negeri Sembilan telah mengeluarkan kata-kata ugutan kepada peniaga-peniaga Pasar Tani di sekitar Seremban. Kata-kata tersebut berbunyi sekiranya peniaga-peniaga yang berniaga di kawasan FAMA enggan berniaga di PAKAR, maka peniaga-peniaga tersebut akan diambil tindakan. Mereka akan dipecat dan sama sekali tidak akan dibenarkan berniaga dimana-mana lagi kawasan Pasar Tani sekitar Seremban.

Maka peniaga-peniaga yang diugut terpaksa membuka kembali perniagaan mereka di PAKAR walaupun mereka tetap mengalami kerugian setiap hari. Tambah memilukan apabila terdapat peniaga-peniaga hampir gulung tikar kerana arahan FAMA negeri ini.

Perkara ini telah pun mendapat liputan akhbar Utusan Malaysia pada minggu lepas dimana keadaan PAKAR yang tiada sambutan. Jawapan-jawapan yang diberikan pihak FAMA negeri kepada kerugian yang dialami peniaga juga menunjukkan sikap tidak bertanggung jawab dan lepas tangan mereka dalam melaksanakan amanat mereka.

Ini pula keluhan dari peniaga. PAKAR tidak mendapat sambutan kerana kebodohan pegawai-pegawai FAMA negeri memilih lokasi untuk pusat perniagaan tersebut. Kawasan yang sedia ada ini hanya dikelilingi hutan. Objektif FAMA ialah untuk mendekatkan peniaga kepada masyarakat. Jika pasar yang ada pun dibina di dalam hutan dan jauh dari kawasan prumahan, bagaimana masyarakat mahu datang berbelanja?

Semakin hari perniagaan mereka semakin lumpuh. FAMA telah berjanji akan membuat promosi untuk menarik lebih ramai pembeli tetapi sehingga ke hari ini keadaan masih sama. Peniaga-peniaga semakin menanggung kerugian.

Jawapan Pengarah FAMA kepada Utusan Malaysia juga boleh dipertikaikan. Pengarah FAMA berjanji akan menggiatkan lagi promosi. Persoalannya, takkanlah sudah hampir 6 bulan beroperasi FAMA baru terhegeh-hegeh untuk melakukan promosi yang berkesan? Habis tu selama ini FAMA sekadar goyang kaki sahaja untuk membantu peniaga-peniaga tersebut?

Kebodohan FAMA juga terserlah di awal projek pembinaan PAKAR ini. Seharusnya FAMA perlu duduk semeja dengan para peniaga berbincang lokasi yang strategik kerana peniaga-peniaga ini pastinya lebih arif untuk memajukan perniagaan mereka. Sebaliknya FAMA lebih gemar duduk semeja dengan kaki-kaki kipas yang mengiyakan segala keputusan mereka tanpa memikirkan segala faktor.

Akibatnya kerana kesilapan FAMA memilih lokasi, para peniaga terpaksa menanggung kerugian. Tidak cukup dengan itu, mereka diberikan ugutan yang tidak munasabah. Inikah yang dikatakan membantu peniaga-peniaga Melayu?

Seharusnya FAMA mengambil jalan yang lebih kreatif untuk menyelesaikan masalah ini. Tapak PAKAR yang sedia ada terbukti tidak mendapat sambutan. Maka cara lain perlu dilaksanakan selain dari promosi. Jika FAMA masih berdegil, saya percaya akan lebih ramai peniaga-peniaga Melayu gulung tikar selepas ini.

Read more...

APA KRISIS MAK LAMPIR DAN KHALID GAGAP?

>> 12 June 2013



Read more...

SURAT KHAIRY JAMALUDDIN KEPADA THE ECONOMIST

>> 09 June 2013


SIR – Malaysia’s general election passed off peacefully, with the biggest-ever turnout in our history. The election process was monitored by independent NGOs that have called on all parties to accept the result. Contrary to your report (“Tawdry victory”, May 11th) and accusations by the opposition leader, Anwar Ibrahim, there has to date not been one shred of evidence to substantiate any claims of electoral fraud or irregularity.

Allegations that foreign nationals were paid as “phantom voters” have proved to be false, with not even one recorded case on polling day. All votes were cast and counted in front of representatives from all the contesting parties who signed off on the results. If any evidence of fraud does emerge the government encourages the relevant party to file an election petition in the courts to allow due process to take course.

Mr Anwar refuses to accept the election result because of his own personal, lifelong ambition to become prime minister. The deputy president of his own party as well as his legislative partners have called on him to accept the result. They have even sworn in the heads of state governments where they won.

Najib Razak, the prime minister, has come forward to call for national reconciliation. He will be prioritising key reforms promised prior to the election to ensure Malaysia becomes a developed nation by 2020 with a mature and liberal democracy.

Khairy Jamaluddin
Minister for youth and sport
Putrajaya, Malaysia

Read more...

AKHBAR AMERIKA DEDAHKAN RANCANGAN JAHAT ANWAR

>> 08 June 2013


Street politics is a sort of political oxygen for Mr. Anwar, who turns 66 in August. - NY Times

Read more...

PENGANJUR PERHIMPUNAN 505 AKAN BERDEPAN SAMAN



Read more...

TUNKU ABDUL AZIZ TERIMA UGUTAN BUNUH


PETALING JAYA 8 Jun - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa menerima ugutan bunuh melalui panggilan telefon di rumahnya pada pukul 10.10 malam tadi.

Menurutnya, panggilan tersebut dibuat oleh seorang lelaki tidak dikenali menerusi telefon bimbit yang mengeluarkan ugutan 'I will kill you' (aku akan bunuh kau) sebelum meletakkan telefon.

Berikutan itu, Tunku Aziz membuat laporan polis pada pukul 9.50 pagi ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

"Perbualan itu hanya beberapa saat, saya cuba bertanya siapa dia, namun dia telah memutuskan talian. Saya percaya ugutan bunuh ini berunsurkan politik, " katanya kepada pemberita di luar pekarangan balai polis berkenaan. - UTUSAN

Read more...

PENJAWAT AWAM BERPOLITIK AKAN DIAMBIL TINDAKAN

>> 05 June 2013


KUALA LUMPUR 5 Jun - Penjawat awam yang masih berpolitik akan dikenakan tindakan berdasarkan peraturan, pekeliling dan undang-undang yang termaktub di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini berkata, semua ketua jabatan diminta memantau dan mengambil tindakan atau melaporkan kepada JPA sekiranya masih terdapat penjawat awam yang masih berpolitik terutamanya di media sosial.

Katanya tempoh berpolitik sudah tamat sebaik sahaja keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 diketahui, dan kini tibalah masa untuk penjawat awam menjadi tonggak pentadbiran negara ke arah menjayakan agenda transformasi negara.

"Sekarang, masa kakitangan awam untuk bergerak ke hadapan dan meneruskan usaha-usaha agenda transformasi nasional dengan kadar segera," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Tahunan Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) 2013 di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam yang meminta rakyat termasuk penjawat awam supaya tidak terbabit dalam politik berlebihan kerana menyebabkan masa terbuang untuk negara maju ke hadapan.

Ketua Setiausaha Negara berkata penjawat awam kini perlu berfikir ke hadapan, iaitu lebih produktif dalam mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber terhad, lebih cepat dalam membuat keputusan dan tepat dalam merangka dasar atau program demi kepentingan rakyat.

Katanya, penjawat awam juga perlu mempunyai integriti, kreatif and inovatif dalam menggunakan pelbagai pendekatan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam, termasuk menggunakan saluran media sosial dalam menyampaikan maklumat mengenai dasar-dasar awam kerajaan.

Ditanya mengenai perkembangan rancangan mewujudkan Sistem Saraan Transformatif (SST) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia, Ali berkata proses penyediaan SST yang meliputi 81 skim perkhidmatan pada tahap pertama dijangka selesai menjelang akhir November ini.

"Pada bulan Julai pula, kita akan menyelesaikan enam skim perkhidmatan dan bakinya akan diselesaikan kemudian. Ini merupakan satu proses yang berterusan yang akan turut meliputi kesemua 289 skim perkhidmatan apabila siap kelak," jelasnya. - klpos

Read more...

SUSPEK HINA AGONG DITAHAN

>> 04 June 2013


Hasil siasatan serta maklumat yang diterima daripada orang ramai, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM hari ini berjaya mengesan dan menahan suspek yang menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya.

Suspek, seorang wanita ditahan untuk membantu siasatan.

Beliau dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya.

Bernama melaporkan SKMM juga memohon rakan-rakan suspek turut tampil ke hadapan untuk membantu siasatan lanjut.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Suspek juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.

SKMM sangat memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaik kandungan serta komen-komen yang berunsur menghina terutamanya institusi diraja Malaysia. - AgendaDaily

Read more...

XAVIER JEYAKUMAR: SAYA DISABOTAJ ORANG PKR

>> 03 June 2013



Read more...




  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP