AL-QURAN TELAH MENCERITAKAN MENGENAI ORANG SEPERTI MAT SABU

>> 10 September 2011

Surah An-Nahl, ayat 63,


bermaksud: "Demi Allah! Sesungguhnya kami juga telah mengutus Rasul-rasul kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu (wahai Muhammad), lalu Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang jahat itu; maka dia lah menjadi pemimpin mereka pada hari ini; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya."

Mat Sabu sememangnya pemimpin yang amat popular di kalangan puak khawarij PAS. Tetapi apakah mereka masih belum mengetahui atau sekadar memejamkan mata mengenai peribadi Mat Sabu yang amat teruk sekali?

Mat Sabu mempunyai pelbagai masalah moral. Antaranya gemar bercakap bohong, pernah ditangkap khalwat dan berbagai lagi. Apakah permasalahan ini dipandang enteng oleh PAS?

Bagaimanakah kriteria seorang pemimpin dikalangan PAS? Adakah parti yang dikatakan "amat Islam" ini menghalalkan kelakuan sumbang pemimpin-pemimpin mereka semata-mata untuk meraih sokongan daripada rakyat? Islam jenis apakah yang digunapakai oleh PAS?

Bukankah sepatutnya PAS lebih arif mengenai ayat al-Quran? Bukankah Allah amat membenci perbuatan menghina, bercakap bohong dan zina? Tetapi mengapa PAS sanggup untuk menjulang orang ini sebagai pemimpin? Butakah PAS?

Perbuatan Mat Sabu amat dikesali oleh keseluruhan rakyat Malaysia. Penghinaannya kepada orang lain benar-benar menyakitkan hati. Tambah dikesalkan, masih ada golongan pengikutnya yang mengiyakan segala perbuatan Mat Sabu. Malah, mereka tanpa segan silu mengatakan merekalah pejuang Islam yang sebenar.

Untuk golongan ini juga, terdapat sepotong ayat al-Quran menyatakannya dengan jelas.

Surah at-Taubah, ayat 9,




Bermaksud: "Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari ugama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan."

Saya ingin bertanya dengan secara terbuka, apakah pendirian PAS mengenai keseluruhan tindak tanduk Mat Sabu? Apakah mereka redha dengan Mat Sabu kerana duduk sebumbung dengan mereka? Dimanakah jihad mereka?

Apakah Mat Sabu juga telah dijamin masuk syurga seperti yang dicanangkan Tok Guru Nik Aziz? Sesungguhnya hancurlah PAS yang sentiasa membawa kesesatan sesama manusia.

Demi parti, semua dihalalkan. Islam jenis apakah ini?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP