HARAKAH PUN MAHU MENIPU PASAL LYNAS

>> 29 February 2012


Rakyat malaysia secara umumnya tidak menolak kemajuan apatah lagi teknologi nuklear tetapi cara projek ini dikendalikan menimbulkan kegusaran dan keresahan terutamanya tentang aspek keselamatan. 
Antara yang paling membimbangkan rakyat ini ialah kedudukan tapak loji nuklear itu terlalu hampir dengan kawasan kediaman. Jika diambil kira jarak larangan di Fukushima iaitu sekitar 40 km, maka jarak dari Gebeng Kuantan yang bakal menjadi tapak loji, tidak lebih daripada 2 km. Sebarang kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah mencecah hingga ke Kemaman di Terengganu. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 900 ribu. Sementara syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia pula adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk. - Haprakah
Haprakah dan Pakatan Rakyat tidak sudah-sudah menipu rakyat dalam isu Lynas. Terbaru Harakah mengaitkan kebocoran loji nuklear di Ukraine dan Fukushima yang membahayakan orang ramai. Dalam pada itu Haprakah juga tetap menyorokkan fakta yang paling besar dalam pembinaan Lynas iaitu,

Lynas bukan sebuah loji nuklear!!!

Lynas bukanlah loji nuklear yang menjana kuasa seperti didakwa Pakatan Rakyat. Ianya kilang memproses nadir bumi seperti kilang keluli. Bahan yang diproses ialah logam biasa yang digunakan dalam kehidupan seharian kita.

Sampai bila Pakatan Rakyat mahu terus menipu dalam isu Lynas?!

Read more...

ADAM ADLI SUDAH JADI UBAT KUAT PAKATAN RAKYAT. WAKAKAKA...


Adam Adli kini sudah menjadi produk terbaru Pakatan untuk meraih undi. Dikhabarkan mangkuk ini akan memberikan ceramah di pentas politik di Gemas, Negeri Sembilan pada 2 Mac nanti. Program anjuran Pakatan itu dinamakan "PROGRAM SISWA BANGKIT BERSAMA RAKYAT".  Tetapi sila berfikir sejenak sebelum membuat apa-apa penilaian.

1. Sudah berapa kalikah Adam Adli mengundi? (Jawapannya: 0)

2. Ada berapa banyak IPTA di Gemas? (Jawapannya: 0)

3. Adakah Adam Adli memegang apa-apa jawatan dalam komuniti siswa UPSI? (Jawapannya: tiada)

Semua kriteria untuk menjadi pemimpin tiada dalam Adam Adli. Memang benarlah telahan rakan-rakan bahawa Pakatan Rakyat sememangnya gemar mengambil sampah-sarap sebagai pemimpin mereka.

Nampaknya senang benar hendak menjadi seorang yang penting dalam Pakatan. Dengan hanya berkebolehan berdemo sudah boleh diangkat untuk berceramah di pentas politik. Wakakaka...

ps: ghaso-ghaso eh pak cik ngan mak cik kek Gomeh tu paham ko apokobondo menatang auku tuh?

Read more...

NASRUDIN TANTAWI TETAP MENGATAKAN BAI'AH DALAM PAS TIDAK SALAH DARI SEGI SYARAK

>> 28 February 2012


Nasrudin Tantawi cuba menegakkan benang yang basah dengan mengatakan bahawa bai'ah dalam PAS selaras dengan kehendak Islam yang menyuruh pengikut patuh pada pemimpin. Walhal perkara ini telah pun dijelaskan oleh Ustaz Fathul Bari bahawa bai'ah untuk tujuan ini tidak selaras dengan kehendak syarak.

Dalam pada itu Nasrudin Tantawi menyelar kenyataan Ustaz Fathul Bari yang mengatakan bahawa bai'ah PAS tidak patut disamakan dengan hukum syarak.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, istilah ikrar, perjanjian atau akujanji adalah lebih tepat untuk digunakan dalam konteks politik kerana tidak dibenarkan berbai'ah dalam perkara-perkara yang melanggar syariat. 
Lebih-lebih lagi katanya, bai'ah yang diwajibkan oleh Pas untuk setiap calon parti itu yang bertanding dalam pilihan raya seperti dinyatakan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin adalah terlalu radikal. 
"Bai'ah yang diperkenalkan Pas itu terlalu radikal sehingga dikatakan boleh mendatangkan kecelakaan dunia dan akhirat kepada sesiapa yang melanggarnya. - Utusan Malaysia
Di sini nampak jelas bahawa sebenarnya tiada dengki-mendengki berlaku seperti didakwan Nasrudin Tantawi. UMNO langsung tidak melahirkan kegusaran dalam PAS melakukan bai'ah cuma apa yang penting adakah ianya kehendak syarak atau sebuah lagi hukum baru PAS?

Dalam pada itu Nasrudin menyebut sepotong ayat al-Quran dari Surah al-Fath ayat 10 yang bermaksud,
“Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya sendiri dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar”.
Ayat suci ini cuba dibelitkan Nasrudin. Mari lihat skop bai'ah PAS dan bai'ah dalam Islam.

1. PAS hanya mewajibkan bai'ah kepada pemimpin parti sedangkan ahli biasa tidak perlu. Pada zaman Rasulullah bai'ah diwajibkan ke atas semua umat Islam untuk akur kepada Nabi Muhammad saw.

2. Bai'ah pada zaman nabi dilakukan ke atas Nabi Muhammad sendiri yang merupakan junjungan mulia kita sedangkan bai'ah PAS dilakukan atas nama parti politik yang terjilat-jilat kafir harbi seperti Ambiga, Teresa Kok dan Ronnie Liu. 

3. Ada YB PAS menerangkan betapa bai'ah PAS boleh menyebabkan isteri jatuh talak tiga sedangkan ianya amat bertentangan dengan hukum Islam.


Jika begini, masih selaraskah bai'ah PAS dengan kehendak syarak? Bukankah ianya seperti hukum Islam cuba diubah-ubah oleh PAS?

Sememangnya benar bahawa agama Islam menuntut umatnya akur kepada pemimpin. Tetapi matlamat tidak menghalalkan cara. Inilah yang berlaku dalam PAS.

Dalam pada itu perkara pokoknya bai'ah PAS ini hanyalah untuk parti dan tidak kepada Islam. Jika tidak para pemimpin PAS tidaklah terkinja-kinja semasa BERSIH dahulu sedangkan PM sudah acap kali menyuarakan amaran larangan berdemo. Mengapa arahan PM diingkari sedangkan suruhan Ambiga dituruti? Adakah ini yang dimaksudkan dengan bai'ah PAS iaitu taat setia kepada pemimpin walaupun pemimpin tersebut kafir harbi?

Jadi, dimanakah yang dikatakan bai'ah PAS selaras dengan syarak?!

Read more...

PENDEDAHAN: DAP DAN PKR MENIPU FAKTA MENGENAI LYNAS!


DAP sekali lagi menipu fakta mengenai Lynas dalam akhbar lidah pembelit mereka iaitu Roketkini. Dalam satu ruangan, satu artikel mengenai bahaya kesan projek Lynas didedahkan. Penulis tersebut Ronnie Liu yang konon-kononnya hendak menjadi pakar nuklear Malaysia.

Di samping itu, dalam dunia perniagaan negara China memegang monopoli pembekal terbesar didunia bagi nadir bumi ini. Di inner Mongolia, kawasan Bautou. Ia sudah lama menjadi tempat penapisan nadir bumi terbesar di dunia. 
Disebabkan kebocoran sisa air ini, 70.9 peratus daripada penduduk tempatan mengalami penyakit kanser dan kerajaan negara China telah membayar pampasan kepada mangsa pendedahan sisa radioaktif ini tetapi sudah tentu tidak mencukupi. 
Menyedihkan lagi, penduduk Bautou tidak mampu untuk meninggalkan tempat tersebut dan tidak dapat menampung kehidupan yang lebih tinggi diluar. Oleh itu mereka terpaksa menjalani kehidupan disana walau pun mengalami keracunan yang kritikal. 
Mengikut penduduk tempatan di sana, sumber utama pendapatan mereka disana adalah daripada kegiatan pertanian tetapi pada hari ini, hasil tanaman disana tidak boleh dimakan kerana mengakibatkan cirit-birit. 
Sumber air disana juga tidak boleh diminum kerana selepas air itu dididihkan, bahan sisa dapat dilihat terapung diatas air. Kegiatan perlombongan juga untuk memperolehi mata air untuk kegiatan pertanian juga terjejas kerana sumber air tercemar. 
Ini jelas menunjukkan tahap pencemaran yang serius di kawasan tersebut. Selain daripada penyakit kanser, penduduk dikawasan Bautou juga mengalami masalah osteoporosis, hemiplegia, kelonggaran gigi dikalangan golongan orang dewasa. 
Kanak-kanak mengalami kerosakan gigi dan boleh dicabut begitu sahaja. Kerajaan negara China sudah mula risau mengenai tahap pencemaran di kawasan Baotou kerana tanda-tanda pencemaran berskala besar telah dikenalpasti di Sungai Huang He dan mungkin akan mengakibatkan masalah yang tidak dapat diduga. 
Sebagai rakyat negara ini, kita tidak mahu melihat Malaysia sebagai negara yang mengerikan. - Roket penipu kini

Ronnie Liu cuba mengaitkan keperitan penduduk Baotou dengan apa yang bakal dihadapi di Malaysia sekiranya projek Lynas dijalankan. Dalam pada itu kita pastinya akan merasa teramat takut dan ketar lutut sekiranya terbaca hujah Ronnie Liu ini.

Tetapi...

Terdapat banyak fakta yang diselewengkan dan disorokkan dalam penjelasan Ronnie Liu. 

Reaktor pemprosesan di China merupakan loji nuklear yang memproses plutonium Plutonium merupakan bahan aktif nuklear yang digunakan untuk menjana senjata nuklear. Malah unsur plutonium juga mengandungi sinar x, y, dan z yang sememangnya terlalu bahaya untuk manusia. (KLIK)

Malah laporan antarabangsa dikeluarkan banyak pihak betapa reaktor plutonium di China merupakan reaktor terbahaya di dunia kerana memproses bahan terlalu bahaya. (KLIK)

Lynas pula jauh berbeza. Projek reaktor ini akan memproses nadir bumi dari Gunung Weld, Australia. 

Apakah yang terdapat di Gunung Weld? Adakah unsur tersebut sama dan seangkatan dengan plutonium?

Jawapannya tidak sama sekali! Unsur yang berada di Gunung Weld jauh lebih selamat seperti niobium dan tantalum (KLIK). Malah unsur tersebut digunakan dalam kehidupan seharian kita tanpa sebarang masalah tanpa kita sedari. Contohnya, niobium digunakan dalam besi aloi (KLIK) dan tantalum digunakan sebagai kapasitor dalam telefon bimbit, pemain DVD dan komputer (KLIK).

Jadi adakah dengan keselamatan penduduk setempat terjamin dengan projek Lynas ini?

Jawapannya selamat kerana nadir bumi yang diproses tidak sama sekali terlalu bahaya seperti plutonium. Jika tidak, masakan sehingga ke hari ini masih tiada laporan kematian akibat perlombongan nadir bumi di Gunung Weld?!

Ini merupakan fakta yang perlu diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia mengenai bahan yang akan diproses di Lynas.

Fakta 1: Sinar radiasi nadir bumi dari Gunung Weld tidak berbahaya kerana ianya sinar radiasi jenis semulajadi! Ianya langsung tidak berbahaya!

Fakta 2: Sinar radiasi nadir bumi dari Gunung Weld lebih rendah dari sinar radiasi lombong bijih timah!

Fakta-fakta ini cuba disorokkan dari rakyat supaya mengaburi betapa projek Lynas terlalu berbahaya sedangkan ianya sama sekali tidak berbahaya! Kerana itu Dr. Che Rosli menyatakan dengan jelas betapa Lynas tidak memproses bahan nuklear dan berbahaya seperti dilaporkan pembangkang!



Jadi, telah terbukti Himpunan Hijau hanyalah penipuan yang dibawa PKR dan DAP untuk mengaburi mata rakyat untuk agenda politik mereka.

Cabaran untuk Ronnie Liu: Sila tampilkan pakar saintis nuklear yang boleh mengesahkan Lynas tidak selamat!

Read more...

PERANG PAS VS ANWARINAS


ALOR SETAR 27 Feb. – Usaha golongan ‘Anwarinas’ untuk menggugat kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak tercapai apabila lapan penyandang Exco bersetuju dilantik semula sebagai Exco dan akan menghadiri majlis pelantikan di Istana Anak Bukit, esok.

Mereka yang menerima surat tawaran dilantik semula sebagai Exco antara pukul 12 tengah hari hingga 3 petang hari ini, turut menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Azizan.

Exco-exco yang dijadual mengangkat sumpah adalah Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pelajaran, Datuk Mohamed Taulan Rasul; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Industri, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, Abd. Ghani Ahmad serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Siti Ashah Ghazali.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan Tan Chow Kang; Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia, Lim Soo Nee dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, Datuk S. Manikumar turut dijangka hadir pada majlis itu.

Baru-baru ini, Exco kanan, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan penyandang Exco, Dr. Ismail Salleh menghantar surat kepada Azizan untuk menolak cadangan pelantikan sebagai Exco.

Walaupun nama Amiruddin, Siti Ashah dan Dr. Hamdan turut dikaitkan untuk turut mengikuti jejak langkah Phahrolrazi dan Dr. Ismail bagi menggugat kepimpinan Azizan, namun ketiga-tiga mereka menafikannya.

Pada sesi raptai majlis pelantikan hari ini, tiga daripada lapan Exco yang dilantik tidak hadir iaitu Siti Ashah, Dr. Hamdan dan Manikumar.

Lima penyandang Exco yang hadir pada majlis raptai pada pukul 9 pagi itu ialah Mohamed Taulan, Amiruddin, Abd. Ghani, Chow Kang dan Soo Nee.

Menurut Dr. Hamdan, beliau tidak dapat hadir ke majlis raptai itu kerana baru sahaja pulang hari ini setelah berada di Bangkok dan Kuala Lumpur atas urusan kerja.

“Jangan risau esok saya ada di sana. Raptai majlis pelantikan Exco pada 2009 dan 2010 pun saya tak pergi walaupun tahu cara majlis tersebut berlangsung,” jelasnya.

Siti Ashah pula berkata, beliau mempunyai tugas di kawasan tetapi memberi jaminan akan hadir untuk mengangkat sumpah esok.

“Saya mesti terima tawaran yang telah diberikan ini,” jelasnya.

Amiruddin berkata, beliau akan hadir ke majlis pelantikan tersebut dan bersedia menerima apa sahaja portfolio yang diamanahkan oleh Azizan.

Dalam itu, Mohamed Taulan berkata, sebagai orang parti para pemimpin Pas perlu taat dan setia kepada pucuk pimpinan serta akur dengan sebarang keputusan yang dibuat oleh pemimpin parti.

“Sesiapa yang masuk dalam dunia politik memang impian dia nak jadi Perdana Menteri, Menteri Besar ataupun Menteri. Tetapi jangan lupa kita kena akur kepada takdir yang telah ditentukan oleh Allah,” katanya.

Nada yang sama disuarakan oleh Abd. Ghani, Soo Nee dan Chow Kang yang turut mengesahkan kehadiran pada majlis pelantikan Exco esok.

Manikumar yang mengesahkan akan hadir menjelaskan, beliau tidak dapat hadir ke majlis raptai hari ini.

Kerajaan Pas Kedah mempunyai 10 Exco, bagaimanapun pelantikan esok hanya melibatkan lapan Exco manakala dua lagi Exco dijangka dilantik selepas 7 Mac ini. - Utusan Malaysia

Read more...

HIMPUNAN HIJAU SUDAH MENJADI HIMPUNAN HITAM. TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN

>> 26 February 2012


Himpunan Hijau tidak mendapat sambutan seperti dijangkakan. Jumlah hadirin dianggarkan sekitar 4 000 ke 5 000 sahaja. Malah apa yang agak kelakar apabila beruk-beruk Pakatan yang selalunya gemar berguling-guling di atas jalan tidak melakukan perkara tersebut kerana tidak cukup gang untuk berguling.

Soalan bonus: Dari jumlah hadirin ini, berapakah jumlah penduduk Kuantan dan sekitar Pahang yang menyertai perhimpunan tersebut?

Ini tanda-tanda Fuziah Reaktor bakal ditendang dari kerusi Parlimen Kuantan tidak lama lagi. Selamat tinggal PKR.

Sila baca di blog 1peluru untuk lebih lengkap.

Read more...

USTAZ PKR BERNAFSU BESAR RUPANYA...


Memang rendah akhlak pemimpin PKR. Terbaru terdengar khabar angin bahawa Ustaz Badrul Amin ditangkap khalwat bersama isteri orang. Memang besar sungguh nafsu ustaz ni. Belum pun luntur inai di jari bersama isteri muda, ustaz ni dah berminat nak pasang baru.

Apa punya ustaz perangai macam ni. Dan nampak gayanya tidak dapatlah Ustaz Badrul Amin menyertai Himpunan Hijau anjuran Fuziah Reaktor. Lagi meroyanlah pemimpin PKR hendak menutup bangkai gajah...

Read more...

PETISYEN KEDUA BETINA RASIS MASIH TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN

>> 25 February 2012


Betina rasis semakin terdesak untuk mendapat sokongan rakyat untuk menyokong pembinaan SMJK Katolik dan SJKC Yak Chee di Puchong. Sebelum ini, satu petisyen telah dilancarkan dengan mengambil tanda tangan secara online tetapi tidak mendapat sambutan. (KLIK).

Terbaru, satu lagi petisyen dilancarkan menggunakan facebook dengan hanya menekan butan "like" kepada laman tersebut.


Malangnya petisyen kedua ini masih tidak mendapat sambutan dengan hanya 200 sahaja jumlah pengunjung yang memberikan sokongan.

Nampaknya jelas bahawa pembinaan kedua-dua sekolah ini di Puchong sudah tidak relevan. Apakah betina rasis masih tidak faham lagi?!

Read more...

PEMECATAN AHLI KITA TIDAK SAH. SEMAKIN BERCELARU PARTI KITA



KOTA BAHRU - Pengerusi Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita) Negeri Kedah, Zamil Ibrahim membuat laporan polis kerana mendakwa pemecatannya tidak sah dan berlaku penipuan amanah dalam parti itu.

Zamil, yang diiringi kira-kira 10 pengikutnya, membuat laporan terhadap Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Kita, Wan Hasemah @ Wan Norjam Wan Sulaiman dan setiausahanya, Masrum Dayat di Balai Polis Kota Baharu kira-kira 5.30 petang.

Dalam laporan itu, Zamil mendakwa kedua-dua individu melakukan penipuan dan pecah amanah tugas bersabit pemecatannya.

Beliau memberitahu pemberita laporan itu dibuat bagi membolehkan polis menyiasat kedua-dua individu berkenaan yang terlibat secara langsung dalam hal surat-menyurat dengannya memandangkan beliau telah pun menjawab surat tunjuk sebab berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan mencemuh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di TV3 pada 6 Jan lalu.

Zamil juga bertegas beliau masih anggota Kita serta Ketua Negeri Kedah yang sah.

Beliau juga berkata anggota dan pemimpin Kita akan bermesyuarat malam ini dan esok bagi memutuskan tindakan terhadap presiden parti Datuk Mohd Zaid Ibrahim, yang sebelum ini mengumumkan mahu membubarkan parti itu tetapi dibantah anggota parti. - Bernama

Read more...

HIMPUNAN HIJAU: SUDAH-SUDAHLAH TU...

>> 24 February 2012


Fuziah Reaktor nampaknya semakin menjadi-jadi dalam mempolitikkan isu Lynas. Terbaru Himpunan Hijau akan diadakan untuk membantah projek Lynas.

Ini sebenarnya hanyalah satu lagi modal pembangkang untuk mempolitikkan isu-isu semasa. Apa yang pasti 90 peratus daripada hadirin pada hari tersebut adalah pembangkang. Tetapi apabila ditanya mengapa mereka berhimpun, belum tentu lagi mereka tahu apa tujuan Himpunan Hijau tersebut melainkan mereka berkumpul untuk menunjukkan sifat beruk mereka seperti apa yang berlaku pada Himpunan 901 dan BERSIH.

Semuanya hanyalah sekadar untuk menjaga kesinambungan politik Anwar Ibrahim dan Fuziah Reaktor yang dilihat semakin malap untuk meraih undi di Pahang. Sekiranya Fuziah Reaktor benar-benar ikhlas, pastinya debat di Dewan Rakyat boleh dilakukan. Sebelum ini pun banyak kali debat mengenai isu Lynas diadakan dan mengapa tidak dibangkitkan segala usul untuk penyelesaian?! Bukankah ini hanyalah sekadar politik Parti Bermata Satu?!

Malah sehingga ke hari ini rakyat masih tertanya-tanya pakar dari manakah yang digunakan Fuziah Reaktor untuk menyelesaikan masalah Lynas? Atau adakah sebenarnya Fuziah Reaktor sendiri yang sekadar buat-buat pandai?

Read more...

LAGI EXCO KEDAH PROTES


ALOR SETAR: Seorang lagi Ahli EXCO Kedah dikatakan menghantar surat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu yang dijadualkan diumumkan Selasa depan.

Perkembangan terbaru itu menjadikan dua Exco kanan kerajaan PAS Kedah enggan dilantik semula kerana dikatakan tidak berpuashati dengan corak pentadbiran Azizan.

Dua nama yang disebut-sebut berbuat demikian adalah Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh. 

Phahrolrazi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika dihubungi untuk mengesahkan perkara itu, berkata beliau akan mengadakan sidang media berhubung isu terbabit jika ada keperluan berbuat demikian. 

“Buat masa ini, adalah lebih wajar saya tidak membuat sebarang kenyataan. Insya-Allah, sampai masanya nanti saya sendiri akan berikan kenyataan dan ia mungkin diadakan dalam masa terdekat, bergantung dengan kesesuaian masa,” katanya. 

Sementara itu, Dr Ismail yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan, berkata buat masa ini beliau belum bersedia memberi sebarang kenyataan mengenai perkara itu. 

Ditanya mengenai dakwaan beliau sudah menghantar surat kepada Menteri Besar, Dr Ismail berkata: “Tanyalah pada Menteri Besar, mungkin beliau lebih tahu. Saya tidak mahu komen apa-apa lagi.” 

Selain dua EXCO kanan berkenaan, seorang lagi EXCO yang disebut-sebut akan berbuat demikian adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib. Bagaimanapun, beliau tidak dapat dihubungi untuk menjelaskan perkara itu. 

Difahamkan, mereka bertindak demikian kerana kecewa dengan sikap dan kepemimpinan Azizan berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini. Surat kepada Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dikatakan dihantar sejak seminggu lalu dan Azizan sudah memaklumkannya kepada kepemimpinan tertinggi PAS Pusat. 

Menurut sumber, mereka juga sudah dinasihatkan oleh kepemimpinan PAS Pusat supaya menimbang semula hasrat itu kerana bimbang akan menjejaskan peluang pembangkang kekal berkuasa di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang. 

Sebelum ini, kepemimpinan Azizan dipertikaikan pelbagai pihak termasuk pemimpin pembangkang dan PAS, khususnya isu penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dilaksanakan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). 

Selain itu, tindakan kerajaan PAS Kedah yang bertegas mahu merobohkan Madrasah Salihiah di Kanchut, bagi memberi laluan kepada pembinaan kompleks beli-belah mendapat perhatian kerana menyentuh sensitiviti umat Islam di negeri ini

Read more...

VIDEO PROTES CERAMAH ANWAR

>> 20 February 2012

Read more...

LANJUTAN KISAH PAS PECAT GURU AL-QURAN KERANA PERBEZAAN PARTI POLITIK (HARAKAH PEMBELIT!)

>> 19 February 2012


PAS kawasan ini menyangkal dakwaan Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff kononnya 76 ahli dan penyokong PAS menyertai parti itu. 
Sebaliknya Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pasir Puteh, Abdul Shakur Sharrie(gambar) berkata, hanya seorang bekas penghulu dan seorang wanita yang dikenal pasti menyertai PPP di majlis berkenaan. 
“Yang lain-lain hanya ahli-ahli dan penyokong Umno dikatakan menyerah borang menyertai PPP pada satu program Maulidur Rasul yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Panggung, baru-baru ini. 
“Bekas penghulu terbabit sudah lama tidak aktif dalam PAS. Manakala seorang lagi iaitu wanita dilantik sebagai guru al Quran yang mendapat elaun daripada kerajaan negeri,” katanya di sini. 
Jumaat lalu media mendakwa 76 ahli dan penyokong tegar PAS Kampung Wakaf menyerah borang keahlian PPP pada majlis Maulidur Rasul anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah terbabit. 
Manakala semalam Nik Sapiea pula mendakwa seorang guru Halaqat diberi amaran dilucutkan jawatan dan elaun selepas menyertai PPP.
Shakur berkata, dakwaan pemimpin terbabit tidak berasas sama sekali dan kenyataan tersebut adalah fitnah bagi memburuk-burukkan kerajaan negeri dan PAS.
Senang benar bagi PAS mengatakan bahawa tuduhan tersebut adalah fitnah. Jika fitnah, masakan isu seperti ini sengaja ditimbulkan?! Tambahan pula apa kena-mengena pula ahli UMNO masuk PPP?!

Selama ini pun bukannya ada halangan untuk mana-mana ahli UMNO keluar dan masuk kerana UMNO bukannya seperti PAS yang memperkenalkan baiah talak tiga dan macam-macam lagi oeraturan pelik untuk ahli parti. Ini kerana parti politik bukannya agama!

Malah Harakah sendiri gagal menamakan individu tersebut. Boleh percayakah cakap PAS ini?

Harakah sendiri mengakui betapa guru tersebut mendapat elaun dari kerajaan negeri. Jadi adakah ini lesen untuk memecat orang sesuka hati? Bukankah ini namanya pencabulan hak pekerja?!

Read more...

BUSUK SUNGGUH HATI PUAK-PUAK PAKATAN


Amat tidak difahami mengapa pencacai Pakatan Rakyat terpekik sana sini di Facebook Curtin University di atas penganugerahan kehormat. Malah ada yang tanpa segan silu mendakwa Rosmah membeli anugerah tersebut. Memang kaki fitnah puak-puak Pakatan ni...


Malah portal rasis Malaysiakini juga tanpa segan silu mempamerkan komen-komen pencacai pembangkang yang menggesa anugerah Rosmah ditarik balik. Ini sudah melampau. Kenapa tuduhan-tuduhan dan hasutan mesti dikeluarkan sedangkan tiada apa-apa yang berlaku? Adakah Pakatan Rakyat memikirkan dengan penerimaan anugerah dari Curtin University maka Pakatan Rakyat akan kehilangan sokongan?!

Read more...

HASAN ALI: PEMIMPIN PAKATAN SELANGOR PENGGIAT MAKSIAT


KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata, ada pemimpin kerajaan Selangor termasuk daripada PAS sendiri menerima perbuatan maksiat oleh umat Islam sebagai satu cabang hak asasi manusia.

Beliau berkata, dalam tempoh lebih tiga tahun menjadi EXCO menjaga hal ehwal Islam kerajaan Selangor, beliau cuba menegakkan Islam melalui peruntukan enakmen syariah negeri terhadap orang Islam tetapi mendapat bantahan kuat DAP dan PKR yang bersama PAS membentuk kerajaan negeri.

“Mereka memberi alasan apa yang saya buat bertentangan dengan prinsip hak asasi, kebebasan untuk buat pilihan dan ada menyatakan apa salahnya siang-siang sudah teruk bekerja dan biarlah malam dia melakukan sesuatu yang melegakan dengan girlfriend,” katanya semasa ditemuramah dalam program bual bicara Helo Malaysia BernamaTV di saluran 502 Astro, malam tadi.

Sesi selama satu jam itu dikendalikan bersama Timbalan Ketua Pengarang BERNAMA, Datuk Zulkefli Salleh dan kolumnis ‘Cuit’ Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan yang juga Penolong Ketua Pengarang akhbar itu.

Ditanya tidakkah beliau mendapat sokongan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam urusan Islam, Hasan berkata: “Saya tidak boleh letakkan percentage (peratus) pada ketua saya, tetapi yang saya boleh katakan dalam hal itu saya tidak dapat sokongan padu daripada atas dan teman EXCO yang lain. Bila hal Islam, memang banyak halangan”.

Saya digugurkan bukan kerana salah guna kuasa, tidak bermoral, minum atau liwat tetapi saya dipecat kerana hendak tegakkan Islam, martabatkan Melayu dan nak tegakkan institusi raja.
 
“Jika Putrajaya jatuh ke tangan golongan parasit itu, negara Islam tidak akan dapat ditegakkan kerana ini sudah dibuktikan di Selangor,” katanya.

Hasan berkata, dalam kerajaan PAS Kelantan juga wujud parasit yang dekat dengan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Takkan (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul) Hadi Awang dan Nik Aziz tidak layak jadi Perdana Menteri? Takkan pasal pakai kopiah tidak boleh jadi Perdana Menteri sedangkan ada banyak pemimpin luar tidak fasih berbahasa Inggeris. 

China jadi kuasa ekonomi dalam dunia walaupun tidak pandai cakap orang putih,” katanya. – BERNAMA

Read more...

AKHIRNYA LIDAH BERCABANG GUAN ENG HILANG KEPETAHAN BERKATA-KATA

Gambar dari Utusan Malaysia

Akhirnya terbongkar sudah segala penipuan Lim Guan Eng kepada maysarakat cina. Selama ini Guan Eng gemar menggembar-gemburkan betapa kerajaan DAP Pulau Pinang adalah sangat hebat selaras dengan kehendak rakyat. Tetapi semasa debat diantara Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek, tiada satu pun soalan yang mampu dijawab Guan Eng terutamanya isu tol di Pulau Pinang.

Saya antara wakil yang menghadiri sidang debat itu. Dapat dilihat bagaimana wajah Lim Guan Eng seolah-olah hilang rasionalnya apabila ditanya mengenai keupayaan kerajaan DAP dan janji-janji yang lalu. Seperti biasa, taktik yang digunakan ialah menyerang UMNO padahal isu yang dibangkitkan ialah mengenai DAP.

Lim Guan Eng gagal menjawab dengan fakta sebaliknya mengalihkan dengan temberang murahan. Portal pembangkang seperti Malaysiakini pula tidak habis-habis memenangkan Lim Guan Eng sedangkan sangat jelas semasa debat penyokong-penyokong DAP hanya mampu berdiam dan bergendang apabila Lim Guan Eng mengutuk kerajaan sedangkan soalan tidak langsung dijawab!

Akhirnya, Lim Guan Eng check-mate!

ps: amat setuju dengan kenyataan Chua Soi Lek, "saya tiada jawatan dalam kerajaan dan bukannya Ketua Menteri tetapi saya masih boleh menjawab soalan penonton".

Read more...

PAS PECAT GURU AL-QURAN KERANA PERBEZAAN PARTI POLITIK

>> 18 February 2012



KOTA BHARU 18 Feb. - Parti Progresif Penduduk (PPP) kecewa dengan kerajaan Kelantan pimpinan Pas yang memecat seorang guru halaqah (guru al-Quran) selepas guru berkenaan serta suaminya mengumumkan menyertai PPP di Pasir Puteh, tiga hari lalu.

Naib Presiden PPP, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff berkata, tindakan Pas itu tidak profesional dan mengamalkan politik dendam yang sama sekali tidak mencerminkan parti berteraskan Islam.

"Saya sedih guru ini dipecat sebagai guru halaqah sebaik menyertai PPP dan perkara ini sepatutnya tidak berlaku dan saya meminta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Mat memandang serius perkara ini.

"Tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang sama sekali tidak akan memecat mana-mana pihak yang tidak menyokong BN dan ini satu lagi bukti kezaliman kerajaan Pas," katanya dalam sidang akhbar di rumahnya di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu adalah guru berkenaan, Siti Rokiah Mohd Zain, 53, serta beberapa bekas penyokong setia Pas yang menyertai PPP baru-baru ini.

Kesemua 80 bekas anggota Pas Kampung Wakaf, Pasir Puteh telah mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyertai PPP dalam satu majlis dan borang penyerahan menyertai PPP itu diserahkan sendiri kepada Nik Sapeia.

Nik Sapeia berkata, sebaik selesai majlis penyerahan borang keanggotaan itu, Siti Rokiah telah dimaklumkan oleh seorang pemimpin Pas yang beliau dipecat menjadi guru halaqah dan tidak lagi mendapat elaun bulanan sebanyak RM200 sebulan.

Sehubungan itu Nik Sapeia mengumumkan pihaknya akan membantu Siti Rokiah dengan membayar elaun sebanyak RM200 sebulan seperti mana elaun yang diperolehnya sebelum ini, bermula bulan ini.

"Mana-mana guru agama yang dipecat kerana menyertai PPP dan menyokong BN, saya akan bertanggungjawab dengan membayar semula ganti rugi itu sehingga seperti mana syarat yang dikenakan oleh kerajaan Kelantan itu," katanya. - BERNAMA

Read more...

JOM TENGOK BAPOK JOGET



Apa nak jadik la dunia sekarang. Bak kata Husin Lempoyang, "dunia, dunia...".

Read more...

PAS MASIH MEMBENARKAN KAFIR MEMBACA AYAT SUCI AL-QURAN



Si kafir ini menyampaikan ceramah seolah-olah sangat arif dengan selok-belok Islam. Ayat al-Quran dibaca dengan tunggang-langgang. Malah tanpa segan silu si kafir ini melaungkan takbir untuk pengikut khawarij. Apa sudah jadi dengan PAS?! Masih lagi menggadai kesucian agama kepada kafir?!

Ini sesungguhnya seolah-olah satu penghinaan kepada umat Islam apabila si kafir ini boleh sesuka hati mempolitikkan hukum agama Islam. Malah kebodohan PAS apabila sekadar menjadi Pak Angguk dalam ceramah tersebut.

Sila baca laporan penuh di Sungai Rapat Online.

Read more...

PENDUDUK ENDAU SUDAH MEMBANTAH KEHADIRAN ANWAR


MERSING 17 Feb. - Kira-kira 200 orang yang mewakili pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan bantahan secara aman terhadap kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Endau di sini untuk berceramah Ahad ini.

Kumpulan tersebut yang terdiri daripada wakil Pergerakan Pemuda UMNO, MCA, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Mersing serta Persatuan Belia Endau mendakwa kehadiran Ketua Umum PKR itu hanya akan memecah-belahkan perpaduan penduduk di kawasan tersebut.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Mersing, Youzaimi Yusuf berkata, penduduk di daerah ini menolak kehadiran Anwar kerana kehadirannya akan menimbulkan rasa kurang tenteram, selain ceramah beliau hanya akan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan.

"Masyarakat di sini membantah kehadiran Anwar dan kita tidak sekali-kali akan terpedaya dengan janji manis yang ditaburkan kepada penduduk Mersing kerana kami sentiasa menyokong dan berdiri teguh bersama kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami tidak mahu Anwar yang menyokong negara Israel hadir ke tempat tinggal kami kerana ia akan mengubah suasana harmoni dan keselesaan penduduk yang telah sekian lama terjalin baik antara pelbagai kaum," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan bersama Setiausaha MCA Bahagian Mersing, Tan Ah Fatt di Balai Polis Endau di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Belia Endau, Musranizam Musa berharap golongan belia tidak terpedaya dengan agenda peribadi Anwar kerana ia hanya akan merosakkan keharmonian penduduk di kawasan itu.

"Kami mahu keamanan sedia ada di sini dikekalkan dan kehadiran Anwar pasti memecah-belahkan penduduk," katanya.

Read more...

ANWAR MASIH CUBA MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH

>> 17 February 2012


Kenyataan media dari Anwar nampaknya semakin membelit kenyataan yang dibuatnya. Terbaru, Anwar terus mengatakan kenyataannya di Wall Street journal adalah benar sedangkan satu dunia dapat membaca dengan tepat apa yang dinyatakan Anwar.

Anwar tanpa segan silu memutar-belit kenyataan pemimpin dunia mengenai Israel.

Kenyataan Anwar di Wall Steet Journal,

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,”

Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi,

"This [2002 Arab Peace Initiatve] is the way toward security.. Israel can’t keep the land and want security at the same time. It has to withdraw and give the Palestinians their rights. If Israel does that, the Arab states will put an end to the state of war. That will give Israel its security,"

Dalam kenyataan Menteri Luar Arab Saudi ini, tiada satu pun sebutan yang menyatakan bahawa kesediaan Arab Saudi untuk menjaga keselamatan Israel. Malah kenyataan ini berbunyi kecaman kepada Israel supaya menghentikan peperangan kepada Palestin dengan cara memberi kembali tanah hak milik rakyat Palestin.

Kenyataan Raja Jordan,

“The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people’s foremost cause. In Jordan, the “final-status” issues—including borders, refugees, security and Jerusalem—are at the heart of our priorities. This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel.”

Kenyataan Raja Jordan ini telah pun dikecam oleh Liga Arab. Malah kenyataan ini terpampang di muka hadapan akhbar Israel kerana ini adalah kali pertama negara Arab bersedia mengiktiraf Israel. Kenyataan ini mendapat kritikan yang hebat dari beberapa pertubuhan Islam antarabangsa dan rakyatnya sendiri pada beberapa tahun lepas. Ini jelas menunjukkan betapa kenyataan Raja Jordan ini adalah salah!

Kenyataan Raja Jordan di muka hadapan akhbar Israel

Jadi adakah sebenarnya Anwar juga mempunyai fahaman yang sama dengan Raja Jordan mengiktiraf Israel? Jika begitu sudah jelas betapa Anwar sememangnya mengiktiraf negara haram yang sentiasa memusuhi umat Islam! Dalam pada itu masih perlukah Anwar menegakkan benang yang basah?

Read more...

KISAH 16 SEPTEMBER YANG GAGAL




KUALA LUMPUR 16 Feb. - Keengganan seorang ahli perniagaan, John Soh Chee Wen, 50, menyumbangkan RM300 juta kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim empat tahun lalu dikatakan menjadi punca Ketua Pembangkang itu kempunan untuk menduduki Putrajaya seperti diimpikan beliau pada 16 September 2008.

Pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang pernah rapat dengan Anwar mendakwa, wang RM300 juta itu sangat diperlukan Anwar ketika itu untuk digunakan sebagai bayaran 'pendorong' RM10 juta seorang bagi 30 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti dan seterusnya membantu beliau merampas Putrajaya.

"John Soh tidak bersetuju membiayai RM300 juta untuk tujuan tersebut melainkan Anwar mampu menjanjikan kejayaan. Tetapi bagaimana Anwar boleh memastikan kejayaan?

"Terdapat 30 Ahli Parlimen BN pada waktu itu. Jika mereka boleh menjual diri kepada satu pihak, maksudnya mereka boleh berbuat demikian ke pihak lain juga.

"John Soh enggan mengeluarkan RM300 juta dan ia mengakhiri impian (Anwar) memasuki Putrajaya. Itu juga bermakna Anwar perlu menghadapi perbicaraan liwat kedua. Hanya satu cara beliau boleh mengelakkan (perbicaraan) liwat itu iaitu dengan menjadi Perdana Menteri, yang tidak akan terjadi sekarang," katanya.

Raja Petra dipetik berkata demikian dalam Malaysia Today melalui entri bertajuk EPISOD 8: Lelaki di Sebalik PKR (Siri 2) hari ini.

Tambahnya, hubungan Anwar dengan John Soh mulai renggang selepas keengganan ahli perniagaan itu membiayai wang tersebut walaupun kedua-dua pemimpin sebelum itu pernah bertelagah mengenai keperluan menyingkirkan Exco Selangor, Elizabeth Wong ekoran kontroversi gambar bogelnya.

"Apabila keadaan bertambah parah dan mustahil untuk berbaik-baik, John Soh dan Anwar 'berpisah.' Kemuncaknya ialah pada Pilihan Raya Negeri Sarawak hampir setahun lalu," katanya.

Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa, bangunan yang menempatkan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dimiliki oleh John Soh.

Dengan jumlah hutang sewa bangunan PKR sehingga Jun 2010 adalah sebanyak RM600,000, katanya, hutang sewa bangunan terkumpul parti itu dianggarkan bernilai RM1 juta.

Selain itu, menurutnya, John Soh telah membelanjakan sekitar RM30 juta untuk menaja Anwar dan PKR sejak 1998.

"Apa yang ramai orang tidak tahu, kecuali individu dalam lingkaran Anwar ialah John Soh bukan hanya pembiaya PKR. Dia adalah seorang strategis utama yang menumpukan kepada cara-cara memenangi Kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Read more...

ANWAR KANTOI MENIPU!

>> 16 February 2012


Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap dengan pendirian untuk mengiktiraf kewujudan negara Israel dan sekaligus menyokong usaha penyelesaian dua negara dalam isu Palestin-Israel itu. 
Malah tegas beliau, pengiktirafan terhadap Israel itu dibuat berasaskan kepada kehendak rakyat Palestin sendiri yang mahu mewujudkan keamanan dan memberikan keadilankepada mereka seperti yang dipersetujui Hamas dan Fatah. - The Star

Benarkah rakyat Palestin mengiktiraf Israel seperti kenyataan Anwar ini? 

Ini adalah penipuan dari Anwar!

Sebuah akhbar Iran mengeluarkan kenyataan dari seorang pemimpin Hamas bahawa Hamas tidak akan mengiktiraf Israel! Berita itu dikeluarkan pada 11 Februari yang lepas.

Manakala JIsrael National News pula mengeluarkan sebuah lagi laporan dari pemimpin Fatah bahawa Fatah tidak mengiktiraf Israel pada 8 Februari yang lepas.

Jadi dimanakah sumber Anwar Ibrahim perolehi mengatakan bahawa rakyat Palestin yang cintakan kedamaian akan mengiktiraf Israel?

Penipuan Anwar ini dibuat demi menyelamatkan dirinya yang sudah terkantoi sebagai penjilat tegar Zionis. Masih perlukah kita menaikkan seorang bakal PM yang akan menggadaikan negara ini pada masa akan datang?

Read more...

PETISYEN TERESA KOK YANG TIADA SAMBUTAN


Agenda Betina Rasis untuk mempolitikkan tapak tanah SJK di Sealngor tidak mendapat sambutan. Petisyen ini ditujukan kepada Kementerian Pendidikan supaya SJKC Yak Chee dan SMJK Katholik di bina di Puchong. Masalah timbul apabila permit tidak dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan kerana tanah tersebut dalam perancangan untuk membina dua buah sekolah kebangsaan.

Petisyen yang dilancarkan pada 11 Februari ini tidak mendapat sambutan. Buat masa ini hanya 500 orang sahaja yang menandatangani petisyen tersebut. 


Banyak pihak telah menyedari bahawa agenda Betina Rasis ini hanyalah sekadar mencetuskan huru-hara. Dan masih tiada penjelasa lengkap mengapa Betina Rasis tidak menerima sahutan debat yang dikemukan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Ir. Wee Ka Siong untuk menjelaskan mengenai status tanah tersebut.

Read more...

MAHFUZ BEAN SUDAH MEROYAN


Mahfuz dalam kenyataannya di Haprakah menyatakan bahawa PM tidak perlu membayar RM 80 juta untuk membersihkan imejnya. Ini kerana sambutan Thaipusam yang dihadiri PM di Batu Caves telah pun dibuktikan tidak menyalahi syarak oleh Tan Sri Harussani, bekas mufti Perak.

Dalam pada itu Mahfuz seharusnya mempertikaikan akidah Anwar Ibrahim yang dilihat melampaui batas-batas akidah ketika menghadiri sambutan Thaipusam di Perak. Dan buat masa ini masih tiada sebarang penafian yang dilakukan oleh mana-mana pihak berhubung perkara itu.


Dan Mahfuz juga dilihat perlu lebih telus dalam mengeluarkan kenyataan. Seharusnya Anwar yang perlu dihentam dan bukannya PM yang tidak melanggar hukum syarak.

Read more...

NIZAR LILIN SUDAH MENJADI NIZAR GENDANG. WAKAKAKA...


Bersemangat sungguh Nizar memukul gendang untuk perarakan Thaipusam di Ipoh. Tapi semasa perarakan Maulidur Rasul sehari sebelum Thaipusam mana perginya si Nizar ni?

Read more...

PAS DAN PKR TIDAK MAHU BERDEBATKAH MENGENAI GAMBAR INI?

>> 15 February 2012


Beriya-iya khawarij PAS dan munafik PKR menghentam PM kerana menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves minggu lepas. Bak kata mereka Najib menggadaikan akidah. Tapi apa pula pandangan khawarij PAS dan munafik PKR dengan gambar Anwar ini?

Nampak gayanya Imam Mahdi versi penipu ini seolah-olah maksum kerana segala perbuatannya direstui khawarij PAS dan munafik PKR.

Read more...

MAT SABU JUGA CUBA MENJADI LEMBU NFC


"Ketua Audit Negara telah bersuara, Pengerusi NFCorp (Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail) sendiri mengaku mereka membeli kondominium di Bangsar menggunakan duit untuk projek lembu itu dan mendakwa ia pelaburan bijak, (Pengarah Strategik PKR) Rafizi (Ramli) telah membuat pendedahan demi pendedahan yang disertakan pelbagai bukti, dalam mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) juga kita difahamkan banyak yang didedahkan dan sekarang Nazri pula kata berlaku kes pecah amanah dalam NFCorp.

Susah betul bercakap dengan Mat Syiah. Laporan audit sudah jelas menunjukkan tiada unsur kucar-kacir dalam pengurusan NFCorp.

Ketua Audit Negara menegaskan memang terdapat beberapa kelemahan dalam projek ternakan lembu daging Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) tetapi pihaknya tidak pernah menggambarkan ia “kucar kacir atau pun ada penyelewengan.” - Detik Perubahan

Sedangkan bukti-bukti yang dikemukakan Rafizi lembu itu sendiri gagal menunjukkan sebarang bentuk penyelewengan. Dahulu kata lembu tinggal dalam kondo milik Datuk Sharizat. Selepas dibongkar kata kondo bukan sebuah. Itu pun sudah dibongkarkan.

Jadi tidak nampak isu penipuan setakat ini. Cuma ada beberapa faktor etika pengurusan yang dipertikaikan rakyat. Jadi, tunggu sahajalah SPRM buat laporan penuh. Tidak perlulah buat spekulasi sendiri seperti Mat Sabu dan rakan-rakan sekandang.

Read more...

MEDIA ANTARABANGSA: ADAKAH ANWAR CUBA MENGGADAIKAN EKONOMI ORANG MELAYU?


Anwar  menyatakan akan menghapuskan dasar ekonomi berasaskan kaum dengan menggantikannya dengan Agenda Ekonomi Baru yang lebih cekap di sebuah portal antabangsa.

“So the [opposition] economic policy clearly states that we have to dismantle what we consider as obsolete race-based New Economic Policy to replace it with the Malaysian Economic Agenda which promotes growth, which has to bring back Malaysia into a growing vibrant economy, more competitive able to attract - as in attractive destination for investments,” he said. - Voice of America

Cuba kita fikir dari kenyataan Anwar ini. Ekonomi Malaysia dimonopoli kaum Cina dan Melayu adalah minoriti. Adakah Anwar maksudkan akan menghapuskan monopoli ekonomi oleh kaum Cina atau menggadai ekonomi Melayu yang sekangkang kera? Kenyataan ini sebenarnya ditujukan kepada siapa?

Saya percaya Anwar menujukan kenyataan ini kepada orang Melayu. Pastinya ini salah satu agenda untuk menggadaikan hak Melayu untuk meraih undi bukan Melayu.

Sebelum ini pun DAP pernah melakukan perkara yang sama dengan menghapuskan DEB di Pulau Pinang walaupun orang Melayu Pulau Pinang hanyalah pemegang ekonomi yang paling kecil. Sudahlah ekonomi Pulau Pinang sememangnya dikuasai kaum cina, peluang kaum Melayu untuk bersaing juga ditutup. Anwar pula sekadar menutup mata dan merestui perbuatan parti kafir harbi ini. Inikah yang dimaksudkan Anwar sebagai Agenda Ekonomi Baru yang akan terus menerus membuka jurang ekonomi orang Melayu?

Kenyataan Anwar teramat tidak jelas dan sangat perlu dipersoal? Sekali lagi, kenyataan Anwar ini ditujukan untuk kaum apa?

Read more...

HUKUM VALENTINE'S DAY

Read more...

CAPITOL SEREMBAN TERBAKAR

Pada pukul 2.00 pagi tadi, berlaku kebakaran sebuah pawagam lama iaitu Capitol di tengah-tengah bandar Seremban. Pawagam lama ini sudah diubahsuai menjadi gedung pakaian. Saya yang kebetulan melalui jalan tersebut sempat merakam gambar kebakaran.



Pihak bomba berjaya memadamkan kebakaran selepas dua jam kemudian. Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.

Read more...

ANWAR KENA "CHECK MATE" DENGAN KAWAN SENDIRI

>> 14 February 2012


Nik Aziz kata tarik balik kenyataan atau saman Wall Street Journal. PAS kata tidak sokong kenyataan Anwar. DAP hanya diam tidak sokong mana-mana pihak. Ahli PKR pun sudah bersuara dengan kenyataan Anwar.

Nampaknya Anwar sudah semakin tersepit dengan kenyataannya menyokong Israel di Wall Street Journal. Anwar cuba meyakinkan kepada rakyat bahawa kenyataannya adalah benar dan diputar belit oleh media. Tetapi rakyat bukannya bodoh (pinjam ayat Anwar). Satu dunia boleh baca artikel Anwar di Wall Street Journal. Cukup jelas. Itu pun Anwar masih hendak pusing sana sini dan mengatakan laporan Wall Street Journal disalah tafsir.

Perkara yang paling sukar dilakukan Anwar Ibrahim dari dahulu sehingga kini ialah meminta maaf. Sejak Anwar mengetuai pakaran pembangkang, belum pernah lagi kita dengar Anwar memohon maaf atas kenyataannya yang mengguris hati rakyat. Kerana sikap egonya sendiri, Anwar pastinya akan menerima akibat yang besar. Dan di waktu itu, jangan sesekali salahkan sesiapa kerana memang terbukti Anwar seorang yang hipokrit!

ps: memang bodoh la PAS nak berdamping lagi dengan orang macam Anwar ni...

Read more...

ADAKAH SISTEM PERSEKOLAHAN PERLU DITELITI?


Dalam keghairahan Kementerian Pendidikan untuk mengkaji waktu persekolahan 8 jam sehari, jangan dilupa faktor sokongan dan bantahan daripada pelbagai pihak. Banyak faktor perlu dikaji dan diberi perhatian untuk memberikan kemajuan kepada semua pihak.

Saya pernah mendengar keluhan ibu bapa dengan sesi persekolahan yang terlalu panjang. Untuk sekolah satu sesi, waktu persekolahan tamat pada pukul 3 petang adalah perkara yang biasa. Tetapi, pernahkah kita terfikir dengan maksud "biasa" itu sendiri?

Kita ambil contoh waktu persekolahan SMJK Chung Hwa Kuala Pilah.

Isnin hingga Rabu: Pukul 7.30 pagi hingga 3.30 petang
Khamis: Pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang (termasuk ko-kurikulum)
Jumaat: 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari

Saya mengambil contoh sekolah ini kerana sekolah ini merupakan antara sekolah yang mempunyai waktu persekolahan yang terpanjang di Negeri Sembilan. Malah, banyak lagi sekolah-sekolah lain di Malaysia yang juga mempunyai waktu persekolahan yang seperti ini malah lebih dahsyat lagi.

Sekiranya anak anda belajar di sekolah yang mempunyai sesi pembelajaran seperti ini, adakah anda akan merasa lega? Jawapannya semestinya ya kerana jaminan waktu ilmu yang baik tetapi pernahkah anda terfikir mengenai anak anda sendiri?

Waktu persekolahan seperti ini agak tidak rasional. Ini kerana anak-anak merupakan remaja dan bukannya robot untuk belajar. Mereka juga memerlukan waktu untuk tumbesaran. Bukannya semua perkara boleh diajar di sekolah. Waktu seperti beriadah dan bersama keluarga juga perlu diberi perhatian.

Saya agak khuatir dengan masa depan anak-anak yang menempuhi waktu persekolahan seperti ini. Sekiranya semasa muda anak-anak muda ini telah diajar menjadi robot, apakah nasib mereka apabila sudah berkeluarga kelak? Mampukah mereka memberikan kasih sayang sedangkan mereka tidak dipupuk dengan kasih sayang yang tidak cukup dari ibu bapa sendiri?

Nasib guru-guru juga akan terkena tempias. Perlu diingatkan betapa guru-guru juga mempunyai keluarga dan anak-anak sendiri. Jadi masa persekolahan seperti ini membebankan banyak pihak. Guru-guru juga adalah manusia dan mereka memikul tanggung jawab yang besar dalam membentuk anak didik dan anak mereka sendiri. Jadi Kementerian perlu mendengar luahan nasib mereka ini.

Saya mencadangkan agar waktu persekolahan hanya sehingga pukul 2 petang secara maksimum. Ini kerana waktu rehat pejabat Malaysia kebiasaannya di antara pukul 1 petang ke pukul 2 petang. Jadi, waktu terluang ini bolehlah digunakan untuk ibu bapa mengambil anak-anak dari sekolah. Dan saya percaya cadangan ini pastinya dapat mengurangkan beban ibu bapa yang sentiasa terkejar-kejar untuk mengambil anak sekolah. Ibu bapa dan guru dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga sendiri dan kasih sayang lebih banyak diterapkan. Jadi ini adalah "win-win situation".

Mungkin ada yang mengatakan konsep ini akan membuatkan pelajar mundur dari segi pelajar. Tetapi pernahkah anda belajar dari statistik? Sejak dari tahun 90 an sehingga kini adakah pelajar-pelajar di sekolah semakin merosot pembelajaran mereka? Tidak kerana kesedaran belajar itu terletak pada pelajar sendiri.

Zaman sudah berubah. Di masa lampau sememangnya kesedaran untuk anak muda menimba ilmu itu kurang tetapi di zaman sekarang anak muda sedar akan kepentingan ilmu. Tetapi kita yang mencorakkan mereka perlu menyedarkan mereka kepada batas-batas dalam menimba ilmu.

Saya menyelar sikap seseparuh ibu bapa yang menganggap sekolah sebagai pusat jagaan kanak-kanak. Sebahagian ibu bapa hanya sekadar menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk mengurangkan tanggungan mereka untuk menjaga anak-anak ini. Apa yang anak mereka lakukan di sekolah tidak diambil peduli.

Ini sikap yang sangat hipokrit. Tidak kasihankah ibu bapa dengan nasib anak-anak ini? Seharusnya mereka mendapat petunjuk dari ibu bapa mereka, bukannya sikap lepas tangan. Jalan yang ditunjukkan oleh guru-guru di sekolah tidak sama dengan ibu bapa kerana pertalian kasih sayang yang berbeza. Jadi, saya amat merayu janganlah ada ibu bapa yang melakukan perbuatan seperti ini. Kasihanilah nasib anak-anak kita supaya mereka dapat masa depan yang lebih baik dari kita.

Artikel ini ditulis berdasarkan kepada pandangan peribadi saya sendiri. Saya percaya memang banyak cacat-celanya dalam artikel ini tetapi mungkin juga ada perkara yang boleh diambil kebaikan. Jadi saya amat berharap agar pihak Kementerian membuka mata agar semua pihak mendapat manfaat yang lebih baik.

Read more...

BENARKAH KARPAL AKAN DIGULINGKAN?


Khabar angin semakin kencang dari ahli PAS dan PKR betapa bencinya mereka kepada Karpal. Ini kerana Karpal Singh sering membuat keputusan tanpa menjaga hati rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat. Sebentar tadi saya dapat mendengar betapa ahli-ahli PAS dan PKR berkumpul menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Karpal Singh.

Mereka berpendapat setiap keputusan Karpal akan membuatkan undi Melayu kepada PAS dan PKR semakin jauh. Ada yang mengatakan sekiranya Karpal gagal menutup mulut dalam mana-mana keputusan PAS, maka mereka tidak teragak-agak untuk sabotaj undi.

Nampaknnya ramai yang sudah sedar betapa peranan Karpal yang hanya mahu memajukan DAP dengan memijak PAS dan PKR. Cerita ini pastinya berkait rapat dengan keputusan Karpal yang membenarkan sambutan Hari Valentine sedangkan Nik Aziz sudah pun melarang sambutan tersebut. Isu-isu lama turut diungkit seperti hudud dan negara Islam.

Tetapi ini hanyalah khabar angin sahaja. Meskipun ianya datang dari mulut ahli PAS dan PKR, namun belum tentu lagi kesahihannya. Walau apa pun sama-samalah kita saksikan drama Karpal dan Nik Aziz.

Read more...

VIDEO PENCURI YANG TERTARIK DENGAN ISLAM

Read more...

RAFIZI MASIH PUTAR BELIT ISU NFC. NAMA BARU DIKAITKAN


Rafizi masih lagi cuba menjadi jaguh isu NFC walaupun masih tiada bukti yang jelas. Terbaru Rafizi mendedahkan TPM pula sebagai dalang terbesar NFC.

Dahulu mangkuk ini beriya-iya mengatakan Datuk Sharizat sebagai dalang tetapi lain pula ceritanya pada hari ini. Nampaknya bukan main sedap sahaja Rafizi mahu menuduh sesiapa yang disukainya. Walau apa pun kita tunggu sahajalah saman yang dikeluarkan Datuk Sharizat kepada lembu-lembu PKR ini. Dan ada baiknya kata-kata Rafizi ini disimpan di mahkamah nanti kerana ditakuti kelu pula semasa perbicaraan nanti.

*******

Andaian saya Rafizi hanya cuba menjadi jaguh untuk membuktikan betapa dia layak menjadi calon pada PRU 13 nanti. Jadi segala bentuk kemahiran ditunjukkan supaya Anwar akan memilihnya menjadi orang kuat dalam PKR nanti.

Perkara yang sama turut berlaku kepada Chegu Bard, Sam Ketot dan ramai lagi. Semuanya kerana terhegeh-hegeh hendak menjadi keldai Anwar. Sememang eloklah orang seperti ini jadi keldai Anwar sebab sememangnya tradisi PKR menyimpan stok-stok lembu.

Read more...

MEDIA ANTARABANGSA TURUT AKUI SELANGOR SEBAGAI SYURGA MAKSIAT. TAHNIAH KHALID GAGAP!

>> 13 February 2012


Ini adalah sebuah laporan media Indonesia mengenai pusat maksiat di Selangor. Tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor yang memperbanyakkan pusat-pusat hiburan seperti ini. Sememangnya benar bahawa Selangor sudah menjadi serambi maksiat di bawah Pakatan Rakyat.

Amat memalukan negara apabila media antarabangsa dapat maklumat seperti ini untuk memburukkan negara di mata dunia.

Read more...

KITAB PAKATAN DICAMPAK KE DALAM TONG SAMPAH


Datuk Ahmad Maslan mencampakkan buku jingga ke dalam tong sampah di dalam sebuah majlis anjuran Felda. Tindakan Datuk Ahmad Maslan ini pastinya membuat para penjilat Pakatan Rakyat panas hati. Tetapi apakan daya kerana sememangnya disitu sahajalah tempat yang layak untuk kitab Pakatan Rakyat ini.

Read more...

PEMUDA PAS TIDAK KERUAN. SUDAH JADI PEMUDI PAS?


MB Terengganu tidak akan memohon maaf kerana menggelarkan PAS sebagai Parti Ajaran Sesat. Malah MB Terengganu menyatakan kesediaan untuk disaman. Kenyataan ini jelas dan terang dan seandainya Pemuda PAS masih tidak faham maka eloklah pergi belajar membaca.

Tempoh tiga hari yang diberikan Pemuda PAS untuk memohon maaf tidak dilayan. Jadi Pemuda PAS bolehlah segera membuat laporan polis supaya proses saman dilakukan. Tetapi apa yang menghairankan apabila Haprakah daily semalam menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan MB Terengganu.

Berdebat?!

Berdebat dalam mahkamah tak bolehkah? Apa gunanya mahu berdebat jika mahu saman? Sekejap berdebat sekejap saman. Mana satu betul yang betul? MB Terengganu sudah bagi lampu hijau. Saman sahajalah. Itu pun susah sangat?

Betulkah PAS ialah Parti Ajaran Sesat?




Read more...




  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP