KISAH PERAYU UNDI PAS KENA KEJAR DI PALONG

>> 30 April 2013


Ini kisah mengenai sekumpulan perayu undi dari PAS yang cuba berkempen di Felda Palong. Jentera-jentera ini mewakili calon mereka yang pasti kalah di DUN dan dan juga Parlimen. Hendak dijadikan cerita, kumpulan perayu undi ini masuk ke kawasan Felda Palong 1 untuk berkempen. Tetapi niat mereka untuk berkempen tidak kesampaian apabila penduduk kawasan Felda Palong 1 sudah tunggu untuk menghalau mereka. Tambah kelakar apabila ada penduduk yang langsung tidak mahu membuka pintu rumah untuk membenarkan mereka masuk berkempen.

Setelah dihalau, jentera-jentera PAS ini pun mencuba nasib pula di Felda Palong 2. Tetapi keadaan di Felda Palong 2 juga hampir serupa apabila sekumpulan penduduk tempatan menghalau mereka keluar dari kawasan tersebut. Kali ini mereka diberikan amaran sekiranya mereka tidak mahu meninggalkan kawasan tersebut, mereka akan "dipaksa" keluar.

Tetapi jentera PAS ini masih tidak mahu berputus asa. Mereka pun cuba pula untuk masuk berkempen di kawasan Felda Palong 3. Kali nasib memang tidak menyebelahi mereka. Penduduk tempatan telah menunggu mereka dengan jentolak untuk menghalau mereka.

Belum pun jentera-jentera PAS turun dari kereta dan motor untuk berbicara, jentolak telah dipandu oleh seorang penduduk tempatan untuk "menolak" mereka keluar dari kawasan tersebut. Maka lari lintang-pukanglah bertempiaran kumpulan-kumpulan perayu undi PAS itu. Malah mereka terus dikejar sehingga ke luar kawasan Felda Palong.

Moral: sarang tebuan jangan dijolok

ps: ini seperti yang diceritakan kepada saya oleh salah seorang perayu undi PAS di kawasan tersebut.

Read more...

SEMPENA CERAMAH ANWAR, NEGERI SEMBILAN SUDAH BERTUKAR MENJADI KELANTAN


Hari ini Anwar Ibrahim dijadualkan akan berkunjung ke Negeri Sembilan untuk menipu di atas pentas ceramah. Berbeza kali ini, Anwar akan berkunjung hampir seluruh Negeri Sembilan untuk menjual temberangnya kepada para penjilatnya dari PKR, PAS dan DAP.

Apa yang menghairankan disini, beberapa kawasan di sekitar Seremban sudah mula didatangi kenderaan dari kawasan luar dari Negeri Sembilan. Kebanyakannya kenderaan tersebut menggunakan nombor pendaftaran dari Kelantan, Terengganu dan Selangor.

Sebelum ini perkara yang sama pernah berlaku semasa program Jelajah Kebangkitan Rakyat di Seremban Selatan dimana pekan Seremban Selatan sudah bertukar menjadi Kota Bharu kerana dibanjiri dengan pencacai tegar PAS dari Kelantan yang dibayar khas untuk meramaikan majlis.

Saya juga percaya taktik yang sama akan digunakan untuk menunjukkan kepada masyarakat Seremban konon-kononnya Anwar mempunyai pengaruh yang kuat di Negeri Sembilan sedangkan seperti yang diketahui pencacai-pencacai yang diangkut itu telah dibayar.

Tetapi taktik ini sudah pasti terlalu senang dikesan. Taktik Anwar untuk memperbodoh-bodohkan rakyat ini sudah semakin tidak laris kerana penduduk tempatan sendiri tidak mahu menjejakkan kaki ke kawasan Anwar berceramah. Seandainya Anwar tidak melakukan taktik ini, saya percaya Anwar akan menerima nasib yang sama seperti yang diterima oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang berceramah dengan kerusi.

Read more...

CHEGU BARD SUDAH PUTUS ASA DI NEGERI SEMBILAN


Ini adalah e-mail yang dihantar oleh Chegu Bard kepada Saifuddin Nasution. E-mail ini jelas menunjukkan kekecewaan Chegu Bard terhadap beberapa pihak dan dirinya sendiri. Selanjutnya disini.

Read more...

PEMBANGKANG SUDAH MULAKAN KEMPEN KURANG AJAR DI SEREMBAN


Pembangkang sudah memulakan kempen kurang ajar dengan mengedar risalah-risalah fitnah di seluruh Seremban. Gambar di atas adalah salah satu risalah fitnah yang diedarkan di sekitar Lenggeng menggunakan nama UMNO Lenggeng. Ini hanya salah satu yang diedarkan. Berdasarkan laporan, terdapat banyak lagi risalah fitnah yang diedarkan di sekitar Sikamat dan Temiang.

Ini hanya taktik perang saraf pembangkang menunjukkan kepada orang ramai seolah-olah akar umbi UMNO tidak berpuas hati dengan pemilihan beberapa calon yang akan bertanding. Realitinya pembangkang  sudah kehabisan isu untuk menyerang calon UMNO.

Antara risalah fitnah yang diedarkan melibatkan calon Parlimen Seremban, calon DUN Sikamat dan calon DUN Lenggeng. Jadi kepada pengedar risalah fitnah di Seremban anda dinasihatkan menyerah diri sebelum ditangkap kerana kami semakin hampir untuk mengenal pasti anda.

Read more...

PENDEDAHAN OLEH BEKAS AHLI DAP MENGENAI RED BEAN ARMY



Read more...

AWAS! SURAT PALSU YUSUF QARDHAWI SEDANG GIAT DIEDARKAN DI NEGERI SEMBILAN

>> 29 April 2013


Sempena ceramah mega Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan esok, jentera-jentera Pakatan Rakyat sedang giat mengedarkan risalah-risalah kempen termasuk surat palsu Yusuf Qardhawi dari rumah ke rumah. Perkara ini dikesan di beberapa kawasan kampung di sekitar Kuala Pilah dan Jelebu.

Sebelum ini Zulkifli Nordin pernah mendedahkan taktik terdesak PKR yang memalsukan surat Yusuf Qardhawi untuk menarik sokongan rakyat terhadap Anwar Ibrahim. Perkara itu kemudiannya dibalas oleh Wan Azizah semalam dengan menegaskan bahawa surat Yusuf Qardhawi itu adalah tulen walaupun penipuan itu telah lama dibongkarkan Zulkifli Nordin.

Ini menunjukkan betapa terdesaknya Pakatan Rakyat untuk memenangi PRU 13 ini kerana terpaksa menjual nama ulama' tersohor dunia dan memalsukan surat dari ulama tersebut. Kandungan surat tersebut sebenarnya langsung tidak menyentuh kredibiliti Anwar untuk menjadi PM seperti kandungan surat palsu tersebut tetapi hanya satu surat biasa di antara dua pemimpin.

Jadi kepada orang-orang yang menerima surat tersebut, anda dinasihatkan tidak mempercayai kandungan surat tersebut kerana ianya hanyalah taktik-taktik orang yang terdesak untuk meraih undi.

Read more...

KENALI CALON BN AMPANGAN: TAUKE DAGING DARI KETURUNAN AGAMAWAN


NAMA: HAJI UBAIDAH BIN DATO' HAJI MOHD REDZA

ALAMAT: BATU 1 3/4, JALAN SIKAMAT, AMPANGAN, 70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

T. LAHIR: 10 JANUARI 1952

PENDIDIKAN: SK AMPANGAN
                          SK SRI KELANA
                          SMK KGV
                          HIGHER SCHOOL CERTIFICATE 1972

STATUS: BERKAHWIN (2 ORANG ANAK LELAKI)

PEKERJAAN: AHLI PERNIAGAAN

PENGLIBATAN POLITIK:
 - BEKAS AJK PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEREMBAN
 - BEKAS KETUA UMNO CAWANGAN AMPANGAN BARAT, BAHAGIAN SEREMBAN

PENGLIBATAN MASYARAKAT:
 - NAZIR MASJID DATO' KLANA PETRA SENDENG, AMPANGAN (1988 - KINI)
 - IMAM DAN PENGERUSI SURAU SHEIKH MOHAMED BLOK "A" AMPANGAN (1988 - KINI)
 - BEKAS YANG DIPERTUA PERSATUAN SINARAN MUDA AMPANGAN (PSMA)
 - BEKAS PENGERUSI BELIA MAYC DAERAH SEREMBAN

INFO RINGKAS

- Haji Abu mempunyai 11 orang adik-beradik (8 lelaki, 3 perempuan). Adik-beradik lelakinya kesemuanya terlibat dalam perniagaan kecuali seorang yang merupakan seorang pegawai di JPM manakala adik-beradik perempuannya kesemuanya suri rumah tangga.

- Datuk kepada Haji Abu ialah Sheikh Haji Mohd Said yang merupakan ulama tersohor dalam Negeri Sembilan. Nama jalan dan beberapa tempat seperti sekolah dan makan dinamakan sempena nama datuknya demi memperingati jasa datuknya yang bergiat gigih dalam usaha dakwah di Negeri Sembilan.

Sebuah makam di Seremban yang menggunakan nama Haji Mohd Said
SHAMS merujuk kepada SMK Haji Mohd Said yang terletak di Seremban
 - Ayah Haji Abu iaitu Dato' Haji Mohd Redza merupakan ahli politik dan ahli agama yang dihormati di Negeri Sembilan. Haji Mohd Redza pernah belajar di Makkah bersama-sama dengan mantan PM iaitu Tun Abdullah pada usia 15 tahun. Setelah pulang, Haji Mohd Redza bergiat gigih dalam berdakwah dan menceburi bidang perniagaan. Beliau merupakah satu-satunya pemborong dan pembekal makanan kepada RIDA yang kini dikenali sebagai MARA. Kemudiannya Mohd Redza bergiat dalam politik. Beliau pernah memenangi kerusi Parlimen Tampin/Rembau selama 2 penggal dari tahun 1959 hingga 1969. Pada tahun 1969, Haji Mohd Redza menjadi ADUN kawasan Terentang, Rembau (1969 hingga 1974) dan dilantik menjadi Exco Negeri. Haji Mohd Redza juga pernah dilantik menjadi nazir di Masjid Seremban dan Masjid Jamek Ampangan selama 30 tahun. Sempena memperingati jasanya, nama Haji Mohd Redza disemadikan di jalan raya dan beberapa kawasan di sekitar Seremban.

Sekolah Dato' Haji Mohd Redza dinamakan sempena jasa Dato' Haji Mohd Redza di Negeri Sembilan
- Pak cik kepada Haji Abu iaitu Sheikh Ahmad (adik-beradik Haji Mohd Redza seayah berlainan ibu) merupakan mufti Negeri Sembilan yang pertama. Namanya juga disemadikan di banyak tempat di Negeri Sembilan untuk memperingati jasanya.

Sheikh Ahmad merupakan mufti pertama Negeri Sembilan
 - Keluarga Haji Abu amat dihormati di sekitar Seremban kerana keluarganya dari keturunan agamawan. Malah keluarganya juga melahirkan banyak tokoh perniagaan.

- Pengikut PAS di sekitar Ampangan juga amat menyukai dan menyokong pencalonan Haji Abu berbanding Kamarul Bahrin dari PKR yang sekadar tangkap muat  kerana terdapat saudara mara Haji Abu sendiri merupakan ahli totok PAS. Antaranya Tuan Haji Kassim yang merupakan pengasas Rembawi Khat & Advertising Aluminium.

 - Haji Abu amat mudah untuk didekati kerana dia merupakan orang kuat surau dan masjid. Malah Haji Abu juga boleh didekati di Pasar Besar Seremban kerana dia berniaga di situ. Haji Abu juga seorang yang amat sederhana dalam kehidupan.

KLIK untuk ke facebook Tuan Haji Ubaidah calon N 14 Ampangan

Read more...

CERAMAH PKR RANTAU DAPAT SAMBUTAN HANGIT!


Tak perlulah nak bercerita panjang lebar. Apa yang jelas dari gambar ini, lebih kerusi dari orang yang mendengar.

Read more...

PKR AMPANGAN SEMAKIN TERDESAK, TERPAKSA IMPORT JENTERA LUAR


Ini lagi kisah mengenai calon kepanasan PKR Ampangan. Sebelum ini blog ini pernah mendedahkan mengenai Kamarul Bahrin disabotaj oleh akar umbi PKR sendiri dengan menutup bilik gerakan di Ampangan. (KLIK).

Terbaru, PKR Ampangan terpaksa mengimport jentera dari Teluk Kemang untuk membantu kempen di Ampangan. Ini berikutan daripada ahli-ahli PAS dan PKR yang tidak mahu turun berkempen kerana memboikot Kamarul Bahrin.

Malah sumber mendedahkan beberapa nama besar dalam PKR Negeri Sembilan sendiri memboikot kempen Kamarul Bahrin yang disifatkan terlalu tamak.

Bilik gerakan PAS di Ampangan pula semakin lama semakin sunyi sehinggakan salah seorang ahli PAS Ampangan menjadikan rumahnya sebagai markas BN untuk membantu kempen Haji Abu yang mewakili Barisan Nasional.

Berdasarkan keadaan ini, Kamarul Bahrin telah pun tersungkur sebelum ke garisan penamat pada 5 haribulan nanti.

Read more...

KAFIRKAH UMNO?

>> 28 April 2013



Read more...

FATWA TERBARU NIK AZIZ

>> 27 April 2013


"Kita kena sedar manusia tidak boleh selamat kalau kita berfikir cara kita, lebih-lebih lagi Umno tolak Islam...macam dia dengan Allah S.W.T lebih kurang sahaja. Allah S.W.T yang turunkan Islam, Allah S.W.T sifatkan Islam ini rahmat tapi Umno kata laknat. Ini kecelakaan yang menimpa pemikiran orang Islam" - Nik Aziz, Putrajaya, 26 April 2013


Read more...

AKHIRNYA TOK MAT BINA LAPANGAN TERBANG UNTUK CHEGU BARD



Inilah kapal terbang yang mendarat di lapangan terbang Rantau semalam. Ini adalah hasil kerja dari jentera BN Rantau untuk menyemarakkan lagi kempen PRU 13 ini.

Untuk pengetahuan isu lapangan terbang telah dimainkan oleh puak-puak pembangkang sejak 2 tahun lepas untuk meraih undi di Rembau. Isu ini telah lama dijawab tetapi puak-puak dungu ini masih tak faham-faham dan tetap memainkan isu yang sama walaupun temberang mereka sudah pecah. Saksikan video di bawah untuk info mengenai isu lapangan terbang ini.



Read more...

HAJI HADI: PESALAH HUDUD TERLEPAS HUKUMAN DI AKHIRAT



Read more...

LAN PET PET SOKONG BN

>> 26 April 2013


Pembangkang jangan ingat kalau diaorang usung artis ke pentas ceramah tandanya semua artis sokong pembangkang. Melambak lagi artis sokong BN cuma diaorang tak fanatik sampai nak ke pentas ceramah menghentam sana sini.macam si Aishah dan Abby Abadi.

Read more...

CALON PKR BELUM BAYAR SAMAN FITNAH RM 30,000



Calon PKR DUN Telok Air Tawar, Norhayati Jaafar masih belum membayar saman fitnah RM30,000 kepada bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah.

Peguam yang mewakili Aminah, Saiful Ambar Abdullah Ambar, (gambar) berkata selepas perkara itu diputuskan Mahkamah Tinggi di sini pada 27 September tahun lalu, anak guamnya tidak menerima sebarang respons daripada defendan dan menurutnya tempoh untuk membuat rayuan kes itu lama berakhir.

"Kegagalan Norhayati menjelaskan bayaran saman menunjukkan beliau ingkar arahan mahkamah dan tidak menghormati undang-undang," katanya.

Katanya, turut diperintah membayar ganti rugi RM30,000 kepada Aminah ialah Timbalan Ketua PKR Cabang Jelutong, Jab Samad yang dinamakan sebagai defendan kedua dan Setiausaha PKR Cabang Jelutong, Anuar Kamaruddin sebagai defendan ketiga dalam saman itu.

Saiful Ambar berkata, pihaknya sedang dalam proses memfailkan beberapa tuntutan supaya kesemua defendan mematuhi perintah mahkamah supaya membayar ganti rugi kepada anak guamnya dengan kadar segera.

Pada 27 September tahun lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk GV Varughese membuat keputusan itu selepas mendapati Norhayati, Jab dan Anuar bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Aminah dalam akhbar Harakah edisi 20-22 Mei 2011.

Sementara itu, Aminah berkata, kegagalan Norhayati membayar saman itu menunjukkan beliau tidak layak dipilih sebagai wakil rakyat di Telok Air Tawar.

"Bagaimana beliau (Norhayati) boleh ada hati bertanding sedangkan beliau terang-terangan suka menabur fitnah dan ingkar pula arahan mahkamah," katanya.

Pada 15 Jun 2011, Aminah memfailkan saman fitnah RM6 juta terhadap ketiga-tiga mereka serta tiga lagi iaitu wartawan Harakah Mohd Sabri Said (defendan keempat), Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman (defendan kelima) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai defendan keenam.

Bagaimanapun, Aminah diarah membayar RM15,000 sebagai kos kepada Mohd Sabri, Ahmad Lutfi dan PAS selepas mahkamah menerima pembelaan mereka. - Agenda Daily

Read more...

KHALID TAK MAHU TURUN KERETA KERANA CERAMAH TIADA SAMBUTAN


SHAH ALAM: Kempen pilihan raya bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Kampung Nelayan, Pulau Indah kelmarin, gagal menarik minat penduduk setempat yang hanya dihadiri kira-kira 50 orang.

Khalid yang tiba kira-kira jam 9.30 malam terpaksa mewakilkan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin untuk menyampaikan ceramah apabila mendapati sambutan pada majlis itu hambar.

Difahamkan, beliau hanya memerhatikan majlis itu dari dalam kenderaannya.

Walaupun tempoh berkempen sudah tiga hari bermula ketika itu, Khalid dilihat gagal mendapat perhatian penduduk Pelabuhan Klang selepas beliau memutuskan untuk berpindah dari DUN Ijok yang dimenanginya pada 2008 lalu.

Pada majlis itu, Faekah cuba menyakinkan penduduk bahawa Tan Sri Khalid pasti akan membawa kerusi DUN Pelabuhan Klang kembali ke pangkuan rakyat pada PRU13, 5 Mei nanti.

Menurut Faekah, tugas itu merupakan satu amanah yang perlu digalasnya setelah calon yang diketengahkan pada tahun 2008, melompat parti.

“Untuk memastikan rakyat tidak tertipu lagi, maka kita lantik Menteri Besar untuk turun bertanding di sini. Parti tidak memilih saya atau calon lain untuk bertanding di sini.

“Tetapi memilih orang yang cadangkan dan ketengahkan calon katak pada PRU lepas untuk menebus balik kesalahan pada tahun 2008,” ujarnya.

Turut hadir memberi ceramah ialah calon bekas ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim, calon Parlimen Klang, Charles Santiago dan juga bekas ADUN Pandamaran, Ronnie Liu yang
digugurkan daripada bertanding PRU kali ini.

“Jangan risau semua di Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid akan tebus N46 ini untuk rakyat, ini iltizamnya,” tegas Faekah mengakhiri ucapannya.

Pada PRU12 lalu, kerusi Pelabuhan Klang dimenangi calon PKR ketika itu, Badrul Hisham Abdullah yang menewaskan calon BN, Roselinda Abdul Jamil dan calon Bebas Nazir Mansor dengan majoriti 4,440 undi.

Beliau kemudian mengisytiharkan keluar PKR pada September 2009 dan menyertai Umno enam bulan selepas itu.

Pada PRU13 ini, Abdul Khalid akan berhadapan calon BN, Datuk Nasaruddin M. Zin yang juga merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Klang.

Nasib kedua-dua calon ini bakal ditentukan oleh 39,972 pengundi Pelabuhan Klang. - antarapos

Read more...

HADIRIN PENUH SESAK DI CERAMAH PAKATAN RAKYAT


Inilah suasana di ceramah Pakatan Rakyat di Rumah Rakyat Panchor di Lenggeng. Penceramah adalah calon DAP Bukit Kepayang Cha Kee Chin yang diimport khas dan juga calon Lenggeng yang sebelum ini telah tewas selama 3 penggal iaitu Zulkifli Omar.

Pada awal ceramah inilah sahaja pengunjung yang datang iaitu sekitar 20 orang . Kemudiannya hadirin bertambah menjadi 40 ribu orang. Tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana berjaya menunjukkan anda sememangnya terlalu sukar mendapat tempat di hati rakyat dengan janji-janji penipu anda.

Read more...

USTAZ KAZIM SUDAH LAMA BERCERITA MENGENAI HUDUD PAS

>> 25 April 2013



Read more...

WARGA PELABUHAN KLANG PROTES KHALID GAGAP



Read more...

3 BILIK GERAKAN PKR AMPANGAN TUTUP


Sumber mendedahkan PKR Ampangan semakin tenat apabila 3 bilik gerakan PKR telah tutup. Salah satunya ialah bilik gerakan PKR Gedong Lalang yang sebelum ini merupakan antara bilik gerakan PKR yang paling aktif di Seremban.

Antara faktornya kerana jentera PKR sendiri menyokong Haji Abu yang menjadi calon Barisan Nasional untuk DUN Ampangan. Malah kebanyakan ahli PAS di Ampangan juga semakin beralih arah kepada Haji Abu kerana peribadi Haji Abu itu sendiri amat disenangi semua pihak.

Faktor lain juga menyebut akar umbi PKR terlalu sukar untuk menerima calon PKR iaitu Kamarul Baharin yang merupakan salah seorang calon bidan terjun.

PAS pula dilihat semakin sukar memberikan kerjasama untuk memenangkan calon PKR Ampangan kerana semakin hari semakin banyak bendera PAS versi hitam yang membawa maksud protes berkibaran di sekitar Ampangan. (KLIK)

Jika keadaan ini berterusan, insyaAllah, Barisan Nasional akan menang di Ampangan.

Read more...

POLITIK GANAS: BILIK GERAKAN BN DILEMPAR BOM PETROL

>> 24 April 2013


SUNGAI BESAR 24 April - Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Parit 9, Sungai Leman di sini nyaris hangus dijilat api setelah dilempar bom petrol dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi ini.

Kejadian itu disedari oleh salah seorang penduduk kampung yang kemudiannya bertindak menghubungi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Kerajaan Persekutuan (JKKKP) setelah melihat api mula menyambar kain rentang BN.

Pengerusi JKKKP Parit 9, Sungai Leman, Zulkefli Hassan berkata, kebakaran itu berjaya dipadam oleh para petugas parti sekali gus dapat menyelamatkan bilik gerakan itu daripada hangus.

Premis tersebut merupakan sebuah balai raya yang berusia lebih 30 tahun itu.

Ekoran kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sekinchan awal pagi ini.- UTUSAN 

Read more...

HASSAN ALI GEMPUR KUBU PEMBANGKANG



Read more...

MANA JANJI NIK AZIZ?

>> 23 April 2013


Janji Nik Aziz pada PRU 10 tahun 1999, "jika Mahathir letak jawatan pada hari ini, esok ambo (saya) pula letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan".



......manusia dipegang pada janjinya......

Read more...

CALON PKR JOHOR: KAKITANGAN AWAM KERA!



Read more...

SENARAI NAMA AHLI UMNO YANG DIPECAT KERANA BERTANDING TIKET BEBAS


1. PARLIMEN KUALA KANGSAR – DATUK KAMILIA IBRAHIM (NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA)

2. PARLIMEN TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA – DATUK SERI HAJI MOHD SHARIFF BIN HAJI OMAR (AHLI JAWATANKUASA BHG)

3. PARLIMEN SEPANG – DATO’ HAJI SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI (KETUA PEMUDA BAHAGIAN)

4. HANAPIAH BIN MOHAMAD

5. DUN BUKIT NANING (BAKRI) – GHAZALI BIN SALAMON (AHLI JAWATANKUASA BHG)

6. PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK – SUKERI BIN ABD SAMAT (SETIAUSAHA KERJA BAHAGIAN)

7. MOKHTAR BIN SALEHUDIN (KETUA PENERANGAN CAW.)

8. DUN TITI TINGGI (PADANG BESAR) – YAACOB BIN MAN (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

9. DUN PANTAI MERDEKA (SUNGAI PETANI) – MOHD. YUSOF BIN LAZIM (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

10. DUN NENGGIRI (GUA MUSANG) – ABDUL AZIZ BIN MOHAMED (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

11. PARLIMEN LEMBAH PANTAI – RUSLI BIN HAJI BABA

12. PARLIMEN BERA- MOHD. WALI ALANG AHAMAD

13. PARLIMEN PERMATANG PAUH – DR ABDULLAH ZAWAWI SHAMSUDDIN

14. DUN LENGGENG (SEREMBAN) – ZULKIFLI BIN ABDULLAH (KETUA PENERANGAN CAW.)

15. DUN PENGKALAN BHARU (BERUAS) – AHMAD NIZAM BIN IBRAHIM

16. DUN KAJANG (HULU LANGAT) – MOHD KHALID BIN KASSIM (KETUA CAWANGAN)

17. DUN ALOR MENGKUDU (ALOR SETAR) – FADZIL BIN HANAFI

18. DUN SUNGAI LIMAU (JERAI) – SOBRI BIN AHMAD

19. PARLIMEN ARAU & DUN SANGLANG- ZAINUDIN BIN YOM

20. DUN SEBERANG JAYA (PERMATANG PAUH) – SHAMSUT TABREJ BIN G.M ISMAIL MARICAR

21. DUN BATU UBAN (BUKIT BENDERA) – MOHD NOOR SIRAJAJUDEEN BIN MOHD ABDUL KADER

22. PARLIMEN TANJONG KARANG – MASRUN BIN TAMSIR

23. DUN KUALA PERLIS (KANGAR) – SHAARI BIN LUDIN

24. DUN INDERA KAYANGAN (ARAU)- AMEIR BIN HASSAN

25. DUN SUNGAI TIANG (PENDANG) – HAJI ROSLI BIN OMAR

26. PARLIMEN BAGAN SERAI – ABDUL LATIF BIN MASUD

27. DUN GUNONG SEMANGGOL (BAGAN SERAI) – HALIDI BIN WAHAB

28. DUN CHANGKAT JERING (BUKIT GANTANG) – ZULKEFLI BIN IBRAHIM

29. PARLIMEN KOTA BELUD – LAMSIL BIN HAMIDSOR

30. PARLIMEN LIBARAN – SAHAR BIN SAKA

31. PARLIMEN KALABAKAN – MOHD BIN MANUKE

32. DUN SULAMAN (TUARAN) – ALI AKBAR BIN KAWI

33. DUN LUMADAN (SIPITANG) – RAPAHI BIN EDRIS

34. DUN SUGUT (BELURAN) – ABDUL RAHMAN BIN ATANG

35. DUN LAHAD DATU (SILAM) – ALIANDU BIN ENJIL

36. DUN SULABAYAN (SEMPORNA) – GHAZALIE BIN PG. HINDI @ ABDUL GHANI

37. HUSSEIN BIN MUMAKIL

38. JULKALANI BIN ABD RAHMAN

39. MAMAT BIN BALHANA

40. DUN SENALLANG (SEMPORNA) – AB KARIM BIN TALIP

41. ABDUL MANANG BIN HATIB LAWARI @ OS

42. ATAL MUHAMMAD BIN K.K ABD MENANG

43. DUN MEROTAI (KALABAKAN) – RITA RUDIANSAH BIN ABU BAKAR

44. DUN SEBATIK (KALABAKAN) – MOHAMAD YUSUP BIN LEWAH

45. DUN SULAMAN (TUARAN) – ARIFFIN BIN HARITH

46. AK. ALIUDDIN BIN PG. MOHD. TAHIR

47. DUN LUMADAN (SIPITANG) – SAUDI BIN SUHAILI

48. DUN KARANAAN (RANAU) – MAT JAILI BIN SAMAT

49. DUN LIAWAN (KENINGAU) – NUSLEH BIN MADARAK

50. PARLIMEN PENSIANGAN & DUN NABAWAN – FATIMAH BINTI AGITOR @ MOHD DAUD

51. PARLIMEN BELURAN & DUN SUGUT – DATU KAMARUDDIN BIN MUSTAPHA

52. DUN SUNGAI SIBUGA (LIBARAN) MOHD ARSHAD BIN ABDUL

53. DUN KUNAK (SILAM) – HUSSEIN BIN IBNU HASSAN

54. SHARIF SHAMSUDDIN BIN SHARIF SAGAF

55. PARLIMEN SEMPORNA & DUN SENALLANG – DATU BADRUDDIN BIN TUN DATU HAJI MUSTAPHA

56. PARLIMEN RANAU & DUN PAGINATAN – YAZID BIN SAHJINAN

57. PARLIMEN TAWAU – AHMAD BIN AWANG @ MADON

58. PARLIMEN KALABAKAN – YAHYA BIN ZAINAL

Sumber: UMNO Online

Read more...

HERMAN TINO SEDIH ISTERI TIDAK RESTU JADI CALON



PETALING JAYA: Penyanyi Herman Tino sedih apabila keputusannya untuk bertanding di Parlimen Tanjung Karang atas tiket Bebas tidak mendapat restu serta ditentang oleh isterinya, Ketua Unit Penerbitan Radio, RTM, Noraini Ibnu.

Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59, berkata, isterinya yang juga juruhebah di Klasik Nasional kecewa kerana dia mahu mencabar penyandang kerusi Parlimen berkenaan iaitu calon Barisan Nasional (BN) yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

"Saya sedih kerana isteri tidak menyokong keputusan saya untuk bertanding pada pilihan raya ini kerana dia tidak bersetuju saya menentang Noh Omar di Parlimen berkenaan," katanya ketika menghubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Selain Noh Omar dan Herman Tino, kerusi berkenaan turut ditandingi oleh calon PAS iaitu Mohamad Rashdi Deraman.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Noh menewaskan Mohamed Hanipa Maidin (PAS) dengan majoriti 3,820 undi.

Herman Tino yang popular dengan lagu Yale Yale dan Pelita Dalam Kabus itu memperoleh wang sebagai deposit untuk bertanding selepas dua rakannya menggadaikan kereta mereka bernilai RM10,000.

Herman Tino bersalaman dengan penyandang Parlimen Tanjung Karang, Noh Omar.

Sehubungan itu dia berharap akan mendapat sokongan daripada isteri yang menjadi tulang belakangnya selama ini untuk membantunya berkempen.

"Keputusan ini telah menjejaskan hubungan kami namun saya sangat berharap dia akan menyokong keputusan saya bertanding di Tanjong Karang," katanya.

Herman Tino yang mendapat pendidikan sehingga tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haron di sini akan menggunakan lambang bunga raya pada PRU-13 ini.

Sementara itu, Noraini ketika dihubungi mStar Online bagaimanapun enggan mengulas mengenai keputusan suaminya yang bertanding atas tiket Bebas itu.

“Saya tidak dapat mengulas. Terpulanglah kepada dia (Herman Tino),” katanya ringkas.

Herman Tino bakal menampilkan tiga manifesto kepada masyarakat Tanjong Karang iaitu jambatan kasih sayang, perdamaian politik dan jaga harta benda sebagai bahan kempennya.

Parlimen itu mempunyai 42,410 pengundi berdaftar dengan pengundi Melayu seramai 31,096 orang, Cina (7,043), India (4,158) dan kaum lain (113). - antarapos

Read more...

PKR BENGANG DENGAN TUDUHAN HAJI HADI CALON PKR EDAR DADAH

>> 22 April 2013



Padan muka Pakatan bergaduh sesama sendiri....

Read more...

RAMALAN HUSAM MUSA MENGENAI KEPUTUSAN PRU 13



Husam Musa @ Husam kambing meramalkan Pakatan Rakyat akan menjadi kerajaan. Ini kerana berdasarkan ramalan Husam, Pakatan Rakyat akan menawan 118 buah Parlimen. Husam meramalkan Pakatan akan mengekalkan kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU 2008 dan akan menambah beberapa buah kerusi untuk menjadikan angka 118 dari 222 buah kerusi yang dipertandingkan.

Persoalannya, Husam Musa termasuk tak dalam jumlah 118 kerusi yang Pakatan Rakyat akan menang tu atau dia orang pertama yang akan bungkus? Mampukah Pakatan Rakyat menang kembali kerusi-kerusi panas yang menyaksikan bekas pemenang kerusi tersebut keluar parti seperti Zahrain, Zulkifli Nordin dan Wee Choo Keong? Husam Musa ni kira berdasarkan faktor pengundi atau main tibai je?

Read more...

HAJI HADI KATA CALON PKR PENGIKUT MARXISME, PENGEDAR DADAH


MARANG, 22 April - PAS tetap meletakkan calon mereka di tujuh kerusi yang ditandingi sekutu mereka Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah bagi 'menyelamatkan pakatan pembangkang' kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi mendakwa PAS mendapati calon yang diletakkan oleh PKR di beberapa kerusi berkenaan mempunyai masalah moral dan ada juga yang dikaitkan dengan idealisme 'Marxisme'

"PAS mahu menyelamatkan Pakatan kerana kami tidak mahu insiden yang berlaku di Perak berulang lagi, apabila kita hanya dapat memerintah sebuah negeri dalam tempoh yang singkat bila ada ahli berpaling tadah.

"Kita mendapat maklumat salah satu calon adalah pengedar yang menjual dadah jenis methamphetamine. Kami (PAS) tidak boleh bekerjasama dengan calon seperti ini.

"Kita juga tahu salah satu calon turut dikaitkan dengan ideologi Marxisme dan poster tokoh-tokoh Marxis seperti Karl Marx, Joseph Stalin dan Valdimir Lenin turut digantung di bilik gerakan mereka.

"Saya tidak akan mengumumkan siapa mereka namun PAS tidak boleh bekerja dengan orang seperti mereka," kata Abdul Hadi dalam ceramah di Kg Tebakang lewat malam Ahad.

Beliau menambah PAS juga membuat keputusan di saat-saat akhir untuk meletakkan calon di Panti, Johor apabila calon PKR hanya muncul 10 minit sebelum proses penamaan calon berakhir.

"Kita mahu mengelakkan Barisan Nasional (BN) daripada menang tanpa bertanding sebab itu kita masuk dan meletakkan calon kita sendiri," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata, PAS tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama sebagai sebuah pasukan dengan PKR dan DAP dalam Pakatan dan apa yang dilakukannya adalah demi ‘menyelamatkan’ pakatan

"Kita tidak ada masalah dengan Pakatan namun tidak kita boleh terima calon seperti ini," katanya.

Selain Panti, PAS turut berdepan dengan calon PKR di kerusi Parlimen Labuan dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Kota Damansara, Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan Pas terpaksa bertanding sehingga berlaku pertindihan calon di beberapa tempat sebagai usaha menyelamat bagi memastikan tiada 'syaitan' yang menyerap masuk ke dalam pakatan pembangkang yang pastinya tidak boleh diterima oleh Pas dalam cerceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat dekat sini malam tadi. - klpos

Read more...

BUDAK BAWAH UMUR DIPERGUNA UNTUK JENTERA PAS

>> 21 April 2013



Adakah anda mahu anak-anak anda yang masih kecil dipergunakan demi kepentingan politik? Adakah ini mencerminkan kematangan fikiran kita dalam mendidik anak-anak kita?

Read more...

PEMUDA UMNO KENA UGUT



Read more...

KHALID GAGAP: SAYA MAHU UNDI, TAK MAHU JANJI



Read more...

CALON DAP DUN TERATAI TIDAK DAPAT MANDAT PENDUDUK

>> 20 April 2013


Pagi tadi Janice Lee menegaskan dalam blognya bahawa keputusannya untuk menjadi calon bebas adalah disebabkan oleh permintaan penduduk setempat yang mahukan Janice Lee kekal sebagai wakil rakyat di kerusi tersebut.

Petang ini pula ketika bercakap dengan pihak media, Janice Lee mengatakan tujuannya menjadi calon kerana calon DAP yang diberi mandat untuk bertanding di DUN Teratai hanyalah calon bidan terjun dan tidak mendapat sokongan dari akar umbi DAP Teratai. Janice Lee juga mengakui DAP mengamalkan kronisme yang menyebabkan dirinya ditendang dari menjadi calon.

Bantahan terhadap calon DAP oleh ahli DAP Teratai tidak didengari oleh pucuk pimpinan parti.

Dalam laman blog, Janice Lee menegaskan bahawa kemenangannnya nanti adalah untuk pucuk pimpinan Pakatan Rakyat Selangor. Tetapi pucuk pimpinan DAP menyatakan pandangan yang berbeza dengan bersedia memecat Janice Lee kerana ingkar kepada arahan parti.

Satu sumber mendedahkan Janice Lee ditolak dari menjadi calon DAP di DUN Teratai kerana Janice Lee penah dihadapkan ke lembaga disiplin parti atas kesalahan menyalahgunakan wang peruntukan sebanyak RM 30,000 semasa menjadi wakil rakyat. Malah Janice Lee mempunyai beberapa masalah bersama penduduk setempat yang tidak terbela kebajikan mereka sejak Janice Lee menjadi wakil rakyat.

Walau apa pun perkara ini amat menguntungkan Barisan Nasional kerana pecahan undi sudah tidak tertumpu kepada dua penjuru sahaja sebaliknya kepada beberapa penjuru pembangkang yang akan mengecilkan majoriti undi pembangkang.

Read more...

6 TEMPAT PANAS PKR LAWAN PAS


N34 PANTI (JOHOR)
M:87.33% C:8.44% I:4.21%
1. Datuk Baderi Dasuki (BN)
2. Azlisham Azahar (Pas)
3. Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR)


N2 KOTA PUTERA (TERENGGANU)
M:98.4% C:0.79% I:0.17% L:0.57%
1. Mohd Mahdi Musa (BN)
2. Adam Mat Said (Pas)
3. Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR)

N11 SEBERANG TAKIR (TERENGGANU)
M:99.06% C:0.23% I:0.17% L:%
1. Zakaria Dagang (Pas)
2. Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (BN)
3. Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR)

N25 BUKIT BESI (TERENGGANU)
M:99.3% C:0.36% I:0.17% L:0.06%
1. Roslan Ismail (Pas)
2. Roslee Daud (BN)
3. Mohd Shamsul Mat Amin (PKR)

N21 SUNGAI ACHEH (PULAU PINANG)
M:68.73% C:23.74% I:7.31% L:0.22%
1. Badrul Hisham Shaharin (PKR)
2. Datuk Mahmud Zakaria (BN)
3. Mohd Yusni Mat Piah (Pas)

P166 LABUAN
M:37% C:25.20% I:2.20% L:35.60% 
1. Rosman Isli (BN)
2. Tan Sri Ibrahim Menudin (PKR)
3. Hadnan Mohamad (Pas)

Read more...

GELOMBANG BIRU TAWAN PARLIMEN SEREMBAN SEMPENA HARI PENAMAAN CALON


*Klik untuk besarkan imej

Inilah barisan calon yang bertanding dalam Parlimen Seremban


Ini pula barisan penyokong yang menawan hari penamaan calon Parlimen Seremban






Sama-samalah kita mendoakan kemenangan calon Barisan Nasional yang bertanding di peringkat DUN dan Parlimen Seremban.

Read more...

AZALINA LAWAN DAYANGKU INTAN DI PENGERANG

>> 19 April 2013



Besar Johor Datuk Ghani Othman berentap dengan otai DAP Lim Kit Siang di Gelang Patah dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub lawan calon BN Nur Jazlan Mohamed di Pulai satu lagi kawasan yang tentu mencuri perhatian di Johor ialah Pengerang.

Kawasan yang terletak di nun paling hujung di Timor Johor bawah sikit pada Desaru itu bakal panas dengan kemunculan penyanyi Dayangku Intan sebagai calon PKR untuk mencabar calon BN Datuk Seri Azalina Othman Said.

Pengumuman mengenai pencalonan Dayangku Intan dibuat oleh Ketua Cabanr PKR kawasan itu Mat Daud Jumaat.

Beliau adalah penyanyi kedua selepas Aisyah yang jadi ayam tambatan PAS lawan Tan Sri Isa Samad di Jempol,Negeri Sembilan.

Apapun Dayangku Intan dijangka tidak sangat dapat mengugat kedudukan Azalina yang memenangi kerusi parlimen itu tanpa bertanding pada pilihanraya umum 2008.

Pengerang menjadi fokus kerana projek loji gas dan petroleum Petronas RAPID yang bernilai lebih RM 60 billion akan dibina di situ.

Dulunya kawasan berkenaan merupakan sleepy hollow di Johor dimana terdapat kawasan Felda.

Azalina yang merupakan bekas Ketua Puteri UMNO dan bekas Mentero Pelancongan serta Belia dan Sukan diketahui umum sudah bertapak kukuh di kawasan itu.

Beliau juga adalah Ketua UMNO Bahagian Pengerang.

Sebaliknya Dayangku Intan bukan sahaja 'orang luar' tetapi baru saja nak berjinak-jinak dengan kawasan itu.

Penyanyi era 80 an itu dikatakan baru saja menetap di sebuah chalet di Pengerang sejak 14 April lalu untuk mencari pengaruh. - Agenda Daily

Read more...

CALON DAP ENGGAN BERTANDING


ALOR SETAR 19 April - Dalam tempoh kurang 24 jam sebelum hari penamaan calon esok, masalah dalaman pakatan pembangkang membabitkan pembahagian kerusi semakin serius apabila calon DAP di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Darul Aman, Dr. Lim Sin Keat enggan bertanding.

Sin Keat membuat keputusan tersebut sebagai protes kepada keputusan DAP Pusat yang menggugurkan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang juga merupakan penyandang kerusi DUN Kota Darul Aman itu.

Beliau turut mendesak kepimpinan DAP Pusat untuk mempertimbangkan semula keputusan berkenaan supaya Guan Aik dapat bertanding semula di kerusi itu.

"Saya tidak akan menerima watikah pencalonan ini. Ini pendirian muktamad saya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sin Keat diumumkan sebagai calon DUN Kota Darulaman oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada satu mesyuarat yang diadakan Khamis lalu.

Nama Sin Keat sebelum ini disebut-sebut mewakili DAP bagi Parlimen Alor Setar jika parti itu berjaya menuntut kerusi berkenaan daripada PKR namun ditolak. - UTUSAN

Read more...

PAS REMBAU SUDAH ANGKAT BENDERA PUTIH


PAS Rembau sudah mengaku bahawa DUN Kota adalah kubu kuat UMNO yang  terlalu sukar ditembusi. DUN Kota juga menyaksikan beberapa kali calon PAS hilang pertaruhan dalam PRU yang lepas. Jadi PAS Rembau sudah awal-awal mengatakan DUN Kota bukanlah kawasan untuk PAS. Jika begitu, apa gunanya PAS bertanding jika sudah awal-awal mengaku kalah?

Read more...

BERJASA ADALAH PARTI YANG MENGUNTUNGKAN DAP


BERJASA mengumumkan akan bertanding di Parlimen Seremban. Keadaan ini menyaksikan Parlimen Seremban akan mempunyai pertembungan empat penjuru iaitu BN, DAP, Bebas (John Fernandes) dan BERJASA.

Sasaran untuk parti BERJASA adalah orang Melayu. Sentimen yang dimainkan tidak jauh bezanya dari PAS kerana parti ini lahir dari ahli-ahli dan penyokong PAS yang kecewa. Jadi BERJASA merupakan satu alternatif kepada penyokong PAS yang sudah meluat dengan parti sendiri.

Penyertaan BERJASA untuk bertanding perlu disambut baik kerana ia melambangkan kesuburan demokrasi di negara ini. Tetapi pernahkah kita terfikir akibatnya pula?

Seperti sedia maklum, 50% pengundi Parlimen Seremban adalah orang Melayu dan selebihnya adalah bukan Melayu. Seperti yang kita ketahui juga orang-orang Melayu meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada barisan kepimpinan Datuk Seri Najib. Sungguhpun mereka mengundi MCA, UMNO masih menjadi dominan dan perkara ini menjadikan orang Melayu sebagai pemimpin tertinggi Barisan Nasional.

Tetapi apabila dalam keadaan seperti di Parlimen Seremban ini diandaikan undi Melayu berpecah sebanyak 20%, perkara ini sudah cukup untuk menguntungkan parti lain iaitu DAP. Jadi di sini, siapakah sebenarnya yang rugi?

Maka kita perlu berfikir secara jelas matlamat kita mengundi sebenarnya menguntungkan siapa. Lihatlah sendiri apa yang dilakukan DAP sejak memegang Parlimen Seremban pada 2008. Pusat maksiat seperti rumah-rumah urut dan judi siber seperti cendawan tumbuh. Manakala pemimpin DAP pula sekadar lepas tangan dalam isu ini dan hanya tahu menuding jari kepada pihak berkuasa tanpa memberikan kerjasama. Inikah yang kita mahukan?

Jadi dalam situasi ini, kita perlu membuka fikiran dan tidak hanya berfikir dalam satu sudut sahaja.

Read more...

CALON JOHOL DITUKAR?

>> 18 April 2013


Calon Dun Johol digugurkan kerana sebab-sebab teknikal. Calon yang disebut MB beberapa hari lepas iaitu Ustaz Md Fadzil akan digantikan dengan Ustaz Nasir. Pengguguran ini disebabkan suara akar umbi yang telah diajukan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional Negeri Sembilan. Buat masa ini saya sedang menunggu pengesahan mengenai berita ini dari pihak atasan.

Read more...

NIK AZIZ: PAS SENGAJA TIDAK BINA MASJID



KOTA BHARU 18 April - Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini menuduh UMNO membina masjid kerana mahu menjadi kontraktor, hari ini memberikan alasan mengapa kerajaan Pas Kelantan tidak membina rumah ibadat umat Islam itu di negeri ini.

Beliau, yang sebelum ini tidak pernah memberikan penjelasan mengenai kegagalan membina rumah ibadat umat Islam itu, memberitahu kerajaan Pas Kelantan sengaja tidak membina masjid di negeri ini supaya dapat mengajar rakyat agar mendirikannya sendiri.

Nik Abdul Aziz turut mempersoalkan, mengapa rakyat boleh mencari duit untuk membeli pelbagai benda lain, namun dalam masa yang sama tidak dapat membina masjid sebaliknya hanya bergantung kepada kerajaan.

"Kita (rakyat) cari duit untuk beli beras, beli kuih, beli rumah dan kereta, tetapi masjid kita tidak buat kerana hanya bergantung kepada kerajaan, ini salah.

"Alhamdulillah sekarang rakyat buat sendiri masjid. Ini satu kejayaan yang kami (kerajaan Pas Kelantan) buat di negeri ini dengan mengubah minda rakyat supaya hidup di dunia ini buat persiapan akhirat, jangan hidup di dunia berhenti setakat dunia sahaja.

"Kerajaan negeri tidak bina masjid, tapi menolong, membantu sahaja. Alhamdulillah kita berjaya. Hari ini kita tengok masjid besar yang dibina berpuluh-puluh ribu, saya cuma beri dua, tiga sen sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pembinaan Masjid Al-Ihsan hasil sumbangan penduduk di Perumahan Taman Wangsa Maju di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai pemilihan calon Pas untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di negeri ini, Nik Abdul Aziz menjelaskan, semua calon yang terpilih terdiri daripada mereka yang benar-benar bertanggungjawab dengan Nabi Muhammad SAW. - Utusan

Read more...

DAP BERGOLAK: PENYANDANG KERUSI DAP BERTANDING CALON BEBAS


SEREMBAN: Empat bekas anggota parti DAP termasuk penyandang kerusi Parlimen Seremban John Fernandez pada Khamis mengumumkan untuk bertanding sebagai calon Bebas.

Fernandez berkata, beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Seremban, yang dimenangi beliau pada PRU lalu selepas menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Yu Chok Tow dengan majoriti 3,948 undi.

"Saya akan bertanding di kerusi Parlimen Seremban di mana saya telah berkhidmat sejak lima tahun lalu dan saya juga ingin mengumumkan bahawa saya telah keluar dari DAP berkuat kuasa Rabu," katanya pada sidang media di sini Khamis.

Katanya, tiga lagi bekas anggota DAP yang mengumumkan keluar parti itu baru-baru ini akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mereka adalah bekas Pengerusi DAP cawangan Taman Bukit Emas S. Vijayan yang akan bertanding di DUN Bukit Kepayang, bekas Naib Pengerusi DAP cawangan Nilai Perdana S. Rajasheger (Nilai) dan anggota DAP Rantau R. Sasikumar (Temiang).

Fernandez berkata, tindakan keluar parti dan bertanding sebagai calon Bebas itu diambil kerana merasakan DAP tidak lagi parti berbilang kaum dan meminggirkan kaum India apabila ramai pemimpin India dalam parti itu tidak dinamakan sebagai calon untuk PRU kali ini.

Katanya, ia juga bagi memberi tekanan terhadap DAP yang menguasai kerusi Parlimen Seremban dan beberapa DUN di bawahnya dan berharap pengundi dapat memilih pemimpin yang tepat.

Parlimen Seremban mempunyai enam DUN dan pada PRU lalu, DAP memenangi tiga daripadanya iaitu Nilai, Lobak dan Temiang sementara PKR dua (Sikamat dan Ampangan), manakala BN hanya menang di Lenggeng.

Turut bersama Fernandez dan rakan-rakannya untuk bertanding sebagai calon Bebas di negeri ini ialah dua lagi iaitu peguam S. Karthigesan yang akan bertanding di kerusi DUN Senawang dan ahli perniagaan S. Daniel di Port Dickson.

Kesemua mereka telah mengambil dan mengisi borang pencalonan pada Khamis. - BERNAMA

Read more...

PAS NS KANTOI KELENTONG


KUALA LUMPUR 18 April - Kerajaan Negeri Sembilan menafikan dakwaan PAS berhubung pembabitan kerajaan negeri dengan pencerobohan haram hutan simpan kekal di Muku.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tuduhan yang disifatkan sebagai tomahan itu tidak benar dan kawasan yang didakwa itu bukannya hutan simpan kekal Miku tetapi hutan simpan Johol.

“Julai tahun lalu, pihak berkuasa negeri meluluskan satu Projek Ladang Getah Timber Latex Clone bagi tujuan meningkatkan pendapatan masyarakat Orang Asli sekitar Kampung Charik dan Kampung Bari menerusi projek di kawasan Hutan Simpan Johol."

“Projek itu sejajar dengan keputusan Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-68 yang membenarkan sehingga lima peratus keluasan kawasan hutan pengeluaran dalam hutan simpan kekal dibangunkan dengan projek ladang hutan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru empat tingkat Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ladang Sungai Salak Seremban Jaya, semalam.

Kenyataan tersebut dikeluarkan beliau bagi menjawab tuduhan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Taufek Abd Ghani bersama beberapa ahli PAS yang membuat bantahan di kawasan yang didakwa mereka berlakunya pencerobohan haram.

Tambah beliau, kerajaan menjalankan pembangunan tersebut mengikut perlembagaan sah dengan mengeluarkan lesen pembalakan serta mendapatkan kelulusan dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Sembilan.

Katanya, JAKOA dengan bantuan RISDA akan bertindak sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap pembangunan tersebut.

“Projek ini membabitkan 410 hektar kawasan hutan daripada 155,000 hektar kawasan hutan simpan di Negeri Sembilan dan ia telahpun dipersetujui MTN. Malah, yang mengusahakannya adalah koperasi Orang Asli," ujarnya.

Jelas Mohamad, tujuan utama kerajaan negeri adalah untuk meningkatkan taraf ekonomi Orang Asli dengan merizabkan kawasan Orang Asli sebagai gazet kampung tradisional.

Kampung tersebut katanya lagi akan dimajukan dengan menjadikannya sebagai kawasan pertanian estet berkelompok dengan melakukan penanaman getah klon balak yang akan diuruskan oleh JAKOA.

“Cuma Pas tidak faham apa yang kita sedang buat sekarang," katanya lagi. - klpos

Read more...

TAUKE DAGING JADI CALON BN DI AMPANGAN

>> 17 April 2013


Pemilihan Haji Abu sebagai calon Ampangan benar-benar mengejutkan ramai pihak terutamanya pembangkang. Ini kerana Haji Abu bukanlah calon yang disangka pembangkang yang akan bertanding dikerusi Ampangan.

Pemilihan Haji Abu ini amat sesuai kerana Haji Abu sememangnya anak jati Ampangan. Malah sebelum ini rata-rata penduduk Seremban pernah berjumpa dengan Haji Abu kerana Haji Abu ini seorang penjual daging di Pasar Besar Seremban.

Haji Abu juga orang kuat surau. Haji Abu amat disenangi penduduk kerana banyak bergaul dengan penduduk setempat. Jika dilihat kepada latar belakangnya, inilah calon yang memenuhi kriteria winnable candidate.

Untuk makluman juga ini adalah kali pertama Haji Abu bertanding sebagai calon PRU. Sebelum ini Haji Abu hanya bergerak sebagai jentera parti di Ampangan.

Ini calon yang akan merampas kembali kerusi Ampangan dari pembangkang.

Read more...

CALON BN UNTUK KERUSI TANJUNG PIAI DIUMUM


Kerusi Tanjung Piai yang masih menjadi teka-teki telah terjawab apabila penyandang kerusi tersebut pada PRU 2008 iaitu Wee Jeck Seng sekali lagi diberi kepercayaan untuk bertanding di kerusi Tanjung Piai. Maka dengan lengkaplah sudah senarai calon Barisan Nasional yang akan bertanding pada PRU 13 nanti.

Read more...

SENARAI LENGKAP CALON BN UNTUK KAWASAN PARLIMEN SELURUH NEGARA


PERLIS

P001. Padang Besar: Datuk Zahidi Zainul Abidin (Umno)

P002. Kangar: Ir Shaharuddin Ismail (muka baharu) (Umno)

P003. Arau: Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Umno)

KEDAH

P004. Langkawi: Datuk Nawawi Ahmad (Umno)

P005. Jerlun: Datuk Othman Aziz (Umno)

P006. Kubang Pasu: Datuk Mohd Johari Baharom (Umno)

P007. Padang Terap: Datuk Seri Mahdzir Khalid (Umno)

P008. Pokok Sena: Datuk Shahlan Ismail Umno/muka baharu)

P009. Alor Setar: Datuk Seri Chor Chee Heung (MCA)

P010. Kuala Kedah: Dr Zaki Zamani Abdul Rashid (Umno/muka baharu)

P011. Pendang: Datuk Othman Abdul (Umno)

P012. Jerai: Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Umno/muka baharu)

P013. Sik: Dr Mansor Abdul Rahman (Umno/muka baharu)

P014. Merbok: Prof Dr Ismail Daud (Umno/muka baharu)

P015. Sungai Petani : Shamsul Anuar Ismail (Umno/muka baharu)

P016. Baling: Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Umno)

P017. Padang Serai: Datuk Heng Seai Kie (MCA/muka baharu)

P018. Kulim/Bandar Baharu : Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Umno)

KELANTAN

P019. Tumpat: Mansor Salleh (Umno)

P020. Pengkalan Chepa : Datuk Dali Husin (Umno)

P021. Kota Baharu: Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh (Umno)

P022. Pasir Mas: Che Johan Che Pa (Umno/ muka baharu)

P023. Rantau Panjang : Ghazali Ismail (Umno/muka baharu)

P024. Kubang Kerian: Anuar Safian (Umno)

P025. Bachok: Datuk Dr Awang Adek Hussin (Umno)

P026. Ketereh: Tan Sri Annuar Musa (Umno)

P027. Tanah Merah: Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (Umno)

P028. Pasir Puteh: Tuan Mustaffa Tuan Mat (Umno/muka baharu)

P029. Machang: Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Umno)

P030. Jeli: Datuk Seri Mustapa Mohamed (Umno)

P031. Kuala Krai: Tuan Aziz Tuan Hamat@Tuan Mat (Umno)

P032. Gua Musang: Tengku Razaleigh Hamzah (Umno)

TERENGGANU

P033. Besut: Datuk Seri Idris Jusoh (Umno)

P034. Setiu: Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Umno/muka baharu)

P035. Kuala Nerus: Datuk Mohamed Nasir Ibrahim Fikri (Umno)

P036. Kuala Terengganu : Mohd Zubir Embong (Umno/muka baharu)

P037. Marang: Datuk Yahya Khatib (Umno)

P038. Hulu Terengganu : Datuk Jailani Johari (Umno/muka baharu)

P039. Dungun: Datuk Dr Rosli Mat Hassan (Umno)

P040. Kemaman: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Umno)

PULAU PINANG

P041. Kepala Batas : Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Umno/muka baharu)

P042. Tasek Gelugor : Shabudin Yahaya (Umno)

P043. Bagan: Chua Teik Siang (MCA)

P044. Permatang Pauh: Dr Mazlan Ismail (Umno/muka baharu)

P045. Bukit Mertajam : Gui Guat Lye (MCA)

P046. Batu Kawan: N. Gobalakrishnan (Gerakan/muka baharu)

P047. Nibong Tebal: Datuk Zainal Abidin Osman (Umno)

P048. Bukit Bendera : Teh Leong Meng (Gerakan/muka baharu)

P049. Tanjong: Ng Song Kheng (Gerakan/muka baharu)

P050. Jelutong: Ng Fook On (Gerakan)

P051. Bukit Gelugor : Teh Beng Yeam (MCA)

P052. Bayan Baru: Tang Heap Seng (MCA)

P053. Balik Pulau: Datuk Seri Hilmi Yahaya (Umno)

PERAK

P054. Gerik: Datuk Hasbullah Osman (Umno)

P055. Lenggong: Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Umno)

P056. Larut: Datuk Hamzah Zainudin (Umno)

P057. Parit Buntar: Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin (Umno/muka baharu)

P058. Bagan Serai: Dr Noor Azmi Ghazali (Umno/muka baharu)

P059. Bukit Gantang : Datuk Ismail Safian (Umno)

P060. Taiping: Datuk Tan Lian Hoe (Gerakan)

P061. Padang Rengas : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Umno)

P062. Sungai Siput: Datuk S.K Devamany (MIC)

P063. Tambun: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Umno)

P064. Ipoh Timur: Kathleen Wong Mei Yin (MCA/muka baharu)

P065. Ipoh Barat: Dr Cheng Wei Yee (MCA/muka baharu)

P066. Batu Gajah: Loo Thin Tuck (MCA/muka baharu)

P067. Kuala Kangsar : Datuk Wan Mohammad Khair-Il Anuar Wan Ahmad (Umno)

P068. Beruas: Datuk Chang Ko Youn (Gerakan)

P069. Parit: Datuk Mohd Zaim Abu Hassan (Umno)

P070. Kampar: Datuk Lee Chee Leong (MCA)

P071. Gopeng: Datuk Tan Chin Meng (MCA)

P072. Tapah: Datuk M. Saravanan (MIC)

P073. Pasir Salak: Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Umno)

P074. Lumut: Datuk Seri Kong Cho Ha (MCA)

P075. Bagan Datoh: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Umno)

P076. Teluk Intan: Datuk Mah Siew Keong (Gerakan)

P077. Tanjung Malim : Datuk Seri Ong Ka Chuan (MCA)

PAHANG

P078.Cameron Highlands : Datuk Seri G. Palanivel (MIC)

P079. Lipis: Datuk Mohd Shahrum Osman (Umno)

P080. Raub: Datuk Hoh Khai Mun (MCA/tukar kerusi)

P081. Jerantut: Ahmad Nazlan Idris (Umno/muka baharu)

P082. Indera Mahkota : Datuk Wan Adnan Wan Mamat (Umno/tukar kerusi)

PO83. Kuantan: Datuk Mohamad Suffian Awang (Umno/muka baharu)

P084. Paya Besar: Datuk Abdul Manan Ismail (Umno)

P085. Pekan: Datuk Seri Najib Tun Razak (Umno)

P086. Maran: Ismail Mutalib (Umno)

P087. Kuala Krau: Datuk Ismail Mohd Said (Umno)

P088. Temerloh: Datuk Saifuddin Abdullah (Umno)

P089. Bentong: Datuk Seri Liow Tiong Lai (MCA)

P090. Bera: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Umno)

P091. Rompin: Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis (Umno)

SELANGOR 

P092. Sabak Bernam: Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Umno/muka baharu)

P093. Sungai Besar: Datuk Noriah Kasnon (Umno)

P094. Hulu Selangor : P. Kamalanathan (MIC)

P095. Tanjong Karang : Datuk Seri Noh Omar (Umno)

P096. Kuala Selangor : Datuk Irmohizam Ibrahim (Umno/muka baharu)

P097. Selayang: Datuk Ir Donald Lim Siang Chai (MCA)

P098. Gombak: Datuk Dr Rahman Ismail (Umno)

P099. Ampang: Dr Rozaidah Talib

P100. Pandan: Garry Lim Chin Yee (MCA)

P101. Hulu Langat: Adzhaliza Mohd Nor (Umno/muka baharu)

P102. Serdang: Datuk Yap Pian Hon (MCA)

P103. Puchong: A. Kohilan Pillay (Gerakan/muka baharu

P104. Kelana Jaya: Loh Seng Kok (MCA)

P105. Petaling Jaya Selatan : Seah Kok Fah (MCA)

P106. Petaling Jaya Utara: Chew Hoong Ling (MCA)

P107. Subang: A. Prakash Rao (MIC/muka baharu)

P108. Shah Alam: Zulkifli Noordin (rakan BN)

P109. Kapar: Saktivel Alagappan (MIC)

P110. Klang: Datuk Teh Kim Poo (MCA)

P111. Kota Raja: Datuk Murugesan Sinnandavar (MIC)

P112. Kuala Langat: Sharuddin Omar (Umno/muka baharu)

P113. Sepang: Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed (Umno)

KUALA LUMPUR

P114. Kepong: Datuk Chandrakumanan Arumugam (PPP)

P115. Batu: Dr Dominic Lau Hoe Chai (Gerakan)

P116. Wangsa Maju: Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah (Umno)

P117. Segambut: Jayanthi Devi Balaguru (Gerakan)

P118. Setiawangsa: Datuk Ahmad Fauzi Zahari (Umno)

P119. Titiwangsa: Datuk Johari Abdul Ghani (Umno)

P120. Bukit Bintang : Frankie Gan Joon Zin (MCA)

P121. Lembah Pantai : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Umno)

P122. Seputeh: Nicole Wong Siaw Ting (MCA)

P123. Cheras: Teoh Chee Hooi (MCA)

P124. Bandar Tun Razak: Tan Kok Eng (MCA)

PUTRAJAYA

P125. Putrajaya: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Umno)

NEGERI SEMBILAN

P126. Jelebu: Zainuddin Ismail (Umno)

P127. Jempol: Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (Umno)

P128. Seremban: Datuk Dr Yeow Chai Thiam (MCA)

P129. Kuala Pilah: Datuk Hasan Malek (Umno)

P130. Rasah: Teo Eng Kian (MCA)

P131. Rembau: Khairy Jamaluddin (Umno)

P132. Telok Kemang: Datuk V.S Mogan (MIC)

P133. Tampin: Datuk Seri Shaziman Abu Mansor (Umno)

MELAKA

P134. Masjid Tanah: Mas Ermieyati Samsudin (Umno/muka baharu)

P135. Alor Gajah: Datuk Koh Nai Kwong (MCA)

P136. Tangga Batu: Datuk Prof Madya Dr Abu Bakar Mohamad Diah (Umno/muka baharu)

P137. Bukit Katil; Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Umno)

P138. Kota Melaka: Dr Yee Kok Wah (MCA/muka baharu)

P139. Jasin: Datuk Ahmad Hamzah (Umno)

JOHOR

P140. Segamat: Datuk Seri Dr S. Subramaniam (MIC)

P141. Sekijang: Anuar Abd Manap (Umno/muka baharu)

P142. Labis: Datuk Chua Tee Yong (MCA)

P143. Pagoh: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)

P144. Ledang: Hamim Samuri (Umno)

P145. Bakri: Lee Ching Yong (MCA)

P146. Muar: Datuk Razali Ibrahim (Umno)

P147. Parit Sulong : Datuk Noraini Ahmad (Umno)

P148. Ayer Hitam: Datuk Wee Ka Siong (MCA)

P149. Seri Gading: Datuk Ab. Aziz Kaprawi (Umno)

P150. Batu Pahat: Dr Mohd Puad Zarkashi (Umno)

P151. Simpang Renggam : Liang Teck Meng (Gerakan)

P152. Kluang: Hou Kok Chung (MCA)

P153. Sembrong: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Umno)

P154. Mersing: Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (Umno)

P155. Tenggara: Datuk Halimah Mohamed Sadique (Umno)

P156. Kota Tinggi Datuk Nor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (Umno/muka baharu)

P157. Pengerang: Datuk Seri Azalina Othman (Umno)

P158. Tebrau: Khoo Soo Seang (MCA/muka baharu)

P159. Pasir Gudang : Normala Abdul Samad (Umno/muka baharu)

P160. Johor Bahru: Tan Sri Sharil@Shahrir Ab Samad (Umno)

P161. Pulai: Datuk Nur Jazlan Mohamed (Umno)

P162. Gelang Patah : Datuk Abdul Ghani Othman (Umno)

P163. Kulai: Teh Chin Hein (MCA/muka baharu)

P164. Pontian: Datuk Ahmad Maslan (Umno)

P165. Tanjong Piai : Belum diumumkan

LABUAN

P166. Labuan: Rozman Isli (Umno)

SABAH

P167. Kudat: Datuk Abdul Rahim Bakri (Umno)

P168. Kota Marudu: Datuk Seri Maximus Ongkili (PBS)

P169. Kota Belud: Datuk Abd Rahman Dahlan (Umno)

P170. Tuaran: Datuk Wilfred Madius Tangau (Upko)

P171. Sepanggar: Datuk Jumat Idris (Umno/muka baharu)

P172. Kota Kinabalu : Chin Tek Ming (PBS/muka baharu)

P173. Putatan: Datuk Marcus Mojigoh (Upko)

P174. Penampang: Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Upko)

P175. Papar: Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (Umno)

P176. Kimanis: Datuk Anifah Aman (Umno)

P177. Beaufort: Datuk Azizah Mohd Dun (Umno/bertukar kerusi)

P178. Sipitang: Datuk Sapawi Ahmad (Umno)

P179. Ranau: Datuk Ewon Ebin (Upko)

P180. Keningau: Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (PBS)

P181. Tenom: Belum diumumkan

P182. Pensiangan: Belum diumumkan

P183. Beluran: Datuk Ronald Kiandee (Umno)

P184. Libaran: Datuk Juslee Ajirol (Umno)

P185. Batu Sapi: Datin Linda Tsen Thau Lin (PBS)

P186. Sandakan: Belum diumumkan

P187. Kinabatangan : Datuk Bung Moktar Radin (Umno)

P188. Silam: Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (Umno/bertukar kerusi)

P189. Semporna: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Umno)

P190. Tawau: Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS/muka baharu)

P191. Kalabakan: Datuk Abdul Ghapur Salleh (Umno)

SARAWAK

P192. Mas Gading: Anthony Nogeh Gumbek (SPDP/muka baharu)

P193. Santubong: Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB)

P194. Petra Jaya: Datuk Fadillah Yusof (PBB)

P195. Bandar Kuching : Tan Kai (SUPP/muka baharu)

P196. Stampin: Datuk Yong Khoon Seng (SUPP)

P197. Kota Samarahan : Rabiah Wang (PBB/muka baharu)

P198. Mambong: Datuk Seri Dr James Dawos Mamit (PBB)

199. Serian: Datuk Richard Riot (SUPP)

P200. Batang Sadong: Nancy Shukri (PBB)

P201. Batang Lupar: Datuk Rohani Abdul Karim (PBB)

P202. Sri Aman: Masir Kujat (PRS)

P203. Lubok Antu: William @ Nyallau Badak (PRS)

P204. Betong: Datuk Seri Douglas Uggah Embas (PBB)

P205. Saratok: Tan Sri William Mawan (SPDP)

P206. Tanjong Manis: Datuk Norah Abdul Rahman (PBB)

P207. Igan: Datuk Abdul Wahab Dolah (PBB)

P208. Sarikei: Ding Kuong Hiing (SUPP)

P209. Julau: Datuk Joseph Salang Gandum (PRS)

P210. Kanowit: Datuk Ago Dagang (PRS)

P211. Lanang: Datuk Tiong Thai King (SUPP)

P212. Sibu: Vincent Lau Lee Ming (SUPP/muka baharu)

P213. Mukah: Datuk Seri Dr Muhammad Leo Michael Toyad (PBB)

P214. Selangau: Datuk Joseph Entulu Belaun (PRS)

P215. Kapit: Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB)

P216. Hulu Rajang: Wilson Ugak Kumbong (PRS/muka baharu)

P217. Bintulu: Datuk Seri Tiong King Sing (SPDP)

P218. Sibuti: Ahmad Lai Bujang (PBB)

P219. Miri: Datuk Sebastian Ting (SUPP/muka baharu)

P220. Baram: Anyi Ngau (SPDP/muka baharu)

P221. Limbang: Hasbi Habibollah (PBB)

P222. Lawas: Datuk Henry Sum Agong (PBB)

Read more...

ISA SAMAD AKAN KEJAR AISHAH SAMPAI LUBANG CACING

>> 16 April 2013



VS


Akhirnya terjawab siapakah calon yang akan menentang Aishah di Parlimen Jempol semasa pengumuman senarai nama calon BN Negeri Sembilan siang tadi. Tan Sri Isa Samad akan bertarung untuk kali kedua mempertahankan Parlimen Jempol dari calon mi segera PAS iaitu Aishah.

Pemilihan Tan Sri Isa Samad amat tepat kerana beliau seorang yang benar-benar memenuhi kriteria yang ditetapkan PM iaitu winnable candidate. Malah sebelum ini Tan Sri Isa pernah membuktikan bahawa dirinya benar-benar jaguh politik Negeri Sembilan dengan membenamkan calon PAS Zulkifli Omar semasa PRK Bagan Pinang dengan majoriti 5,435 undi.

Sebaliknya Aishah pula hanya sekadar memenuhi kriteria kambing hitam untuk diletakkan di kerusi panas yang sememangnya terlalu sukar untuk dimenangi pembangkang. Pastinya kali ini Aishah akan benar-benar faham dengan selok-belok politik iaitu "naik cepat turun pun cepat".

Read more...




  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP