MAT SABU VS RAKYAT MALAYSIA

>> 09 September 2011


Nampanya Mat Sabu masih dilamun mimpi. Akhirnya dia sendiri mempercayai penipuan yang dilakukannya. Apakah Mat Sabu masih waras? Bukankah Mat Sabu hanya mengejar bayang-bayang hasil delusi sendiri?

Penyokong-penyokong Mat Sabu juga masih menyatakan kenyataan yang tidak berbelah-bahagi kepada Mat Sabu. Mereka ini sedar sebenarnya pahit untuk menelan penipuan Mat Sabu tetapi demi menyatakan taat setia mereka kepada Mat Sabu, jilat kaki pun mereka sanggup.

Kenyataan Mat Sabu untuk mengangkat Mat Indera sebagai pejuang negara satu percaturan yang silap sama sekali. Akhirnya fakta terpaksa dipusingkan untuk mengaburi mata masyarakat. Tetapi masyarakat lebih cerdik dan bijaksana. Mat Sabu terpinggir sendirian.

Apakah Mat Sabu masih belum sedar bahawa di waktu ini dia berjuang seorang diri? Karpal Singh dan Mustafa Ali terang-terangan menyatakan pendirian mereka yang berbeza dengan Mat Sabu. Di mana lagi Mat Sabu ingin mendapat sokongan?

Di waktu ini hanya segelintir sahaja pemimpin Pakatan yang menyatakan sokongan terhadap Mat Sabu seperti Din Puduraya. Apakah Mat Sabu masih belum sedar bahawa kini dia menentang rakyat Malaysia?

Sekiranya isu yang dibawa Mat Sabu ini benar, semestinya pemimpin pembangkang akan memanupulasi isu ini dengan sebaiknya untuk meraih undi. Tetapi sehingga ke hari ini, mereka masih enggan bersuara dan hanya berdiam diri.

Bukankah cukup jelas untuk menyatakan Pakatan sendiri tidak bersetuju dengan kenyataaan Mat Sabu. Nampaknya akibat mulut Mat Sabu, kakinya melangkah untuk semakin dekat ke pintu keluar daripada bidang politik. Mungkin Mat Sabu akan memecah sejarah PAS sebagai orang yang paling pendek memegang jawatan timbalan presiden PAS.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP