ADUN BN KELANTAN SERAH ELAUN UNTUK GAZA

>> 15 October 2014


KOTA BHARU 15 Okt - Adun Kelantan daripada Barisan Nasional hari ini menyerahkan RM27,600 sebagai sumbangan untuk disalurkan kepada rakyat Palestin yang tertindas akibat kekejaman rejim zionis.

Ia diserahkan Ketua Pembangkang di Dun, Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sebelum bermula persidangan dewan hari ini.

Ketika ditemui di luar dewan, Nozula berkata, sumbangan itu hasil inisiatif 12 wakil BN di dewan itu sebagai tanda prihatin terhadap nasib rakyat Palestin itu.

"Ia merupakan sumbangan peribadi setiap anggota BN. Kita telah nyatakan secara ikhlas untuk menderma sebahagian daripada elaun wakil rakyat dan hari ini kita zahirkan keikhlasan Adun BN," katanya.

Nozula menggesa 32 Adun Pas dan seorang wakil rakyat PKR untuk turut sama berbuat demikian.

Semalam, persidangan Dun Kelantan sebulat suara meluluskan usul tergempar mengutuk kekejaman rejim zionis terhadap rakyat Palestin. - rakyatnews

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP