AL-FATIHAH KEPADA WARTAWAN BERNAMA

>> 03 September 2011

Seorang wartawan Bernama telah ditembak oleh kumpulan African Union lebih kurang pukul 5  petang waktu Somalia. Wartawan itu ialah Norafaizul Bin Mohd Nor dan dia juga merupakan ketua media bagi misi kemanusiaan ke Somalia. Semoga Allah mencucuri rahmatnya ke atas Allahyarham.

Saya meminta agar pihak kerajaan segera mengkaji kedudukan rakyat kita dalam misi kemanusiaan ini. Sekiranya keselamatan rakyat kita dapat dijamin, maka teruskanlah tetapi panggillah rakyat kita secepat mungkin untuk pulang sekiranya keselamatan para sukarelawan dalam misi ini tidak dapat dijamin. Kepada sukarelawan Malaysia di Somalia, kami di Malaysia mendoakan keselamatan anda.



0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP