UMNO BEAUFORT BUAT LAPORAN POLIS

>> 09 January 2012


KOTA KINABALU: UMNO Beaufort hari ini membuat laporan polis terhadap sebuah portal yang didakwa menghina ketua bahagian itu Datuk Seri Lajim Ukin. 

Setiausahanya, Jusih Sarin berkata, UMNO Beaufort kesal dengan tindakan portal itu yang menggunakan perkataan kesat dan lakaran kartun mengejek Lajim, yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Kami terkilan dengan cara portal itu menggunakan perkataan seperti Datuk Seri Lajim 'suka melompat' dan 'dianggap sampah' dan ada juga lakaran kartun seperti katak yang menghina beliau," katanya kepada pemberita di sini.

Jusih, yang diiringi kira-kira 20 anggota UMNO Beaufort, membuat laporan polis itu kira-kira jam 3.30 petang bagi meminta polis menyiasat individu yang mungkin menggunakan portal tersebut untuk menganiaya Lajim. 

"Kami rakyat Beaufort membuat laporan polis ini kerana kami tidak mahu Datuk Seri Lajim keseorangan dalam isu ini. 

"Kami masih memerlukan kepimpinan Datuk Seri Lajim kerana beliau seorang yang prihatin dan dekat dengan rakyat," katanya. - BERNAMA

1 comments:

Anonymous,  January 9, 2012 at 9:30 PM  

Minta maaf, jika kamu UMNO atau BN, polis takkan layan.
Terima Kasih

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP