PESANAN UNTUK ORANG MELAYU

>> 10 September 2011

Tahukah anda mengenai sejarah Hak Keistimewaan Orang Melayu? Tahukah mengapa undang-undang ini digubal dan  dihadiahkan oleh kerajaan British kepada orang Melayu? Inilah kisahnya...

Pada lewat 1800an, Tanah Melayu mempunyai hasil galian yang amat tinggi sekali. Hasil galian ini ialah bijih timah dan ia merupakan penjana kepada ekonomi Tanah Melayu pada waktu itu.

Di waktu itu juga, hasil bumi ini tidak dapat dinikmati oleh penduduk pribumi sendiri iaitu orang Melayu. Ini kerana di waktu itu Tanah Melayu dijajah oleh British dan penjajahlah yang dapat menikmatinya.

Tetapi bukan hanya British, bangsa asing juga turut menikmati hasil bumi bertuah ini. Penduduk dari China diimport oleh British untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah kerana di waktu itu China mempunyai teknologi dan kepakaran dalam bidang melombong. Lombong-lombong ini hanya dipelopori satu kaum sahaja dan orang melayu hanya sedikit sahaja bilangannya yang dibenarkan bekerja di lombong-lombong ini.

Hasil daripada perindustrian perlombongan yang pesat, kampung-kampung telah berubah wajah menjadi bandar. Di waktui inilah pengasingan dalam sosial, ekonomi dan pendidikan begitu ketara sekali.

Orang-orang Cina dapat menikmati kemewahan dan kemajuan hasil daripada lombong-lombong bijih ini tetapi penduduk peribumi merintih dalam kesusahan. Bandar-bandar maju seperti Klang, Ipoh dan Seremban dipelopori satu kaum sahaja. Orang-orang Cina ini juga berpeluang menikmati sistem pendidikan yang baik kerana aktiviti melombong ini menjanjikan pulangan wang yang tinggi.

Tidak sekadar itu, masyarakat India juga dipanggil dari India untuk bekerja di ladang-ladang milik British. Malahan pegawai-pegawai kerajaan di waktu itu juga bukannya dari kalangan masyarakat Melayu sebaliknya bangsa asing dari Sri Lanka dan lain-lain negara jajahan British.

Pengasingan ini benar-benar memeritkan bangsa Melayu. Orang Melayu ketinggalan dalam semua aspek seperti ekonomi, pendidikan dan sosial. Malahan pembesar-pembesar Melayu sendiri tidak mampu berbuat apa-apa kerana tangan mereka terikat.

Di waktu sebelum kemerdekaan, sebuah suruhanjaya yang dipanggil Suruhanjaya Reid dibentuk. Salah satu tujuannya ialah mengkaji kedudukan orang Melayu di dalam Tanah Melayu.

Bandar-bandar di waktu era jajahan British

Hasil kajian oleh Suruhanjaya Reid, orang Melayu ketinggalan dalam semua aspek kerana pengasingan yang dilakukan oleh British sendiri. Bandar-bandar dipelopori oleh masyarakat Cina, ladang-ladang dipelopori oleh masyarakat India manakala orang-orang Melayu hanya duduk di kawasan kampung-kampung tanpa sebarang kemajuan dari segi ekonomi khususnya.

Di waktu itu juga, laporan Suruhanjaya Reid 1957 menyatakan orang Melayu memiliki tidak sampai 30 peratus ekonomi di tanah sendiri hasil daripada pengasingan British. Kaum Cina pula pemegang terbesar hasil keuntungan melombong bijih timah.

Jadi untuk mengimbangi hal ini, Suruhanjaya Reid dengan usaha Tunku Abdul Rahman mencadangkan "Hak Keistimewaan Orang Melayu" untuk mengelakkan orang Melayu yang juga penduduk asal negara ini ditindas oleh kaum pendatang iaitu kaum Cina dan India. Objektif lain pembentukan Hak Keistimewaan Orang Melayu ialah untuk memastikan orang Melayu mampu mencapai taraf yang dicapai oleh kaum lain setelah merdeka.

Maka terguballah di dalam perlembagaan mengenai hak keistimewaan orang Melayu hasil susah payah pemimpin terdahulu memikir dan memperjuangkannya.

sumber: wikipedia

Jadi setelah membaca mengenai kisah ini, wajarkah kita menghapuskan sahaja hak keistimewaan orang Melayu? Selama ini kita ditindas dengan begitu hebat sekali. Hasil bumi kita dijarah oleh orang luar. Kita memberikan lagi kerakyatan kepada mereka hasil sikap toleransi kita. Mengapa kita mesti tunduk kepada golongan-golongan in untuk menghapuskan hak kita?

Sehingga ke hari ini kita masih ketinggalan dalam banyak aspek. Anak-anak kita masih ramai yang gagal di dalam sektor pendidikan. Kita masih belum mampu bersaing dengan masyarakat cina dalam ekonomi. Gejala sosial merebak akibat kekurangan pengetahuan sosial.

Apakah anda sudah lupa mengenai sejarah ini? Janganlah lupa wahai Melayu akan rangkap ini "tanah dipijak milik orang". Akibat kealpaan kita, kita ditindas oleh orang lain. Janganlah ulangi kesilapan pemimpin-pemimpin terdahulu. Ayuhlah bangkit dan besatu-padu.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP