PENIPUAN PEMBANGKANG BAHAWA FELDA MUFLIS SATU PENIPUAN

>> 14 January 2012


TAIPING 14 Jan. - Felda memperuntukkan RM3 juta untuk pembinaan Kompleks Mini Stadium serta menaik taraf pekan Ijok, Selama dekat sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkannya pada Majlis Bersama Rakyat Parlimen Larut di Felda Ijok, dekat sini hari ini berkata, Felda berkemampuan untuk membiayai projek-projek berkenaan.

Daripada peruntukan itu, sebanyak RM1 juta disalurkan untuk pembinaan Kompleks Mini Stadium dan RM2 juta lagi untuk menaik taraf pekan Ijok.

"Saya nak beritahu... (ini) bukan duit Jabatan Perdana Menteri, ini duit Felda yang akan kita belanja.

“Saya (juga) nak buktikan bahawa Felda tak bankrap. Orang bankrap tak boleh lulus RM1 juta dan projek kedua, menaik taraf pekan Ijok RM2 juta," katanya.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM3.5 juta untuk pembinaan jambatan Sungai Seputeh di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selama manakala peruntukan RM1.25 juta pula untuk pembinaan Kompleks Serbaguna 'Arena Square' di DUN Batu Kurau. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP