SAMPAI BILA MAT SABU MAHU MENIPU?

>> 23 January 2012


Jika anda pergi ke mana-mana ceramah PAS, modal ceramah yang akan diterangkan oleh Mat Sabu hanya satu sahaja iaitu "Malaysia akan bangkrup di bawah BN". Ini kerana Mat Sabu Syiah ini merujuk kepada beberapa pemimpin kerajaan yang gagal mengawal perbelanjaan sedangkan perkara tersebut masih belum dibuktikan lagi.

Sudah bertahun-tahun Mat Sabu hanya berceramah bermodalkan perkara yang sama. Ini hanyalah penipuan yang nyata.

Mat Sabu hanya berucap menggunakan ramalan yang difikirkan sendiri tanpa disokong mana-mana fakta. Tetapi fakta menyatakan sebaliknya dan akan menutup segala kelemahan yang dinyatakan Mat Sabu.

Selama lebih 50 tahun BN memerintah, pernahkah negara bangkrup? Inilah faktanya.

Perkara ini sebenarnya sudah lama dimodalkan PAS dan Mat Sabu bukanlah orang pertama yang mewar-warkannya. Pada 30 tahun lepas pun, pemimpin-pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang juga turut menyebarkan hasutan ini dengan mengatakan "Malaysia akan bangkrup di bawah Mahathir". Tetapi sampai ke hari negara tidak mengalami apa-apa dan sangat jauh dari tahap bangkrup. Siapa yang menipu?

Perkara tidak munasabah seperti ini pun boleh dijadikan modal oleh pembangkang. Inilah menunjukkan betapa terdesaknya pembangkang untuk mencari isu dan membuktikan ketelusan mereka dalam memimpin. Agak-agaknya sampai bila Mat Sabu mahu terus menipu?

1 comments:

Dot January 23, 2012 at 1:58 PM  

TAUKE,

MAT SABU, LIM KIT SIANG & ANWAR SERTA SEMUA AHLI PR TU YE BANGKRAP IDEA!!!!

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP