KES STATUS ANAK. CERITA PANAS...

>> 28 September 2011

Petikan Nyanyang Siang Pau 20 Sept 2011


Untuk yang tidak faham bahasa cina, saya akan ceritakan kisah ini dari mula.

Kisahnya seorang penuntut dari University of Western Sidney baru tamat belajar meminta kerja di sebuah hospital. Penuntut ini baru sahaja mendapat master dalam bidang forensik. Malangnya permohonan kerjanya ditolak oleh pihak hospital. Alasan yang diberikan ialah "you are chinese, we only accept Malay".

Lalu ibu kepada penuntut ini pun menghebahkan perkara ini kepada media. Cerita mengenai status penuntut ini, bapanya ialah melayu dan ibunya ialah cina. Selepas berkahwin, ibu bapanya bercerai. Dia lalu dibela oleh ibunya. Pihak hospital mengiktiraf dirinya sebagai cina kerana dia tinggal bersama ibunya yang berbangsa cina, bukan bapanya yang berbangsa melayu.

Selepas itu gagal dalam permohonan kerja, penuntut ini menyambung pelajarannya di peringkat Phd di Queensland University of Technology. Malangnya sekarang ini permohonan biasiswa untuk penuntut ini ditolak oleh JPA.

Kisah ini telah pun dilaporkan kepada Chua Soi Lek, Hospital Kuala Lumpur dan PM.

Ini pandangan saya. Sepatutnya penuntut ini mengemukakan surat beranaknya untuk mengesahkan identitinya sebagai Melayu atau Cina.


Lihat gambar ini. Sijil kelahiran ada menyatakan dengan jelas mengenai status keturunan anak. Di dalam gambar di atas sekali pun penuntut itu sekadar menunjukkan kad pengenalannya. Jika kad pengenalan itu menyatakan nama Islam dan agama Islam, ianya tidak cukup untuk menentukan keturunan pemegangnya sebagai melayu atau bukan.

Memang kebiasaannya keturunan anak megikut keturunan bapa tetapi ada seseparuh kes di mana keturunan anak mengikut keturunan ibu. Kes yang paling baru ialah kes Hannah Teoh yang mendaftar anaknya berketurunan cina walaupun bapanya India.

Jadi kemungkinan besar sebenarnya keturunan penuntut ini ialah cina kerana dia masih gagal menunjukkan sebarang bukti yang sah mengatakan dia adalah seorang melayu. Jadi, ibu penuntut ini tidak perlu terpekik sana sini kerana anaknya sendiri masih belum membuktikan status keturunannya yang sebenar.

2 comments:

Anonymous,  September 29, 2011 at 6:54 PM  

malay ke indian ke cina ke .. kena bias macam ni ke?? so other races is not been accepted ??!!

Anonymous,  September 29, 2011 at 6:55 PM  

go to the point ... dun pusing pusing di sini . ini hak manusia. bukan untuk u memburuk buruk kan nama baik org

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP