SEDIH MELIHAT CARA UMNO NEGERI SEMBILAN

>> 29 September 2011


Seorang rakan saya menceritakan kepada saya cara UMNO Negeri Sembilan mengendalikan laman web UMNO negeri. Rakan saya bercerita dengan nada sedih kerana ketidakprihatinan UMNO Negeri Sembilan dalam menguruskannya. Rakan saya juga telah beberapa kali menyuarakan perkara ini kepada orang-orang tertentu tetapi masih tiada maklum balas yang sepatutnya.

Lalu saya membuka laman web tersebut. Ternyata betul sama sekali. Laman web tersebut hanya dikemaskini dua bulan sekali. Lihat kotak merah dalam gambar diatas. Dua jarak tarikh yang amat jauh sama sekali.

Saya disini ingin menasihatkan UMNO Negeri Sembilan. Saya berharap agar UMNO Negeri Sembilan Lebih serius dalam menggunakan media internet sebagai bahan kempen. Janganlah diabaikan media internet kerana ianya merupakan tanda aras untuk menunjukkan samada kita serius atau tidak untuk mencari 2/3 kembali di dalam Negeri Sembilan. Oleh itu, silalah tangani masalah ini dengan segera.

1 comments:

ApoNakJadi,  September 29, 2011 at 10:27 PM  

Malu den jadi anak nogori. Laman web pun tak terkendali mcm mana nak tawan hati pengundi?

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP