HARAPAN LEBIH CERAH JIKA RAYUAN DARI PIHAK PENDAKWA DIBUAT

>> 11 January 2012


Hari ini bapa Saiful memohon kepada Peguam Negara agar rayuan untuk kes liwat Saiful Bukhari dilakukan. Dalam pada itu petikan daripada Utusan Malaysia megesahkan betapa keadaan Majlis Peguam yang dilihat berat sebelah dalam menasihati tindakan lanjut kes liwat 2.

"Saya harap pihak Peguam Negara tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan,” katanya pada sidang media di kediamannya di Bandar Utama di sini, hari ini. 
Beliau mengulas kenyataan Presiden Majlis Peguam , Lim Chee Wee yang menyarankan Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi itu pada Isnin lepas. 
Azlan, 58, berkata tindakan Majlis Peguam dilihat sebagai langkah untuk menidakkan hak seseorang warganegara diadili dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat tertinggi menurut Perlembangaan Persekutuan. 
"Majlis Peguam seharusnya bersikap “neutral” (berkecuali) dalam melihat suatu proses keadilan berlangsung dan bukannya dengan menghalang proses keadilan berlangsung. 
"Adakah gesaan itu melambangkan pendirian semua peguam-peguam di Malaysia atau hanya pendirian individu-individu tertentu yang menduduki kerusi Majlis Peguam yang berkepentingan politik?,” katanya.
Dalam pada itu, sebenarnya rayuan kes untuk memastikan kemenangan Saiful Bukhari adalah lebih cerah. Ini kerana berdasarkan penjelasan hakim, kes ini tidak menyebelahi pendakwaraya kerana 

1. integriti pendakwaraya yang gagal meyakinkan bahawa sampel DNA tidak diusik
2. keterangan mangsa yang tidak disokong dengan bukti

Jadi, dalam pada itu, semasa proses rayuan, pendakwaraya berpeluang untuk meminta mahkamah mengambil sampel DNA. Ini kerana alibi sudah cukup dan arahan mahkamah boleh dikeluarkan. Buat masa ini hakim tidak yakin dengan sampel DNA tersebut yang hanya diambil dari tuala mandi, berus gigi dan botol air mineral (bukti yang tidak kukuh). 

Jadi, sekiranya sampel dari Anwar berjaya diambil dari Anwar sendiri, kes tersebut amat kukuh dan Anwar pasti ke penjara. Cuma buat masa ini pendakwaraya perlu bekerja lebih keras untuk memikirkan cara untuk mengambil DNA Anwar dengan perintah mahkamah. Dalam pada itu, apa yang pasti liwat telah berlaku dan Anwar terlepas kerana masalah teknikal.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP