ISU KG. BUAH PALA. LIM GUAN ENG PENIPU!

>> 19 September 2011


Masih ingatkah lagi tragedi Kg. Buah Pala di Pulau Pinang. Di waktu itu, Lim Guan Eng mengarahkan para gestapo belaannya mengusir penduduk dari rumah mereka sendiri. Alasan yang diberikan ialah untuk membangunkan tanah di Kg. Buah Pala.

Antara janji yang diberikan ialah penduduk Kg. Buah Pala akan mendapat kehidupan yang lebih baik kerana selepas perkara ini, kerajaan negeri akan menyediakan rumah yang mampu dimiliki kaum India di sekitar Kg. Buah Pala. Penduduk Kg. Buah Pala juga akan menikmati rumah yang  lebih tersusun daripada setinggan yang mereka diami sebelum ini.

Tetapi janji tinggal janji. Penduduk Kg. Buah Pala ditipu hidup-hidup oleh kerajaan Pulau Pinang di bawah regim Lim Guan Eng.


Projek perumahan yang dijalankan di Kg. Buah Pala sebenarnya bukanlah untuk penduduk berpendapatan rendah. Projek perumahan ini disediakan untuk mereka yang berpendapatan tinggi. Ini bermakna, penduduk asal Kg. Buah Pala sampai mati sekalipun tidak akan mampu memiliki rumah mereka yang baru.

Harga rumah yang paling rendah ditawarkan oleh syarikat pemaju ialah sekitar RM 320 000. Kesimpulannya, siapakah yang mampu memiliki rumah tersebut? Semestinyalah masyarakat berpendapatan tinggi.


Isu yang mula dipertikaikan ialah bagaimanakah dengan kuota bumiputera. Adakah kuota bumiputera telah dipenuhi ataupun pemaju hanya sekadar menutup mata? Inilah yang dikatakan kerajaan yang zalim! Menipu rakyat secara terang-terangan.

Akhirnya penduduk India yang mendiami Kg. Buah Pala selama lebih 100 tahu hanya tinggal sejarah. Kini mereka merempat di bumi mereka sendiri atas kekejaman regim Lim Guan Eng.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP