KDN SEHARUSNYA LEBIH PEKA DENGAN KEHENDAK RAKYAT

>> 13 September 2011


Kelemahan yang jelas ketara ditonjolkan oleh KDN baru-baru ini. Banyak isu yang gagal dilaksanakan dengan baik. Antara kelemahan yang paling ketara apabila isu Bersih dan pembebasan tahanan PSM yang jelas mendapat kritikan pelbagai pihak.

Apabila bercakap mengenai isu ini, saya percaya lebih banyak rakyat akan menuduh kerajaan Barisan Nasional yang tidak tegas dalam mempertahankan keselamatan negara.

Disini, saya ingin menjelaskan secara terbuka. Apabila KDN menangani sesuatu isu, cara yang perlu dilaksanakan ialah rakyat, bukannya undi. Pembebasan tahanan PSM itu terus dipersoalkan sehingga kini.

Bukankah mereka ini terang-terang membawa agenda untuk menjatuhkan negara? Mengapa pembebasan ini dilakukan tanpa siasatan yang rapi? Jika begitu, akta ISA yang dipraktikkan oleh Malaysia ini hanya tinggal akta sahaja. Saya percaya, jika di Singapura, tahanan PSM itu akan dikenakan tindakan yang lebih berat lagi.

Kelemahan-kelemahan yang ditonjolkan oleh KDN ini membawa impak besar kepada penyokong Barisan Nasional ini. Bagaimanakah rakyat akan berasa selamat sekiranya ancaman-ancaman dari luar dan dalam negara tidak dapat ditangani dengan baik?

Inilah antara penjadi sebab mengapa ahli Barisan Nasional menyumbat gol sendiri. Selama ini kita aman kerana ketegasan kita, bukannya kerana keadaan yang memaksa kita aman. Kelemahan KDN ini sememangnya dinanti-nantikan oleh golongan tertentu untuk melakukan huru-hara di dalam negara.

Lihat sajalah di dalam media internet. Berapa banyak laman web yang anti Islam yang tidak diambil peduli oleh KDN? Paling menyedihkan apabila MalaysiaKini sendiri yang terang-terang membawa agenda menghasut dan perkauman tetapi masih boleh beroperasi dengan sewenang-wenangnya. Apakah usul yang dibawa oleh para blogger dan rakyat tidak penting bagi KDN? Jika begitu kepada siapakah yang perlu kami harapkan?

Ingatlah wahai barisan kepimpinan KDN. Rakyat sudah makin terluka dengan kegagalan anda. Mengapa kita perlu memberi bola tanggung kepada pembangkang secara berterusan? Apakah sudah cukup bagi Barisan Nasional untuk berkhidmat?

Isu perkauman akan terus dimainkan oleh pembangkang sekiranya KDN masih gagal bertindak dengan baik. Jika begitu, MCA, Gerakan dan MIC akan susah untuk menarik pengundi kaum yang lain kerana mereka terikat dengan peraturan kerajaan. Tidak hairanlah MCA sendiri dituduh tali barut UMNO kerana isu perkauman telah mekar ditanam oleh DAP dalam pemikiran mereka.

Pesanan saya kepada barisan kepimpinan KDN, fikir-fikirkanlah mengenai kedudukan kita. Cukuplah dengan kesilapan Pak Lah. Marilah kita memulakan usaha yang lebih maju untuk memartabatkan Barisan Nasional.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP