AYAT-AYAT MELAYU HIPOKRIT

>> 31 July 2013


Melayu Hipokrit 1:
Berdegar-degar kutuk kerajaan, tapi bila dapat masuk UiTM, berebut juga isi borang kemasukan. Hak mereka katanya.


Melayu hipokrit 2:
Berbakul bakul mengutuk kerajaan, serba serbi haram. Tapi bila kerajaan beri bonus mereka dulu yang berbaris dekat bank.

Tanpa malu, hak mereka katanya.


Melayu Hipokrit 3:
Setelah melemparkan fitnah yang telahpun dibalas dengan hujah yang penuh, terus mereka akan senyap, tanpa sebarang penjelasan pun.


Melayu Hipokrit 4:
"Kerajaan BN zalim! Menindas rakyat! Kami semua hidup sengsara, rakyat semua miskin! Kami mahukan keadilan!" - 'status update' Zamri (bukan nama sebenar), seorang eksekutif Petronas dalam FB Mobilenya, selepas baru sahaja 'check-in' di Kafe Starbucks.


Melayu Hipokrit 5:
Kaum bukan Melayu yang hina Islam boleh lepas macam tu jer, bila orang Melayu yang hilang sabar mula bertindak, maka hukum matilah jawabnya.


Melayu hipokrit 6:
"Kami mahukan hak sama rata bagi semua rakyat Malaysia"... "negara ni bukan milik bumiputera sahaja", kata mereka.

Bila nak beli rumah, depa tanya dulu pulak.. "ada bumiputera discount tak...?"


Melayu Hipokrit 7:
"Kerajaan yang ada sekarang tak Islamik.Kita nak hudud,nak undang-undang Islam"

Dekat wall FB penuh 'likes' page blue.Solat tunggang langgang. Fardhu Ain pun fail.


Melayu Hipokrit 8:
"Aku tak bangga jadi Melayu, aku bangga lahir Islam"

Sambil bergambar peluk awek untuk upload di FB.Pakai seluar pendek berjalan di bandar dengan asap rokok berkepul-kepul di mulut, padahal masjid terdekat dah azan Maghrib.


Melayu Hipokrit 9:
"Kerajaan kita korup,banyak projek bagi pada kroni,rasuah sana-sini"

Bila nak minta kerja kerajaan habis segala orang ditelefonnya minta surat sokongan. Siap buah tangan bagai.


Melayu Hipokrit 10:
"Polis anjing kerajaan.Depa ni kerja bela kerajaan je.Puii!!!"

Keesokan harinya....di sebuah balai polis di daerah yang dirahsiakan lokasinya

"Encik,tolonglah,motor saya kena curi"


Melayu hipokrit 11:
PTPTN percuma. PTPTN hak rakyat. Tak perlu bayar balik. Pendidikan rakyat memang tanggungjawab kerajaan. Rakyat tak mampu nak bayar pendidikan, nanti kerja tanggung hutang.

Itu dia kata student Melayu kita, sambil update wall facebook membara-bara dengan IPhone 5 yang baru beli dengan duit PTPTN.


Melayu Hipokrit 12:
"Kita akan pertahankan hak-hak orang Melayu,kita berjuang demi Alif Ba Ta!"

Depan mata orang Melayu kena aniaya dia buat tak nampak saja.Hmmmm.....


Melayu hipokrit edisi KHAS:
BN jahat dan jatuh kafir sebab bekerjasama dengan bukan muslim, kata depa la...

Bila PR terbentuk, dengan siapa pula mereka bekerjasama ? Siap boleh janji dapat masuk syurga lagi....


Melayu hipokrit edisi 'bumper' KHAS:
Bila orang cakap pasal agenda Melayu, depa menyibuk kata apa pentingnya Melayu... Islam patut ditegakkan dahulu.

Bila islam kena hina, depa kata: tak apa... Bukan niat penghina tu nak hina Islam... Depa jadi lagu tu sebab depa tak faham Islam lagi... Belum dapat hidayah... Katanya.


Melayu Hipokrit Edisi Lelaki Melayu:
"Aku ni berhajat nak nikah 4,nak ikut sunnah"

Bang,dekat hujung kampung tu ada ibu tunggal anak enam,sanggup tak nikah dengan dia? Tolong jaga anak dia?

"Err...."


Melayu Hipokrit Edisi Ustaz Cakap Senanglah!:
"Saya lihat masalah anak muda sekarang ini berpelesiran ke sana ke mari dengan pasangan mengundang masalah perzinaan dan buang anak.Solusinya ialah kita permudahkan urusan perkahwinan anak-anak muda ini"

Ustaz,anak ustaz tu saya dah lama berkenan,saya ni berhajat nak masuk meminang,saya dah ada kerja,tapi gaji taklah seberapa...

"Kalau tak ada Rm 20K dalam tangan jangan nak berangan"


Melayu Hipokrit Versi alahai Ustazah!:
"Lelaki sekarang ramai yang poligami ikut nafsu,nak menikah dengan anak dara muda je,cubalah nikah dengan balu-balu askar,ibu tunggal,bela nasib mereka....ikut contoh Nabi!"

Ustazah,saya ni dah dua tahun menjanda,anak-anak kecik lagi,suami ustazah pun baik orangnya, izinkan saya jadi madu ustazah?

"Errr....ada orang tanya soalan ke tadi?"


Read more...

KENA DENDA TAK PUASA

>> 30 July 2013


KUANTAN: Dua lelaki, seorang daripadanya warga emas dikenakan hukuman denda RM500 oleh Mahkamah Syariah Kuantan selepas mengaku bersalah tidak berpuasa pada 12 dan 17 Julai lalu. 

Mohd Noh Johari@Atan, 68, ditahan ketika menghisap rokok di restoran Sin See Kee, Jalan Besar pada 12 Julai, jam 9.50 pagi. 

Abdul Aziz Abdul Majid, 48, pula ditahan ketika makan di sebuah pusat snuker di Kuantan pada 16 Julai, jam 1.10 tengah hari. 

Kedua-duanya yang ditahan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang didakwa mengikut Seksyen 137 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1980 yang membawa hukuman denda RMM500 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Syarie Samsul Kamal Kamaruddin di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Abdul Wahid Md Ali. 

Ini adalah kes pertama umat Islam tidak berpuasa dihadapkan ke Mahkamah Syariah di Pahang.-BERNAMA

Read more...

INILAH MELAYU BANGSAT YANG SANGGUP BERSEKONGKOL DENGAN CINABENG



Seperti diramalkan, memang akan ada pemimpin Melayu bangsat yang sanggup bersekongkol dengan cinabeng untuk menjahanamkan bangsa sendiri. Si Mahfuz Bean ini dijemput untuk berceramah di sebuah program anjuran Dong Jiao Zong yang membantah pelan pendidikan Malaysia 2013-2025.

Apa yang kelakarnya, Mahfuz Bean sendiri pun belajar takat SPM sahaja untuk membantah pelan pendidikan tersebut. Tambahan pula Mahfuz Bean sendiri sebenarnya tidak faham bahawa asas persatuan cinabeng membantah pelan pendidikan tersebut kerana konon-kononnya ianya memundurkan Bahasa Cina tetapi si Mahfuz Bean ini tak habis-habis berleter-leter pasal pendidikan rakyat. Agak menghairankan kerana dari mana pula timbulnya dasar pendidikan rakyat ini?

Tambah menghairankan apabila si Mahfuz Bean ini tak habis-habis berleter-leter pasal sekolah agama rakyat depan cinabeng. Rasa-rasanya ada tak cinabeng di Malaysia ini yang ambil kisah pasal sekolah agama rakyat? Pernahkan cinabeng hantar anak mereka ke sekolah agama rakyat? Lagi hairan apabila ceramah bodoh seperti ini pun masih ada orang yang tepuk tangan. Agak-agak cinabeng ini sebenarnya faham atau tak dengan leteran panjang Mahfiz Bean ini?

Inilah akibatnya kalau jiwa Melayu terlalu murah untuk dibeli. Cinabeng memetik gitar, Melayu bangang beriya-iya menari macam si Mahfuz Bean.

Read more...

JANGAN YAKIN SANGAT TUAN IBRAHIM

>> 29 July 2013


Benarkah kenyataan Tuan Ibrahim bahawa tiada pemimpin PAS terlibat dalam syiah? Selama ini amat banyak pendedahan di alam maya bahawa terdapat pemimpin-pemimpin PAS mengangkat Syiah secara serius.

Bagaimana pula kata-kata Haji Hadi yang penuh kontroversi yang sanggup menerima Syiah masuk PAS? Siapa pemimpin PAS yang berani menegur kata-kata Haji Hadi ini?



Read more...

DONG JIAO ZONG MELANCARKAN PERANG TERHADAP KERAJAAN

>> 28 July 2013


Hari ini Dong Jiao Zong secara terbuka melancarkan perang terhadap kerajaan. Persatuan cinabeng ini melancarkan perang bahawa konon-kononnya dasar pendidikan kerajaan akan datang yang memperjuangkan satu bahasa akan membantutkan pertumbuhan bahasa cina.

Persatuan cinabeng ini sedang giat mengumpulkan tandatangan untuk petisyen bantahan yang akan dikemukakan kepada kerajaan. Jangan hairan pula apabila akan ada Melayu bangsat yang turut sama menandatangani petisyen tersebut.

Selama ini segala permintaan puak-puak cinabeng ini telah sedaya-upaya dipenuhi oleh kerajaan. Kadangkala permintaan tersebut sangat jelas mengguris hati majoriti masyarakat Melayu. Tetapi untuk memastikan "keharmornian", orang Melayu terpaksa beralah walaupun orang Melayu sedar permintaan mereka semata-mata untuk kepentingan kaum cinabeng sahaja dan akan merugikan orang Melayu. Akhirnya PRU lepas telah terbukti bahawa mereka hanya sekadar permintaan mereka dipenuhi tetapi enggan bersama kerajaan untuk membangunkan Malaysia.

Setiap kali mereka ini tampil untuk meminta perkara yang bukan-bukan daripada kerajaan. Persoalannya, adakah ini sememangnya satu permintaan dan keperluan atau pun ianya sekadar ingin mencetuskan huru-hara?

Mungkin di sini ada jawapannya.

Di bawah adalah poster yang digunakan untuk melancarkan petisyen mengarut ini.


Di bawah ini pula poster yang digunakan oleh puak-puak Bersih.


Dimanakah persamaan di antara kedua-dua poster ini? Pastinya logo yang mempunyai lambang tangan yang menggenggam. Mungkin ada yang tidak tahu apakah maksud logo kedua-dua di atas. Video di bawah ini ada jawapannya.



Jadi masih perlukah kerajaan melayan permintaan persatuan cinabeng yang sebenarnya tidak ikhlas ini? Jadi Kementerian Pendidikan sila bertindak kerana mereka sedang giat menggunakan dewan sekolah-sekolah cina untuk menyebarkan dakyah anti kerajaan ini. Untuk pengetahuan hari ini mereka telah menggunakan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Kwo, Kuala Lumpur untuk program mengumpul tandatangan dari ibu bapa untuk pertisyen ini.

Read more...

BOIKOT FAMILY STORE PRO DAP



Family Store merupakan satu syarikat milik penuh cinabeng yang harus diboikot. Untuk pengetahuan, syarikat ini telah beberapa kali menyumbang wang untuk program politik seperti Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban Selatan pada tahun lepas. Perkara ini telah pun terlepas cakap oleh seorang pemimpin DAP Seremban.

Yang menghairankan, majoriti orang Melayu masih berbelanja di kedai ini yang terang-terang menyokong agenda DAP untuk menjahanamkan orang Melayu di Malaysia ini. Secara terus-terang, andainya orang Melayu bersatu dan tidak membeli di Family Store, dalam masa dua bulan kedai tersebut akan lingkup.

Lihat sahaja lokasi yang dipilih oleh Family Store untuk beroperasi. Daripada 8 yang beroperasi di Seremban, hanya 2 sahaja yang terletak di kawasan majoriti kaum Cina iaitu di Bukti Galena dan di Bukit Rasah. Yang selebihnya terletak di kawasan majoriti Melayu seperti di Taman Cengal, Taman Tuanku Ja'afar dan Senawang.

Kempen bertema Ramadhan untuk mengaburi mata orang Melayu
Syarikat ini terkenal dengan kerja kebajikan. Kerja kebajikan yang bagaimana?

Kerja kebajikan yang dimaksudkan ialah kerja kebajikan untuk kaum cinabeng seperti di bawah.




Cuba lihat dan kira dalam gambar ada berapa ramai kaum Melayu dan India dalam program yang dianjurkan Family Store?

Sudahlah memberi sumbangan kepada DAP, majoriti pembeli Melayu yang selama ini mengkayakan Family Store pun langsung tak dihargai. Jadi orang Melayu sila sedar. Sememangnya terbukti bahawa syarikat perniagaan cinabeng ini hanya menggunakan masyarakat Melayu sebagai alat untuk meraih keuntungan yang akan disalurkan kepada bangsa cinabeng yang tidak pernah bersyukur hidup di Malaysia ini.

Read more...

SENARAI PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI

>> 26 July 2013


1. Perlis
Pengerusi – Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan Pengerusi – Tuan Azlan Man

2. Kedah
Pengerusi – Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir
Timbalan Pengerusi – Datuk Paduka Ahmad Bashah

3. Kelantan
Pengerusi – Datuk Seri Mustafa Mohamed
Timbalan Pengerusi – Datuk Awang Adek

4. Terengganu
Pengerusi – Datuk Seri Ahmad Said
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Idris Jusoh

5. Pulau Pinang
Pengerusi – Datuk Zainal Abidin Osman
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya

6. Perak
Pengerusi – Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir
Timbalan Pengerusi Datuk Seri Ahmad Husni

7. Pahang
Pengerusi – Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan Pengerusi – Datuk Haji Mohd Shakar Shamsudin

8. Selangor
Pengerusi – Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Pengerusi – Tuan Abdul Shukor Idrus

9. Wilayah Persekutuan
Pengerusi – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Pengerusi – Datuk Raja Nong Chik

10. Negeri Sembilan
Pengerusi – Datuk Seri Utama Mohamad Hasan
Timbalan Pengerusi – Datuk Shaziman Mansor

11. Melaka
Pengerusi – Datuk Idris Haron
Timbalan Pengerusi – Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah

12. Johor
Pengerusi – Datuk Seri Mohd Khalid Nordin
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Dr. Latif Ahmad

13. Sabah
Pengerusi – Datuk Seri Panglima Musa Aman
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Panglima Saleh Said Keruak

Sumber: UMNOonline

Read more...

6 PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI DIGANTI


KUALA LUMPUR: Enam pengerusi perhubungan UMNO negeri diganti iaitu Perlis, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Johor, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 
Presiden UMNO itu berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Mungkin ini antara strategi untuk mengukuhkan lagi war room BN. Cuma kita tertanya-tanya, yang ini bila nak ganti?


Read more...

PAS BERKEMPEN ALA SAMSENG

>> 24 July 2013


KUALA BESUT: Lebih 100 penyokong parti PAS bertindak menahan kereta yang dinaiki Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang membuat tinjauan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu di sini, hari ini.

Mereka yang berkumpul di hadapan pintu pagar sekolah itu dengan membawa poster dan bendera parti, difahamkan bertindak demikian kerana menganggap ada pihak luar cuba mencampuri urusan pengundian memandangkan kereta yang dinaiki Wan Ahmad dan anggota SPR tidak mempunyai logo suruhanjaya. 

Ketika diminta mengulas kejadian itu, Wan Ahmad berkata mereka menggunakan kereta kerajaan negeri Terengganu termasuk milik Majlis Daerah Besut kerana kenderaan SPR tidak dibawa ke sini. 

"Kereta yang digunakan tidak mempunyai logo SPR kerana ia bukan kereta rasmi suruhanjaya dan penumpang juga tidak dapat dilihat dari luar kerana cermin kereta itu gelap. 

"Mereka turut tidak mempercayai polis yang cuba menjelaskan bahawa kereta itu membawa saya dan anggota SPR, sebaliknya terus mengerumuni kereta. 

"Tetapi saya bernasib baik ada beberapa pemimpin parti itu kenal dan sedar saya berada di dalam kereta kemudiannya menenangkan penyokong berkenaan," katanya yang turut melahirkan rasa kesal terhadap kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang berada di situ untuk berjumpa dengan penyokong parti, berkata kejadian berkenaan tidak sepatutnya berlaku. 
"Saya juga berpendapat kekecohan itu dilakukan oleh penyokong luar kerana penduduk Kuala Besut masih mempunyai sifat menghormati pemimpin atau tetamu yang berkunjung ke sini," katanya. 

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. 

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS, Endot@Azlan Yusof. - BERNAMA

Read more...

CALON PIL KUDA MENANGIS

>> 23 July 2013



Apa macam Haji Hadi? Ada berani buat sidang media tak?

Read more...

CALON PIL KUDA MAHU SAMAN HAJI HADI

>> 22 July 2013


KUALA BESUT: Bekas calon PKR DUN Bukit Besi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, Mohd Shamsul Mat Amin hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendakwa beliau terlibat dalam pengedaran pil kuda.

Beliau berkata tuduhan Hadi pada sesi ceramahnya di Terengganu semasa kempen PRU-13 telah menjatuhkan imej serta maruah beliau dan keluarganya.

"Saya akan failkan kes di mahkamah ke atas Haji Hadi Awang. Akibat daripada ucapan tersebut, saya sentiasa diaibkan, diejek di kalangan masyarakat kampung saya.

"Saya telah menyebabkan nama baik saya, keluarga saya tercemar, termasuk kredibiliti parti saya. Saya menderita akibat perkara ini," kata beliau pada sidang media di sebuah hotel di sini, hari ini.

Shamsul juga berkata beliau telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu pada jam 8.55 pagi ini bagi membersihkan nama beliau atas tuduhan fitnah yang dibuat oleh pemimpin PAS itu.

Kata beliau, walaupun Hadi tidak menyebut nama individu yang terlibat dalam pengedaran pil kuda tersebut, namun lokasi ceramah berkenaan menggambarkan seolah-olah beliau adalah pesalah itu.

Katanya lagi, sebagai pimpinan yang dihormati, Hadi sepatutnya menyiasat perkara itu sebelum mengaibkan mana-mana individu serta menyebarkan maklumat tidak benar kepada orang ramai.

Ditanya pemberita kenapa baru sekarang beliau membuat laporan polis, Shamsul berkata sekarang adalah masa yang sesuai kerana ia adalah pilihan raya kecil dan kenyataannya akan menjadi tumpuan media.

"Wartawan ramai, saya ambil peluang.

"Tuduhan Haji Hadi masa pilihan raya, saya juga jawab dalam pilihan raya," katanya lagi.

Pada April lalu, PAS menuduh PKR meletakkan calon “tangkap muat” dan terbabit dalam pengedaran dadah selain menjual kerusi kepada pihak lawan pada Pilihan Raya Umum ke-13. 

Dalam kenyataan yang mengejutkan, Hadi turut membidas PKR kerana bekerjasama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang beliau sifatkan sebagai berkecenderungan komunis. 

Justeru, kata Hadi, PAS tidak ada pilihan kecuali meletakkan calon sendiri di kerusi-kerusi tertentu yang diagihkan kepada PKR oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebelum hari penamaan calon.

“Ada calon-calon yang kita khuatir, calon-calon yang kita ada maklumat tukang edar pil kuda..tukang edar pil kuda, nak jadi calon macam mana?

“Orang PAS tak boleh kerja calon macam ini..terang-terang saya sebut. Orang PKR pun tak terima, sudah-sudah mahu jadi calon..dengar cerita jual pil kuda..Tak perlu sebut daripada mana,” kata Hadi.

Susulan itu, pada pilihan raya 5 Mei lalu, PAS bertembung dengan PKR di beberapa kerusi. Antaranya di DUN Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera di Terengganu.

PAS turut melawan PKR di kerusi DUN Kota Damansara, Sungei Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor serta kerusi Parlimen di Labuan. 

Semua calon pembangkang tumbang di tangan calon BN di kerusi-kersi yang menyaksikan pertandingan lebih dua penjuru itu. - antarapos

Read more...

ARTIS PAS BERDANGDUT ATAS PENTAS DI BULAN RAMADHAN

>> 21 July 2013



Banyak lagi cara boleh digunakan kalau betul-betul nak berdakwah. Hormatlah bulan Ramdhan yang mulia ini. Jangan dicemarkan dengan perkara yang boleh memalukan sesama Islam.

Read more...

NIK AZIZ KATA ORANG UMNO TAK SEMBAHYANG?

>> 20 July 2013



Read more...

CERAMAH PAS DIHADIRI 60 ORANG SAHAJA

>> 18 July 2013


KUALA BESUT 18 Julai - Sesi ceramah Pas untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut pada hari ke 7 hambar apabila dianggarkan hanya 60 orang sahaja menghadiri sesi ceramah di di padang berhampiran Sekolah Menengah (SMK) Nurul Ittifaq malam semalam.

Meskipun dihadiri oleh penceramah hebat seperti Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu ternyata sesi ceramah tersebut gagal menarik minat penduduk di kawasan berhampiran untuk menghadiri sesi ceramah tersebut.

Antara ternamaan yang hadir pada sesi ceramah tersebut termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Datuk Tengku Hassan Omar dan Calon Pas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long.


Ketika dalam ceramahnya, Mat sabu melahirkan rasa keyakinan yang tinggi kepada penduduk di Pulau Perhentian akan memberikan undi kepada Pas memandangkan Calon Pas bagi DUN Kuala Besut, pada Pilihan Raya ke-13 (PRU13) lalu

"Semalam saya berada di Pulau Perhentian, disana sambutan yang diberikan agak baik kerana calon dahulu berasal daripada sana dan undi yang kita perolehi agak sedikit pada PRU lalu. Tetapi kali ini mereka lihat penduduk disana orang yang sesuai ganti kepada wakil rakyat dahulu ialah Che Long.

"Penduduk di Pulau Perhentian nampaknya begitu mesra dengan beliau dan saya yakin penigkatan sokongan yang tinggi kepada Pas pada 24 Julai nanti akan berlaku di Pulau Perhentian,"katanya ketika berceramah," katanya. - rakyatnews

Read more...

PKR TOLONG PAS SEDIAKAN JAWAPAN JIKA KALAH PRK KUALA BESUT

>> 16 July 2013


Jertih: Seakan sudah menghidu kemungkinan untuk tewas di kubu kuat Barisan Nasional (BN), pakatan pembangkang sudah menyediakan ‘jawapan’ punca kekalahan apabila menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana menetapkan hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut diadakan pada 24 Julai depan.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Azan Ismail berkata, beliau hairan mengapa SPR menetapkan tarikh itu yang menyukarkan pengundi luar pulang mengundi.

“Saya rasa masa paling sesuai untuk pilihan raya diadakan mungkin pada Aidilfitri, sama ada raya ketiga atau keempat,” katanya selepas ceramah kempen PAS di Kampung Tok Has, Kuala Besut di sini, malam kelmarin. - Harian Metro

ps: orang kalah memang suka bagi alasan

Read more...

PASARAN AYAM DIKAWAL OLEH CINABENG

>> 12 July 2013


Tidak lama lagi Syawal akan menjelang tiba. Di waktu ini heboh mengenai harga ayam yang melambung tinggi. Harga ayam daging di Seremban sekitar RM 9.00 sekilo. Harga ayam telur pula pada harga RM 9.00 ke RM 10.00 seekor. Ini merupakan kenaikan harga ayam yang amat tinggi jika dibandingkan dengan bulan lepas. Pada bulan lepas harga ayam daging pada sekitar RM 6.50 sekilo dan harga ayam telur pula RM 7.00 seekor.

Pada keadaan ini pihak Kementerian melakukan siasatan ke pasar-pasar utama di sekitar negara. Pak Menteri turut turun dengan usaha untuk menyelesaikan masalah yang masih tiada jalan penyelesaian sejak lebih 10 tahun masalah ini berulang.

Setiap kali masalah harga ayam timbul, mengapa peruncit yang menjadi sasaran? Mengapa kajian hanya dilakukan di pasar sahaja?

Untuk pengetahuan, lebih 80% pemilik ladang ayam adalah puak cinabeng. Mereka inilah pembekal ayam hidup yang belum diproses kepada peruncit-peruncit yang majoritinya adalah Melayu. Puak-puak inilah yang sesuka hati menaikkan harga ayam. Tetapi mereka ini sama sekali terlepas dari sebarang hukuman dan yang menerima akibat tetap kepada peruncit.

Setiap kali cinabeng-cinabeng ini memberikan alasan bahawa harga makanan ayam naik, bekalan anak ayam tidak cukup dan pelbagai alasan.

Jika kita lihat hari ini, begitu ramai peruncit ayam lingkup perniagaan kerana pasaran yang tidak menentu. Tetapi pernahkah kita mendengar pembekal lingkup perniagaan? Tidak sama sekali kerana merekalah yang menentukan pasaran untuk peruncit.

Jadi kerajaan jangan sekadar mengkaji sambil lewa masalah ini. Kerajaan kena melakukan kajian dan penyelesaian yang lebih baik. Pembekal-pembekal ini sesuka hati menaikkan harga barang. Masalah ini tidak hanya kepada ayam malah ladang sayur, kolam ikan dan pembekal ikan laut juga majoritinya puak-puak cinabeng yang terus-menerus menganayai peruncit dan pengguna Melayu. Jadi sudah sampai masanya kerajaan bertindak lebih tegas dan bukan lagi sekadar menyasarkan kepada peruncit sahaja.

Read more...

UCAPAN BERBUKA PUASA BIADAB OLEH CINABENG


PETALING JAYA: Pasangan blogger kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee, sekali lagi mencuri tumpuan, kali ini menerusi laman sosial Facebook mereka apabila membuat kenyataan biadap yang mengguris perasaan umat Islam di negara ini.

Pasangan itu telah memuatnaik gambar mereka sedang menikmati juadah 'bak kut teh' yang tidak halal dimakan bagi umat Islam sebagai ucapan berbuka puasa.

Hidangan bak kut teh itu digambarkan pasangan itu sebagai 'wangi, enak dan menyelerakan'.

Tidak cukup dengan itu, Tan turut mengesahkan gambar tersebut sengaja dimuatnaik sendiri oleh mereka dengan alasan ia sekadar untuk suka-suka.

Tindakan mereka telah mengundang kritikan pelbagai pihak yang kebanyakannya menegur sikap tidak sensitif pasangan itu.

Tidak kurang pengguna laman Facebook yang turut menganggap tindakan mereka sebagai satu penghinaan dan mencari publisiti murahan sambil terdapat pengguna yang hairan apakah pasangan itu tidak mengetahui tentang sejarah 13 Mei.

The Star Online melaporkan Tan sebagai menyatakan tidak menyesal dengan tindakannya itu sambil menganggap ia sebagai 'jenaka gelap' dan cubaan mereka untuk melihat bagaimana penerimaan masyarakat mengenainya.

Ditanya sama ada beliau akan menurunkan posting tersebut, Tan tidak menolak kemungkinannya namun menegaskan sehingga kini ramai yang telah berkongsi gambar tersebut. - antarapos

Read more...

RAFIZI KANTOI!

>> 09 July 2013


Rafizi Ramli kantoi lagi. Bukan itu saja bahkan ahli Parlimen PKR kawasan Pandan,Selangor itu juga ‘terkedu’ kena penangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad di Dewan Rakyat pada Isnin.

Pada mulanya Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR mencelah Mustapa yang berucap menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di Pertuan Agong mendakwa tindakan kerajaan menurunkan harga kereta secara berperingkat menyebabkan kenaikan harga model lain selain jejaskan kualiti kereta.

Tidak berpuashati dengan jawapan menteri itu, Rafizi juga mendakwa tindakan itu menurunkan harga kereta menyebabkan ada gaji pekerja syarikat kenderaan turut diturunkan.

Bagaimanapun, Mustapa menegaskan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.

Beliau kemudian mencabar Rafizi mengemukakan bukti tetapi pemimpin pembangkang itu gagal menyatakan syarikat mana yang menurunkan gaji pekerja berikutan penurunan harga kenderaan yang dikeluarkan.

Menyedari Rafizi masih tidak menyahut cabarannya, Mustapa terus mendesak Rafizi memberikan bukti.

“Kami tidak ada terima laporan bahawa selepas Proton atau Perodua atau Nissan atau Mazda turunkan harga, gaji (pekerja) diturunkan. Kalau Pandan (Rafizi) ada maklumat, sila berikan kepada saya. Saya nak tahu syarikat yang potong gaji”.

“Kita juga tak terima laporan ada syarikat yang kurangkan harga kereta tetapi naikkan model lain, begitu juga laporan bahawa syarikat yang turunkan tetapi potong bonus,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Rafizi menyerahkan bukti bagi membolehkan kerajaan menyiasat dakwaan tersebut.

Melihat Rafizi gagal memberi bukti, Mustapa berkata dakwaan itu serius dan beliau ingin tahu supaya kes tersebut boleh dirujuk kepada Tribunal Pengguna.

“Ini satu dakwaan yang berat terhadap syarikat. Saya minta Pandan beri bukti,” katanya yang mendapat tepukan meja tanda sokongan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) selepas Rafizi terus membisu.

Di luar Dewan, ada ahli-ahli Parlimen yang mendengar ‘perdebatan’ Mustapa dan Rafizi percaya ahli Parlimen PKR itu hanya membangkitkan isu tersebut tanpa bukti kukuh.

Ini kerana Rafizi sebelum ini didapati kerap menimbulkan beberapa isu tetapi gagal mengemukakan bukti malah beliau ‘kantoi’ apabila dakwaannya didapati tidak betul dan kurang tepat.

Dalam isu harga kenderaan, Rafizi main dengan macam-macam ‘matematik’ bagi gambarkan kerajaan gagal turunkan harga kereta sehingga 30 peratus.

Kerajaan sudah menurunkan harga kenderaan secara berperingkat bagi mengelak industri kereta terpakai terjejas teruk jika penurunan mendadak. - Agenda Daily

Read more...

PKR RANCANG BOIKOT UNTUK GEMBIRAKAN CINABENG

>> 08 July 2013


IPOH 7 Julai - Selepas bermati-matian memburukkan imej Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pembangkang kini melancarkan pula gerakan menghasut rakyat memboikot akhbar Utusan Malaysia, The Star, New Straits Times (NST) dan TV3 selama tiga tahun sebelum Pilihan Raya Ke-14.

Walaupun gagal memboikot Utusan Malaysia sebelum ini, pembangkang yang tidak senang dengan pelbagai pendedahan media mengenai kepincangan pemimpin mereka turut mahu memboikot semua syarikat yang mengiklankan perniagaan di organisasi media tersebut.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli ketika mendedahkan perancangan itu dalam satu majlis makan malam parti itu di sini malam tadi mendakwa, tindakan boikot yang akan dilancarkan selepas Hari Raya Aidilfitri ini akan dilaksanakan sehingga keempat-empat organisasi media berkenaan bankrap.

"Kalau dahulu saya kejar 'lembu', lepas ini kita akan kejar Utusan, TV3, The Star dan NST. Kita harus sedar bahawa majoriti orang yang menolak Barisan Nasional (BN), kuasa ekonomi ada di tangan anda, kuasa beli ada dekat kita.

"Selepas ini, kita bukan sahaja boikot Utusan, The Star, NST dan TV3 dengan tidak membeli akhbar, malah memboikot semua syarikat yang membuat pengiklanan di keempat-empat media ini supaya mereka tidak ada pendapatan dan tiada pilihan lain kecuali tutup kedai," katanya.

Majlis yang dihadiri penyokong pembangkang yang kebanyakannya berbangsa Tionghua turut dihadiri oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presidennya, Tian Chua.

Yang turut hadir Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Gopeng, Radzi Zainon merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat.

Rafizi mendakwa tindakan boikot itu mampu dilaksanakan sama seperti perjuangan pembangkang yang kononnya menjadi punca sehingga Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.

Terdahulu, Rafizi turut menegaskan bahawa barisan kepemimpinan SPR perlu meletakkan jawatan kerana di bawah Artikel 114 Fasal Kedua jelas menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong perlu melantik ahli suruhanjaya berkenaan yang mendapat keyakinan serta kepercayaan rakyat. - Utusan Malaysia

Read more...

MASIH ADA YANG MENDOKONG AJARAN "NEW POLISHIT"?


Agakmeloyakan melihat gelagat seorang Pak Menteri yang masih menyembah kaki cinabeng dalam membuat keputusan. Mungkin Pak Menteri ini terpengaruh dengan ajaran sesat "New Polishit" yang pernah dibawa oleh seorang bekas ahli kabinet yang telah tewas pada PRU lepas.

Pak Menteri ini menentang penutupan Jonker Walk. Alasan yang diberikan adalah pelbagai. Tetapi pernahkah Pak Menteri ini sedar bahawa bekas Ketua Menteri Melaka tewas bertanding Parlimen kerana tidak dapat undi dari puak-puak pengunjung tegar Jonker Walk? Sedangkan begitu besar jasa bekas Ketua Menteri Melaka tersebut memajukan Jonker Walk semasa memegang jawatan sebagai Ketua Menteri tetapi inilah balasan yang diberikan oleh cinabeng iaitu dengan menikam bekas Ketua Menteri Melaka itu melalui kertas undi.

Situasi sama berlaku di Pulau Pinang dan ianya telah lama diamalkan tetapi Pak Menteri ini tidak pernah pula menjadi hero untuk bertindak sedemikian. Lim Guan Eng telah lama mengamalkan polisi merobohkan gerai-gerai milik orang-orang Melayu. Malah Bazar Ramadhan yang dahulunya ada banyak kini hanya tinggal tiga sahaja. Ini semuanya kerana Lim Guang Eng sedar bahawa orang Melayu tidak mahu memberi undi kepada DAP pada PRU 12 yang lepas. Adakah Pak Menteri ini berani bersuara kepada Lim Guan Eng mempertahankan orang-orang Melayu yang ditindas di Pulau Pinang?

Pak Menteri ini sudah diturunkan pangkat tetapi masih menyibuk segala urusan kerajaan yang tidak berkaitan dengan kementeriannya. Terbaru Pak Menteri ini sibuk pula menyokong akta hasutan dimansuhkan. Sedangkan hal tersebut sama sekali tidak berkait dengan kementeriannya. Pastinya kita tidak hairan andainya JPM mahu campur tangan dalam hal ini tetapi apa pula kaitannya dengan Menteri Pelancongan?

Pak Menteri ini banyak melukakan hati orang Melayu dengan tindakan-tindakan yang bolehlah dikatakan memandai-mandai. Masih ingatkah kita tentang bagaimana Pak Menteri ini boleh mengajak seorang cinabeng yang menghina lagu negaraku dan agama Islam ke Parlimen dan diberikan layanan istimewa seolah-olah cinabeng itu telah menjadi wira?

Tertanya-tanya juga kita, mengapa Pak Menteri ini begitu terdesak untuk mempertahankan cinabeng sedangkan telah terbukti cinabeng tidak lagi bersama kita. Kawasan Parlimen yang ditandinginya pun cinabeng tidak sampai 10%. Ingatkan apabila telah diturunkan pangkat Pak Menteri ini lebih bersikap rasional tetapi rupa-rupanya lebih teruk.

Harap-harap Pak Menteri ini lebih banyak bermuhasabah diri. Jangan sampai nanti digelarkan sebagai Trojan Horse dalam UMNO.

Read more...

SPR TAK BENAR RAKAM KIRAAN UNDI KUALA BESUT

>> 05 July 2013


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan rakaman secara langsung diadakan ketika proses pengiraan undi semasa pilihan raya kecil Kuala Besut.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata ini kerana ketika proses pengiraan berjalan, calon sudah mempunyai ejen yang mewakili mereka.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas SPR di sini, sebentar tadi.

Read more...

AHLI PARLIMEN DAP TAKUT?

>> 02 July 2013



Read more...




  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP