DUA LAPORAN ISU QAZAF PEGUAM ANWAR IBRAHIM

>> 30 January 2012


Laporan 1

PEGUAM ANWAR PULAU MAHKAMAH

KUALA LUMPUR - Peguam-peguam mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar mahkamah selepas panel hakim membenarkan peguam pemohon meneruskan hujahan untuk mengetepikan notis rayuan yang difailkan oleh Ketua Pembangkang itu dalam kes qazaf.

Peguam-peguam Anwar tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Zohdi Toha yang menyatakan kebenaran tidak diperlukan kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua lagi untuk mendengar permohonan mereka mengetepikan rayuan Anwar berhubung kes qazaf.

Bagaimanapun menurut peguam Anwar, Kamar Ainiah Kamaruzzaman, pihaknya tidak dapat menerima keputusan kerana hakim sebenarnya perlu mendengar permohonan kebenaran terlebih dahulu dan memutuskannya sebelum mendengar hujah daripada peguam menteri sebelum mengetepikan rayuan tersebut.
Pada April lalu, Anwar memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah, yang telah menolak permohonan supaya pihak pendakwaan syarie memulakan prosiding pertuduhan qazaf terhadap Saiful.

Laporan 2

JAMIL KHIR MAHU PEGUAM ANWAR DIDAKWA HINA MAHKAMAH

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan dua yang lain telah mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur agar dikenakan dakwaan menghina mahkamah ke atas peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bertindak keluar ketika prosiding berlangsung pagi tadi.

Peguam utama mereka, Roslizam Rahim berkata, tindakan peguam-peguam Anwar itu dengan jelas menunjukkan bahawa mereka telah menghina mahkamah.

Jamil dan dua yang lain memfailkan permohonan untuk mengetepikan rayuan Anwar dalam kes berkenaan qazaf. Mahkamah Rayuan dijadual untuk mendengar permohonan Jamil dan dua yang lain.

Peguam-peguam Anwar keluar mahkamah selepas panel tiga hakim memutuskan bahawa tidak relevan bagi Jamil dan dua yang lain memohon untuk mendapatkan kebenaran mengetepikan notis rayuan, lapor Star Online hari ini.

Mahkamah Tinggi Syariah telah membenarkan bantahan awal yang dibangkitkan oleh Jamil dan dua yang lain berhubung permohonan Anwar untuk mendesak mereka mengenakan tuduhan ke atas bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan berhubung isu qazaf.

*******

Nampaknya perkara kecil sudah menjadi semakin panjang. Dapat dilihat betapa peguam-peguam Anwar mahukan mahkamah dalm bentuk acuan mereka sahaja. Jika berseteru dengan mereka maka dengan segeralah mereka memulaukan perkara tersebut.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP