BN AKAN BINA RUMAH MAMPU MILIK DI PULAU PINANG. DAP TIDUR KA?!

>> 28 January 2012



GEORGETOWN 28 Jan. – Kerajaan Pusat bercadang membeli beberapa bidang tanah di Pulau Pinang bagi membina perumahan mampu milik untuk golongan bumiputera di negeri ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, sebanyak tujuh bidang tanah sudah dikenal pasti setakat ini dan kerajaan sedang berbincang dengan pihak penjual bagi membeli tanah-tanah tersebut.

"Satu isu yang begitu mencabar dihadapi bumiputera, penduduk Melayu di Pulau Pinang ialah harga rumah semakin lama semakin tinggi, sehingga rumah teres tiga tingkat pun berharga lebih RM1.5 juta. Macam mana orang Melayu nak beli?

"Jadi, kita akan cuba cari mekanisme untuk melibatkan kontraktor dan pemaju tempatan. Kita tidak mahu hanya kerajaan sahaja terlibat, tetapi kerajaan akan memudahkan pada peringkat permulaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di sini, hari ini.

Nor Mohamed yang juga merupakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, perumahan yang akan dibina kelak mungkin menggunakan konsep Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (Pr1ma), yang mana memberi penekanan kepada projek perumahan mampu milik. – BERNAMA

*******

Nampaknya kerajaan pusat mendahului rejim Lim Guan Eng dalam membina rumah mampu milik. Sebelum ini beriya-iya Lim Guan Eng berjanji untuk membina rumah  mampu milik di Pulau Pinang tapi habuk pun tarak. Rumah mampu milik yang dibina kerajaan Pulau Pinang hanya mampu dibilang. Yang lainnya semua rumah untuk golongan atasan.


Masih ingat Kampung Buah Pala? Inilah kawasan perumahan yang menggantikan Kapung Buah Pala. Mampukah rakyat  Pulau Pinang berpendapatan sederhana dan rendah memiliki rumah seperti ini?

3 comments:

Anonymous,  January 28, 2012 at 8:08 PM  

Rumah kat Malaysia nie semuanya bermutu rendah! Retak sana retak sini! Kalau nasib tak baik runtuh! Rumah yang dibina untuk rakyat nie adakah selamat? Macam juga kereta nasional yang selalu terbakar bila kemalangan malahan kalau hanya diletakkan sahaja ianya boleh terbakar!

Anonymous,  January 28, 2012 at 8:31 PM  

Ketuanan Melayu sudah tak wujud seperti juga Hang Tuah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kesian UMNO! Lepas nie mesti cerita 13 Mei akan diwar-warkan! Kah! Kah! Kah! Bukankah 13 Mei tu dirancang oleh bapak Najib dan dilaksanakan oleh 2 orang SB? Korang ingat kami tak tau ke? Kah! Kah! Kah! Kah!

Anonymous,  January 28, 2012 at 9:15 PM  

Bila dah jadi projek terbengkalai, korang akan salahkan DAP! Korang nie memang ahli neraka!

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP