BANTAH PERHIMPUNAN HARAM

>> 25 December 2013

Read more...

PERUNTUKAN SUDAH MASUK, MARI KITA BERDEMO


Pada dua minggu lepas di Jogjakarta, Indonesia diadakan satu demo mahasiswa (mahasewel?!) di Jalan Marlioboro di hadapan pejabat Wali Kota. Demo tersebut dianjurkan oleh sejumlah mahasiswa dalam lingkungan 100 orang untuk membantah korupsi (rasuah) dalam pentadbiran kerajaan Indonesia. Mereka berarak dengan memegang sepanduk mengutuk kerajaan, berpakaian serba biru dan terjerit-jerit menggunakan pembesar suara.

Kebetulan saya yang sememangnya berada di situ sempat menemuramah beberapa pendemo. Skripnya sama sahaja seperti kumpulan pendemo mahasiswa di Malaysia iaitu "...kami mewakili rakyat...", "....kami mahukah hak kami....", "...pemimpin yang mengamalkan korupsi....", bla bla bla...Membosankan kepada sesiapa yang mendengar.

Kemudiannya saya sempat bertegur sapa dengan bapak-bapak polisi yang menjadi pak pacak semasa demo dijalankan. Kesemua bapak-bapak polisi mengatakan bahawa mahasiswa tersebut sememangnya hanya mahu membuat kecoh (jawapan yang sama dengan bapak-bapak polisi Malaysia) dan mereka ini dibiayai oleh parti pembangkang untuk menjalankan demo seperti ini. Tetapi ada satu jawapan yang diberikan oleh seorang polis yang amat menarik perhatian iaitu kumpulan pendemo tersebut telah mendapat suntikan kewangan dari luar negara untuk berdemo pada bulan lepas. "Luar negara" itu masih menjadi persoalan (NED?!). Tambahan pula pada bulan lepas juga Anwar Ibrahim terbang ke Indonesia menaiki pesawat AirAsia. Adakah ini bersangkutan atau satu kebetulan sahaja? Mungkin kebetulan sahaja kerana sememangnya Anwar kerap ke Indonesia atas urusan yang tidak diketahui (berjumpa dengan rakan sekongkol di Jakarta? Heh..).

Dimaklumkan bahawa kumpulan-kumpulan pendemo di Malaysia akan berdemo pada 31 Disember nanti dengan bertemakan Perhimpunan Rakyat. Skripnya sama sahaja dan membosankan. Tetapi yang menjadi persoalan, dari manakah peruntukan diambil untuk menanggung perbelanjaan demo tersebut? Agak menghairankan kerana demo seperti itu pastinya menelan perbelanjaan yang tinggi. Tambahahan pula aktivis-aktivis (beruk yang menggelarkan diri aktivis?) yang mempelopori demo tersebut kebanyakannya adalah penganggur berjaya (full-time politician? Heh..).

Seandainya benar maka KDN harus mencari jalan untuk menyekat gerakan-gerakan mereka ini yang dilihat semakin hari semakin melampau. KDN perlu bertindak lebih agresif bagi memastikan mereka ini tidak lagi boleh baling batu sembunyi tangan.

Baca juga sini untuk mengetahui kisah campur tangan asing.

Read more...

PERMOHONAN BRIM 2014 DIBUKA PADA HARI INI

>> 23 December 2013

 
KUALA LUMPUR: Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 dibuka mulai hari ini sehingga 31 Januari depan.

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan sebelum ini memaklumkan, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

"Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN diwww.hasil.gov.my.

Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai hari ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri ,Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.

Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650. - antarapos

Read more...

PAS PARTI TIDAK BOLEH DITEGUR

>> 17 December 2013

 
Marah orang PAS kepada Ustaz Kazim Elias bukan bermula dua minggu lalu apabila beliau ditawarkan menduduki kerusi Majlis Tertinggi UMNO. Pemimpin dan penyokong PAS sudah berbuku hati dengan beliau sudah lama. Puncanya, Ustaz Kazim suka bercakap benar. Ketika masih menjadi ahli PAS, beliau sering dan berani mengeluarkan pandangan mengenai pelbagai isu agama, termasuk menyentuh politik semasa dalam ceramahnya.

Banyak kali pandangannya bercanggah dengan pendapat pemimpin PAS. Bagi orang PAS pandangan yang menyakiti telinga dan hati tidak boleh diterima, walaupun benar. Jika teguran Ustaz Kazim terkena kepada pemimpin PAS melentinglah mereka. Jika teguran terkena kepada orang lain, diam dan senang hatilah mereka. Maknanya, bagi orang PAS, kebenaran adalah sesuatu yang subjektif, bukan mutlak.

Ustaz Kazim tegas menolak tahaluf siyasi PAS dengan DAP dan PKR kerana dibuat atas dasar dendam kesumat kepada Muslimin lain. Katanya, PAS tidak konsisten dengan perjuangan sendiri dan gagal mempertahan konsep Negara Islam apabila bersekongkol dengan parti dipimpin orang yang terang-terang menolak Islam, anti-Melayu serta menyokong pluralisme dan homoseksualiti. Manakala PAS hanya bercakap, kerajaan pimpinan UMNO sudah lama melaksanakan dasar Islam dalam kehidupan umat meliputi sistem kehakiman, perundangan, pendidikan, kewangan, pentadbiran dan ekonomi. “Busuk-busuk orang UMNO, mereka jaga Islam dan boleh laksana dasar Islam. Tapi busuk-busuk orang PAS, mereka rela bersekongkol dengan puak anti-Islam, penentang sekolah agama dan pendukung liberalisme semata-mata nak ke Putrajaya,” katanya dalam satu ceramah pada 2012.

PAS sanggup jual agama


Pandangan begini tentulah tidak popular dalam kalangan orang PAS. Pemikiran popular dalam PAS ialah menjatuhkan kerajaan UMNO-BN (Barisan Nasional) dengan apa cara sekali pun. Yang utama ialah mendapat kuasa, nilai dan ajaran agama boleh diketepikan dulu. Justeru, PAS sanggup menjual agama dan berkompromi dasar perjuangan sendiri.

“Bila PAS tukar negara Islam kepada negara berkebajikan, ahli sendiri jadi keliru. Kalimah Allah juga tidak dipertahan. Bila ada pemimpin PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) kata kalimah Allah boleh diguna orang bukan Islam selagi mereka tidak salah guna, bagaimanakah cara dia nak kawal? PAS lebih rela menjaga hati DAP dan PKR daripada menjaga hati umat Islam dan martabat agama.” Padahal, dalam kalangan pemimpin DAP dan PKR, ramai yang rasis, pembohong, pemfitnah dan pengamal pluralisme agama.
Ustaz Kazim juga mengkritik sikap hipokrit PAS. “Dalam soal hudud, orang PAS cepat hukum Kerajaan Pusat sekular dan kafir kerana belum laksanakannya. Padahal negeri yang diperintah PAS puluhan tahun pun tak laksana juga. Belum laksana hudud bukan bermakna tolak Islam. Samalah apabila seseorang belum pergi haji tidak bermakna dia tolak haji, justeru, boleh dilabel kafir.”

PAS tak patut musuhi kerajaan


PAS sepatutnya berperanan melengkapkan pelaksanaan dasar dan perundangan Islam dalam negara ini, bukan memusuhi kerajaan yang diterajui pemimpin Melayu-Islam atau membuang dasar dan prasarana yang terbina selama ini. “Ibarat karpet atau sejadah di rumah kita. Jika setompok saja terkena air kencing anak kecil, kita perlu basuh di tompok itu saja. Tidak perlulah kita basuh semua tempat atau buang kar-pet itu. Kita ikutlah cara Ahli Sunnah Wal Jamaah, bukan cara Syiah atau Khawarij.”

Malah, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga tidak terkecuali daripada tegurannya. Ustaz Kazim menganggap Nik Aziz menghina Nabi Muhammad kerana berpandangan Baginda hanya mendapat rahmat Allah apabila dilantik menjadi Nabi pada umur 40 tahun. Menurut Nik Aziz, sebelum itu, Nabi Muhammad ‘sama seperti mamat-mamat lain’ malah ibu Baginda, Aminah, tidak tahu beliau mengandungkan seorang nabi. “Orang yang berkata begini fahaman apa ni? Tidakkah dia tahu mamat-mamat lain di Makkah ketika itu masih jahiliah, minum arak dan sembah berhala? Nabi Muhammad macam itukah?” Menurut Ustaz Kazim, banyak hadis sahih menegaskan kerasulan Nabi Muhammad. Dalam satu ceramahnya, pendakwah popular Ustaz Azhar Idrus berkata Nik Aziz sudah ‘terbatal akidahnya’ kerana merendahkan martabat Rasulullah.

Menurut Ustaz Kazim, agama menjadi bercelaru apabila pemimpin politik mengambil alih peranan Majlis Fatwa dan mengeluarkan fatwa sesuka hati. Sikap Nik Aziz yang celupar dan tidak berhati-hati mendorong ramai pengikut seacuan, tidak terkecuali beberapa artis yang baru masuk PAS dan terus menjadi ustaz dan ustazah. “Baru dua hari pakai tudung dah jadi ustazah. Mana boleh beri ceramah agama kepada orang tanpa ilmu, tanpa belajar?”

Oleh kerana ketegasan dan atas nama kebenaran dalam memberi pandangan, Ustaz Kazim sering difitnah dan dipanggil pelbagai nama buruk seperti Ustaz Khinzir.
Kepada mereka, beliau memberi amaran. “Ada orang beritahu anak saya yang belajar di Darjah 6 bahawa bapanya adalah anjing. Mereka pakai serban dan jubah tapi mulut tak jaga. Islam tak ajar kita fitnah atau maki orang. Ini perbuatan fasik dan haram. Ingatlah, seburuk-buruk fasik ialah memberi gelaran buruk dan hina kepada orang lain.” - Berita Harian

Read more...

ANWAR EDISI KANTOI

>> 12 December 2013



Read more...

TRANSFORMASI PM MENUJU KEGAGALAN?

>> 10 December 2013


Sejak Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak memegang jawatan Perdana Menteri sudah letih kita mendengar perkataan transformasi. Transformasi apa yang dimaksudkan masih tidak jelas.

Saya pernah bertanya kepada seorang orang kanan di JPM. Apakah yang dimaksudkan dengan transformasi? Apakah hala tuju yang sedang kita kejar? Jawapan yang diberikan agak mengecewakan apabila beliau mengatakan transformasi PM menuju ke arah "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Sedangkan pada hakikatnya slogan itu adalah satu konsep sahaja dan bukannya satu sasaran untuk mencapai matlamat transformasi.

Bolehkah transformasi dilakukan dengan hanya berkokok perkataan transformasi? Lihat sahaja pada pemilihan UMNO yang lepas. Di peringkat cawangan dan bahagian sememangnya nampak impak yang besar apabila berlaku banyak perubahan di jawatan-jawatan penting. Tetapi pada di peringkat pusat pula Kerismudin masih kekal dan calon popular blog Tun Faisal kalah. Adakah ini yang bermaksud transformasi?

Bolehkah PM memastikan bahawa barisan kabinet yang dipilih hari ini boleh memberikan BN satu impak untuk memastikan kemenangan 2/3 pada PRU akan datang? Dapat dilihat beberapa menteri yang dilantik adalah menteri yang gagal sama sekali menguruskan kementeriannya dengan baik pada barisan kabinet yang lepas. Tidak perlu disebut nama tetapi ramai yang tahu. Hakikatnya, mengapa PM sanggup meletakkan kepercayaan kepada mereka ini untuk menguruskan negara? Adakah ini yang dinamakan transformasi?

Apa yang ingin dikatakan di sini, maksud transformasi yang dibawa PM masih tidak jelas kerana kita tiada sasaran atau matlamat untuk mencapai sesuatu. Untuk meletakkan KPI sebagai satu piawaian untuk memperbaiki keadaan sedia ada hanya satu pembaziran jika PM masih gagal memberikan satu matlamat untuk dicapai.

Jadi PM dan barisan punahsihat-punahsihat wajib memikirkan satu matlamat untuk dicapai untuk mengembalikan kembali keyakinan rakyat untuk Barisan Nasional pada pemilihan akan datang. Seandainya PM masih terus lena, di masa akan datang pastinya PM sendiri yang akan tergolek di dalam arus transformasi.

Read more...

IBDILILLAH HARUS SEDAR DENGAN KATA-KATANYA

>> 06 December 2013


Ketua Biro Media Baru saudara Ibdilillah harus sedar betapa kenyataannya boleh mengguris sebahagian besar blogger-blogger pro kenyataan. Andai dikatakan blogger pro kerajaan tidak menyumbang kepada UMNO, kenyataan itu amat meleset sama sekali kerana untuk pengetahuan saudara Ibdilillah sebahagian besar isu yang dimainkan di media massa untuk menyerang pembangkang bermula dari blog-blog pro kerajaan. Isu ini termasuklah isu video Anwar dan Mustapa Ali.

Tambahan pula saudara Ibdilillah harus sedar bahawa masih ramai lagi blogger yang tidak makan gaji dengan UMNO. Kebanyakan mereka menyumbang tanpa bayaran satu sen pun. Malah segala bil dan peralatan untuk blogging terpaksa menggunakan duit poket sendiri. Kerana apa? Kerana cintakan parti.

Jadi nasihat dari seorang blogger hina ini, silalah menjaga ucapan kerana diwaktu ini saudara Ibdilillah sudah bergelar pemimpin. Segala kelakuan dan percakapan saudara menjadi perhatian rakyat.

Read more...

USTAZ KAZIM TOLAK JAWATAN MKT UMNO

>> 04 December 2013

 
SUNGAI PETANI: Pendakwah terkenal Ustaz Mohammad Kazim Elias menolak pelantikan sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO kerana mahu menjadi pendakwah yang boleh bergerak bebas dalam usahanya memartabatkan perpaduan umat Islam negara ini.

Ketika mengumumkan keputusan itu di depan 2,000 orang yang menghadiri ceramahnya di Taman Ria di sini malam tadi, pendakwah itu berkata beliau juga mahu menumpu pada sekolah yang ditubuhkannya, Pusat Pendidikan Al-Barakah di Jalan Maxwell, Ipoh.

"Saya tidak mahu dilabel oleh orang ramai mendapat bantuan UMNO dengan menerima jawatan MT," kata Mohammad Kazim yang menemui Datuk Seri Najib Razak Isnin lalu selepas perdana menteri dan presiden UMNO mengumumkan pelantikannya itu baru-baru ini.

Mohammad Kazim berterima kasih atas tawaran perdana menteri itu namun tetap dengan keputusannya untuk tidak menerimanya.

"Saya dah bercakap dengan perdana menteri. Saya ini milik rakyat Malaysia dan bukan milik parti politik. Pengikut kuliah saya lebih suka saya bebas walaupun menyokong agenda perdana menteri yang berusaha memartabatkan Islam," katanya dalam ceramah itu.

Mohammad Kazim berkata dalam pertemuan selama sejam dengan Najib di bangunan Parlimen, perdana menteri memaklumkan tawaran untuk melantiknya sebagai anggota MT UMNO dibuat selepas mendapatkan pandangan empat Mufti.

"Perdana menteri memberitahu pelantikan saya adalah untuk memberi nasihat kepada ahli-ahli UMNO dan memperkasakan agenda umat Islam dari peringkat sekolah rendah hingga menengah.
"Saya nampak perdana menteri sangat terbuka dalam hal agama dan meminta saya merangka satu sistem pendidikan terbaik bagi membentuk generasi muda menjadi orang yang lebih baik," kata Mohammad Kazim, yang merupakan antara sembilan orang yang dilantik ke jawatan itu pada 29 November lalu.

Beliau bagaimanapun tetap kecewa dengan tuduhan orang ramai dalam laman sosial dan blog yang melabelnya dengan pelbagai gelaran seperti syaitan bisu, anak babi, gila glamer dan mahukan duit melalui jawatan dalam MT.

"Saya belum lagi beri jawapan mereka dah maki hamun. Macam mana orang PAS yang dikatakan memperjuangkan Islam boleh kata macam tu? Sepuluh tahun saya berkecil hati dengan mereka kerana membuat tohmahan buruk terhadap saya.

"Masa Kedah diperintah PAS saya digam walaupun bukan ahli UMNO. Poster gambar saya dilukis dengan bertanduk seolah-olah syaitan. Kemuncaknya mereka kata saya anak babi menyebabkan saya ambil keputusan meninggalkan PAS," katanya. - BERNAMA 
 

Read more...

PENDEDAHAN USTAZ KAZIM DIHINA PEMIMPIN PAS

>> 03 December 2013



Read more...

AZMIN MAHU KENAIKAN GAJI DITANGGUHKAN

>> 29 November 2013



Read more...

TAKLIMAT RINGKAS TENGKU ADNAN SEMPENA PEHIMPUNAN AGUNG UMNO

>> 28 November 2013


Perhimpunan Agung UMNO bermula 1 Disember dengan Persidangan Kelab Luar Negara UMNO.

2 Disember - 3 Disember Forum Antarabangsa 2013.

3 Disember- 
2pm. Majlis Taklimat Presiden (tertutup).
8.30pm. Perasmian Serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

4 Disember - Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

5 - 7 Disember - Perhimpunan Agung UMNO 2013.

Jumlah perwakilan:
Perhimpunan Agung UMNO - 2,759 orang.
Wanita - 989 orang
Pemuda - 989 orang.
Puteri - 989 orang.
Keseluruhan: 5,726 orang.

Seramai 101 delegasi mewakili 32 parti dari 24 buah negara di peringkat antarabangsa mengesahkan kehadiran.

Perwakilan Kelab UMNO Luar Negara seramai 80 orang dari 73 Kelab Luar Negara dan 7 Badan Perhubungan Negara.

Sebanyak 118 agensi media termasuk blogger dan portal berita online menghantar 1,724 wartawan. Ini termasuk 16 agensi berita asing.


Read more...

TAK SAMPAI 3 PENGGAL SUDAH BERGOLAK?

>> 19 November 2013


BUTTERWORTH: PAS Pulau Pinang hari ini mengancam akan melepaskan semua jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang peminpin parti tertentu dalam kerajaan terus campur tangan dalam hal ehwal Islam negeri. Perkara itu dinyatakan Timbalan Pesuruhjayanya, Muhammad Fauzi Yusof, hari ini. Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati dalam kalangan kepemimpinan PAS negeri dan akar umbi. Muhammad Fauzi berkata, pihaknya bersama akar umbi tidak mahu PAS dilihat sebagai boneka kerana tidak mempunyai suara dalam pentadbiran. "Malah campur tangan Exco dalam hal berkaitan agama dilihat menafikan kuasa Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Salleh Man yang dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang(MAINPP)," katanya. - Berita Harian

Read more...

PAS KENA SEKEH DAP LAGI

>> 15 November 2013


Karpal cadang parti gugur nama Islam, terima semua kaum

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, pernah berkata antara sebab partinya berkawan dengan DAP adalah untuk mentarbiyahkan pemimpin dan ahli parti rasis dan cauvinis itu. PAS berharap pemimpin DAP akan lebih memahami agama Islam dan akhirnya menerima dasar perjuangannya.

Selepas lebih 30 tahun berkenalan dan mengadakan pakatan politik, nampaknya Nik Aziz gagal. Selepas mengenali Islam dan PAS, pemimpin DAP menjadi lebih keras dan kurang berkompromi. 

Terbaru, Karpal Singh mencadangkan PAS gugurkan nama Islam dan membuka keahliannya kepada semua kaum. Jika tidak, PAS elok batalkan pendaftarannya atau dibubarkan saja. Beliau menganggap PAS parti yang bahaya, justeru perlu bersikap praktikal jika mahu melihat negara ini bersatu padu. 

Nik Aziz membisu

Kenyataan ini bagaikan PAS kena sekeh lagi, kata orang Kelantan. Ia dibuat beberapa hari selepas Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah yang menyaksikan PAS mengalami kemerosotan undi majoriti yang serius. 

Nik Aziz yang menyambut hari jadi Karpal pada Jun lalu, tidak memberi komen terhadap saranan Pengerusi DAP itu walaupun dia terkenal sebagai orang yang lazimnya memberi jawapan sarkastik terhadap kenyataan atau sesiapa yang tidak disukainya.

Antara pemimpin PAS yang memberi maklum balas ialah Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib dan Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. 

Walaupun Tuan Ibrahim menganggap kenyataan Karpal sebagai tidak patut, tidak bijak, dibuat sesuka hati dan merugikan pakatan pembangkang, hakikatnya pemimpin DAP itu konsisten sejak dulu. 

Karpal pernah berkata: “You cannot have Islamic law or hudud in a secular state. We go by the Constitution. I keep repeating this. What the Constitution provides, PAS must respect.” 

Tambahnya: “PAS should search its conscience before levelling such charges that are devoid of basis or logic. The DAP cannot compromise its stand. The DAP does not believe in running with the hares and hunting with the hounds.”

Jelas, DAP tidak boleh menerima dasar Islam PAS dan perjuangannya untuk menegakkan undang-undang dan hukum Islam dalam pentadbiran. Buktinya, DAP membantah peraturan melarang penjualan arak di kedai 24 jam, penutupan premis hiburan sepanjang Ramadan serta membuka panggung yang mengasingkan lelaki dan perempuan. Jika dalam perkara kecil seperti ini pun PAS tidak mampu berdepan dengan DAP, apatah lagi dalam perkara besar seperti hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

Apabila Brunei mengumumkan pelaksanaan hukum syariah baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob merasa teruja lalu disebut lagi mengenai hasrat PAS memperkenalkan hukum hudud di negeri itu. Padahal, ini sudah cerita basi dan tidak boleh menjadi modal politik PAS lagi. PAS sudah sebut hal ini lebih 30 tahun – sekali jadi, sekali tak jadi; sekali boleh, sekali tak boleh. 

Alasan PAS hukum hudud tidak dapat dilaksanakan di Kelantan kononnya kerana amaran Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. Tapi Dr Mahathir sudah bersara lebih 11 tahun, adakah PAS masih terkesan dengan amaran itu? PAS takut Allah SWT atau Dr Mahathir?

Masih jaja isu hudud

Sebenarnya, PAS tidak ada hujah lagi. Sultan Kelantan sudah memberi perkenan baginda dan tempoh pemerintahan PAS di Kelantan berterusan selama 23 tahun (28 tahun pada 2018). 

Lagipun, PAS berkuasa majoriti dalam DUN dan prasarana juga cukup. Dalam manifesto dan ceramah pilihan raya, pemimpin PAS masih menjaja isu ini. 

Menjelang PRU-13, PAS Kelantan mengumumkan penubuhan jawatankuasa teknikal (entah untuk kali ke berapa) bagi mengkaji pelaksanaan hukum hudud yang dipengerusikan Datuk Nik Amar Nik Abdullah, kini Timbalan Menteri Besar.

Namun, jawatankuasa ini tidak pernah dilaporkan bermesyuarat. PAS juga menambat hati pengundi Melayu-Islam Kedah dengan menjanjikan pelaksanaan hukum hudud jika menang dalam PRU-13. 

Apabila PAS menang, Menteri Besar (Allahyarham) Tan Sri Azizan Abdul Razak memberi alasan pentadbirannya akan melaksanakan hukum hudud di Kedah selepas Kelantan.

Sebenarnya bukan pasal Dr Mahathir, perkenan Sultan atau sekatan Perlembagaan. Hakikatnya ialah PAS takutkan DAP. Karpal pernah memberi amaran untuk langkah mayatnya jika PAS mahu melaksanakan hudud. 

Karpal kini berusia 73 tahun. PAS mungkin mahu tunggu Karpal benar-benar mati untuk merealisasi matlamat parti. Tapi percayalah, andainya Karpal meninggal dunia, masih ada ‘karpal’ lain dalam DAP yang akan tetap membantah hasrat PAS. Maknanya, selagi PAS bersama DAP dalam pakatan politik, selama itulah ia terpaksa menggigit jari. - Berita Harian

Read more...

SURENDRAN BUAT HAL LAGI

>> 14 November 2013


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran berkemungkinan berdepan dengan hukuman digantung dewan selama enam bulan apabila Jabatan Perdana Menteri (JPM) bercadang untuk mengusulkan penggantungan beliau dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. 

Penggantungan ini diusulkan ekoran Naib Presiden PKR itu membuat kenyataan dalam sidang media di lobi Parlimen pada 12 Oktober yang dianggap menghina Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sekali gus mencemar nama baik Dewan Rakyat. 

Kenyataan yang menuduh Speaker Dewan memberikatan fakta yang tidak benar dan juga menyifatkan speaker sebagai 'Speaker yang bias'.

"Kenyataan itu merupakan satu tuduhan ke atas Tuan Yang di-Pertua Dewan Raktat kerana menolak usul Yang Berhormat berkenaan di bawah Peraturan Mesyuarat 19(1) pada 12 November 2013.

"Tuduhan itu menyatakan Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat antara lain memberikan fakta yang 'complete and utter lies' (fakta yang tidak benar) dan Yang Berhormat Padang Serai juga membuat tuduhan bahawa Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat adalah 'Speaker yang bias'," menurut usul Dewan Rakyat itu. 

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee berkata usul tersebut akan dibahaskan pada hari ini dan undian akan dibuat di kalangan ahli Parlimen untuk membuat keputusan mengenai usul itu.

Notis yang mencadangkan usul untuk menggantung Surendran telah diedarkan kepada ahli Parlimen pada Rabu.

Usul dibuat apabila Surendran cuba untuk mengemukakan satu usul tergempar bagi membahaskan dakwaan perobohan kuil Sri Muneswarar Kaliyaman pada Selasa.

Selepas beliau enggan berundur apabila usul itu ditolak, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengusir Surendran dari tempat duduknya.

"Maka inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat N. Surendran, Ahli Parlimen Kawasan Padang Serai hendaklah digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat selama enam bilan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan," dipetik usul Dewan Rakyat. 

Walau bagaimanapun, selepas selesai bersidang semalam, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR menolak usul tersebut untuk dibincangkan hari ini sebaliknya dibawa pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat. - antarapos

Read more...

ADUN PKR TINGGALKAN PARTI

>> 09 November 2013


KOTA KINABALU 8 Nov. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah semakin bercelaru dan tak ubah seperti retak menanti belah.

Terbaru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Datuk Jelani Hamdan hari ini mengisytiharkan peletakan jawatan Naib Pengerusi 1, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) parti itu, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau dalam sidang akhbar khas memaklumkan bahawa alasan utamanya membuat keputusan itu ialah kerana mendakwa perjuangan parti itu yang kononnya memperjuangkan hak autonomi dan suara rakyat Sabah hanya sekadar sandiwara semata-mata.

Dakwanya, segala resolusi Buku Jingga untuk Sabah dan Deklarasi Kuching yang antara lain kononnya untuk mendengar denyut nadi orang Sabah hanya tinggal sekadar retorik sahaja, segalanya tidak dimartabatkan pada kedudukan yang sewajarnya.

"Pada 7 Julai 2010, saya memohon menyertai PKR kerana tertarik dengan Buku Jingga dan Deklarasi Kuching iaitu suatu dasar yang fleksibel untuk rakyat negeri ini serta dianggap lebih mesra tuntutan rakyat Sabah, sekali gus saya merasakan sebagai pejuang boleh menyumbang sesuatu untuk parti ini.

"Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, segalanya bermula, suara Kadazandusun Murut (KDM) yang merupakan majoriti di Sabah dan PKR bukan sahaja tidak diendahkan, malah kepentingan kami turut disisihkan oleh pimpinan negeri dan Pusat," katanya.

Pada 27 September lalu, ADUN Luyang daripada DAP, Hiew King Cheu mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas sebelum diikuti Jeremmy Malajad (Kadamaian) pada Isnin lalu.

Tambah Jelani, kemelut PKR bermula dengan pelantikan Lajim sebagai Ketua Pembangkang dan Pengerusi MPN yang tidak dibuat secara mesyuarat dan pengundian terbuka, sekali gus menafikan suara KDM memenangi empat DUN dan satu Parlimen yang merupakan majoriti dalam PKR.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi saya dan meminta supaya memberi laluan kepada Lajim atas faktor 'kanan' dalam parti dan saya menyanggah kerana Lajim hanya menjadi ahli parti selepas dua hari PRU-13, maka alasan itu langsung tidak boleh diterima.

"Bagi pemilihan MPN, saya juga meminta Anwar melantik dalam kalangan KDM untuk sekurang-kurangnya sebagai timbalan, tetapi tetap tidak dilantik.

Sementara itu, ditanya tentang kedudukannya sebagai ahli PKR, Jelani membuat kejutan dengan mendedahkan bahawa sehingga kini permohonan untuk menjadi ahli parti tersebut masih belum diluluskan sejak 2010.

"Jadi tidak timbul isunya saya keluar PKR kerana saya memang bukan ahli PKR, sehingga kini masih tidak menerima pengesahan sebagai ahli parti oleh Pusat," katanya. - utusan

Read more...

BEKAS AHLI DAP CABAR ZAIRIL

>> 07 November 2013


KAJANG 7 Nov - DAP merupakan sebuah parti yang tidak mengamalkan parti pelbagai kaum.

Menurut bekas Pengerusi DAP cawangan Sg. Pelek, Tan Tuan Tat, DAP adalah sebuah parti kaum Cina.

"Bagi saya DAP itu parti Cina. Saya cabar Zairil ( ahli CEC DAP) buat ujian DNA. Saya rasa dia bukan Melayu," katanya kepada pemberita dalam sidang media ketika diminta mengulas mengenai cadangan Pengerusi DAP Karpal Singh yang mahukan parti berasas kaum dan agama dibubarkan.

Dalam masa sama Tuan Tat berkata Karpal tiada hak untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Dia (Karpal) tiada hak. Apakah parti dia (DAP) 'multi-racial'? ujar beliau.

Sebelum ini, Karpal mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama. - rakyatnews

Read more...

MENANG TAPI MASIH SALAHKAN SPR

>> 06 November 2013


YAN 5 Nov - PAS menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diatas kekurangan nilai perbezaan majoriti diantara calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS Mohd Azam Abdul Samad pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan SPR menetapkan tarikh pengundian pada hari bekerja merupakan faktor mengapa undi kepada PAS berkurangan ekoran ramai pengundi yang layak tidak dapat hadir kerana bekerja pada hari mengundi.

"Sepatutnya SPR mesti mencari ruang untuk menggalakkan kesedaran untuk rakyat menunaikan tanggungjawab mengundi.

"Sebab itu saya berharap supaya SPR tidak lagi mengadakan pilihan raya pada hari bekerja kerana menafikan sebahagian daripada mereka yang tidak berpeluang untuk balik kerana jauh (dari tempat mengundi," katanya kepada pemberita di Sekolah Menengah Agama Yan, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pengurangan majoriti undi PAS pada PRK Sungai Limau kepada 1,084 undi berbanding 2,774 undi pada PRU13.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kekal milik PAS selepas penyandangnya Allahyarhan Tan Sri Azizan meninggal dunia.

Keputusan PRK tersebut menyaksikan Dr Sohaimi tewas kepada Mohd Azam dengan kiraan undi 10,895 berbanding 12,068 dari PAS.

Sehingga penutup tempoh mengundi pada jam lima petang di kesemua 19 Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Limau, sejumlah 23,249 pengundi menjalankan tanggungjawabnya di kotak undi. - rakyatnews

Read more...

LAYAKKAH PAS MENDABIK DADA DENGAN KEMENANGAN DI SUNGAI LIMAU?

>> 05 November 2013


Tahniah kepada calon PAS yang berjaya memenangi PRK Sungai Limau. Walaupun agak sengit, kem Barisan Nasional "berputih mata kerana kekalahan" bak kata orang-orang PKR. Dalam pada itu, kekalahan BN bolehlah dikatakan agak bergaya dari segi falsafah tetapi dari segi politik, yang kalah tetap kalah. Sudah resam adat bertanding.

PAS gagal menambah majoriti. PRU 13 menyakikan Tan Sri Azizan Razak menang dengan majoriti lebih 2,700 tetapi pada kali ini majoriti yang dimenangi PAS hanya 1,084. Mengikut perkiraan, PAS hanya menang dengan kelebihan kurang dari 5% dari jumlah keseluruhan yang keluar mengundi. Ini satu jumlah yang terlalu kecil dari angka perkiraan politik.

Dalam pada itu cerita dari kem PAS amat berbeza. Sudah ada yang mendakwa bahawa merekalah yang memperjuangkan kemenangan PAS di Sungai Limau tersebut. Lebih kelakar orang yang mendakwa itu amat sukar untuk dilihat berkempen di Sungai Limau sebaliknya lebih senang dilihat di sempadan Thailand semasa waktu kempen tersebut berlangsung.

Apa yang pasti, tujuan sebilangan pemimpin-pemimpin PAS mempromosi diri ini tidak lebih dari sekadar mendapat populariti untuk muktamar PAS yang akan datang nanti. Dari sini sudah dapat diukur keikhlasan pemimpin-pemimpin PAS untuk berkempen. Jika tidak, masakan timbul isu dari kem PAS yang tidak menjemput beberapa pemimpin PAS untuk sama berkempen di Sungai Limau. Bukankah cerita ini menunjukkan terdapat unsur peperangan dalaman PAS?

Dalam pada itu jika dikaji, kubu kuat PAS tidaklah gah seperti yang disangka. Momentum PAS sudah semakin hilang sengat dengan penurunan majoriti yang amat besar. Menang benar PAS boleh bergembira untuk meraikan kemenangan tersebut, tetapi untuk mendabik dada tidak layak sama sekali.

Terdapat satu pepatah Inggeris yang berbunyi victory will last a lifetime, but excellence will last forever. Jadi di masa akan datang, tidak mustahil Sungai Limau akan jatuh ke tangan BN kerana dari satu sudut penilaian kualiti yang diterjemahkan BN dalam menghadapi pembangkang lebih baik. InsyaAllah di masa akan datang BN boleh menang dengan bergaya di Sungai Limau. Perlu diingat perjalanan politik bukan hanya dalam tempoh satu atau dua penggal. Perjalanan politik terlalu panjang cuma kita sahaja yang perlu sentiasa peka dimanakah kedudukan kita semasa itu.

Jadi kepada BN, jangan lagi jadikan kubu kuat PAS sebagai satu alasan kegagalan kita. Tiada yang mustahil dalam politik. Ingat, tiada kemenangan datang bergolek. Setiap kemenangan memerlukan usaha yang gigih. Dan kemenangan yang menggunakan usaha yang gigih akan digelar sebagai kegemilangan, bukan sekadar kemenangan.

* diolah dari kata-kata seorang veteran politik tanah air

Read more...

SIAPA SANGGUP BELA NASIB PENIAGA DI SELANGOR?

>> 01 November 2013

Read more...

BLOGGER SEKS TUDUH UMNO DALANG PENDAKWAAN TERHADAP MEREKA




Baling batu sembunyi tangan...Kena tangkap tuduh UMNO punya kerja. Memang senang menuduh orang lain tapi ada bukti? Kalau tiada maka bersiap sedia untuk dapat satu kes saman fitnah.

Read more...

GST: BERSEDIAKAH KITA?

>> 31 October 2013


Kerajaan kini dalam usaha mengkaji aspek-aspek dan faktor-faktor yang diperlukan untuk melaksanakan GST. Dimaklumkan dalam kerajaan akan melaksanakan GST pada bulan April tahun hadapan. Dalam kajian ini semua pihak berkaitan institusi kewangan negara dipanggil untuk memberikan pandangan dan kriteria untuk memastikan kejayaan perlaksanaan GST.

Dalam keadaan ini, kita tertanya-tanya bersediakah rakyat dengan GST?

Maksud persediaan ini mempunyai banyak maksud tersirat. Andainya tidak bersedia, apakah perancangan kerajaan untuk memastikan rakyat bersedia?

Di masa ini rakyat masih terkial-kial untuk memahami apakah itu GST. Dalam keadaan itu juga, sudah ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memutarbelit dan mengelirukan rakyat untuk agenda peribadi mereka.

Dalam satu artikel yang ditulis oleh seorang pemimpin pembangkang (peguam yang mengaku pakar ekonomi), Malaysia perlu mencontohi negara Venezuela kerana kerajaan Venezuela tidak melaksanakan GST sebaliknya menyediakan air murah pada harga RM 0.50 sebulan, harga petrol dan gas yang murah dan hidangan sekali sehari untuk rakyat.

Hakikat sebenarnya Venezuela menyediakan kemudahan asas yang murah kerana kadar pengangguran di Venezuela merupakan antara yang tertinggi di dunia (11.3%) dan penduduk yang berada di bawah paras kemiskinan juga agak tinggi. Jadi sememangnya wajar kerajaan Venezuela menyediakan kemudahan asas seperti air RM 0.50 kerana dalam satu laporan kewangan yang ditulis pada tahun 2003, lebih 30% rakyat Venezuela tidak mampu membayar perkhidmatan pemasangan paip asas yang disediakan kerajaan di rumah-rumah kediaman. Kerana itu kerajaan Venezuela terpaksa memberikan pemasangan paip asas percuma dan kadar tarif  air rendah untuk mengelakkan rakyat Venezuela terputus bekalan air bersih.

Untuk mengelakkan rakyat keliru seperti cerita di atas ini amat perlu sekali kerajaan memberikan penerangan yang berkesan kepada rakyat. Penerangan tersebut perlulah mudah difahami kerana bukan kesemua rakyat Malaysia ini mempunyai pendidikan berasaskan ekonomi untuk memahami idea-idea dan hujah-hujah ekonomi yang cuba disampaikan.

Ada khabar mengatakan kadar GST yang akan dilaksanakan adalah sebanyak 4%. Ada pula yang mengatakan bahawa julat cukai antara 4% ke 6%. Ini adalah satu kadar yang perlu dikaji kembali kerana seandainya kerajaan meletakkan kadar yang tinggi sebagai permulaan, di masa akan datang kadar ini akan terus meningkat dan akhirnya dalam masa kurang dari 30 tahun kadar ini akan menjadi terlalu tinggi. Tambahan pula GST dilihat agak sukar untuk diturunkan seandainya dinaikkan kerana ianya mempunyai kesan kepada GDP negara. Mungkin kadar yang sesuai sebagai permulaan adalah 1% seperti yang dilakukan di Pakistan. Dalam pada itu kerajaan juga perlu mengkaji kembali pelepasan cukai sebanyak RM 2000 tersebut untuk mengimbangi kadar GST yang rendah.

Secara peribadi, saya amat menyokong perlaksanaan GST kerana sudah terbukti di negara-negara Eropah yang telah melaksanakan GST sejak tahun 1980 an, ianya terbukti mampu menaikkan GDP negara sebanyak 2% setahun. Malah GST sudah dilaksanakan di hampir 160 negara, jadi Malaysia bila lagi?

Read more...

PRK SUNGAI LIMAU: PETUGAS PAS GANGGU JENTERA WANITA

>> 29 October 2013

Read more...

FATWA SESAT TERBARU ABBY ABADI

>> 27 October 2013

 
YAN: Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam, dakwa penyanyi dan pelakon, Abby Abadi.

Abby Abadi yang kini menyertai pembangkang menerusi ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau malam tadi dengan lantang menyalahkan Umno kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanahair.

"Dulu saya berlakon tak berfikir sangat tentang dosa dan pahala. Tak apa bila suami orang buat suami kita, suami kita pula orang lain boleh buat macam suami sendiri.

"Dalam dunia hiburan, kita dipisahkan oleh Islam. Kita hanya berurusan tentang duit. Ini berlaku dalam dunia hiburan di Malaysia dan kita boleh tengok sendiri. Di Malaysia kita dididik oleh Umno dan BN (Barisan Nasional) bahawa maksiat nampak macam benda biasa," katanya ketika berceramah di Kampung Dulang Kecil di sini, semalam.

Abby yang kini menjadi ahli PAS seumur hidup tampil membantu kempen calon parti itu, Mohd Azam Abdul Samat yang berhadapan saingan satu lawan satu menentang wakil BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada PRK DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November depan.

Selain itu Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menyeru pengundi DUN Sungai Limau supaya tidak memberi undi kepada calon BN kerana menurutnya adalah berdosa jika memilih parti kerajaan yang ditunjangi Umno.

"Dulu saya tak pernah mengundi, kali ini (PRU-13) baru saya mengundi PAS. Jadi dulu saya tak mengundi Umno maka tidaklah berdosa sangat.

"Kalau kita salah pilih kerajaan...berdosa. Kalau dia (kerajaan) buat pelik-pelik turut berdosa sebab kita sokong dia," katanya. - antarapos

ps: Abby Abadi dah sign kontrak dengan tuhan untuk menentukan dosa pahala orang lain?

Read more...

SEKITAR PRK SUNGAI LIMAU

>> 24 October 2013


Sungai Limau terletak di antara dua bandar besar di Kedah, iaitu Sungai Petani dan Alor Setar. Jika berkereta dari Sungai Petani selepas pekan Gurun dan Guar Cempedak, ada simpang dengan papan tanda Sadaka, belok ke kiri, anda telah berada di kawasan pilihanraya kecil N20 DUN Sungai Limau.

Namun dari simpang itu hendak pergi ke Sungai Limau memerlukan lagi 10 kilometer, dengan hanya jalan dua hala, di kiri kanan jalan, terbentang luas tanah bendang, aktiviti ekonomi utama penduduk Sungai Limau.

Ketika bekas ADUN Tan Sri Azizan Abdul Razak bertanding kali pertama di dalam Pilihanraya Umum tahun 1995, DUN Sungai Limau dikenali dengan nama DUN Sala.

Allahyarham merupakan anak tempatan yang dihormati kerana latar belakang akademiknya, beliau merupakan pensyarah kanan di UKM sebelum meletak jawatan untuk bertanding sebagai calon PAS.

Ironinya, kini calon dengan latar yang sama diperkenalkan oleh BN, bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Jerai, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, pensyarah kanan di Universiti Pendidikan Sultan Idris bakal menggalas cabaran BN dalam PRK ini.

Sohaimi merupakan anak tempatan dan disegani kerana latar belakang akademiknya.

Berdasarkan data yang diperolehi dari sumber BN, pada PRU13 lalu, dari 27,222 pengundi terdapat 93 peratus pengundi Melayu atau 25,333 orang.

Kiranya ini pertempuran di gelanggang orang Melayu, pengundi India hanya empat orang, pengundi Cina hanya ada 1,838 atau 6.7 peratus. 40 peratus dari pengundi Cina adalah golongan muda yang terang terang tolak BN dalam PRU lalu. "BN tidak perlu menjadikan undi Cina sebagai foktor penting atau faktor kemenangan di Sungai Limau, lupakan sahaja dan tumpu undi Melayu habis-habisan,"kata blogger malayrights.blogspot.com, Wan Azri Wan Deris.

Menurutnya, UMNO hanya membazirkan 'sumber' jika berterusan memujuk pengundi Cina yang rata-rata tinggal di bandar besar seperti di Alor Setar, Sungai Petani mahupun Pulau Pinang.

"Jangan ambik kira undi kaum Cina, kalau ada...nasib, jangan taruh harapan..."ujarnya.

Daripada 25,333 pengundi Melayu itu, 30.27 peratus adalah ahli UMNO, PAS (32.58) dan selebihnya, pengundi atas pagar.

Ketika PRU13, PAS menang 13 daripada 19 pusat daerah mengundi. PAS menang di Matang Buloh, Sungai Dedap, Gelam Tiga, Bukit Choras, Bukit Besar, Simpang Tiga Luar, Sungai Limau, Kabu Sepuloh, Sedaka, Ulu Sedaka, Padang Lumat, Batu Enam Belas dan Kampung Titi Batu.

Dari 13 PDM yang PAS menang, dua kubu mereka adalah Bukit Choras dan Bukit Besar. Di Bukit Charas misalnya PAS dapat 458 undi banding BN 81 manakala di Bukit Besar PAS dapat 459 banding 115 BN.

Dalam PRU13 ada dua calon bebas 'kacau daun', Sobri Ahmad dan Abdullah Hashim, mereka tidak dapat sebarang undi di situ.

BN menang di enam peti undi, di Simpang Tiga, Selengkoh, Sungai Daun, Dulang Besar dan kubu BN di Sungai Limau adalah di Dulang Kechil serta Sungai Kering di mana BN menang dengan 406-196 dan 248-70.

Pemilihan Dr Ahmad Sohaimi memberikan beberapa kelebihan kepada BN, selain latar belakang akademiknya, keluarga beliau, juga kedudukannya dalam struktur organisasi parti peringkat bahagian sejak tahun 90-an lagi.

"Dia bekas Naib Ketua Pemuda masa saya jadi Ketua Bahagian Jerai, orang bagus, sesuai untuk tawan hati pengundi Sungai Limau,"kata Pengerusi Tetap UMNO Tan Sri Badaruddin Aminuddin kepada Agendadaily.

Dari cakap-cakap, dengan bawa turun Dr Sohaimi, dari 2,774 majoriti yang dimenangi PAS masa PRU13, UMNO dan 'secure' lebih 700 undi.

"Kita kena kerja siang malam untuk cari 2,000 lagi undi dari mereka yang beri pada PAS masa PRU lalu,"ujar sumber 'bilik perang' BN.

Persoalannya, mana hendak cari 2000 lagi undi... untuk kategori DUN majoriti 2000 undi itu kira besar untuk nak 'kalih' balik dalam masa dua minggu.

Namun BN difahamkan ada strategi sendiri. Strategi di luar kotak...

Ketua Puteri UMNO Mas Ermieyanti Samsuddin memberitahu tumpuan utama sayap Puteri adalah untuk menjejaki 11,000 pengundi muda.

"11,000 pengundi muda ada 5,600 pengundi wanita muda, ini yang kita cari, kita akan kejar untuk jumpa mereka cara bersemuka atau yang tinggal di luar kawasan, kita akan hubungi melalui panggilan telefon,"ujarnya kepada Agendadaily.

Mas Ermieyanti (gambar) merupakan Ketua Puteri UMNO yang menang dalam pemilihan baru-baru ini, beliau berazam mahu memastikan kejayaan BN di Sungai Limau.

"Dulu saya pernah terlibat dengan PRK sebanyak lapan kali, pengalaman dari siri-siri PRK tersebut saya akan jadikan panduan untuk menawan hati pengundi muda kepada BN 4 November ini,"katanya.

Puteri UMNO sendiri menurunkan 500 jenteranya, dari jumlah itu, 350 merupakan jentera tempatan manakala 150 jentera luar.

Kedudukan Mas Ermieyanti sebagai Ahli parlimen Masjid Tanah menyebabkan beliau terpaksa berulang alik sepanjang tempoh kempen di Sungai Limau.

"Timbalan saya, Zahida Zarik Khan, akan sepenuh masa di Sungai Limau untuk membantu melancarkan jentera Puteri UMNO,"ujarnya dalam satu pertemuan di Bilik Gerakan Utama Puteri UMNO di Taman Mahsuri Sungai Limau Dalam.

Sementara itu, ramai yang berpendapat PAS akan melakukan apa saja untuk menang di kawasan yang tradisinya merupakan kubu mereka.

Jika PAS gagal di Sungai Limau, selepas kehilangan Kedah dalam PRU13 lalu, kepimpinan PAS negeri dan pusat, dijangka akan berdepan dengan tekanan dan kritikan ahli sendiri terutamanya menjelang Muktamar Agung parti tersebut November ini.

"Sungai Limau merupakan kayu ukur pencapaian PAS Kedah pasca Azizan, jika mereka gagal untuk menang, maka kedudukan Datuk Mahfuz Omar ssebagai Naib Presiden PAS pasti akan terjajas," kata pemimpin PAS Kedah yang tidak mahu namanya disiarkan.

Mahfuz dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah seminggu selepas PRU13 ketika Azizan sedang koma dan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.

Menurut beliau, kini wujud tiga kumpulan dalam PAS Kedah.

Kumpulan Mahfuz, Kumpulan ADUN Anak Bukit Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan kumpulan Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Amiruddin Hamzah merupakan bekas Exco Kanan kerajaan PAS Kedah dan dikatakan antara penyokong kuat Azizan ketika cubaan 'rampasan kuasa' oleh kumpulan Phahrolrazi yang didokong oleh Mahfuz dan Mohamad Sabu setahun sebelum PRU13.

Azizan dikatakan lebih suka jika kepimpinan PAS Kedah diserahkan kepada Amiruddin berbanding Mahfuz yang sibuk dengan kedudukan beliau sebagai Naib Presiden Parti dan pemimpin pusat.

Selain itu, faktor calon, Azam Samad, yang digembar-gemburkan sebagai 'anak didik' Azizan, kerana kedudukannya selaku Ketua Pemuda PAS Jerai.

Ada bisik-bisik... Azam tidak akan mendapat undi dari kaum keluarga Azizan di Sungai Limau. Ini kerana rata-rata mereka maklum peranan Pengarah PASTI (tadika) PAS Kedah itu ketika konflik yang berlaku antara Azizan dan Phahrolrazi and the geng.

"Desakan kuat dari keluarga allahyarham ustaz Azizan adalah supaya anaknya Muhaimin, diletakkan sebagai calon untuk mewarisi perjuangan bapaknya, namun nama lain yang diumumkan baru-baru ini,"kata sumber.

PAS pada peringkat awal dikatakan menghantar lapan nama calon untuk disenarai pendekkan oleh PAS Pusat.

Sementara itu, bagi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, BN mempunyai peluang dalam PRK ini yang menyaksikan pertarungan satu lawan satu berbanding pada PRU lepas yang menyaksikan persaingan empat penjuru.

"Walaupun cabaran agak besar. Pada PRU lalu kita kalah dengan majoriti agak besar tetapi ini tidaklah satu perkara yang mustahil untuk kita memperbaiki prestasi kita," jelas Muhyiddin.

Beliau dalam sidang akhbar selepas penamaan calon, Rabu, berkata BN akan terus mengambil pendekatan berhemah sepanjang kempen pilihanraya berlangsung.

"Kita tidak akan membuat tuduhan yang melulu jauh sekali daripada melakukan fitnah. Bagi saya ini adap yang dituntut oleh agama," kata beliau.

Menurutnya, BN akan menggunakan tempoh berkempen untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh pihak lawan dengan terperinci dan rasional.

"Parti lawan akan mengetengah beberapa isu. Antaranya soal GST, kos sara hidup dan harga padi yang dimainkan di sini, kita akan perjelaskan," ujarnya.

Berdasarkan rekod, nampak PAS ada kelebihan, namun dalam masa sebelas hari ini, apapun boleh berlaku.

Macam cuaca di Sungai Limau ini juga, kejab mendung, kejab cerah dan tiba-tiba hujan panas.

Kata orang kampung, kini musim 'buat bendang' jadi cuaca memang selalu hujan.

Apapun sepanjang sebelas hari kempen ini, walau hujan ribut, jentera parti akan sampai, kempen akan diteruskan, bagi PAS ini persoalan tebus maruah, manakala bagi BN, ini peluang rampas semula kerusi 'tetap' Allahyarham Ustaz Azizan selepas beliau tidak ada. Cuma macam kata seorang ahli strategi BN... "Mana nak cari lagi 2000 undi..." - Agenda Daily

Read more...

TAHNIAH AZWAN BRO NAIB KETUA PEMUDA YANG BARU

>> 23 October 2013


KUALA LUMPUR 23 Okt - Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Rauf Ab Yusoh mengesahkan Khairul Azwan Harun sebagai Naib Ketua Pemuda baru bagi penggal UMNO 2013/2016 selepas memperolehi dua undi daripada Bahagian Gelang Patah dan Sabak Bernam yang berlangsung pagi tadi.

Beliau berkata demikian dengan memberikan jawapan ringkas ketika dihubungi Berita Harian di sini.

Mengulas sama ada pemilihan semula Bahagian Bachok perlu dilakukan Jumaat ini, Rauf berkata, ia tidak perlu dilakukan kerana berdasarkan dua kemenangan hari ini Khairul Azwan secara rasmi diisytiharkan pemenang.

Terdahulu, pemilihan semula tiga bahagian iaitu Gelang Patah, Sabak Bernam dan Bachok dilakukan hari ini selepas persaingan calon bagi jawatan Naib Ketua Pemuda antara Khairul Azwan dan Jawawi Jaafar menyaksikan seri 73-73.

Dengan keputusan terbaru itu, Khairul Azwan Harun kini memperoleh 75 undi, iaitu kelebihan dua undi berbanding dengan pencabarnya. - Berita Harian

Read more...

MB SELANGOR DITEGUR JARANG JUMPA WAKIL RAKYAT

 
SHAH ALAM: Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Pakatan Rakyat Selangor menegur Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana enggan mengadakan perjumpaan lebih kerap dengan mereka bagi membincangkan masalah rakyat.

Kelab yang dianggotai 44 wakil rakyat Pakatan di negeri ini menyerahkan memorandum itu sebagai teguran terhadap kelemahan pentadbiran Khalid, 7 Oktober lalu.

Memorandum itu berikutan kegagalan Menteri Besar mengadakan mesyuarat bersama BBC setiap dua minggu sekali seperti mana penggal lalu.

Timbalan pengerusinya, Dr Abdul Rani Osman berkata, beliau berharap Khalid dapat mengadakan mesyuarat lebih kerap agar lebih banyak masalah dapat diatasi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Meru berkata, BBC bukan berhasrat mengkritik pentadbiran Khalid tetapi sebaliknya memberi teguran sebagai penambahbaikan terhadap pentadbiran.

"Mungkin Khalid sibuk kerana baru selesai PRU13 dan banyak perkara beliau perlu selesaikan antaranya berkaitan Exco dan sebagainya.

"Sejak PRU, perjumpaan semakin berkurangan dan kita hantar memorandum bukan tak puas hati tetapi jika ada yang tak betul kita akan tegur," katanya dipetik oleh Sinar Harian.

Sebelum ini, Khalid turut menerima teguran secara terbuka daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dikatakan gagal menguruskan rizab kerajaan negeri dengan baik.

Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor, meminta Khalid tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan diperoleh tetapi gagal membelanjakannya dengan baik.

Pengerusi PKR Selangor, Mohd Azmin Ali turut menyarankan agar Khalid mengambil serius teguran Anwar itu demi kepentingan rakyat Selangor.

Rani menegaskan kepentingan mesyuarat dengan pentadbiran Khalid adalah bagi membolehkan wakil rakyat menyampaikan segala aduan dibuat kepada mereka.

Menurutnya, wakil rakyat dapat menyampaikan segala permasalahan yang berlaku di peringkat bawah kepada kerajaan negeri.

Katanya, antara masalah dikemukakan adalah berkaitan sampah, banjir serta jalan raya.

"Aduan-aduan ini semua sampai kepada Adun dan sebab itulah mesyuarat amat penting kerana perkara-perkara ini dapat dibincangkan bersama beliau," katanya.

Beliau mengakui pentadbiran Khalid sememangnya cemerlang kerana berjaya menambah rizab kerajaan negeri dengan begitu mendadak.

Bagaimanapun, katanya, walaupun Menteri Besar mahu wakil rakyat jimat berbelanja, peruntukan yang disalurkan kepada mereka amat kurang.

"Dia kena jelaskan pada BBC kerana sekurang-kurangnya ada komunikasi dua hala. Kita tidak mahu pihak ketiga dan sebab itu kita perlu adakan kembali mesyuarat seperti dahulu agar dapat ajukan segala persoalan, cadangan dan teguran bagi penambahbaikan malah dapat dengar penjelasannya," katanya. -antarapos
 

Read more...

MANA PERGI "INI KALILAH"?

>> 22 October 2013


Takut dengan bayang-bayang sendiri....

Read more...

SENARAI PENUH ANGGOTA MT UMNO 2013-2016

>> 21 October 2013



Pengerusi Tetap

1.Tan Sri Dato’ Paduka Hj. Badruddin Bin Amiruldin

Timbalan Pengerusi Tetap

1. Datuk Hj. Mohamed Bin Hj. Aziz

Presiden

1. Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak

Timbalan Presiden

1. Tan Sri Dato’ Muhyiddin Bin Mohd Yassin

Naib Presiden

1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
2. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
3. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Ketua Pergerakan Wanita

1. Dato’ Seri Shahrizat Binti Abdul Jalil

Ketua Pergerakan Pemuda

1. Khairy Jamaluddin

Ketua Pergerakan Puteri

1. Mas Ermieyati Samsudin

Ahli Majlis Tertinggi

1. Datuk Seri Mustapa Mohamed

2. Datuk Seri Jamil Khir Baharom

3. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

4. Datuk Seri Idris Jusoh

5. Datuk Seri Idris Haron

6. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

7. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim

8. Datuk Abdul Rahman Dahlan

9. Datuk Hasan Malek

10. Datuk Seri Shahidan Kassim

11. Datuk Seri Mohamad Hasan

12. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis

13. Datuk Razali Ibrahim

14. Datuk Seri Mahdzir Khalid

15. Tan Sri Annuar Musa

16. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin

17. Dr. Mohd Puad Zarkashi

18. Datuk Tajuddin Abdul Rahman

19. Datuk Seri Azalina Othman Said

20. Datuk Abd Latiff Ahmad

21. Datuk Shamsul Anuar Nasarah

22. Datuk Ab Aziz Kaprawi

23. Datuk Bung Moktar Radin

24. Datuk Reezal Merican Naina Merican

25. Datuk Sohaimi Shahadan

Read more...

TAHNIAH KEPADA KEPIMPINAN BARU UMNO SEREMBAN

>> 20 October 2013



1. Pengerusi Tetap - Joharie Shafie (mengekal jawatan)

2. Timbalan Pengerusi Tetap - Abdul Alim Ibrahim (baru)

3. Ketua Bahagian - Abu Ubaidah Redza (baru)

4. Timbalan Ketua Bahagian - Zakaria Nordin (baru)

5. Naib Ketua Bahagian - Ghani Mohd Daud (mengekal jawatan)

Kalah menang adat bertanding. Jangan pula kerana pertandingan terputus sudah tali silaturrahim sesama kita.

Read more...

ULAMA PAS BANTAH PENDIRIAN PAKATAN RAKYAT

>> 18 October 2013


KUALA LUMPUR: Agama-agama lain sama sekali tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah yang jelas hanya eksklusif bagi Islam, tegas Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din.

Katanya, semua pihak diwajibkan untuk faham erti kalimah Allah yang merujuk kepada Tuhan yang Esa (Tunggal) bukannya berbilang-bilang seperti yang dipercayai penganut kristian. 

Justeru, adalah mustahak bagi semua umat yang beragama Islam bangkit dan terus mempertahankan kalimah suci itu.

"Atas itu juga saya mengajak umat Islam sekalian marilah bersama-sama bersyukur kepada Allah kerana sampai sekarang kalimah Allah setelah diperjuangkan sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan dikekalkan hanya untuk Islam.

"Dengan kata lain, kalimah suci ini hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja sementara permohonan daripada agama lain, mahkamah tidak membenarkannya," katanya yang dipetik daripada Utusan Malaysia.

Haron mengulas keputusan Mahkamah Rayuan pada Isnin lalu yang tidak membenarkan mingguan The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitannya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan kerajaan dan Menteri Dalam Negeri.

Perayu terdiri daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor, Kedah dan Selangor serta Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma).

Keputusan tersebut jelas telah mengetepikan kontreversi Mahkamah Tinggi sebelum ini pada 31 Disember 2009 yang membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam (responden) agar The Herald dibenarkan menggunakan kalimah Allah.

Haron dalam pada itu meminta semua pihak bersiap sedia kerana dijangkakan pihak gereja bakal mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan. 

"Masih ada satu lagi tempat medan perjuangan yang namanya Mahkamah Persekutuan. Mungkin arahan tidak terduga akan berlaku nanti atau mungkin juga Malaysia bukannya medan untuk pertarungan mempertahankan kalimah Allah.

"Sebaliknya hingga ke peringkat Mahkamah Antarabangsa. Mungkin akan sampai ke sana. Apa pun sebagai umat yang faham tentang Islam itu sebagai agama tauhid wajib mempertahankan kalimah suci ini," katanya.

Untuk rekod Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib baru-baru ini menyuarakan sambutan baiknya kepada keputusan Mahkamah Rayuan berhubung isu kalimah Allah. 

Jelasnya, keputusan itu tepat sekaligus dapat membendung umat Islam di negara ini daripada terkeliru dengan agenda pihak berkepentingan.

Bagaimanapun kenyataan kedua pemimpin Ulama PAS ini dilihat bercanggah dengan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang menolak keputusan tersebut dan menegaskan kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam. 

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat masih mendokong pendirian awalnya bersabit isu itu dan tidak timbul soal PAS mempunyai pandangan lain. - antarapos

Read more...

KESAL PAS LEMAH PERTAHAN KALIMAH ALLAH

>> 15 October 2013



Read more...

MAJALAH THE HERALD DILARANG GUNA KALIMAH ALLAH

>> 14 October 2013


Mahkamah Rayuan hari ini telah memutuskan majalah mingguan Katolik The Herald tidak boleh menggunapakai kalimah Allah dalam sebarang penerbitan majalah tersebut. Pengharaman ini selari dengan kehendak umat Islam di Malaysia dalam mempertahankan kesucian kalimah Allah.

Read more...

PETIKAN KATA TUN MAHATHIR

>> 13 October 2013



Read more...

HISHAMUDDIN TIADA JAMINAN UNTUK KEKAL JAWATAN NAIB PRESIDEN

>> 11 October 2013


Dalam tempoh kurang 10 hari, ahli UMNO akan memilih siapakah 3 nama yang akan menyandang jawatan naib presiden dari 6 calon yang akan menawarkan diri. Dalam keadaan itu, nama Hishamuddin agak ketinggalan dari segi populariti di kalangan akar umbi UMNO sendiri.

Dalam satu sesi pengenalan calon yang diadakan di Perlis, Hishamuddin langusung tidak dijemput untuk ke majlis tersebut untuk memperkenalkan diri. Ini menunjukkan bahawa di kalangan pemimpin sendiri tidak menggemari cara politik Hishamuddin yang hanya gemar melakukan tindak-tanduk menyelamatkan diri dari melakukan satu atindakan yang menguntungkan parti dan orang Melayu khususnya.

Dalam satu seminar di Seremban pada minggu lepas, Hishamuddin terpaksa menggunakan platform Kementerian Pengangkutan untuk berkempen. Dalam ucapannya hanya 20 minit sahaja digunakan untuk bercakap mengenai perihal Kementerian Pengangkutan dan selebihnya adalah kempen mempromosikan diri.

Memang benar kehadiran hadirin adalah paling ramai jika dibandingkan dengan calon-calon lain. Tetapi dalam satu sudut apabila program menggunakan nama Kementerian digunapakai, bukan kesemua yang hadir adalah ahli UMNO. Malah raata-rata yang hadir belum tentu termakan kata-kata Hishamuddin yang masih membawa janji yang sama sejak 4 tahun lepas.

Tidak hairan di masa ini Hishamuddin akan menggunakan pendekatan yang lebih ekstrim untuk menarik perhatian ahli UMNO yang akan memilih nanti tapi harus diingat ahli-ahli UMNO sudah tertutup keyakinan untuk memberi kepercayaan kepada Hishamuddin lagi. Ramai yang berkata cukup-cukuplah Hishamuddin dan berilah peluang kepada orang lain.

Ramai yang mula mencongak di antara Zahid Hamidi, Shafie Apdal, Mukriz Mahathir, Ali Rustam dan Isa Samad, siapakah yang akan mengisi 3 jawatan naib presiden UMNO. Yang pastinya nama Hishamuddin hanya disebut sebagai nama calon yang tidak akan memenangi pertandingan tersebut. Rata-rata perwakilan sudah sebulat suara untuk menunjukkan Hishamuddin pintu keluar dari jawatan yang disandangnya.

Read more...

DAVID DASS: DAP PARTI SAMSENG

>> 09 October 2013


LABU 9 Oktober - DAP disifatkan sebagai parti samseng ekoran serangan dan halangan yang dikenakan petugas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP terhadap Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi David Dass Aseerpatham.

Menurut David, sekumpulan petugas CEC yang memakai baju berwarna merah telah menyerang dan menghalang beliau yang sedang ditemubual pihak media di Kongres Khas DAP akhir bulan lepas.

"Saya telah diserang dari belakang dan telah ditumbuk supaya tidak memberi komen kepada pihak media.

"Salah seorang petugas (CEC) bertutur dalam bahasa Cina mengarahkan (sekumpulan petugas) untuk menyerang saya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Jelas David, beliau yang diterangkan oleh salah seorang rakan yang fasih berbahasa Cina menjelaskan petugas CEC tersebut mengarahkan pengikutnya untuk tidak menyerang David dihadapan media tetapi di perkarangan hotel.

Tambahnya, DAP kini dipenuhi oleh samseng dari kalangan penyokong berbangsa Cina.

Ujarnya, kejadian yang berlaku di One World Hotel pada 29 September lalu telahpun dimaklumkan kepada pihak polis.

"Kerana bimbangkan keselamatan diri dan keluarga saya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban. ujarnya.

Beliau kemudiannya mempertikaikan keputusan CEC DAP ekoran terdapat pelbagai unsur meragukan dalam usaha mengekalkan pemerintah tertinggi parti. - rakyat news

Read more...

EXCO SELANGOR MENUTUP KELEMAHAN DENGAN MENUDUH PIHAK LAIN?


1. Exco Selangor Iskandar Abdul Samad pemimpin BN konon-kononnya kos sewa rumah mesra rakyat telah dinaikkan oleh kerajaan BN sebelum 2008. Kenaikan ini dikatakan bertujuan untuk menindas golongan kelas bawahan dan sama sekali meletakkan Kerajaan Negeri Selangor sedia ada kini sebagai kambing hitam.

2. Perkara ini dengan segera dibidas oleh bekas Menteri Besar Selangor Datuk Khir Toyo bahawa isu ini tidak pernah dibincangkan dan dilaksanakan sebelum 2008 lagi. Ini bermakna Exco Kerajaan Negeri Selangor sedang melakukan usaha untuk melepaskan diri dengan menyalahkan pihak lain.

3. Perkara ini bukanlah baru di Selangor kerana sebelum ini pun kerajaan negeri yang ditadbir PR seringkali menuding jari kepada pihak lain seandainya tembelang dan kegagalan mereka mengurustadbir negeri dibongkar. 

4. Isu ini cuba ditimbulkan ekoran kegagalan kerajaan PR yang memerintah Selangor sejak 2008 gagal sama sekali melaksanakan projek perumahan mampu milik yang telah dijanjikan sekian lama. Malah dalam keadaan sekarang ini juga Kerajaan Negeri Selangor perlu meredakan kemarahan rakyat Selangor berkenaan kenaikan tarif air.

5. Semua ini hanyalah permainan politik yang merugikan rakyat. Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi cuba mempolitikkan isu permasalahan rakyat untuk kepentingan sendiri.

6. Sememangnya mudah menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor kerana tidak perlu bersusah-payah menyelesaikan masalah rakyat sebaliknya segala masalah boleh diselesaikan dengan menuding jari kepada pihak lain.

Read more...

MEMANG SAH RAKYAT KELANTAN KENA KENCING LAGI

>> 08 October 2013


1. Hari ini diumumkan Kerajaan Kelantan akan memperuntukkan RM 170 juta untuk program penyediaan insfrastruktur asas kepada rakyat sempena Belanjawan Kelantan. 2014. Program insfrasrtuktur asas ini merangkumi penambahbaikan jalan raya, pembinaan jambatan, bla bla...

2. Apabila menyebut mengenai jalan raya pastinya kita tertanya-tanya tidak adakah sebarang peruntukan dari Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyiapkan projek Lebuhraya Rakyat yang dilancarkan pada Julai tahun lepas?

3. Projek Lebuhraya Rakyat ini mempunyai kos yang dianggarkan bernilai RM 1.8 bilion. Buat masa ini dana yang mampu dikumpulkan tidak langsung mencecah 1/10 dari jumlah keseluruhan kos.

4. Pemimpin-pemimpin PAS sering menyeru agar ahli PAS menderma untuk membangunkan Lebuhraya Rakyat ini (ini seruan sebelum PRU 13). Tetapi pada hari ini seruan itu sudah semakin sayup dan menghilang. Mungkin ada pihak yang sudah kenyang hasil dari seruan pemimpin-pemimpin PAS ini?

5. Malah Kerajaan Negeri Kelantan menunjukkan sikap lepas tangan dengan langsung tidak memperuntukkan sebarang wang untuk membangunkan Labuhraya Rakyat.
  
6. Sudah cukup jelas sekali lagi rakyat Kelantan diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin PAS demi kesinambungan kuasa mereka semasa PRU 13 yang lepas. Apa yang pasti Kerajaan Negeri Kelantan langsung tindak mengambil inisatif untuk menyelesaikan masalah Lebuhraya Rakyat.

7. Tidak mengejutkan dalam masa 10 tahun akan datang, projek ini masih lagi dalam status "pembinaan" kerana kegagalan PAS untuk mengumpul dana. malah tidak menghairankan dalam masa 20 tahun akan datang pula timbul persoalan kemanakah wang projek itu telah dilesapkan seperti kisah tabung Memali.
 

Read more...

3 NAMA TERSENARAI BAKAL CALON BN UNTUK PRK SUNGAI LIMAU


KUALA TERENGGANU 8 Okt - Barisan Nasional (BN) Kedah sudah menyenarai pendek tiga nama sebagai calon boleh menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, calon dikenali pengundi merupakan antara yang bakal dipilih mewakili BN menentang pihak lawan dari PAS.

"Setakat ini kriteria yang kita perlukan ialah calon tersebut dikenali ramai (pengundi)." Ditanya mengenai peluang BN untuk menang PRK itu, Mukhriz berkata: "Kita (ketika ini) hanyalah sebagai `underdog', namun sudah pasti BN akan terus berusaha untuk memastikan kebarangkalian menang itu akan terus meningkat berdasarkan gerak kerja berkumpulan,"katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Semalam, Menteri Besar Kedah itu telah bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan berkaitan calon dan persiapan jentera pada PRK Dun Sungai Limau.

Dalam pada itu, Mukhriz menjelaskan, BN Kedah akan menggunakan strategi berbeza dalam kempen Pilihan Raya kali ini memandangkan kini BN sebagai peneraju Kerajaan Negeri Kedah.

Katanya, strategi yang berlainan akan dilaksana kerana BN bukannya bergerak atas platform pembangkang lagi.

"Kita (BN) akan cuba meredakan keadaan yang tegang dan pertembungan yang biasa berlaku dalam mana-mana pilihan raya antara Pas dan BN, supaya tidak menimbulkan masalah kepada kedua-dua parti yang bertanding.

"Penekanan kempen juga tidak lagi kepada perbezaan ideologi antara PAS atau BN, sebaliknya kita akan fokus kepada kebaikan yang kita tawarkan kepada pengundi di Sungai Limau," katanya.

PRK Sungai Limau diadakan berikutan kematian wakil rakyat yang juga bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abu Bakar pada 26 September.

Pada pilihan raya umum ke-13, Azizan mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru yang turut membabitkan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dari BN. - rakyatnews

Read more...

TONY PUAKA AKAN DISIASAT POLIS

>> 07 October 2013


KUALA LUMPUR: Polis akan meneliti laporan yang dibuat lima badan bukan kerajaan (NGO) terhadap Ketua Publisiti DAP Tony Pua bagi menentukan sama ada kes itu perlu disiasat mengikut Akta Jenayah atau Akta Hasutan.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata pihaknya akan melihat laporan NGO berkenaan yang mendakwa Pua menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai 'Anjing Umno'.

"Selepas meneliti laporan itu, baru kita akan membuat keputusan sama ada Tony Pua perlu disiasat mengikut Akta Jenayah atau Akta Hasutan," katanya ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia pada Jumaat lepas yang mendakwa Pua mengeluarkan kenyataan itu di akaun Facebooknya pada 29 September selepas keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selesai.

Pada Ahad, Sekreteriat NGO Negeri Selangor, Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (Irimm) dan Pertubuhan Gerakan Bersatu 69 (PGB69) membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap Pua. 

Read more...

TAN SRI AZIZAN DALAM SEJARAH SABOTAJ PAS

>> 06 October 2013

 
Penghargaan yang dicurahkan kepada tokoh berjasa adalah sesuatu yang lazim, apatah lagi bagi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang dikenali sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan suka berseloroh. Namun, apabila mereka yang diketahui memusuhi beliau juga memberi pujian, timbul rasa pelik dan mual. Sepanjang menjadi Menteri Besar (MB) Kedah mulai 9 Mac 2008, musuh beliau tidak henti-henti menghentam peribadinya, memburukkan nama dan mensabotaj tugasnya. Beberapa kali mereka berkonspirasi untuk menjatuhkan beliau, namun tidak berjaya.

Beberapa hari selepas mengangkat sumpah sebagai MB, Azizan memberitahu rakyat untuk ‘kalih’ kerajaan negeri yang diterajui PAS jika ia tidak bagus. Tapi tidak dijangka beliau bahawa yang beriya-iya menukarkannya ialah pemimpin PAS Kedah sendiri, yang berasakan Azizan tidak berkesan kerana terbabit dengan pelbagai kontroversi dan selalu uzur. Kumpulan yang sering berkomplot ini juga tidak gemar dengan sikap Azizan yang tidak bermusuh dengan pemimpin UMNO-Barisan Nasional (BN).
Mempertahankan dirinya, Azizan menegaskan: “Budaya orang Kedah cukup terbuka. Suka bergurau, suka berkawan. Ini jugalah yang berkembang di antara UMNO dan PAS. Masa kita jadi pembangkang, kita baik dengan UMNO. Mereka pun baik dengan kita. Sekarang kita jadi kerajaan pun, kita baik dengan mereka. Biar rakyat terima realiti ini sebagai satu proses demokrasi. Dalam Islam pun ada. Kalau perlu, kita boleh bekerjasama dengan UMNO. Saya tahu mereka juga ada yang berpendidikan tinggi dan bersikap terbuka.”

Bersikap rendah diri


Bagi ahli PAS yang menganggap UMNO seteru, pendirian Azizan tidak boleh diterima. Kata Ahmad Lutfi Othman yang mengenali Azizan: “Stylenya low profile, tidak sensasi macam Datuk Nik Aziz Nik Mat. Azizan tidak suka pertembungan dan gemar jauhi konflik apabila berdepan Kerajaan Pusat. Hubungan baiknya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) mengundang pelbagai tafsiran. Azizan tidak jadikan pemerintahan BN terdahulu sebagai sasaran. Sikap hati-hati dan toleransi menyebabkan ahli PAS tidak puas hati.”

Pemimpin PAS Kedah yang tidak puas hati bercampur keinginan memenuhi cita-cita politik peribadi turut memperbesarkan kelemahan Azizan dan pentadbirannya. Ini termasuk isu pencerobohan hutan di Baling, Kubang Pasu dan Tasik Pedu, pelesenan pusat hiburan dan masalah kewangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) serta kebajikan pensyarah dan pelajarnya. Isu pembelian 500,000 saham FELDA Global Ventures oleh kerajaan negeri, ahli PAS kutuk Azizan sebagai kabur, keliru dan kosong. Dalam kes kenaikan tarif air pula, mereka sanggup mengadakan demonstrasi dan protes di depan pejabat Menteri Besar.

Turut memainkan peranan ialah lidah rasmi PAS, Harakah yang melaporkan kenyataan Azizan bahawa Datuk Seri Hadi Awang tidak ada locus standi untuk campur tangan dalam soal KUIN. Azizan menuduh Harakah cuba melaga-lagakan beliau dengan Presiden PAS. “Harakah faham tak apa itu locus standi? Ia bermaksud keupayaan untuk bertindak dalam konteks undang-undang. Dalam kes KUIN ini, hanya pengurusannya yang ada locus standi. Bukan pihak lain, termasuk Hadi.”
PAS Perlis juga menyerang beliau secara terbuka. Azizan mengibaratkan perbuatan ini seperti pukul kepala beruk. “Lepas dia hentam, dia gosok. Orang kalau nak sekeh kepala beruk ini, dia gosok dulu. Gosok sampai beruk pejam mata baru dia bagi sekeh, lepas tu dia gosok balik.” Dalam berseloroh, Azizan memberi amaran kerajaan Kedah akan ‘mengambil balik’ Perlis jika serangan sebegini berterusan kerana Indera Kayangan dahulunya milik Kedah.

Ditempelak sertai program BN


Kemuncak kemarahan dan penentangan pemimpin PAS Kedah terhadap Azizan apabila terbongkarnya usaha mengguling beliau, sekurang-kurangnya dua tiga kali dalam tempoh lima tahun termasuk ketika Azizan berada dalam hospital. Pada 3 Februari lalu, tersebar rakaman audio perbualan beberapa orang yang dipercayai pemimpin PAS Kedah mengkritik kehadiran Azizan dalam program My Beautiful Malaysia yang dilancar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta memakai baju 1M4U. Perbualan mereka mencapai kata putus untuk menjatuhkan Azizan. Namun, desas-desus sabotaj dalaman ini sebenarnya bermula sejak 2011.

PAS Pusat terpaksa campur tangan untuk meredakan kemelut politik yang sudah parah. Akhirnya, sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk memantau pentadbiran kerajaan PAS Kedah dan pelaksanaan dasar di negeri itu. Ini hanyalah tindakan kosmetik kerana jawatankuasa di bawah pimpinan bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman tidak berfungsi. Namun, penubuhan jawatankuasa ini sudah cukup untuk memalukan Azizan.

Azizan berkata: “Sesetengah orang tidak mahu saya berada di situ (kerusi Menteri Besar); sesetengah pula mahu saya mati.” Sekarang Azizan benar-benar sudah ke rahmatullah. Namun, Allah mentakdirkan puak PAS yang bercita-cita jadi Menteri Besar tidak juga berjaya. Kemelut yang berlarutan sehingga membabitkan pentadbiran kerajaan bukan saja melemahkan kedudukan Azizan, malah meranapkan PAS negeri. Akibatnya, PAS Kedah tumbang dalam pilihan raya umum Mei lalu. Bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Sumber: Berita Harian

Read more...

PERTANDINGAN 8 KETUA BAHAGIAN UMNO DI NEGERI SEMBILAN

>> 04 October 2013

 
Kuala Pilah

Datuk Ismail Lasim
lwn
Datuk Abdul Samad Ibrahim

Rembau

Datuk Seri Mohamad Hasan
lwn
Datuk Rais Zainudin

Teluk Kemang

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
lwn
Mazman Mansor
lwn
Ramli Awang

Tampin

Datuk Shaziman Abu Mansor
lwn
Datuk Mohd Kamil Abdul Aziz

Seremban

Datuk Ishak Ismail
lwn
Datuk Mohd Yusop Harmain Shah
lwn
Abu Ubaidah Redza

Jempol

Datuk Lilah Yassin
lwn
Datuk Salim Mohd Sharif

Rasah

Datuk Hasim Rusdi
lwn
Khaidir Jamal
lwn
Datuk Ishak Abdullah

Jelebu

Zainuddin Ismail
lwn
Datuk Jalaludin Alias
 
 

Read more...

KEMPEN MELOBI CALON PAS UNTUK PRK SUNGAI LIMAU BERMULA

>> 02 October 2013


PRK akan diadakan pada masa terdekat akibat kematian penyandang iaitu Tan Sri Azizan Razak pada beberapa hari lepas. Dari sumber difahamkan PAS Kedah sudah mula bergolak akibat keinginan beberapa individu yang mahu menjadi calon di DUN Sungai Limau.

Beberapa hari lepas, seorang pemimpin PAS meminta agar ahli PAS tidak menjadikan PRK Sungai Limau sebagai medan untuk pemilihan PAS yang akan dilangsungkan dalam sebulan dua ini. Ini menunjukkan bahawa masalah dalaman PAS agak kronik sehinggakan pemimpin PAS terpaksa menyatakan perkara seperti ini kepada media.

Mat Sabu merupakan orang pertama yang menyatakan hasrat untuk mewakili PAS di PRK Sungai Limau. Hasrat Mat Sabu ini tidak lebih dari sekadar tindakan berdasarkan populariti. Mat Sabu terpaksa bertanding di DUN Sungai Limau sebagai kempen untuk mengekalkannya dalam jawatan timbalan presiden PAS pada pemilihan akan datang kerana difahamkan Mat Sabu akan mendapat tentangan sengit dari Tuan Ibrahim Tuan Man. Tambahan pula imej Mat Sabu sudah tercalar teruk di kalangan ahli PAS kerana kegagalan Mat Sabu mempertahan kerusi Pendang pada PRU lepas.

Terdapat satu sumber mendedahkan bahawa pemilihan Mat Sabu sebagai calon tidak mendapat restu dari golongan ulama' PAS. Ini kerana golongan ulama' PAS mahukan jawatan tersebut diisi oleh calon dari golongan ulama' sendiri, bukannya calon pro Anwar Ibrahim. Apa yang pasti, PKR dan DAP pastinya turut sama melobi nama Mat Sabu untuk memastikan ayam sabung belaan mereka ini terus mendapat tempat di dalam PAS.

Satu sumber lain pula menyatakan bahawa calon yang dikenal pasti untuk menjadi calon PAS adalah anak Tan Sri Azizan Razak sendiri. Tetapi perkara ini masih tidak dapat dipastikan kerana kebanyakan ahli PAS sukar meramal anak Tan Sri Azizan yang manakah yang akan dipilih nanti.

Nama-nama lain yang dikaitkan adalah dikalangan beberapa calon-calon PAS yang tewas di PRU lepas dan beberapa nama veteran PAS.

Read more...

CEC BARU DAP TETAP ADA PENIPUAN?

>> 01 October 2013

 
SHAH ALAM: Keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung dua hari lalu disifatkan sebagai 'Kemungkaran Kalahkan Kebenaran', berikutan telah dirancang oleh pemimpin tertentu bagi memenuhi tuntutan niat jahat mereka, kata bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd. Noor.

Zulkifli berkata, pemimpin-pemimpin tersebut menggunakan formula '3M' iaitu 'Man, Money dan Media' bagi memaksa perwakilan mengikut arahan untuk memilih 20 calon teratas di peringkat CEC.

"Mereka secara senyap telah mengarahkan perwakilan untuk mengekalkan 'status quo' berkenaan untuk kepentingan peribadi dan seterusnya menyerlahkan slogan 'unity' atau perpaduan," katanya menerusi kenyataan medianya.

Katanya, perwakilan yang kebanyakannya terdiri daripada ahli baru begitu mudah terpengaruh serta percaya dengan strategi penipuan dan pembohongan mereka.

Zulkifli dalam pada itu mempersoalkan tindakan 17 calon bertanding yang menarik diri pada saat-saat akhir menjelang pemilihan semula tersebut.

"Adakah mereka protes atau untuk membantu rancangan jahat, penipuan dan pembohongan pihak tertentu? Setelah berkuasa maka ramailah ahli yang berkedudukan akan mengikut arahan pihak atasan kerana dikhuatiri akan hilang kedudukan atau mata pencarian mereka," katanya.

Dedahnya lagi, taktik kotor pemimpin-pemimpin tersebut juga telah dimulakan sejak awal lagi, bertujuan untuk mensabotaj calon yang 'tidak diingini'.

"Secara keseluruhannya pemilihan semula CEC kali ini dicemari banyak kecacatan dari sudut peraturan dan tidak bersih,"jelas beliau.

Zulkifli adalah salah seorang calon Melayu yang bertanding dalam pemilihan semula jawatankuasa tertinggi parti itu. Namun beliau tewas dengan hanya memperoleh 220 undi.

Lima calon Melayu lain yang bertanding turut tewas iaitu Senator Dr Ariffin S M Omar (441), Ahmad Ton (351), ADUN Mentakab Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (441), Solaiman Op Syed Ibrahim (103) dan Roseli Abdul Gani (61).

Manakala seorang lagi calon 'Melayu', Zairil Khir Johari yang juga Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng, adalah satu-satunya calon tunggal 'Melayu' yang berjaya tersenarai dalam CEC, apabila memperoleh 1,132 undi sekaligus membolehkannya menduduki tempat ke-12.

Kesimpulannya, kesemua 20 anggota CEC yang dipilih dalam pertandingan pada Disember lalu mengekalkan 'status quo' mereka dalam jawatankuasa tersebut dalam pemilihan semula dua hari lalu. - antarapos

Read more...




  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP