CERAMAH MAT SABU DI AMPANGAN TIDAK SAMPAI 800 ORANG. MALAYSIAKINI TIPU LAGI.

>> 26 September 2011

Seperti yang dijanjikan semalam, saya akan membuat laporan mengenai ceramah Mat Sabu di Ampangan.

Keadaan sebelum ceramah juga sudah bermula tegang. Puak khawarij dan Perkasa telah mula berperang mulut. Di waktu sempadan yang memisahkan puak khawarij dan Perkasa hanyalah sebatang jalan yang sibuk

Laporan MalaysiaKini menyatakan bahawa jumlah yang hadir ialah seramai 800 orang. Itu adalah penipuan!

Jumlah yang hadir hanyalah sekitar 500 ke 600 orang termasuk orang UMNO yang menyamar sebagai ahli PAS dan Perkasa.



Ini adalah gambar tapak ceramah malam tadi. Ruang pengunjung adalah sangat sempit. Ruang semacam ini mampu menampung 800 orang?! Fikir logik la wahai MalaysiaKini... Kanopi yang disediakan pun hanya 4 sahaja dan kapasiti sebuah kanopi sekitar 50 orang. Takkan la boleh jadi sampai 800 orang?

Yang berdiri ini pun sebab kerusi yang disediakan tidak mencukupi. Dalam gambar pun masih nampak dengan jelas banyak lagi ruang kosong sedangkan ruang penonton untuk ceramah Mat Sabu amatlah kecil sekali. Diharap MalaysiaKini lebih jujur menyiarkan laporan ceramah pembangkang. Jangan asyik menipu!

Saya percaya suku daripada jumlah penonton yang hadir adalah ahli UMNO sendiri yang menyamar sebagai makhluk PAS. Mereka ini buat-buat berlakon konon-kononnya menyokong PAS sedangkan mereka ini berjawatan dalam bahagian dan cawangan. Mereka datang untuk mendapat maklumat mendengar sendiri ceramah komunis Mat Sabu tetapi sayangnya, sampai ke sudah Mat Sabu tak berani nak angkat komunis. Mungkin goyang dengan Perkasa kot?


Di dalam gambar ini adalah pemuda dari cawangan Desa Rhu, Sikamat yang menyamar jadi ahli PAS. Mereka ini hadir kerana menjadi spy seperti saya.

Saya ingin bercakap mengenai satu perkara yang masih puak khawarij PAS belum sedar walaupun dah ditegur berkali-kali. Mengapa setiap kali ceramah Mat Sabu, puak-puak ini akan membawa anak kecil mereka? Apakah ini didikan dan asuhan yang baik untuk anak? Sedangkan Mat Sabu sendiri gemar mencarut dalam ceramah. Malah semasa ceramah itu juga Mat Sabu mengatakan "UMNO parti celaka". Apakah ini ajaran bahasa yang diterapkan oleh puak-puak khawarij kepada anak-anak mereka?


Lihat gambar di atas. Kanak-kanak berbaju kuning ini pun pening kepala memikirkan apa yang sedang berlaku. Inikah didikan anak-anak orang PAS?

Saya amat memuji Perkasa yang dipimpin oleh Datuk Yusof. Mereka langsung tidak membawa kanak-kanak ke majlis ceramah ini. Saya sempat bersembang dengan Datuk Yusof. Beliau berkata "kami hanya membenarkan orang muda sahaja ke perhimpunan protes ini kerana kanak-kenak tidak mengerti apa itu politik". Saya amat bersetuju sekali dengan pandangan Datuk Yusof ini.

Kemudian berlakulah peristiwa tolak-menolak diantara Perkasa dan puak hampas. Yang ini saya kurang berminat untuk melaporkan kerana saya agak malu melihat melayu sesama melayu bergaduh.  Saya tidak sempat mengambil gambar kerana keadaan agak kecoh dan tidak terkawal. Saya hanya melihat dari jauh sahaja.

Berikut adalah foto di tapak ceramah.


Datuk Yusof sedang perang mulut.

Puak khawarij pun perang mulut.


0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP