MANIFESTO PR NEGERI SEMBILAN = JANJI SAMPAH!

>> 19 January 2012


Seperti biasa, bila hampir musim PRU, Pakatan Rakyat mula menabur janji-janji kosong kepada rakyat. Pakatan Rakyat Negeri Sembilan telah pun melancarkan penipuan terbaru ini pada Ahad lepas. Seperti biasa, janji-janji yang diberikan kepada rakyat ibarat bulan dan bintang tetapi hakikatnya seperti sampah dan hanya layak dibakar!

Manifesto yang dilancarkan ini juga tidak banyak perbezaanya dengan manifesto negeri Selangor yang terdahulu. Kemungkinan ianya hanyalah sekadar manifesto yang ditiru bulat-bulat dan ditukar sedikit-sedikit supaya nampak lebih menarik. 

Janji-janji sampah ini hanyalah racun sahaja. Rupanya nampak menarik tetapi jika dikaji, semuanya tidak relevan dan penipuan semata-mata. Ini dua contoh penipuan janji-janji PR.

4.0 Pendidikan 

4.1 Mewujudkan skim bantuan pendidikan bagi memastikan setiap anak warga Negeri Sembilan mendapat pendidikan sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat SPM. (Apa yang dimaksudkan dengan skim bantuan? Selama ini skim bantuan memang ada di sekolah seperti RMT dan program susu sekolah. Lagipun yuran persekolah adalah percuma. Segala bantuan sudah diberikan. Bantuan apa lagi?!)

4.2 Memberi bantuan secara sistematik kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan sekolah-sekolah tinggi persendirian. (Kerajaan sentiasa memberikan bantuan kepada sekolah vernakular. Terbaru kerajaan pusat menyalurkan peruntukan jutaan ringgit kepada sekolah-sekolah vernakular. Dan sekolah persendirian di Negeri Sembila hanya boleh dikira dengan jari dan kesemuanya mewah-mewah belaka. Contohnya Kolej Tunku Jaafar dan Sekolah Tinggi Chung Hwa. Yuran tahunan bernilai ribuan ringgit untuk satu pelajar. Apa relevannya memberikan bantuan kepada sekolah-sekolah persendirian yang sememangnya sudah mewah?!)

Ini baru dua yang dihuraikan. banyak lagi yang masih perlu dihuraikan supaya rakyat tidak tertipu dengan janji manis ini. Saya menyarankan jika terjumpa buku jingga dan manifesto ini diedarkan, sila buang ke dalam tong sampah dengan segera kerana memang disitulah tempat yang layak benda seperti ini.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP