PAS SUDAH MULA PUTAR ALAM PASAL KES TAULIAH JAIS

>> 18 September 2011


Kenyataan Haprakah yang memang haprak,

 "Menghalang ahli politik ataupun mereka yang dipilih oleh rakyat bercakap dan menyampaikan maklumat tentang agama adalah satu perkara yang tidak masuk akal, malah saya tidak setuju langsung," jelas Ahli Dewan Undangan Negeri Meru (Adun), Dr Abd Rani Othman.

Nampaknya PAS masih lagi tidak habis-habis mahu berdebat dalam isu ini. Mereka ini bolehlah dirungkaikan dengan satu pepatah Inggeris.

"Mereka sanggup menggali lubang sendiri untuk menunjukkan mereka sangat pandai menggunakan penyodok"

PAS semestinya tahu, tujuan JAIS menarik balik tauliah ahli PAS dari berceramah disebabkan ceramah mereka yang berbaur politik. Tidak salah untuk berceramah agama tetapi tidak perlulah dalam masa yang sama PAS menjual minyak kuat dalam ceramah.

Sudahkah anda lupa dengan amanat Haji Hadi Awang? Bukankah ceramah itu konon-kononnya berlandaskan agama? Kenapa pula kalau berlandaskan agama UMNO itu dituduh kafir dalam ceramah agama oleh wakil PAS?

Apakah PAS ini masih belum sedar yang parti PAS itu hanyalah sekadar parti Islam, bukannya agama? Islam itu adalah agama, bukannya PAS. Jadi tidak perlu timbul isu mengapa tauliah wakil PAS ini ditarik oleh JAIS.

Sepatutnya Dr Rani ini perlu bermuhasabah diri mencari kesilapan sendiri mengapa tauliahnya ditarik oleh JAIS. Tetapi sudah menjadi dasar ahli PAS... Mereka akan tetap mempertikaikan dan menuduh orang lain. Inikah tahap penceramah agama yang mampu diberikan oleh PAS?


0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP