BANTUAN UNTUK NELAYAN. YAHOO...

>> 18 January 2012


KUANTAN 18 Jan. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melancarkan program bantuan untuk nelayan ”Ihsan Samudera” pada Sabtu ini, di Kampung Tanjung Lumpur dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Lumpur, Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata, program itu memberi manfaat bukan saja kepada nelayan di seluruh negara tetapi juga keluarga mereka.

"Para nelayan akan menerima bantuan berupa enjin bot, pukat, bubu, jaket keselamatan dan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) manakala anak-anak mereka pula akan menerima bantuan pakaian sekolah, bakul makanan dan basikal,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Wan Adnan berkata dianggar 5,000 nelayan hadir pada majlis itu. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP