RUSUHAN UPSI: TAKTIK ANWAR UNTUK HILANGKAN FOKUS PIHAK POLIS

>> 03 January 2012


Pihak PDRM harus sedar bahawa tujuan rusuhan UPSI diadakan supaya pihak polis hilang fokus terhadap rusuhan 901. Kedua-dua rusuhan ini didalangi Anwar dengan tujuan untuk menghuru-harakan negara demi mencari jalan pintas untuk menguasai tampuk pemerintahan.

Di waktu ini, PDRM seolah-olah hilang tumpuan kerana fokus dengan kekecohan yang berlaku di UPSI tempoh hari. Tetapi pada masa yang sama, kuncu-kuncu Anwar sedang giat melaksanakan persiapan rapi untuk rusuhan 901.

Semasa rusuhan BERSIH tempoh hari, PDRM berjaya mengawal keadaan dengan baik kerana PDRM melakukan persediaan awal untuk membendung rusuhan tersebut. Hasilnya, rusuhan BERSIH gagal dan PDRM mendapat kredit kerana kecekapan mereka.

Tetapi buat masa ini, fokus PDRM tergugat kerana rusuhan UPSI tempoh hari. Jadi perlu diingatkan bahawa para penjilat Anwar akan sanggup melakukan apa sahaja demi rusuhan 901 kerana inilah sahaja peluang Anwar untuk selamat dari Penjara Sungai Buloh.

Pihak PDRM perlu lebih bersedia dari rusuhan BERSIH tahun lalu kerana hanya kepada PDRM sahajalah rakyat dapat bergantung untuk melindungi mereka dari golongan kaki kacau ini.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP