APABILA PENIAGA MENGAMALKAN KAPITALIS...

>> 22 January 2012


Di waktu perayaan di Malaysia ini, mulalah ramai pihak mengeluh. Peniaga mengeluh kerana tidak cukup barang jualan manakala pengguna mengeluh kerana harga barangan naik. Ini masalah yang talah lama dihadapi yang gagal diselesaikan mana-mana pihak. Semuanya kerana terdapat pihak-pihak tertentu yang bertuankan wang daripada kebaikan.

Sering kita melihat bagaimana harga barang makanan naik mendadak dengan pelbagai alasan diberikan oleh pihak-pihak tertentu. Alasan yang biasa diberikan peniaga atau pengeluar ialah bekalan tidak mencukupi kerana itu barang terpaksa naik. Inilah yang dinamakan dasar kapitalis.

Kita sebagai rakyat Malaysia sentiasa menolak dasar kapitalis yang sentiasa menindas golongan bawahan tetapi pada masa yang sama kita mengamalkan dasar tersebut. Sedarkah kita dengan perkara ini?

Adakah dengan mengekalkan harga yang biasa pengeluar dan peniaga akan mengalami kerugian? Jawapannya tidak sama sekali tetapi seperti dinyatakan di atas, inilah pengamal dasar kapitalis dan bertuankan wang.

Mengapa kita tidak menjaga kebajikan sesama kita walaupun dalam bentuk perniagaan? Untuk orang Islam pula, kita menjalankan perniagaan berdasarkan kepada syariat yang diturunkan oleh Allah. Apakah perkara ini juga mahu dibelakangkan? Apakah hukumnya jika kita mengambil kesempatan kepada orang yang memerlukan?

Sepatutnya kesedaran di dalam diri oleh peniaga dan pengeluar perlu ada supaya masalah ini tidak timbul. Jika kesedaran sudah ada, maka tidak perlu lagi ada harga kawalan dari kerajaan.Ubahlah sikap kita ini supaya tidak menyusahkan orang lain.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP