NASIB SEKOLAH TAHFIZ DAN SJK

>> 28 September 2011

Sejak akhir-akhir ini, permintaan sekolah-sekolah jenis kebangsaan dilihat semakin banyak dan melampau. Mula-mula mereka meminta peruntukan. Kemudian mereka meminta sekolah baru. Yang terbaru mereka meminta lebih banyak peruntukan daripada dahulu. Paling menyakitkan hati apabila mereka meminta kerajaan mengkaji kelemahan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar mereka.

Permintaan ini seolah-olah semakin melampau dan memualkan. Dalam mana-mana perbahasan Dewan Undangan Negeri pun, isu sekolah jenis kebangsaan pasti berbangkit. Di Negeri Sembilan sendiri isu mengenai Sekolah Menengah Chan Wa belum lagi selesai.

Mula-mula sekolah ini meminta sekolah baru kerana sekolah yang sedia ada mempunyai kapasiti pelajar yang berlebihan. Kerajaan lalu memberikan tanah baru untuk SM Chan Wa membuka sekolah yang baru. Selepas ada dua buah sekolah, mereka meminta tapak baru lagi untuk sekolah mereka. Tidak melampaukah ini?

Yang menghairankan, mengapa penduduk setempat dan wakil rakyat lobak tidak meminta kerajaan agar mendirikan sahaja sebuah sekolah baru di kawasan tersebut? Mengapa perlu sekolah Chan Wa ini dipindah-pindah? Apakah ini penyelesaian yang bijak?

Saya melihat disini, kelemahan kerajaan ialah terlalu berlembut dalam mentadbir sekolah SJK. Masalah kepadatan di SJK dapat diselesaikan sekiranya sikap rasis ibu bapa pelajar tersebut dikikis atau dibuang. Di Seremban, sekolah kebangsaan yang mempunyai kepadatan yang tinggi hanya dua buah sahaja iaitu Sekolah Menengah Seri Ampangan dan Sekolah Menengah Bukit Mewah.

Kepadatan ini tidak dapat dielakkan kerana kawasan sekolah tersebut mempunyai jumlah penduduk yang banyak dan jarak sekolah lain yang terdekat dengan sekolah  tersebut amat jauh. Seharusnya ibu bapa kepada pelajar ini menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah kebangsaan disediakan kerajaan tetapi akibat sikap rasis itu, mereka akan tetap menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan.

Berbalik kepada isu asal, permintaan SJK yang melampau ini sememangnya semakin melampau dari hari ke hari. Di sini, cuba kita buat satu perbandingan.

Sekolah-sekolah tahfiz atau aliran agama samada bantuan kerajaan atau bukan dilihat amat berbeza. Jika hendak dikatakan sekolah mereka mewah, tidak juga. Jika mewah, masakan sekolah-sekolah tahfiz ini sanggup meminta derma di pasar-pasar malam? Bukankah ini sikap yang jauh amat berbeza dengan sikap SJK?

Gaji guru sekolah Tahfiz juga amat berbeza tetapi mereka sanggup melakukan kerja mereka. Mampukah ciri-ciri sekolah tahfiz ini diikuti oleh SJK?

Ini contoh perbezaan antara SJK dan sekolah tahfiz.

SJK

Sekolah Tahfiz


Sebuah Pusat Tahfiz yang sudah beroperasi hampir setahun di Nilai N9 hampir akan ditutup kerana tunggakan sewa dan bil2 utiliti,jadi bantuan berbentuk sumbangan diharapkan dari penderma2 supaya sekolah yang mempunyai pelajar seramai 40 orang ini tidak terus terkubur. Sekolah swasta ini dibangunkan secara sukarela oleh sekumpulan guru2 dari kelulusan Timur Tengah,tidak menerima sebarang bantuan dari kerajaan atau mana2 pihak. Sekolah ini menempatkan pelajar2 miskin dan tidak berkemampuan serta anak yatim maka yuran persekolahan tidak dapat dipenuhi oleh mereka.  (sumber: lowyat.net)

Inilah yang dikatakan dua mentaliti yang berbeza. Saya percaya, sekiranya mana-mana SJK mempunyai masalah yang sama seperti sekolah tahfiz itu, maka akan bangkitlah mana-mana wakil mereka terpekik sana sini menyalahkan kerajaan. Sebaliknya sekolah tahfiz ini dilihat lebih bermuhasabah dan bersabar. Walaupun mereka tidak menerima bantuan kerajaan, mereka tidak terpekik telolong menyalahkan kerajaan atas ketidaprihatinan.

Saya percaya bukan sahaja sekolah tahfiz swasta, malah banyak lagi sekolah tahfiz bantuan kerajaan yang juga mengalami masalah yang sama. Yang paling ketara sekali tentulah taraf gaji dan elaun yang diberikan kerajaan kepada kedua-dua jenis sekolah yang jauh berbeza. Walaupun mereka ini tidak menerima peruntukan dan bantuan sehebat SJK, tetapi mereka tidaklah terlalu mudah terpekik sana sini menghentam kerajaan. Persoalannya, mampukah sikap sekolah tahfiz ini ditiru oleh SJK yang amat manja ini?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP