AKHIRNYA SEMUA USAHA KAMI SIA-SIA SAHAJA...

>> 09 September 2011

Pada waktu ini heboh dengan cukai kad prabayar yang dikenakan kepada pengguna telefon bimbit. Saya masih hairan mengapa diwaktu kita kuat, kita memberikan bola tanggung kepada pembangkang?

Memang benar bahawa kenaikan cukai ini berkaitan dengan syarikat yang gila mengaut keuntungan dari pelanggan tetapi sesungguhnya pembangkang akan menuding jari kepada kerajaan. Apakah tidak cukup bola tanggung yang diberi BN kepada pembangkang?

Usaha dalam 5 tahun yang berterusan ini nampaknya seolah sia-sia dengan cara barisan penasihat Najib yang membenarkan serangan daripada pembangkang. Saya ingin bertanya, bagaimana kaedah yang terbaik untuk menjawab tohmahan pembangkang ini?

Selepas zaman gelap Pak Lah dicerahkan kembali oleh jentera parti, mengapa segolongan pemimpin-pemimpin ini gagal untuk mengatasi masalah yang seciput ini? Bola tanggung terbesar semestinya kenaikan tarif TNB tempoh hari dan kini kerajaan memberikan satu lagi bola tanggung sebagai bonus.

Kerajaan seharusnya sedar kesilapan Pak Lah yang menaikkan harga minyak yang mengakibatkan kita hampir kehilangan kerusi sebagai kerajaan. Memang benar di waktu itu kita terikat dengan harga minyak dunia tetapi inilah peluang yang ditunggu pembangkang untuk menyerang kerajaan BN. Isu akan diputar-belitkan dan akhirnya rakyat percaya dan kita hampir musnah.

Sekiranya trend ini tidak dihentikan, semestinya terlalu susah untuk kita memegang tampuk pemerintahan lagi. Dan yang terpenting, AKHIRNYA SEMUA USAHA KAMI SIA-SIA SAHAJA...

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP