SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KE 3 PUTRAJAYA

>> 14 September 2011

Hari Jumaat ini, genaplah penipuan Anwar Ibrahim mengenai penguasaan Pakatan Rakyat di Putrajaya. Sempena itu, saya mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke 3 kepada Pakatan Rakyat yang berjaya menguasai Putrajaya (dalam mimpi).

Seharusnya pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat perlu sedar, Anwar sebenarnya seorang ahli politik yang berlandaskan kepada penipuan.


Seharusnya ahli Pakatan Rakyat juga perlu sedar, mengapa terlalu banyak pemimpin-pemimpin pakatan seperti Ezam, zul Nordin, Nallakarupan dan ramai lagi meninggalkan pakatan.

Apakah tidak cukup jelas selama ini? Sampai bilakah mereka ini mahu dipelopori oleh segenap penipuan? Tidak cukupkah bukti yang ditunjukkan Allah keatas pemimpin pakatan ini?

Paling saya hairankan, mengapa ahli-ahli PAS hanya mehu mendiamkan diri? Apakah hukumnya menghalalkan kemungkaran di kalangan pakatan?

Tidak perlu bercerita panjang di sini. Saya masih berpegang kepada pendirian yang "hak pasti berdiri". Dahulunya saya amat tertarik dengan PAS sehinggakan hampir menyertai PAS kerana perjuangannya. Alhamdulillah, saya tidak menyertai PAS. Rupa-rupanya PAS tidak lebih dari sekadar gah pada nama. Perjuangannya hanya berkiblatkan kuasa, bukannya agama seperti yang dicanagkan pemimpin mereka.

Inilah yang dikatakan tentera "ahzab" di dalam al-Quran. Mereka ini juga penjual ayat tuhan dengan harga yang murah. Hancurlah PAS pada PRU nanti.

Berbalik kepada penipuan 16 Septamber, saya menyarankan kepada ahli Pakatan Rakyat, sudah sampai masanya anda meninggalkan pakatan yang penuh penipuan ini.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP