BUKTI PAS TIDAK IKHLAS MELAKSANAKAN HUDUD

>> 23 September 2011

Kenyataan Nik Aziz mahu membangkitkan isu hudud hanya retorik politik sahaja. Selepas kehabisan modal, PAS cuba membawa isu basi sebagai modal ubat kuat mereka.


Sebenarnya tidak salah jika PAS benar-benar mahu melakukan hudud tetapi masalahnya PAS menjadikan ini hanya sekadar modal politik sahaja. Dengan kata lainnya, hukum hudud dijaja untuk kepentingan kuasa PAS.

Selama 20 tahun PAS memerintah Kelantan, hanya beberapa kali sahaja isu hudud diungkitkan iaitu apabila menjelang pilihanraya umum. Hukum hudud yang diusul PAS pada 1993 di tolak oleh Dr. Mahathir (mantan perdana menteri) kerana hudud yang dibawa PAS tidak berlandaskan syarak sebaliknya hudud yang diusulkan ialah versi PAS.

Surat Dr. Mahathir kepada kerajaan Kelantan terang-terangan menyatakan jika hendak melaksanakan hudud, mengapa ianya hanya merangkumi umat Islam sahaja tetapi kaum kafir terikat dengan undang-undang sivil?

Hukum hudud yang dilaksanakan Islam merangkumi semua kaum dan agama sebaliknya PAS ingin melakukannya hanya sebahagian sahaja. Bukankah itu tidak adil? Itulah hukum hudud versi PAS.

Dan jangan dilupakan mengenai DAP yang terang-terangan menentang hukum hudud. Karpal menyatakan "over my dead body". Dah lupakah PAS mengenai perkara ini?


Dan sebenarnya, PAS memang terkenal dengan isu putar belit. Disini disertakan bukti bahawa PAS sebenarnya kaki pembelit dan tidak ikhlas melaksanakan hudud.


Apakah PAS sudah lupa dengan keratan akhbar ini? Inilah parti yang menjual ajaran Allah demi kepentingan politik. Cukuplah segala penipuan PAS.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP