CITA-CITA PAS: KEBODOHAN VERSI BARU!

>> 06 January 2012


PAS berjaya membuktikan satu lagi kebodohan mereka dalam usaha menggadaikan agama kepada sahabat baik mereka iaitu DAP dan PKR. Ini berdasarkan kepada kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengatakan PAS pasti akan mendapat 1 kerusi di Sabah dan 1 kerusi di Sarawak. Hanya satu kerusi sahaja?! Jika begitu, kerusi yang lain akan diberikan kepada siapa?!

Relevankah dengan hanya satu kerusi PAS akan berjaya memakmurkan Islam di negeri tersebut? Sekarang ini pun sudah jelas bahawa PAS menguasai paling banyak kerusi parlimen untuk Pakatan Rakyat tetapi suara politik PAS yang paling kerdil sekali di bawah DAP dan PKR. Jika tidak masakan usul negara Islam ditolak mentah-mentah oleh parti kafir harbi DAP?

Mungkin ada ahli PAS yang mengatakan bahawa rakan seangkatan PAS iaitu DAP dan PKR akan sama-sama berusaha untuk memakmurkan Islam. Di sinilah terletaknya kebodohan melampau orang-orang PAS. Logikkah kemakmuran Islam itu diletakkan ditangan parti kafir harbi DAP dan parti munafik yang menjual ayat Allah di gereja iaitu PKR?! Atau secara metaforanya percayakah anda untuk menyimpan seekor lembu anda sekandang dengan sekumpulan harimau?

Tidak cukup dengan itu, sekiranya PAS hanya menyasarkan 1 kerusi sahaja di Sabah dan Sarawak, PAS tidak perlu membazir dengan meletakkan mana-mana calon di kawasan lain kerana yang lain pasti kalah. Dengan itu termaktublah dalam hikayat PAS diperbodoh-bodohkan oleh DAP dan PKR kerana terlalu menyayangi rakan dalam Pakatan Rakyat. Masih perlukah anda menyokong PAS?


2 comments:

Anonymous,  January 6, 2012 at 8:36 AM  

Org sabah/sarawak masih ingat sangat ttg kata-kata hj hadi awang semasa berkempen PRK mengatakan "org di sarawak masih bercawat, sbb tu BN menang".....sbb tu berani sasar satu kerusi jer...kl banyak, alamatnya calon2 pas balik bercawat laa..(hilang wang pertaruhan)..heheh..

Suman,  January 6, 2012 at 9:21 AM  

Macam budak kecik lah...
Ambik gula-gula ni, pegi main jauh-jauh ha ha ha .....

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP