RUMAH TERBUKA PKR AMPANGAN YANG TIADA SAMBUTAN

>> 17 September 2011

Semasa saya mahu pergi beraya sebantar tadi, saya sempat singgah ke rumah terbuka PKR Ampangan/Gedung Lalang atas jemputan sahabat dalam PKR.

Jumlah hadirin yang hadir amat menyedihkan. Saya bertanya kepada rakan saya berapa ramai yang hadir? Kawan saya menjawab dengan spontan, "tak sampai 150 orang pun...".

Saya percaya jumlah hadirin itu semestinya terdiri daripada ahli Pakatan Rakyat yang lain iaitu PAS dan PKR. Sayangnya saya tidak membawa kamera untuk menunjukkan kepada anda suasana rumah terbuka tersebut.

Inilah tanda-tanda kehancuran PKR di Negeri Sembilan.

Malam ini juga, UMNO cawangan Ampangan mengadakan rumah terbuka di balairaya Ampangan (belakang rumah Undang Sungai Ujong). Suasana semasa saya singgah tadi cukup berbeza dengan sambutan rumah terbuka PKR. Hadirin telah pun memenuhi separuh dairpada ruang balairaya.

Jadi kepada saya menjemput anda sekalian untuk hadir ke majlis berkenaan.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP