PERGADUHAN JALAN KEBUN TERCETUS KERANA HINDRAF, BUKANNYA ABU

>> 22 January 2012


Chegu Bard menuduh UMNO menyerang ceramah ABU dan Hindraf di Jalan Kebun, Shah Alam malam tadi. Sekumpulan anak muda menaiki motosikal mencetuskan huru-hara dengan membaling dan mengancam hadirin program tersebut. Kerana itu, Chegu Bard menyatakan kumpulan anak muda tersebut ialah kumpulan UMNO. Ini ialah fitnah semata-mata!

Anak-anak muda tersebut langsung tidak kena-mengena dengan UMNO. Ini kerana kumpulan tersebut langsung tidak menyerang mana-mana orang Melayu. Malah, mereka hanya mengancam golongan Hindraf pada program tersebut. Dengan kata lain, mereka tidak ada semangat kepartian tetapi semangat perkauman. Malah Chegu Bard sendiri mengakui bahawa serangan hanya terjadi kepada golongan Hindraf.



Anak-anak muda ini juga penduduk di sekitar kawasan tersebut. Dalam satu video di youtube, anda dapat melihat bagaimana anak-anak muda ini hanya mengancam kumpulan Hindraf supaya meninggalkan kawasan tersebut. Kumpulan ini tidak dapat menerima golongan Hindraf ini di kawasan mereka. Kerana itu, mereka ini bertindak untuk mengacau majlis tersebut.

Antara sebab lain, tentunya anak-anak muda ini ingin membalas dendam kepada golongan Hindraf yang menimbulkan kekacauan dalam negara dengan isu-isu rasis mereka. Dan apabila buku bertemu ruas, maka terjadilah perang besar. Golongan ektremis Melayu vs ekstremis India.


Dan seharusnya Chegu Bard sedar mengenai sensitiviti masyarakat setempat dalam isu ini. Seharusnya Chegu Bard yang harus dipersalahkan kerana langsung tidak menghormati penduduk kawasan setempat. Dan apabila Chegu Bard menuduh UMNO sebagai pencetus kekacauan, ternyata ianya sangat tidak berasas dan fitnah. Hai la Bard, banyak betul saham fitnah kau...

ps: dulu beriya-iya Hindraf ni borgolek-golek nak lawan polis, tapi bila kena gegar dengan gangster kampung goyang pulak...

3 comments:

Anonymous,  January 22, 2012 at 7:16 PM  

kesian tgk mat sabu... penat2 sikat rambut, dekat sekati minyak lenga dia pakai... last2 tak boleh berucap.... hahaha....

Anonymous,  January 22, 2012 at 7:16 PM  

kesian tgk mat sabu... penat2 sikat rambut, dekat sekati minyak lenga dia pakai... last2 tak boleh berucap.... hahaha....

Dot January 23, 2012 at 2:01 PM  

MAT SABU akan kata "malaysia dah nak bangkrap"!!!!! tu saja modai dia!!

nak cakap pasai komunis, dah tak laku. semua orang dah tau, kalu kominis perintah negara ni, pas pun takkan wujud!!

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP