MASALAH DALAMAN: SELESAIKAN SECEPAT MUNGKIN

>> 05 September 2011


Masalah dalaman parti dilihat sebagai api dalam sekam untuk UMNO. Saban hari ia kian marak lalu membakar keseluruhan parti. Inilah antara punca utama mengapa ahli UMNO menyumbat gol sendiri setiap kali pilihanraya.

Kadang-kadang agak sukar untuk menafsirkan siapa yang benar dan siapa yang salah. Saya percaya sekiranya setiap ahli UMNO mempunyai sikap bertoleransi dan bertolak-ansur, maka masalah sebesar gunung sekali pun akan dapat diselesaikan.

Saya bukannya ingin menyebelahi mana-mana pihak tetapi saya cuba untuk menyelesaikan masalah. Masalah yang timbul ini adalah dikalangan Puteri UMNO dan Wanita. Saya percaya hampir di setiap negeri berlaku masalah ini.

Kedua-dua pihak dilihat saling menuding jari. Apakah ini sikap yang sepatutnya dicerminkan oleh seorang ahli politik? Saya melihat terlalu banyak masalah kecil yang dibesar-besarkan.

Tidak perlu saya menyebut masalah ini satu persatu. Saya cuma memberi nasihat kepada Puteri, anda adalah golongan junior di dalam parti maka anda perlulah belajar daripada Wanita tentang selok-belok politik kerana mereka lebih senior dan berpengalaman.

Kepada Wanita pula, tidak perlulah bersikap seperti keanak-anakan kerana anda adalah golongan yang senior. Mungkin anda boleh menegur dan memberi tunjuk ajar yang baik kepada Puteri. Itulah sikap ahli UMNO yang sepatutnya.

Saya cuma beerharap masalah Puteri dan Wanita ini tidak perlulah dihebah-hebahkan kerana ia ibarat masalah kedai kopi. Tiada yang benar-benar serius melainkan hanya emosi yang melebihi akal.

Saya juga tidak mengatakan semua cawangan atau bahagian mempunyai masalah. Sekiranya cawangan dan bahagian anda adalah baik, maka teruskanlah perjuangan.

Saya menyeru ahli UMNO dan BN untuk merapatkan saf sesama kita kerana saf yang kukuh pasti akan memberikan kemenangan yang gemilang.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP