KEBODOHAN PAS: KESEDIAAN MEMBUKA PINTU UNTUK SYIAH

>> 14 January 2012


Nampaknya PAS bersedia menerima Syiah asalkan menyokong PAS. Inilah ucapan yang diberikan oleh Nasrudin Tantawi dalam menangani masalah Syiah di Malaysia. PAS kini dilihat benar-benar seperti lalang dalam politik dan meletakkan kepentingan politik di tahap teratas berbanding syiar Islam.


Alasan yang diberikan ialah sekiranya pintu tidak dibuka, bagaimana caranya para ahli Sunnah hendak berdakwah kepada pengikut Syiah. Jawapan ini tidak boleh diterima. Ini kerana selama ini Syiah tidak pernah sama sekali membuka pintu untuk para ahli Sunnah. Dalam pada itu ajaran Syiah jelas terpesong dan kerana itu mereka harus ditangkap dan dismbat dalam penjara.

Ajaran Syiah yang paling tidak boleh diterima apabila mengkafirkan para sahabat Nabi saw seperti Umar, Abu Bakar malah isteri Baginda iaitu Aisyah juga dikafirkan. Alasan mereka kerana tidak bersefahaman dengan ajaran Ali sa. Dan juga darah ahli Sunnah halal bagi mereka kerana membunuh ahli Sunnah itu ialah satu bentuk jihad.

Jadi Syiah ini sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan kerajaan ahli Sunnah seperti yang berlaku pada zaman Muawiyah. Sejarah sudah pun menunjukkan secara jelas bagaimana gerakan pengikut Syiah ini untuk menguasai sesuatu kerajaan atau pertubuhan. Dan lihatlah hasilnya pada hari ini. Mat Sabu yang juga seorang pengikut Syiah diangkat menjadi orang nombor dua parti. Dan pernahkah anda mendengar Mat Sabu menyokong apa sahaja cadangan yang dikeluarkan oleh pemimpin Sunnah dalam hal berkenaan politik?

Pengikut Syiah tegar

Ayotullah Khomeini yang diangkat oleh pengikut Syiah juga merupakan seorang pengamal ajaran sesat kerana mencipta ayat Quran sendiri. Dalam pada itu Khomeini juga digelar pencuri dan penipu oleh Ulama' Syiah yang keluar daripada Syiah.

Ayat Quran ciptaan Khomeini

Jadi, saranan yang dikeluarkan oleh para Ulama' Sunnah untuk mengatasi permasalahan Syiah ialah dengan menutup pintu untuk mereka dari segala aspek. Kerana itu Jakim telah pun mengeluarkan pekeliling bahawa ajaran Syiah itu termaktub sebagai salah satu bentuk ajaran sesat dan pengamalnya akan ditangkap. Tetapi amat menghairankan apabila PAS sanggup untuk menerima pengikut Syiah ini sekiranya mereka menyokong PAS. Ke mana perginya prinsip ajaran Islam yang didokong selama ini? Mengapa agama dijual dengan harga yang murah?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP