ADAKAH PEGUAM NEGARA SEKADAR MENDIAMKAN DIRI? SUDAH MENGAKU KALAH?

>> 19 January 2012


Tempoh untuk pihak pendakwa membuat rayuan dalam kes perbicaraan liwat Anwar hanya tinggal kurang daripada 48 jam. Dalam pada itu, agak mengejutkan kerana Peguam Negara langsung tidak memberikan respon balas kepada permohonan bapa Saiful dan Saiful sendiri agar notis rayuan dikemukakan kepada mahkamah.

Tindakan ini secara jelas menunjukkan sikap Peguam Negara yang sudah mengaku kalah sebelum bertempur. Sudah beberapa kali bapa Saiful meminta Peguam Negara mengemukakan rayuan tetapi tindak balas dari Peguam Negara masih  mengecewakan.

Ini ialah kenyataan media bapa Saiful kepada Peguam Negara.

1) Saya sebagai Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari bin Azlan berharap Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya dapat memfailkan Notis Rayuan keatas keputusan Mahkamah Tinggi pada 9hb Januari yang lepas.

2) Saya sebagai Bapa merasa sedikit risau kerana sehingga ke hari ini tiada perkembangan berkenaan pemfailan rayuan tersebut oleh kerana saya percaya tempoh masa untuk memfailkan Notis Rayuan tersebut hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

3) Walaubagaimana pun saya percaya Yang Berbahagia Peguam Negara akan mengambil pertimbangan yang sewajarnya didalam pemfailan Notis Rayuan tersebut.

4) Saya juga percaya bahawa hak untuk anak saya sebagai seorang warganegara dan rakyat yang menjunjung Perlembagaan Malaysia untuk melalui proses Rayuan dan hak untuk aduan anak saya diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Yang Tertinggi tidak akan diabaikan dan tidak dinafikan oleh pihak Yang Berbahagia Peguam Negara.

5) Saya juga mohon pihak Yang Berbahagia Peguam Negara agar tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan.

AZLAN MOHD LAZIM
18 Januari 2012

Saiful Bukhari memerlukan keadilan dan sudah menjadi tanggung jawab Peguam Negara untuk menyelesaikannya. Bantulah manusia ini mendapat keadilan yang sepatutnya.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP