AKHIRNYA, PAS BAKAL BUNGKUS SEBELUM BERJUANG

>> 15 September 2011


PAS akan gulung tikar lebih awal dari PKR. Itulah yang mampu dikatakan setakat ini.

Akibat keceluparan Mustafa Ali, PAS menerima akibat. UMNO Selangor telah pun memfailkan saman sebanyak RM 10 juta berkaitan kenyataan Mustafa Ali yang mengatakan terdapat bukti UMNO mendalangi serbuan JAIS ke atas DUMC.

Sehingga kini Mustafa Ali masih gagal untuk membuktikan sebagai apa yang dikatakan "bukti" oleh dia sendiri. Nampaknya akibat terlebih pandai atau pandai-pandai, nasib PAS benar-benar di hujung tanduk.

Apakah PAS akan membiayai saman ini atau Musatafa Ali sendiri akan membiayainya? Mustahil untuk Mustafa Ali membiayai saman ini secara individu. Sekiranya PAS yang akan membiayai saman tersebut, dimanakah PAS mahu mencari duit? Caranya hanya satu sahaja. Lihat gambar di bawah untuk melihat cara PAS mencari duit sekelip mata.


Ya. Inilah cara PAS dari dahulu lagi untuk mendapatkan wang dengan sekelip mata. Di mana ada PAS, di situ ada derma. Jadi selepas ini, bersiap sedialah wahai AJK kutipan derma PAS kerana anda pasti perlu kerja lebih masa untuk mencari RM 10 juta.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP