MEMALUKAN: MALIK ITIK GAGAL MENYELESAIKAN MASALAH MELAYU PULAU PINANG

>> 19 January 2012


Perkasa akan menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi orang Melayu di Pulau Pinang seperti dilaporkan Utusan Malaysia. Dalam pada itu sepatutnya tanggungjawab mendengar suara orang Melayu yang berkait rapat dengan Islam ini dipikul Malik Itik yang merangkap exco agama Islam di Pulau Pinang. Tetapi kerana kelembapan Malik Itik, Perkasa terpaksa mengadakan pertemuan sendiri dengan Ketua Menteri.

Seharusnya Perkasa diberikan pujian kerana mengajak perbincangan diadakan secara dua hala di antara kerajaan Pulau Pinang dan Perkasa sendiri yang mewakili suara orang Melayu. Ini jelas menunjukkan bahawa nasib Melayu di Pulau Pinang sememangnya ditindas kerajaan negeri sehingga memaksa mereka mencari jalan penyelesaian supaya nasib bangsa Melayu Pulau Pinang lebih terbela.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP