KERJASAMA PAS DAP: SATU BENTUK PENIPUAN TERANCANG

>> 29 January 2012


Sudah genap 13 tahun kerjasama di antara DAP dan PAS. Dalam tempoh 13 tahun ini juga dapat disaksikan bagaimana pasang surut kedua-dua parti yang amat berbeza ideologi ini. Sejarahnya bermula apabila keterbukaan Nik Aziz dan Lim Kit Siang untuk merapatkan kedua-dua parti untuk mendapat lebih majoriti untuk menjatuhkan BN.

Semasa permulaan tempoh kerjasama ini, agak ramai ahli-ahli PAS dan DAP yang melakukan protes kerana kedua-dua parti tidak sehaluan dalam berbagai perkara. Malah sebelum kerjasama ini, pemimpin-pemimpin kedua-dua parti mengecam satu sama lain secara terbuka.

Dikhabarkan ramai ahli PAS mula tawar hati dengan perjuangan PAS yang sanggup bekerjasama dengan kafir harbi. Malah ada ulama-ulama PAS menyatakan bantahan dengan kerjasama ini tetapi suara-suara mereka ditutup oleh parti. Dan kerana itu, ramai ahli PAS dikhabarkan sedia untuk lompat parti.


Akhirnya beberapa pemimpin PAS bersuara. Saya masih ingat semasa menyaksikan satu ceramah PAS di Negeri Sembilan yang mana pemimpin-pemimpin PAS menyatakan bahawa antara tujuan utama PAS membuka pintu kepada DAP kerana ingin mengajar mereka supaya lebih terbuka untuk menerima Islam.

Bukan setakat itu, malah pemimpin-pemimpin PAS menyatakan dengan jelas bahawa PAS akan mendidik mereka dengan cara yang berkesan. Maka dengan itu akan terbentuklah negara Islam. Hadirin yang hadir mula teruja dengan perjuangan PAS kembali. Malah, ahli-ahli PAS yang dikhabarkan akan belot kembali yakin dengan PAS.

Dan hari ini genap 13 tahun. Benarkah PAS sudah mendidik DAP dengan baik tantang Islam?

Jika dikaji kembali, berapa ramai ahli DAP yang sudah memeluk Islam?

Tambahan pula konsep negara Islam PAS juga sudah dicampakkan sendiri oleh PAS ke dalam tong sampah kerana keengganan DAP untuk menurut kemahuan PAS. Malah pemimpin-pemimpin PAS tidak langsung menegur perbuatan pemimpin-pemimpin DAP yang sangat kurang ajar dengan orang-orang Islam di negara ini. Berjayakah perjuangan PAS ini ataupun ianya satu lagi bentuk penipuan dari PAS kepada orang Islam?


Perjuangan PAS semakin ke arah liberal yang bertentangan dengan Islam. Malah, agama dijadikan topeng mereka untuk mendapat kuasa. Sudah hancurlah segala perjuangan asal PAS diperkotak-katikkan oleh kafir harbi. Jadi, layakkah PAS menggelar diri mereka jaguh orang Islam lagi?

2 comments:

Anonymous,  January 29, 2012 at 2:44 PM  

UMNO parti HARAM. UMNO diharamkan pada tahun 1987

UMNO parti HARAM, Itu sebab UMNO tak perjuangkan Islam

UMNO parti HARAM. Patutlah UMNO tak iktiraf ulama

UMNO parti HARAM, Sebab itu orang UMNO suka buat perkara HARAM.

UMNO parti HARAM, Suka bela tokey ARAK, JUDI, DISKO, PELACURAN.

UMNO parti HARAM, Sesiapa jadi ahli UMNO mesti buat perkara HARAM

UMNO parti HARAM, ARAK, PELACUR jadi santapan harian.

UMNO parti HARAM, Pemimpin UMNO suka buat TAIK(Kejahatan)

UMNO parti HARAM, Ustaz ustazah UMNO dijadikan TISU JAMBAN untuk tutup TAIK-TAIK pemimpin UMNO (Supaya kejahatan nampak baik)

UMNO parti HARAM, Ahli UMNO dijadikan TONG TAIK(Penyokong & Pembela kejahatan)

UMNO parti HARAM, Sokong UMNO sama seperti sokong SYAITAN.

UMNO Parti Najis = Najib(Kepala Taik)

http://www.youtube.com/watch?v=sUMkCAXDQlM

http://www.youtube.com/watch?v=s4ea0c6HYOw

http://www.youtube.com/watch?v=Cm-0SRrv-1g

http://www.malaysiakini.com/news/184841

http://www.youtube.com/watch?v=t6cOBJ6JwfY

http://www.youtube.com/watch?v=b0QvT-OZRno

http://en.wikipedia.org/wiki/Genting_Group#Resort_and_casino_properties

http://malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=31330:senarai-tokoh-umno-yang-memiliki-saham-syarikat-judi


Video khas untuk orang UMNO yang miskin dulu kini dan selamanya.

http://www.youtube.com/watch?v=etyxEB6ZFDQ

Anonymous,  January 30, 2012 at 2:21 PM  

Gua caya sama lu! Kah! Kah! Kah! Kah! Oleh kerana UMNO, negara kafir makan babi adalah jauh lebih telus dan bebas rasuah! Cuma bandingkan dengan negara jiran seperti Singapura! Negara Eropah seperti Denmark! Mereka tidak makan rasuah tetapi mereka negara kafir dan makan babi! Kah! Kah! Kah! UMNO sudah menjahanamkan Islam!

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP