MENGAPA PAS BERSAHABAT DENGAN DAP?

>> 05 September 2011


DAP mengeluarkan kenyataan bahawa DAP dan PAS saling memerlukan antara satu sama lain. Roket juga menyatakan kesinambungan kedua-dua parti ini menjamin keutuhan pakatan untuk menghancurkan BN.

PAS dan DAP sebenarnya boleh bersama kerana apa?

1. berpaksikan perasaan benci kepada BN.
2. gila kuasa.

Tetapi jangan kita lupa mengenai objektif perjuangan parti masing-masing. Bagaimanakah mereka ini boleh bersama sekiranya ideologi perjuangan mereka juga adalah berlainan? Lihat objektif parti:


Objektif PAS:
  • Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah
  • Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara
Objektif DAP
  • a Malaysian Malaysia concept by forging Malaysian race with universal moral values
  • offering equal access and opportunity

Lihat ayat yang digaris. Bukankah cukup jelas dan nyata untuk mengatakan perbezaan disitu? Semestinya apabila bercakap mengenai negara Islam, umat Islam adalah "superior" berbanding golongan kafir. Tetapi sediakah diterima DAP?

PAS berkawan dengan DAP supaya dapat mengembangkan undi kepada pembangkang. Tetapi Pas terlupa bahawa sikap rasis ahli DAP sukar dikikis. Lihatlah contoh terbaiknya di mana Lim Kit Siang dengan lantangnya menyebut di dewan rakyat "Malaysia bukan negara Islam!".

Akibat dari itu, salah seorang diantara parti ini perlu beralah. Situasi pujuk memujuk pun berlaku di situ. Tetapi DAP dlilihat lebih berpendirian berbanding PAS yang berjuang mengikut musim. Karpal terang-terangan menyatakan "over my dead body" kepada PAS yang menjuangkan negara Islam.

Maka PAS dengan segeranya mengutarakan konsep negara berkebajikan dengan alasan negara Islam tiada dalam al-Quran. Ini kenyataan yang amat sukar diterima rakyat Malaysia.

Kerana mahukan undi cina, pengundi Islam diabaikan dan tambah menyedihkan Al-Quran pula yang disalahkan. Jika begitu, selama ini pejuangan mereka berpaksikan kepada ajaran apa jika bukan ajaran al-Quran? Malah ada pemimpin PAS yang menyatakan mereka tidak pernah memperjuangkan negara Islam sebelum ini.



Jika begitu, buku apakah yang dipegang oleh Dr. Haron Din di dalam gambar ini?

Akibat perjuangan yang tiada pendirian oleh PAS, maka PAS akan menerima akibat yang paling besar di dalam PRU nanti. Saya amat pasti kerana BN pernah mengalami zaman gelap di bawah Pak Lah kerana masalah pendirian perjuangan.

Tetapi yang paling dikesali apabila PAS begitu sanggup menadah segala kekotoran DAP untuk meraih undi masyarakat cina. Lihat sahaja BERSIH tempoh hari. Pemimpin parti manakah yang paling menyertainya?

PAS kehilangan terlalu banyak undi sehinggakan Galas yang juga kubu kuat PAS tewas mengejut dalam PRK. Dan kini saya percaya, hanya masyarakat cina dan ahli tegar PAS sahaja yang sanggup untuk memangkah PAS. Lihatlah sahaja jumlah peserta di dalam BERSIH dan keputusan PRK yang melibatkan PAS.

Bukti sudah jelas, PAS hanya menanti masa untuk tumbang. Mereka hanya bergantung kepada undi cina untuk hidup. Maka di suatu masa kelak apabila pemimpin PAS sedar akan kesilapan berkawan dengan DAP, maka Pakatan Rakyat pasti berpecah.



0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP