ISU MISMAH DIPUTAR KEMBALI. PAS MULA MEREKA-REKA FAKTA

>> 27 September 2011


Petikan Haprakah,

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat juga memohon agar Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datin Jariah Mohd Said memberi jawapan kepada rakyat Malaysia bagaimana Mismah yang mendapat status PR daripada Jabatan Imigresen tidak sampai satu tahun boleh diterima sebagai warganegara Malaysia pada 31 Januari 2011.

Mula-mula saya amat berbesar hati untuk menerima bola tanggung dari wakil PAS. Tidak disangka bahawa PAS melantik pemimpin-pemimpin mereka di kalangan yang bebal-bebal belaka. Yang terkini ialah kebebalan Suhaizan Kaiat yang menyatakan Mismah mendapat status warganegara dalam masa tidak sampai 1 tahun selepas memegang PR.

Saya ulangi lagi "status warganegara dalam masa tidak sampai 1 tahun selepas memegang PR"

Saya hairan daripada manakah wakil PAS ini mendapat maklumat mengatakan Mismah memegang PR tidak sampai satu tahun? Bilakah masanya Datin Jariah Mohd Said mengeluarkan kenyataan itu?

Satu Malaysia pun tahu Datin Jariah menyatakan Mismah mendapat PR pada 1994. Bagaimana pula pembangkang mendapat maklumat yang sangat hebat mengatakan Mismah memegang PR tidak sampai satu tahun? Apakah mereka ini tidak dapat mengira angka yang sangat mudah ini?

Nampaknya wakil PAS ini yang cuba untuk menjadi popular akhirnya bertukar bencana kerana seluruh Malaysia dapat melihat kebebalannya.

Untuk maklumat lanjut sila ke web my news hub untuk penerangan mengenai Mismah.

2 comments:

Anonymous,  September 27, 2011 at 2:58 PM  

Tauke..ko dah salah baca laporan harakah ni..dalam tu dipertikaikan macam mana mismah boleh dapat status PR dalam masa tak sampai setahun selepas msuk malaysia pada 1982 yang jelas bertentangan dengan peraturan imigresen yang nak 5 tahun stay kat malaysia baru layak dapat status PR..ko kena baca betul2..jangan main libas saja..apa2 pun kita tunggu maklumbalas jabatan berkenaan

Tauke Ikan September 27, 2011 at 8:15 PM  

salam anon 14:58

isu utama yang dipertikaikan ialah rakaman tv selangor yang mengatakan mismah memwgang pr dalam 1 tahun lalu mendapat kewarganegaraan. isu kedua yang mengatakan mismah mendapat pr pada 1982 dalam masa 1 tahun. ada dua isu yang berbeza. sekarang ini saya menjawab isu yang pertama. isu kedua biarlah jabatan yang jawab.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP