SELAMAT TAHUN BARU. SEMOGA HIDUP DIBERKATI SELALU

>> 31 December 2011


Saya pemilik blog Tauke Ikan mengucapkan Selamat Tahun Baru dan semoga hidup anda sentiasa diberkati dan dilimpahi rahmat. Semoga tahun baru memberikan hidup yang lebih bermakna kepada kita semua.

Ikhlas,
Tauke Ikan

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian...

Read more...

PERANG AGAMA: UMAT ISLAM HARUS BERSABAR


Saya menyeru umat Islam banyakkan bersabar dan beristighfar atas kejadian ini. Dugaan ini perlu diharungi secara bijaksana, bukannya kemarahan. Bersabar bukanlah bermakna kita menjadi dayus. Oleh itu, saya meminta agar kita bermunajat kepada Allah agar diberikan petunjuk siapakah dalang kepada insiden ini. Diharap manusia ini mendapat pembalasan yang setimpal.

Jangan kita terikut-ikut dengan rentak mereka kerana itulah perangkap yang sengaja dipasang demi menjatuhkan martabat umat Islam. Oleh itu, berdoalah agar dijauhkan kita dari perbuatan seperti ini lagi. Amin.

Read more...

ALANGKAH TERMALUNYA MAHFUZ...


Mahfuz termakan diri sendiri lagi. Terbaru berkenaan kenyataannya di Haprakah yang menggesa umat Islam bangkit kerana dakwaan pecah amanah berhubung wang zakat oleh Jamil Khir. Apa yang agak kelakar, baru sebentar tadi Jamil Khir mengeluarkan kenyataan mengenai aliran wang zakat. Dapat dilihat di sini betapa lembabnya seorang pemimpin PAS kerana kenyataan menghentam Jamil Khir ini dikeluarkan selepas Jamil Khir memberikan penjelasan terperinci mengenai aliran wang zakat.

Tambah memalukan, Mahfuz mengeluarkan lagi fatwa mengenai hukum menyeleweng wang zakat dan akhirnya terbukti bahawa segala tuduhan itu hanyalah satu fitnah dari Anwar Ibrahim. Dengan itu bolehlah dikatakan Mahfuz seorang penjilat tegar Anwar dengan mengiyakan sahaja kenyataan Anwar tanpa usul periksa.

Selepas ini, dimanakah Mahfuz akan menyorokkan mukanya yang terkantoi? Tambahan pula, sanggupkah Mahfuz dan Anwar meminta maaf kepada Jamil Khir kerana fitnah ini?

Read more...

ANWAR SUDAH LAMA BERSUMPAH. PERCAYAKAH ANDA?!

>> 30 December 2011



Pigidah. Ini sumpah laknat versi agama apa serupa ini?! Cakap beria-ia hendak bersumpah tapi sampai sekarang habuk pun tarak!

Read more...

AZIZ BARI MEMANG BODOH MENAWARKAN DIRI BERTANDING PRU


Sememangnya Aziz Bari terbukti kebodohannya dengan menawarkan diri bertanding untuk Pakatan Rakyat. Ini kerana pertamanya belum ada jaminan Aziz Bari akan menang di kawasan yang ditandinginya. Di masa ini satu-satunya parti yang dapat menerima Aziz Bari ialah PAS. Apa yang pasti, PAS akan meneruskan kebodohan Aziz Bari kerana pencalonan Aziz Bari akan menyaksikan satu kerusi bonus untuk Barisan Nasional.

Keduanya, telah terdapat suara-suara dalam Pakatan Rakyat yang melahirkan perasaan kurang senang dengan kenyataan Aziz Bari. Mereka berpendapat bahawa Aziz Bari tidak menghormati ahli Pakatan yang lain dengan memotong peluang mereka menjadi wakil rakyat. Perasaan ini dapat dilihat dilahirkan dalam blog-blog Pakatan dan pastinya keadaan ini akan menyaksikan pembelotan dalam Pakatan Rakyat.

Dengan ini, ternyata nasib Aziz Bari ibarat sampah selepas menamatkan khidmat di UIA. Sudahlah tiada tempat berteduh, harapan yang mahu ditagih dari Pakatan Rakyat pula akan berkecai. Jadi, diharap jangan ada lagi golongan yang mengikut jejak sumbang Aziz Bari.

Read more...

LIM GUAN ENG BAKAL DISAMAN! YAHOOO...



KUALA LUMPUR 30 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 2 hingga 6 April depan untuk perbicaraan kes saman malu RM30 juta difailkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung kenyataan beliau mengaitkan UMNO dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam, Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Zainal Abidin dan Latheefa Koya, mewakili defendan.

Zainal Abidin, 51, memfailkan saman itu pada 24 Oktober lepas.

Selain Guan Eng yang juga Setiausaha DAP, turut dinamakan sebagai defendan, Parti Keadilan Rakyat selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan, Segmen Fleksibel Sdn. Bhd., yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan dan Ketua penyuntingnya, Fazallah Pit.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Zainal Abidin mendakwa pada 3 Julai lepas, Guan Eng telah menerbitkan suatu kenyataan akhbar melalui e-mel yang kemudiannya disiarkan di Keadilan Daily pada 3 Julai dan di akhbar Suara Keadilan pada 5 Julai lalu.

Zainal Abidin berkata, kenyataan Guan Eng itu antara lain membawa maksud kononnya beliau terlibat dalam kegiatan mengguling Ketua Menteri Pulau Pinang melalui cara yang salah serta menyembunyikan penglibatan beliau dalam satu demonstrasi ganas yang berlaku di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lepas.

Beliau berkata, pada 18 Ogos lalu, Guan Eng telah mengeluarkan satu lagi kenyataan menyinggung di hadapan sekumpulan wartawan yang telah disiarkan di laman berita elektronik, The Malaysian Insider, pada hari yang sama.

Katanya lagi, antara lain kenyataan itu membawa maksud kononnya beliau telah merancang untuk mensabotaj premis parti DAP di Pulau Pinang, dan kononnya beliau terlibat dalam mencetuskan cubaan membakar premis itu.

Akibat kenyataan itu, ujarnya, ia telah merosakkan reputasi beliau dan menjejaskan kepercayaan parti induk terhadapnya.

Zainal Abidin menuntut ganti rugi RM30 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan suatu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada terus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan fitnah itu. - BERNAMA

Read more...

PENIPUAN HARAKAH: RAKYAT SELANGOR SEMEMANGNYA MINTA KERAJAAN!


Sememangnya Harakah sudah semakin hilang modalnya. Penipuan demi penipuan akan dibongkar. Terbaru Harakah menyatakan bahawa rakyat Selangor berasa amat selesa dengan pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat dan tidak mahu beralih kepada BN. Benarkah kenyataan ini?!

Jangan tertipu lagi. Ini hanyalah dakyah penipuan yang dibawa Harakah sebagai ejen pembelit puak khawarij. Terlalu banyak bukti untuk menyangkal dakwaan ini dan mungkin bukti yang dibawah ini sudah cukup untuk memberikan gambaran bagaimana rakyat Selangor amat membenci kerajaan Pakatan Rakyat.


Read more...

901: TAKTIK BASI ANWAR


Tiada apa pun yang istimewa mampu dilakukan Anwar untuk menyelamatkan dirinya. Taktik basi iaitu berdemo tetap menjadi pilihan. Maka dapat dilihat keldai-keldai PAS akan berpusu-pusu berdemo di Kuala Lumpur nanti. Sejak dulu hingga kini, hampir kesemua demo politik pembangkang dibelakangi Anwar Ibrahim.

Dahulu kes liwat 1998 pun sama juga. Cuma nama sahaja ditukar dan waktu itu ianya dikenali sebagai "reformasi". Rakyat sudah rimas dan meluat dengan taktik murahan Anwar ini. Mungkin ada baiknya Anwar hanya sekadar berdoa kepada  tuhan daripada berdemo macam beruk dijalanan.


Read more...

IKAN DUYUNG YANG BERJAYA DIRAKAM

>> 29 December 2011

Read more...

TWEETER SAM KETOT MENGHINA HAKIM. KURANG AJAR!


Makin kurang ajar si Sam Ketot. Tweeter yang baru di lamannya terang-terangan menghina pekerjaan seorang hakim. Anda boleh baca sendiri di bawah.


Apa maksud Sam Ketot "Antara 3 Hakim, 2 Hakim masuk Neraka". Sam Ketot pun ada mukjizat seperti Nik Aziz yang tahu orang masuk neraka atau tidak?

Read more...

JANJI BN KEPADA SELANGOR: KAMI AKAN TERUSKAN KEMAJUAN NEGERI


SHAH ALAM 29 Dis. - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, BN akan memastikan Selangor terus maju dengan pembangunan jika kembali menawan negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

"Selangor dulu maju tetapi sekarang kotor,” katanya semasa berucap selepas melawat ruang-ruang pameran di Karnival Sayangi Selangor di i-City, Seksyen 7, di sini yang bermula semalam hingga malam tahun baru pada Sabtu ini.

Beliau berkata, Selangor menjadi kotor selepas keputusan kerajaan negeri menamatkan kontrak pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada Alam Flora Sdn Bhd dan melantik kontraktor-kontraktornya sendiri.

Katanya, BN menyedari mengenai kelemahan itu dan akan memperbaikinya jika diberi peluang menerajui kembali Selangor.

Mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa peruntukan RM2.7 bilion untuk Selangor tahun ini daripada kerajaan Persekutuan adalah wang rakyat dan bukannya wang BN, beliau berkata, keadaan itu juga sama dengan kerajaan negeri di mana ia adalah wang rakyat dan bukannya wang Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, program “Jom Shopping” kerajaan negeri yang memberikan kupon RM100 kepada warga emas di negeri ini untuk membeli-belah belum lagi mencapai sasaran 100,000 orang sebaliknya kira-kira 20,000 orang sahaja.

Ini berbeza dengan BN yang telah menyelesaikan bantuan awal persekolahan bernilai RM100 seorang dan dijangka memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 bagi setiap isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan pada bulan hadapan, katanya. - BERNAMA

Read more...

PENIPUAN HARAKAH: HASAN ALI TIDAK PERNAH MINTA MAAF KEPADA NIK AZIZ?!


Laporan dari The Star mendedahkan bahawa pemergian Hasan Ali ke Kota Bharu bukan untuk meminta maaf dari Nik Aziz. Laporan itu juga menyebut bahawa Hasan Ali tidak pernah melakukan perkara tersebut seperti dakwaan Harakah pada hari ini. Hal ini bercanggah dengan dakwaan Harakah bahawa Hasan Ali meminta maaf kepada pemimpin tertinggi PAS kerana kenyataannya menghentam negara berkebajikan PAS dan peranan Harakah dalam memperjuangkan PAS.

Jadi disini dapat dilihat bahawa Harakah sebenarnya penipu besar!

Read more...

ANWAR IBRAHIM IMAM MAHDI?! WAKAKAKA.....

>> 28 December 2011


Ini rupa Imam Mahdi?! Wakakaka... Imam Mahdi tak main lubang belakang beb. 


Read more...

AHLI POLITIK BERKHALWAT. PR ATAU BN?


KANGAR - Tindakan seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang, mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Kejadian berlaku pada jam 1.26 pagi berdekatan resort di Sungai Batu Pahat, di sini, 24 Disember lalu.

Menurut sumber daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (Jaips), ahli politik berusia 35 tahun dan sudah berkeluarga, ditahan bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam kereta Proton Wira, berhampiran semak-samun.

Menurutnya, kelibat pasangan itu pada awalnya disedari sekumpulan ahli SRS Kampung Sungai Baru, Sungai Batu Pahat sebelum imam kampung dipanggil untuk menyoal siasat pasangan berkenaan.

“Mereka kemudian ditahan selepas gagal menunjuk-kan dokumen sebagai bukti hubungan mahram atau suami isteri sebelum diserahkan kepada Jaips untuk tindakan selanjutnya.

“Laporan ke atas kedua-dua pasangan itu turut dibuat di Balai Polis Kangar sebelum dijamin oleh keluarga masing-masing,” katanya di pejabat Jaips di sini, semalam.

Menurut sumber itu lagi, ahli politik berkenaan dan pasangannya hadir ke pejabat Jaips semalam, untuk memberikan keterangan selama sejam.

“Keterangan tertuduh mula diambil oleh pegawai Jaips pada 9.45 pagi dan berakhir 10.45 pagi, dimulakan dengan tertuduh lelaki diikuti dengan pasangannya.

“Buat masa ini, Jaips memutuskan 18 Januari 2012 sebagai tarikh permohonan agar kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar, memandangkan kami masih menunggu keterangan saksi yang menahan pasangan itu termasuk imam masjid,” katanya.

Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan ditahan dan didakwa bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis, 1991 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. - Sinar Harian

ps: sape mamat ni ye?


Read more...

RASHID LATIFF AKAN DITENDANG PKR?


Sumber terbaru mengatakan bahawa Rashid Latiff akan ditendang PKR kerana dilihat bukan lagi calon ideal untuk memenangi kerusi untuk parti. Sumber ini datangnya dari mulut ahli PKR sendiri. Berkemungkinan kerusi Ampangan akan diberikan kepada calon yang lebih berkaliber.

Setakat ini berita ini hanyalah khabar angin walaupun ianya datang dari mulut ahli PKR. Walau bagaimana pun ada logiknya Rashid Latiff ditendang keluar kerana Rashid Latiff gagal menjaga kawasan sendiri dengan baik. Walau apa pun PKR harus sedar bahawa kemenangan di Ampangan hanyalah kerana undi protes pada PRU yang lalu. Di waktu akan datang, BN pasti akan merampas kembali DUN Ampangan dari PKR.

Read more...

TANDA-TANDA AWAL PAKATAN AKAN TENDANG ANWAR IBRAHIM

>> 27 December 2011


Nampaknya semakin hari semakin ramai ahli Pakatan yang menyerang Anwar dan barisan penjilatnya. Terbaru ialah Hasan Ali yang dilihat menghentam PAS secara terang-terangan kerana konsep perjuangan pasti yang berubah demi Anwar Ibrahim. Selepas itu 500 ahli PKR  keluar parti.

Yang terbaharu Pakatan Rakyat akan melancarkan manifesto PRU 13. Tetapi apa yang peliknya tarikh pelancaran 13 Januari. Keputusan kes liwat 9 Januari. Nasib Anwar sendiri belum tentu selamat atau tidak. Mengapa pelancaran manifesto tidak diadakan sebelum 9 Januari? Pelik bukan?

Pernahkan anda melihat ketua parti tidak dijemput dalam pelancaran manifesto parti sendiri? Apakah ini tanda Anwar semakin menuju pintu keluar Pakatan Rakyat?

Read more...

NGA KOR MING SAMAN BLOGGER SEKUPANGDUAS


Nga Kor Ming si kurang ajar memfailkan sama terhadap blogger sekupangduas kerana satu artikel yang dikatakan fitnah. Artikel tersebut boleh dibaca di SINI. Agak pelik juga kerana sebelum ini Nga Kor Ming yang mencabar blogger sekupangduas untuk membuat laporan polis.


Di masa ini, belum ada siasatan dijalankan. Oleh itu belum pasti lagi Nga Kor Ming tidak bersalah. Biarlah SPRM jalankan siasatan dahulu, kemudian baru tahu fitnah atau tidak. Di waktu ini Nga Kor Ming yang menggelabah seperti beruk kena belacan kerana menghebahkan yang dia menyaman blogger. Walau bagaimana pun blogger sekupangduas dilihat lebih santai dengan menyatakan APA YANG KECOH SANGAT... NAK SAMAN SATU DUNIA KENA TAHU KER? dalam artikelnya.

Walau bagaimana pun sayabas diucapkan kepada blogger sekupangduas kerana mengetengahkan isu ini untuk tatapan umum.

Read more...

APABILA YANG HALAL DIHARAMKAN OLEH PUAK PAS...

>> 26 December 2011


Lihat sendiri betapa kurang ajar orang PAS. Jika tidak mahu dengan bantuan kerajaan, tidak perlu untuk menghasut orang lain yang memerlukan.  Agak menghairankan juga kerana budaya "haram mengharam" masih berleluasa dalam budaya PAS.

ps: ambik dari kerajaan DAP tak haram pulak, Ambik dari kerajaan BN semuanya haram

Read more...

PKR LUMPUH. 500 AHLI SERTAI UMNO


KUALA LUMPUR 26 Dis. - 500 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Hulu Kelang keluar parti dan menyertai UMNO ekoran kecewa dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa tidak menunaikan janjinya.

Mereka menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin di sini, semalam.

Jurucakap kumpulan itu, Mohd Jefry Sallehuddin berkata, beliau dan rakannya keluar parti kerana tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang.

"Saya kenal (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim sejak 13 tahun... dua kali saya masuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan 16 kali saya masuk penjara... tapi mulai 2 Oktober, saya bersama 500 anggota AMK nekad keluar parti untuk sertai UMNO,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.

Dalam pada itu, Abdul Rahim berharap lebih ramai anggota pembangkang menyertai UMNO kerana perjuangan pembangkang hanyalah sia-sia. - BERNAMA

Read more...

LAPORAN PENUH AGENSI ATOM ANTARABANGSA MENGENAI LYNAS. FUZIAH REAKTOR PENIPU BESAR!



Laporan rasmi yang dikeluarkan oleh Agensi Atom Antarabangsa pada Jun 2011 menyatakan bahawa Projek Lynas adalah selamat. Laporan penuh ini tidak pernah dikeluarkan oleh mana-mana media pembangkang untuk menyatakan dengan jelas bahawa belum ada satu bukti pun menunjukkan Lynas tidak selamat.

Laporan ini menjelaskan secara penuh mengenai proses perjalanan projek itu nanti. Dan kerana itu Agensi Atom Antarabangsa yang diketuai delegasi dari Eropah menyokong penuh Projek Lynas malah mereka memberikan beberapa pandangan untuk menambahbaik pengurusan Projek Lynas. Diharap rakyat tidak lagi tertipu dengan permainan politik Fuziah Reaktor dan Pakatan Rakyat ini.

Sila baca Laporan Projek Lynas yang dikeluarkan Agensi Atom Antarabangsa.

ps: kalau tak selamat, dah lama greenpeace keluar bantahan antarabangsa

Read more...

BERIKAN MEREKA PEDOMAN


Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, dia berkata bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Ertinya : Allah melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, (beliau mengulanginya sebanyak tiga kali)” 

[HR Nasa’i dalam As-Sunan Al-Kubra IV/322 No. 7337]

Read more...

BOBBY BUAT HAL LAGI

>> 25 December 2011


Bob Lokman sekali lagi disiasat kerana mengadakan ceramah tanpa tauliah. Kali ini bukannya di Selangor tetapi di Pahang pula. Ternyata menjadi kesalahan sekiranya menyampaikan ceramah tanpa tauliah dari Jabatan Agama Islam tetapi Bob Lokman masih mengulangi kesilapan yang sama.

Memang susah berbincang dengan "ustaz-ustaz" PAS. Sudah berpuluh kali diingatkan supaya mereka mengambil dahulu surat tauliah sebelum berceramah tetapi nampaknya mereka ini jenis tak faham bahasa. Ustaz-ustaz PAS ni ingat kalau dah bergelar "ustaz" boleh main redah je ke?

ps: syurga dan neraka politik di dalam tangan ustaz PAS. Betul ke?

Read more...

MUSTAFA ALI GOYANG DENGAN HASAN ALI?


Mustafa Ali mengeluarkan kenyataan bahawa perbalahan dengan Hasan Ali sudah berakhir. Apa yang agak kelakar di sini, selepas pendedahan yang dikeluarkan Hasan Ali mengenai rancangan Mustafa Ali untuk bertemu pemimpin UMNO, secara tiba-tiba Mustafa Ali mengumunkan perbalahan sudah berakhir?

Adakah Mustafa Ali sudah goyang dengan rahsia yang disimpan Hasan Ali?

Agak pelik juga kerana setakat ini, masih belum ada apa-apa kata sepakat di antara mereka dalam perbalahan ini dan tiba-tiba Mustafa Ali mengatakan ianya sudah berakhir. Malah Mustafa Ali juga mendakwa kesediannya untuk menjelaskan rancangan untuk berjumpa pemimpin UMNO di masa akan datang. Kenapa tidak hanya jelaskan sekarang?!

Dulu bukan main lagi Mustafa Ali serang Hasan Ali. Kenapa tiba-tiba jadi pondan pula?

Read more...

SKANDAL NFC: "DATUK" YANG DITAHAN SPRM TIDAK TERLIBAT?!


Kak Jat menjelaskan bahawa "Datuk" yang ditahan oleh SPRM pada tempoh hari bukanlah ahli keluarganya seperti yang didakwa pihak-pihak tertentu. Tetapi apa yang peliknya, Kak Jat juga mendedahkan bahawa "Datuk" yang ditahan itu juga tidak pernah bekerja dalam NFC. Tidak pernah?!

Kalau begitu, siapa "Datuk" yang ditahan  SPRM itu?!

Read more...

SELAMAT HARI NATAL KEPADA SELURUH WARGA MALAYSIA

>> 24 December 2011


Tauke Ikan mengucapkan Selamat Hari Natal kepada seluruh warga Malaysia khususnya yang beragama Kristian.

Ikhlas dari,
Tauke Ikan

Read more...

UPDATED: KARPAL SURUH RAMASAMY BERAMBUS DARI JAWATAN TIMBALAN KETUA MENTERI


Karpal Singh mengeluarkan kenyataan supaya Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang mengosongkan jawatannya. Karpal mengeluarkan kenyataan ini kerana pertelingkahan yang berlaku antara mereka berhubung kait dengan gelaran "Godfather" di dalam DAP.

Nampaknya di sini Karpal telah menggunakan sepenuhnya kuasa veto dan sikap diktatornya untuk mengenepikan musuh dalam politiknya walaupun duduk sebumbung.

Cuma satu sahaja persoalan yang timbul, selama Karpal asyik menyuruh orang lain bertaubat dan berhenti, dia bila nak bertaubat dan berhenti berpolitik pula?

Tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana anda sememangnya menuju jalan kehancuran!

Read more...

KERANA KEGAGALAN KERAJAAN NEGERI KEDAH, RAKYAT TERPAKSA MENGADU KEPADA AGONG



ALOR SETAR – Jawatankuasa Madrasah Salihiah Kanchut, Jalan Tambang Badak di sini menubuhkan badan bertindak untuk terus berjuang mempertahankan madrasah itu daripada dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan kompleks beli-belah.

Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah itu kini dianggotai kira-kira 200 ahli jawatan kuasa dan kariah madrasah berkenaan.

Pengerusinya, Mansor Ahmad berkata, tindakan pertama yang akan dilakukan adalah menyiapkan satu memorandum bantahan untuk diserahkan kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

“Memorandum ini bertujuan untuk menghalang pihak pemaju dan kerajaan negeri daripada merobohkan madrasah ini memandangkan kerajaan Pas Kedah tetap berkeras untuk merobohkannya.

“Madrasah yang dibina pada tahun 1905 ini sepatutnya dijaga dan dibangunkan selaras dengan kemajuan negeri bukannya dirobohkan. Kerana itulah kami menubuhkan jawatankuasa ini supaya kami dapat mempertahankan madrasah yang berusia lebih 100 tahun ini.

“Jika usaha ini juga gagal, kami akan meneruskan kepada peringkat perundangan pula dan apa yang pasti kita akan mempertahankan madrasah ini habis-habisan,” katanya selepas majlis pelancaran badan bertindak madrasah itu oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah di sini semalam. - Harian Kosmo

ps: nama je ustaz jadi MB tapi tempat ibadat pun tak boleh jaga. apa punya kerajaan ni?

Read more...

TINGKATKAN USAHA ATAU LUPAKAN SAHAJA KEDAH DAN SELANGOR


Sumber dalam PR mendedahkan bahawa kekuatan PAS dan PKR di Kedah dan Selangor tidak sampai 40 peratus. Maklumat sulit ini didapati dari seorang rakan yang akan beralih arah ke BN selepas melihat PR tiada masa depan selagi berkompromi dengan DAP.

Dalam pada itu, jangan kita terlalu gembira kerana apa-apa sahaja boleh berlaku. Inilah masanya untuk kita meningkatkan usaha supaya impian untuk menawan Kedah dan Selangor kembali menjadi kenyataan. Bukannya sekadar berangan kosong dan menunggu rezeki tergolek.

Dalam pada itu ada juga sumber maklumat mendedahkan bahawa akan ramai ahli PR lompat parti beramai-ramai di Selangor sebelum PRU. Betul atau tidak, saya sendiri pun tidak tahu. Apa yang pasti, kita tidak perlu menunggu peluang mencari kita sebaliknya kita yang mencipta peluang untuk diri kita.

Moral PR juga sudah merudum. Jadi inilah masanya kita menggiatkan kempen untuk menawan kkembali negeri yang telah hilang dan mendapatkan kembali majoriti 2/3.

Read more...

HASAN ALI AKAN JAWAB MUSTAFA ALI BESOK

>> 23 December 2011


Esok akan berlangsung sidang akhbar di rumah Hasan Ali pukul 11 pagi untuk menjawab kritikan yang dilemparkan Mustafa Ali. Jawab jangan tak jawab.

Read more...

ADAM ADLI: ANWAR IBRAHIM IN THE MAKING (1974 REVIEW). SEBARKAN!


Adam Adli benar-benar mencontohi perangai mentornya Anwar Ibrahim yang juga gemar melakukan hura-hara dalam negara. Sekiranya anda membaca sejarah, pastinya anda mengetahui siapakah dalang kepada rusuhan mahasiswa pada 3 Disember 1974. Orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah Anwar Ibrahim. Perkara yang sama turut dilakukan Adam Adli beberapa hari yang lepas.

Rusuhan 2011

Rusuhan 1974

Inilah dalangnya
Jadi ilmu menghuru-harakan negara, berdemo dan merusuh Anwar Ibrahim sedang diperturunkan kepada Adam Adli. Cuma bezanya disini rusuhan pada 1974 menyaksikan Anwar disumbat ke ISA selama 20 bulan tetapi Adam Adli masih bebas kerana ISA telah pun dimansuhkan.

Tetapi perlu diingat bahawa Adam Adli bernasib baik tidak dicepuk Brader Lan di depan balai polis kerana sikap kurang ajarnya. Agak hairan juga mengapa ilmu menghuru-harakan negara milik Anwar ini tidak diwariskan kepada anaknya sendiri iaitu Ehsan. 


Read more...

HAJI HADI BERI AMARAN KEPADA HASAN ALI


Haji Hadi menegaskan bahawa setiap ahli PAS perlu mematuhi segala haluan parti seperti yang dilaporkan Bernama. Amaran Haji Hadi ini semestinya ditujukan khas kepada Hasan Ali and the gang yang dilihat tidak lagi sehaluan dengan Pakatan Rakyat.

Pertelingkahan ini seolah-olah menyaksikan bahawa tempat Hasan Ali sudah tiada lagi di dalam Pakatan Rakyat. Terbaru Mustafa Ali terus-menerus menyerang Hasan Ali dan meminta Hasan Ali supaya tidak bersuara.

Semestinya Haji Hadi turut menerima tempias kerana konsep negara berkebanjingan PAS diusul oleh Haji Hadi sendiri. Hasan Ali pula secara terang-terangan menolak konsep negara berkebanjingan PAS sebaliknya mahu meneruskan perjuangan negara Islam. Tambahan pula kerjasama PAS dan DAP turut ditentang hebat Hasan Ali di waktu ini kerana DAP seringkali mencabar hak-hak orang Islam seperti penjualan arak di Selangor dan isu murtad di DUMC.

Dapat dilihat disini bahawa konsep perjuangan PAS sebenarnya dilakar oleh DAP dan bukannya ahli PAS sendiri. Kerana itu konsep negara Islam ditukar kepada negara berkebanjingan dengan alasan menjaga perpaduan Pakatan. Dan hal ini mencetuskan ketidakpuasan Hasan Ali yang melihat PAS semakin menuju kehancuran tetapi sayangnya hak Hasan Ali telah pun dicabul oleh ahli PAS yang lain. Tiada lagi suara, kuasa dan kekebalan dalam parti untuk Hasan Ali. Oleh itu, masih perlukah Hasan Ali memberikan kesetiaan kepada parti seperti ini?


Read more...

MUSTAFA ALI MASIH ENGGAN AKUI PAS SUDAH GOYAH

>> 22 December 2011



KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, menafikan dakwaan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bahawa parti itu sudah goyah dan tidak mendapat sokongan akar umbi lantaran dasar parti yang kerap diubah. 

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan golongan atas pagar mulai berasa sangsi terhadap objektif perjuangan parti itu. 

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Mustafa berkata dasar mengutamakan Islam yang didokong oleh PAS tidak pernah berubah dan ahli parti faham mengenai perkara itu.

"Islam adalah dasar PAS dan tak pernah berubah, tapi pendekatan berubah, strategi berubah. PAS bekerjasama dengan parti yang lain tak salah, dasar tetap sama tapi pendekatan saja lain," katanya. 

Kelmarin, Hasan berkata beliau mempunyai fakta dan bukti bahawa masyarakat yang selama ini menyokong PAS mula mempersoal dan bercadang menarik diri daripada memberi sokongan kepada parti itu kerana landasan utama perjuangan parti sudah dikesampingkan. 

Di KOTA BAHARU, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Mursyidul Am Pas, menafikan dakwaan Hasan bahawa konsep negara berkebajikan yang kini diperjuangkan oleh parti itu menyebabkan PAS tersasar daripada perjuangannya. 

Nik Aziz berkata, idea negara berkebajikan itu sama sekali tidak menggelincirkan PAS daripada landasannya bahkan lebih mendekatkan masyarakat kepada perjuangan parti itu yang bercita-cita mendaulatkan Islam dalam sistem pemerintahan. - BERNAMA 

Read more...

RAMALAN YANG TEPAT. HASAN ALI AND THE GANG DIPANGGIL PAS


Hasan Ali, Nasharudin Mat Isa dan Saari Sugip dipanggil oleh PAS untuk memberi penjelasan mengenai isu perbalahan sesama sendiri. Selama ini PAS cuba sedaya-upaya untuk tidak menghebahkan keretakan di dalam parti itu tetapi akhirnya mereka sendiri mengakuinya.

Pastinya isu perbalahan antara PAS tulen dan pro DAP ini tidak dapat dibendung lagi. Semuanya bermula dengan isu rampasan arak di Selangor yang akhirnya menyaksikan Hasan Ali sentiasa bergerak menentang arus perjuangan Pakatan Rakyat. Hasan Ali turut disokong beberapa pemimpin lain di dalam PAS seperti Nasha dan Saari.

Apakah kesudahannya nanti? Apakah Hasan Ali akan mendapat kembali penghormatan yang telah dicabul oleh PAS?


Read more...

CERITA BELIT HARAKAH VERSI PAGI


Haprakah menyatakan bahawa kempen politik Indonesia 21 hari dan Malaysia pula masih terkial-kial mencari tempoh kempen untuk PRU akan datang. Agak bodoh juga kenyataan Harakah ini kerana tempoh kempen parti di Malaysia bergantung kepada banyak aspek, bukannya sekadar hentam kromo seperti Indonesia.

Untuk makluman, setiap kali Pemilu (pilihanraya) di Indonesia, banyak kontroversi berlaku. Antara yang paling hebat ialah sistem kemudahan yang tidak mencukupi dan peratusan rakyat mengundi yang rendah. Jadi jika diukur kepada tempoh 21 hari itu, tahap ketelusan dalam sistem pengundian amat rendah. Contoh terbaik ialah pemilu 1997. Pengundi berdaftar sebanyak 125 juta orang. Jumlah yang mengundi 113 juta orang. Mana perginya lagi 12 juta orang?! (klik

Lagipun parti politik yang berdaftar untuk pemilu berjumlah 44 dan jumlah itu 4 kali lebih banyak dari jumlah parti politik di Malaysia. (klik) Jadi sistem 21 hari yang digunapakai Indonesia itu amat perlu untuk memastikan ketelusan dan kecekapan kerajaan menguruskan pilihanraya Indonesia.

Di Malaysia, sistem pilihanraya kita lebih sempurna dari Indonesia. Jadi, mengapa tidak kita meneruskan sistem yang sedia ada? Tambahan pula, bukankah Pakatan Rakyat yang terhegeh-hegeh pergi sana sini untuk berceramah politik? Jadi kenapa perlu risau jika tempoh kempen terlalu singkat? 

Read more...

CERAMAH CHEGU BARD SAMBUTAN DINGIN. PKR MENANGIS LAGI DI NEGERI SEMBILAN


PKR mengadakan ceramah di Taman Angsa Mas, Seremban pada 19 haribulan yang lepas. Seperti biasa keadaan ceramah amat kelakar mendukacitakan. Jumlah pengunjung yang hadir tambah tukang sapu, tukang buat air, kereta yang lalu lalang dan lain-lain tidak sampai 120 orang. 


Ceramah dijadualkan bermula pada pukul 9 malam tetapi terpaksa ditangguh kerana hadirin tidak cukup (30 orang). Akhirnya ceramah terpaksa juga dimulakan walaupun hadirin yang hadir amat sedikit. Penceramah lain yang dijemput ialah Bob Lokman, Fauzi Abdul Rahman dan Kolonel (B) Rosli.

Di dalam ceramah itu Chegu Bard menyatakan angan-angannya untuk menjadi MB Negeri Sembilan sekiranya Pakatan menguasai Negeri Sembilan pada PRU akan datang. Mungkin Chegu Bard mempunyai banyak perasaan lucu pada malam tersebut untuk dikongsi bersama. Wakakaka....

Sila baca laporan penuh di N9 Kini.

Read more...

DUIT BARU PADA JULAI 2012. NOT RM 20 KEMBALI

>> 21 December 2011

Read more...

MIC BERI KERUSI KEPADA UMNO UNTUK LAWAN NIZAR?


IPOH 21 Dis. - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir mengesahkan MIC akan menyerahkan kerusi dewan undangan negeri Pasir Panjang kepada UMNO dalam satu proses pertukaran kerusi.

"Ini sudah dipersetujui MIC,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini hari ini.

Zambry bagaimanapun enggan mendedahkan kerusi yang akan diserahkan UMNO kepada MIC sebagai ganti.

Sebelum ini, ada desakan daripada pemimpin akar umbi agar kedua-dua parti itu bertukar kerusi memandangkan kawasan Pasir Panjang didominasi pengundi Melayu.

Pada pilihan raya umum 2008, calon MIC, Dr S. Vasan tewas kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pas dengan majoriti 4,474 undi. - BERNAMA

Read more...

ADAM ADLI: THE REAL LOSER!


Adam Adli yang konon-kononnya hendak menjadi hero rupa-rupanya sampah. Dengar ceritanya pointer pun takat 2.5 je. Macam tu ada hati nak jadi pemimpin? Diri sendiri pun masih terkial-kial macam mana nak memimpin orang lain?

Semasa di PWTC masa bercakap bukan main lagi dia punya gebang. Siap turunkan bendera PM nak tunjukkan kat orang betapa menjilatnya dia ni kat Anwar Ibrahim. Pigidah! Ini samseng taik kucing. Bila kena gegar dengan brader Lan depan balai polis menyorok belakang Chegu Bard pulak. Samseng apa ni?!


Woi Adam, nasib kau memang baik la kalau UPSI tak nak buang kau tapi kau fikir balik lepas ni siapa nak ambik kau kerja sebab perangai kau macam haramjadah. Anwar nak ambik kau kerja? Biar betul bai sebab Anwar pun nak sambung belajar kat Universiti Sungai Buloh.

Orang macam kau ni la memang patut kena hempuk sebab kurang ajar. Kalau kau betul-betul tak sabar sangat nak masuk politik, keluar UPSI sekarang masuk PKR. Lepas tu kau boleh tengok orang macam kau ni besar ke tak dalam parti politik. 

Umur pun baru 22 tahun je. Mengundi pun tak pernah lagi. Bagus jugak la Chegu Bard simpan sampah-sampah macam ni sebab PKR memang parti sampah. Ini pun sama la macam ketua sampah AMK Sam Ketot. Masa bercakap bukan main lagi berdegar-degar. Kena gegar dengan pemuda UMNO terkencing dalam seluar.

Read more...

KETUA PEMUDA PAS MEMBERI AMARAN KEPADA HASAN ALI


Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan memberi amaran kepada mana-mana anggota parti supaya tidak mempertikaikan konsep negara berkebanjingan PAS dalam akhbar Haprakah hari ini.

Justeru, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan (gambar)menegaskan tidak layak bagi mana-mana pemimpin atau ahli parti mempertikai konsep yang telah diijmakkan melalui satu majlis pemesyuaratan yang besar seperti muktamar tahunan yang sah, sementara kritikan membina dan pandangan tambah nilai adalah senantiasa dialu-alukan.

Semalam Hasan Ali secara terang menyatakan bahawa dia tidak bersetuju dengan negara kebanjingan ala PAS. Dan nyatalah disini bahawa Nasrudin Hassan memberi amaran secara terus kepada Hasan Ali dan mana-mana anggota PAS yang bergerak menentang arus. 

Jadi disini keretakan di antara pemimpin-pemimpin PAS semakin menjadi-jadi. Semakin ramai menunjukkan belang mereka antara yang PAS tulen dan pro DAP. Jadi sekiranya Hasan Ali tidak mendapat layanan yang baik dari parti sendiri, apakah alternatif terbaik yang boleh difikirkan olehnya?

Read more...

BUKTI BAHAWA ANWAR PENJILAT TEGAR IMF

Dokumen ini diambil dari laman web IMF sendiri. Perjumpaan ini diadakan oleh IMF untuk memberikan bantuan kepada negara-negara Asia berkenaan dengan krisis ekonomi 1997. Di waktu itu Anwar memberikan ucapan menjilat-jilat IMF.







   Sila baca di IMF web untuk lebih jelas


Antara rangkap ucapan Anwar menjilat IMF ialah:
6. Another significant step is the recent emphasis by the IMF Managing Director on the importance of peer pressure to ensure that countries adopt appropriate policies. In the ASEAN region, we have finalised a framework to facilitate effective consultations and discussions. In this regard, I would like to propose two initiatives to promote greater cooperation in order to facilitate further liberalisation and integration of financial markets while avoiding any destabilising consequences. 
Firstly, work on the SDDS must be expanded to enhance transparency of the activities of all market players. For example, the Fund could promote international coordination in the supervision of financial markets through the establishment of a global trade information system for foreign exchange markets to allow authorities to monitor  trading activities in the global market-place; and 
Secondly, the Fund could devise a framework to enable countries to adapt and cope more effectively with market excesses associated with destabilising capital flows. It is not sufficient that only member countries abide by Fund advice and observe "international rules". Similar rules should also be designed to encourage capital 3 market participants to contribute towards the efficient functioning of the market mechanism. This framework could include rules and principles on ethical and professional standards, stronger disclosure requirements, and regular contacts between the managers of leveraged funds and banking supervisors. This framework should be facilitated by agreement on the provision of information on leveraged fund activities and arrangements for the home country supervisors to share information with the host country supervisors on the activities of these funds.

Ini baru sikit. Banyak lagi ucapan menjilat IMF dalam teks tersebut. Sila lihat betapa terhegeh-hegeh Anwar hendak menceritakan mengenai Fund SDDS walaupun Malaysia tidak pernah langsung mempunyai apa-apa persetujuan dengan IMF. Jadi disini, siapa sebenarnya yang terhegeh-hegeh dengan IMF?

Terima kasih kepada Bukan Sekadar Politik.

Read more...

KRISIS PAS: PAS TULEN VS PRO DAP

>> 20 December 2011


Nampaknya tembelang politik PAS sudah tidak mampu ditutup lagi. Pemimpin-pemimpin PAS pro DAP sudah tidak tahan dengan kelakuan Hasan Ali yang sentiasa bergerak menentang arus perjuangan Pakatan Rakyat dalam banyak isu. Antaranya isu penjualan arak di Selangor, isu murtad DUMC dan Himpunan Sejuta Umat.

Dalam pada itu, Hasan Ali menyelar tindakan Mustapa Ali yang dilihat begitu hebat mengkritiknya dengan mengatakan bahawa "Hasan Ali terperangkap jerat UMNO" di Harakah. Apa yang dilihat disini, Mustapa Ali mewakili suara pro DAP di dalam PAS yang sentiasa akan tu tunduk dan patuh kepada segala arahan parti kafir harbi itu manakala Hasan Ali lebih berteraskan kepada perjuangan Islam yang mula-mula didokong PAS.

Kritikan demi kritikan diterima kedua-dua belah pihak dan diwaktu ini ternyata Hasan Ali menerima lebih banyak sokongan luar berbanding dari parti sendiri. Maka sudah semestinya kita akan terus melihat sejauh manakah penghinaan yang akan diberikan oleh Pakatan Rakyat kepada seorang pejuang Islam sebenar dan mampukah mereka memenuhi agenda mereka bersama Hasan Ali dimasa hadapan.


Read more...

AWAN BERBENTUK OMBAK TSUNAMI


Gambar ini dirakam di Birmingham, Alabama pada 16 Disember.- yahoo

Read more...

MEMANG SAH! BETINA RASIS TIDAK MENGIKTIRAF BAHASA KEBANGSAAN


Memang sah bahawa Betina Rasis sememangnya tidak mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sebuah iklan yang dikeluarkan oleh blog Betina Rasis berkaitan dengan forum ekonomi tidak menggunakan bahasa kebangsaan tetapi hanya menggunakan bahasa cina sebagai bahasa penghantar.

Agak mengejutkan kerana forum itu turut dihadiri oleh banyak ahli exco kerajaan negeri tetapi protokol bahasa kebangsaan dalam program kerajaan negeri diketepikan. Malah Betina Rasis menyatakan forum itu  hanya akan menggunakan bahasa mandarin dan Inggeris!

Kotak hitam menunjukkan lambang kerajaan negeri

Sekali lagi kita tertanya-tanya dimanakah pengiktirafan bahasa kebangsaan oleh exco-exco kerajaan Negeri Selangor. Malah sekiranya forum tersebut hanya menggunakan bahasa mandarin dan Inggeris, siapakah yang mendapat manfaat dari forum ini?

ps: A Samad Said tak mau demo ke pasal isu ni?

Read more...




  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP