MENGAPA SYIAH PERLU DITENTANG?

>> 02 September 2011

Fahaman Syiah sudah semakin menular di Malaysia. Islam aliran Syiah ini bergerak secara tersembunyi di Malaysia. Malah ahli-ahlinya tidak akan anda cam sama sekali.

Ramai yang berpendapat ahli Syiah di Malaysia adalah dari golongan yang alim, sentiasa berserban, memakai jubah dan mulut sentiasa berselawat. Itu adalah kenyataan yang salah sama sekali!

Golongan Syiah ini mengamalkan cara hidup yang serupa seperti ahli sunnah wal jamaah yang lain. Mereka juga memakai jeans, minum di kedai mamak, lepak tengok bola dan yang paling pentingnya, mereka menyamar sebagai orang yang berfahaman sunnah.

Kisah ini diceritakan kepada saya oleh seorang sahabat. Ikutilah kisah ini.

Agak sukar untuk mengenali mereka ini sebenarnya. Saya mempunyai pengalaman dengan seorang yang berfahaman Syiah. Dia adalah seorang sahabat sebilik saya semasa belajar di menara gading.

Pada pemerhatian saya, sahabat saya seorang yang normal. Sembahyang 5 waktu sehari tetapi kadang-kadang tuang juga. Makan 3 kali sehari. Boleh dikatakan kesemua kelakuannya adalah normal.

Pada suatu hari, saya hendak meminjam baju daripada rakan saya. Di waktu itu rakan saya ini tiada di bilik. Jadi saya terus membuka almarinya untuk mengambil baju (memang perkara biasa di rumah sewa, pinjam dulu bagitau kemudian). Saya ternampak sehelai kertas yang yang dilipat diletakkan di dalam almari.

Saya membukanya dan membacanya. Kandungannya adalah seperti lirik berzanji, beberapa potong seperti ayat al-Quran serta beberapa rangkap tulisan Bahasa Melayu. Saya tidak memahami apa yang ditulis dalam bahasa arab itu tetapi saya berasa hairan dengan apa yang ditulis dalam Bahasa Melayu.

Antara rangkapnya berbunyi seperti ini "wahai Ali, kami merinduimu dan kami akan mengikutimu kerana engkaulah pemimpin manusia di akhir zaman". Malah banyak rangkapnya memuji 12 imam dan lain-lain pemimpin Syiah.

Pada hari yang lain saya terjumpa dia duduk di kedai mamak dengan beberapa orang yang langsung tidak dikenali. Apabila melihat saya, dia tergesa-gesa meninggalkan rakannya. Apabila ditanya siapa rakan-rakannya, dia hanya menjawab kawan semasa sekolah. Saya mula mengsyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Pada suatu hari, rumah sewa kami didatangi rakan-rakannya yang saya jumpai di kedai makan dahulu. Mereka ingin berjumpa rakan saya ini. Rakan saya terus bersiap-siap untuk keluar. Semasa itu saya sedang berbaring di katil.

Semasa dia bersiap, saya perasan yang dia mengambil kertas yang yang pernah dibaca oleh saya dahulu. Kertas itu dilipat dan dimasukkan ke dalam poket. Saya mula mencongak, kemanakah tempat yang akan ditujui rakan saya ini?

Saya bertanya hendak kemana kepada rakan saya. Dia menjawab pergi lepak minum. Apabila dia keluar, saya meluru bersiap. Lalu saya menghidupkan motosikal lalu mengikuti kereta yang dinaiki rakan saya bersama kawan-kawannya yang lain.

Setelah agak jauh perjalanan, saya melihat dia memasuki sebuah bangunan seperti rumah kedai. Dari jauh saya perhatikan di bangunan itu agak ramai orang. Kesemuanya berpakaian seperti biasa. Lelaki dan wanita serta kanak-kanak. Setelah beberapa ketika, kesemua mereka masuk lalu pintu bangunan ditutup.

Saya turun dari motosikal lalu melihat di tingkap apa yang mereka lakukan. Saya terkejut apabila mendapati mereka sedang melakukan ritual agama Syiah seperti ini:


Saya lalu terus pulang. Saya tertanya-tanya apakah benar dengan apa yang saya lihat. Saya mendiamkan peristiwa itu sehingga saya menamatkan pengajian. Saya cuma berharap bahawa rakan saya ini akan bertaubat lalu pulang ke pangkal jalan.

Kisah ini pernah diceritakan kepada saya beberapa tahun dahulu. saya berharap agar pihak berwajib agar menghentikan operasi fahaman Syiah ini secepat mungkin.

1 comments:

Dot September 4, 2011 at 10:30 PM  

mengapakah mrk menepuk/mendabik2 dada begitu sedangkan perbuatan menepuk & mendabik dada dibenci oleh Allah SWT?

mengapa pulak mrk anggap ali pemimpin akhir zaman sedangkan pemimpin akhir zaman ialah Baginda Rasulullah?

sedang 3 khalifah lain lebih besar jasa mrk tidak disebut pula?

mrk juga gemar mencerca & memaki hamun isteri2 Baginda Rasulullah!!

& yg paling teruk mrk menghalalkan darah orang2 sunni!!!

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP