ISU HUDUD: PAS MASIH MENYALAHKAN UMNO

>> 30 September 2011


PAS memperakui perlunya bidang kuasa mahkamah syariah diangkat bagi menepati tuntutan syarak dalam pelaksanaan sistem perundangan ini. Namun, ruang dan bidang kuasa kerajaan negeri yang telah meluluskan enakmen ini juga perlu diperakui dan diiktiraf.

Situasi ini amat berbeza dengan Umno yang beragama Islam dan mempunyai kewajipan syarak dalam melaksanakannya.

Tambahan pula, Umno, yang mengaku dirinya Islam dan telah diberi kuasa pemerintahan selama lebih 54 tahun sepatutnya mesti bersedia memikul tanggungjawab ini untuk menyediakan negara ke arah kesediaan untuk melaksanakan hukum Allah.

Ini bukan. Umno masih mengatakan negara masih belum mampu melaksanakannya. Ini jelas mencerminkan kegagalan Umno dalam memastikan pelaksanaan syariat Allah di negara ini.

Keputusan yang dibuat PR ternyata jauh lebih baik dari pendirian Umno yang terus menolak hukum hudud sebagaimana kenyataan perdana menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Sebagai damage control ekoran kenyataan presiden mereka, ramai pemimpin Umno bergesa-gesa berkata mereka secara dasarnya menyokong hudud tapi menyalahkan keadaan tidak sesuai untuk melaksanakan hukum Allah ini.

54 tahun memerintah tapi dalam keadaan kononya menyokong hudud, Umno masih menyalahkan keadaan tidak sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. Jadi jelaslah selama ini, merekalah penghalang sebenar daripada pelaksanaan hukum Allah.

Pendirian orang bukan Islam “tidak menyokong” dan orang Islam yang “menghalang” amat beza darjatnya dalam isu pelaksanaan hukum hudud ini.


Kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man ialah taktik biasa yang diamalkan PR. PAS measih menuding jari kepada UMNO kerana tidak melaksanakan hudud.

Saya menyokong kenyataan TPM dimana UMNO menyokong hudud tetapi masih belum mampu untuk melaksanakannya. TPM juga menyatakan mungkin kita akan melaksanakan hudud di masa hadapan.

Saya tidak faham mengapa Tuan Ibrahim masih menyalahkan UMNO. PM pernah menyatakan bahawa Kelantan bebas untuk melaksanakan hukum hudud tetapi mengapa tidak dilaksanakan oleh PAS? Takut dengan DAP? Ini bukankah bukti yang cukup kuat UMNO tidak menghalang PAS dari melaksanakan hukum hudud?

Itulah persoalannya sekarang. Kerajaan pusat tidak mampu untuk melaksanakan tetapi PAS yang terpekik-pekik mahu melaksanakan hanya sekadar cakap kosong. Sehinggakan PAS sanggup untuk menggelar orang UMNO kafir kerana tidak melaksanakan hudud. Kesudahannya PAS sendiri tidak mampu melaksanakannya. Mengapa perlu menyalahkan UMNO dalam isu ini?

Lagi satu, kerajaan pusat hanya akan melaksanakan hukum hudud berdasarkan syariat Islam di masa hadapan sedangkan PAS berusaha melaksanakan hukum hudud acuan PAS. Tujuan hukum hudud dilaksanakan berdasarkan keadilan tetapi dimanakah terletaknya keadilan sekiranya hukum hudud PAS yang akan dilaksanakan di Kelantan hanya merangkumi umat Islam sahaja? Fikir-fikirlah sendiri wahai PAS sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP