FATWA PAS: DEMONSTRASI HUKUMNYA HARUS?!

>> 06 January 2012


Ini ialah video Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum berdemonstrasi.


Ustaz Azhar Idrus mengeluarkan satu fatwa baru yang mengatakan demonstrasi hukumnya harus. Ustaz Azhar Idrus juga menempelak fatwa yang dikeluarkan oleh ulama' dengan alasan mereka adalah wahabi. Ini adalah ajaran sesat terbaru dari PAS yang sememangnya gemar mengelirukan umat Islam dengan hukum yang decipta mereka sendiri.

Ustaz Azhar Idrus mengelirukan orang ramai dengan menyatakan bahawa semasa era 1957, rakyat mengadakan demonstrasi untuk menjatuhkan para kerajaan British dan hal ini membawa kemerdekaan negara. Tetapi apa yang tidak disebut, zaman 1957 kita dijajah dan kerajaan di waktu itu ialah kerajaan yang dipimpin oleh para kafir tetapi pada waktu ini kita sudah merdeka dan kerajaan yang ada pada waktu ini ialah kerajaan Islam.

Fakta ini sengaja diselewengkan oleh Ustaz Azhar Idrus demi kepentingan politik PAS! Sememangnya ada dalil dan fatwa untuk melakukan demonstrasi tetapi sehingga ke hari ini belum ada mana-mana dalil yang mengesahkan demonstrasi boleh dilakukan terhadap seorang pemimpin dan kerajaan Islam!

Ini antara dalil yang dipetik dari sebuah web Indonesia.

Demonstrasi adalah haram hukumnya dikarenakan beberapa bahaya dan penyimpangan yang terjadi di dalamnya. Dan Ulama Sunnah telah mengeluarkan fatwa tentang haramnya Demonstrasi ini. Di antara mereka adalah seperti Asy Syaikh Nashiruddin Al AlBaani rahimahullah, Asy Syaikh Ibn Bazz rahimahullah, Asy Syaikh Al Utsaimin rahimahullah, Asy Syaikh Muqbil Al Waadi’iy rahimahullah,Syaikhuna Yahya Al Hajuury hafidzahullah, Fatwa Al Lajnah Ad Daaimah dan selain mereka dari Ulama Sunnah. [Ini disebutkan oleh Akhunal Faadhil Adnan Ad Dzammaary hafidzahullah dalam risalahnya“Hukmul Mudzaaharaat wa ma fiiha minal Munkaraat” hal.3 ]


“الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يَخْذُلُهُ وَلاَ يَحْقِرُهُ.
“Orang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, tidaklah ia menzaliminya, menghinanya dan tidak merendahkannya.” [H.R. Muslim]

Dan antara fatwa lain yang dikeluarkan oleh  ialah,

Seutama-utamanya jihad adalah perkataan yang benar terhadap penguasa yang zalim (HR Ibnu Majah, Ahmad, At-Tabrani, Al-Baihaqi, An-Nasai dan Al-Baihaqi)

Masih perlukah anda mempercayai kata-kata ulama' politik PAS yang gemar menghuru-harakan negara ini?!

Sila lihat juga kupasan dari Ustaz Idris Sulaiman mengenai haramnya demonstrasi 901.

1 comments:

Dot January 7, 2012 at 1:50 AM  

mengapa nak sokong orang yg karpal sahkan meliwat suka sama suka? walau apapun keputusan mahkamah, nwar memang seeorang peliwat! karpal dah endorsed pun!!

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP